Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Selasa, November 24, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Hari sabtu ari tu saje je bawak anak-anak pergi jalan. Kami pergi dekat Taman Reakreasi Tasik Y Batu pahat. Pergi pun dah petang lepas asar.











Dah habis pusing satu tasik tu kami pun nak bertolak balik. Tapi sebelum tu beli ais krim kat depan taman tu. Bukan main suka lagi budak2 tu dapat makan ais krim. Adeeb, kita mintak sikit yang dia punye pun tak aksi. Acah2 je nak nengok dia macam mana. Habis comot.




Ainul, cepat aje dia makan habiskan yang dia punye sebab nak mintak yang ayahnya punye.


Balik tu singgah dekat pasar malam pesta. Ingat nak beli laksam tapi tak de plak akak kelantan tu. Last2 cuma beli kuih je nga ikan merah. Sedapnya masak asam pedas. Resipi untuk makan tengahari ahad "Asam Pedas Ikan Merah"

Petang Ahad tu budak2 mintak nak main lagi. Dekat kul 6 pm tu bawak anak2 pergi main dekat taman yang baru siap tu... Taman Permai. Dah ada yang pindah masuk rumah kat situ.


Dah Confirm....Hilang

Alah sayangnya dah hilang jam aku tu.... kenangan tu.. jam tu aku dapat masa Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2005. Sedihnya.... aku macam perasan dari minggu lepas lagi jam tu tak de. Semalam aku balik kerja cari kat rumah rata-rata. Semua tempat aku geledah... tapi tak jumpa, pastu nak sedapkan hati, tertinggal kat meja opis kut. Tu lah pagi ni sampai opis je terus aku nengok kat bilik aku.. pun tak de... emmhee...sedih...

Ini kali kedia aku kehilangan jam ini. Pertama lu tertinggal dekat surau opis tapi mak cik tukang sapu tu letak dekat kaunter opis. Masa tu aku pun tak perasan jam yang dekat kaunter tu adalah jam aku. Aku cuma cakap macam jam aku je... sebab dekat belakang tu ada tulis Anugerah Khidmat Cemerlang 2005 jenama ROSCANI. Yang aku perasannya ye aa calar sikit dekat talinya tu... Balik tu aku cari kat rumah ...confirm tak de. Tu aku ambil. Tapi kali ini ye hilang terus dah tak jumpa lagi dah... Salah aku jugak.. pelupa. Tak pelah tak de rezeki aku.


Buat Kerja Acah-Acah Je..

Aku memang betul tak suka orang buat kerja main-main. Bukan aku nak cakap aku bagus. Tapi kita kalau buat sesuatu kerja tuu.. janganlah mendatangkan kesusahan pada orang lain. Jangan main buat aje nga tak ambil kira kesalahan ejaan ke, tak lengkap ke... tak kemas ke... apa-apa jelah. Cubalah buat kerja tu yang menyenangkan hidup orang yang ambil kerja kita tu...

Pastu aku pun tak suka jugak jenis orang buat kerja bila tanya dah siap...? belum..., nanti saya buat... esok lusa tanya lagi... alah... belum nanti saya buat. Berapa kali yek aku nak kene tanya baru dia nak siapkan yang aku mintak tu... Last2x cuti lak. GERAM tak....? Macam tukul dengan pahat lak. Sekali ketuk sekali gerak, sekali ketuk sekali gerak. Tapi Pahat ni tak gerak-gerak. Macam mana tu...

Nama-nama insan yang terlibat adalah .............. "Biarlah Rahsia......" Siti Nurhaliza.


Rabu, November 18, 2009

Terpengaruh Laa.. Plak

Malam tadi lepas balik dari klinik tu.. bukak tv. Kebetulan masa tu hujjah. Abang layang jugak lah nengoknya. Aku biasalah nak masukkan kain dalam mesin satu mesin lagi. Siap tu turn aku lak depan tv sambil lipat kain. Tu yang tertengok cita indon WEWE GEMBEL tu. Asalnya aku tak tahu, apalah maksudnya tajuk cita ni. Ye start cita pun asal budak nangis je mak dia letak luar budak tu akan hilang. Kebetulan masa tu Ainul dengan Nadhirah nengok jugak. Aku saje je cakap dekat Ainul tengok... budak suka nangis kene letak dekat luar. Tulah tak boleh nangis. Lepas tu budak2 tu dah tak nak tengok takut mintak tukar cannel lain.

Pagi tadi Adeeb bangun awal dari kakak2 dia. Biasalah mula2 ok je main sendiri. Lepas tu tak nak nangis2. Tetiba je dengar Ainul panggil 'Ibu...". Aku pun pergilah dekat dia dengan bawak Adeeb yang tengah nangis tu. Tetiba je ye cakap

Adeeb angan ngis, anti kene ambil antu... Ibu ngan letak lua ye...?

Alamak...! ye ingat ke cita malam tadik. Terus aku cakap mana ada hantu, itu cita ajelah.. Bahaya ek budak nengok cita macam tu... Tapi lepas ti dia pulak yang nangis. Biasalah Ainul juara nangis dekat taman tu. Tapi ari tu abang cakap ada lagi sorang dekat taman tu nangis kuat jugak boleh lah lawan dengan Ainul. tapi Ainul lagi juara kut..


Isnin, November 16, 2009

Kancil Lagi...

Hari jumaat tu balik kerja lepas ambil anak2 terus menuju ke kedai beli barangd apur sikit. Biasalah lalu jalan dalam je tak lalu jalan luar dari Pt. lapis Sempadan tu terus ke Pt. Jambul sebab nak pergi pasar rahim segar dulu tu.... Lepas beli apa yang petut balik pun lalu jalan itu jugak sebab kat depan pasar tu jalan lurus je tapi sibuk bukan main lagi. Alah tempat exciden ari tu...

Semua arang tahu kan jalan yang dalam tu sempit je.. kalau kereta selisih masing-masing kene bawak slow je kan. Atau lebih baik kereta yang berada di sebelah jalan yang lapang sikit berenti dengan beri laluan kepada kereta yang berada di sebelah parit. Tapi kalau kedua2 kerata yang berselisih tu kancil. tak yah berenti pun tak pe jalan je tapi jangan lak lalu jalan tu tengah2, ketepilah sikit kan..?

Tulah situasi yang berlaku kepada kami pada petang jumaat lepas dalam suasana hujan renyai-renyai tu.. Takde kaitan pun dengan hujan tu... saja je... Aku macam dah nampak kereta kancil dari arah depan tu.. macam ketengah je bawak kereta. Dah lah laju lak tu.... Tetiba je bunyi kup...! ada benda terpecit kat muka. Kebetukan masa tu tingkap kereta tak tutup. Biasalah budak-budak naik kereta je terus turunkan tingkap sebab nak main-main. Selalu je kene marah tapi tak naikkan pun... Nasib baik tak masuk dalam mata kaca cermin sisi kereta tu. Pusing nengok kereta yang langgar tu.. tak berenti pun nonong jee.. ye jalan. Entahlah yang dia punya tu pecah jugak ke tak.

Tak patut betulkan tuan kereta tu... tak berenti pun nak mintak maap ke hapa. Dah lah langgar orang. Tengok gaya kereta tu macam budak muda je sebab kereta kancil dia tu ada tanduk-tanduk yang bergerigi tu kat atas bumbung. Nasib baik aku tak sempat nak ambil gambar kereta dia tu.. kalau tak memang aku akan letak je gambar kerata dia tu kat sini tulis WANTED besar-besar biar padan muka dia. Nasib baik lah kaca-kaca yang pecah tu tak mendatangkan kecederaan kepada kami semua. Budak-budak semua kami tak kasi gerak takut terpijak.



Semalam terpaksalah abang pergi cari cermin kereta lain dekat kedai nak ganti yang pecah tu. Mula-mula abang nak ambil cermin aje tapi macam mana gaya nak keluarkan cermin tu.. yalah nak jimat tak perlu nak cat caver nya yang hitam tu kewarna silver kan. Tapi rasanya tak boleh kut sebab nengok abang pasang yang tu jugak tu. Maka jadilah kereta kancil pakai celak sebelah. Sebelah hitam sebelah lagi silver.


Jumaat, November 13, 2009

Saman Cuti Sekolah

Napa yek...? asal orang datang kasi kad jemputan je, orang yang menerima atau memberi akan cakap surat saman....!


Kad jemputan kat atas tu adalah koleksi yang aku dapat setakat hari ini. Maklumlah cuti sekolah dah nak mula, jadi ramai orang akan buat kenduri kendara terutama majlis perkahwinan kan.

Orang buat majlis ni pun macam-macam kan.., ada yang buat kenduri secara besar2an atau kecil2an. Bergantung kepada budget. Ada jugak yang cuma buat kenduri kesyukuran atau kenduri arwah je. Bergantung kepada masing-masing empunya majlis. Sebab yang pentingnya majlis akad nikahnya tu.. Yang lain-lain tu cuma memeriahkan suasana dan meraikan orang baru dalam keluarga serta sanak saudara aje. Apa-apa pun majlis tu..., orang cakap tak membazir. Jangan nanti lepas majlis hutangnya keliling pinggang.

Aku nak cerita tentang duit yang kita kasi pada tuan rumah pengantin. Boleh dikatakan semua tempat orang akan kasi duit tu kan pada tuan rumah, kecualilah jika tuan rumah buat kenduri kesyukuran atau kenduri arwah. Kalau tempat aku istilah orang kasi duit pada tuan rumah tu dipanggil ngele, kalau kat sini lak orang akan panggil becek atau ada jugak orang panggil salam keruk. Macam-macam ek... istilahnnye tapi maksudnya sama je.. kasi sedekah kepada tuan rumah yang buat majlis. Kalau ikutkan, sepatutnya kita tak yah kasi kan...? sebab mereka jemput kita memang untuk makan kan...! Takde lah..., niat sedekah je... itukan dah amalannya macam tu... cuba kita nak balik lepas makan tu salam dengan tuan rumah tangan kosong je... apa perasaan anda bila orang tu salam sambil keruk tangan anda... MALUKAN kosong je...

Aku ada satu pengalaman, lu masa aku mula-mula bukan mula-mula jugak lah..dalam awal-awal aku berhijrah ke Pt. Raja ni. Masa tu aku dah nikah pun nga abg cuma duduk berasingan je. Jumpa pun hujung minggu je. Masa tu aku menyewa sorang-sorang dekat Pt. Kadir tu. Adalah satu hujung minggu tu kami menghadiri satu majlis kenduri kahwin jiran tempat aku menyewa tu. Aku biasalah kalau pergi kenduri ni mana nak bawak handbag kan..., macam menyusahkan gitu. Biasanya duit yang aku nak kasi tu aku cuma masuk sampul dan tumpang dalam pokek abg je.. senang aku nak lenggang kangkung. Tapi sekarang ni aku bawak beg lak sebab senang nak sumbat semua benda dalam tu terutamanya susu anak, tisu atau sapu tangan. Lepas aku makan tu baru aje bangun..., si anak tuan rumah tu terus tarik tangan aku naik atas rumah jumpa nga mak dia. Aku lak memang lah serba salah sebab duit mana ada dengan aku masa tu. Budak tu lah satu hal dia ingat aku ni makan terus nak cabut agaknya tak nyempat2 aku nak ambil duit nga abang. Aku lupa masa tu abg kat mana..? tulah bila salam tu...kan... aku rasa tangan mak dia tu keruk tangan aku. Adus... malunya aku rasa saat itu.... aku tengok muka mak dia pun dah lain... macam mana ni... pastu mak dia terus pergi aku pun tak tau nak buat apa turun semula ke bawah lah...

Tulah.... salah sapa... siapa suruh tarik aku naik atas nga tak nyempat2. Aku lak tulah lain kali pegang lah sendiri duit tu... Maknye lak jangan lah salam sampai keruk tangan orang gitu sekali. kan kalau tangan orang yang dikeruk tu kosong kan malu kita... Salam biasa-biasa je kalau orang kasi duit tu tak akan jatuhnya kalau tak keruk macam tu sekali. Itulah pengalaman aku yang memalukan aku tak dapat lupa.

Khamis, November 12, 2009

Dialog Kelakar


Dialog ni antara adik nga kakak (Ainul dengan Nadhirah) lepas balik kerja petang semalam. Gambaran situasi Nadhirah, Ainul dan Adeeb sedang menonton TV. Biasalah... kartun lee.....


Ainul : Atat tepi lah... Anul tak apak...
(sambil melihat muka kakaknya
yang sedang berdiri menghalang
pemandangan dia untuk tengok tv)

Nadhirah : Kenapa tengok muka kakak?
Ingat muka kakak ada kartun ke...?


Terus aku dengar abang ketawa selepas mendengar dialog kakak tu...


Rabu, November 11, 2009

Cucuk Setahun


Semalam petang bawak Adeeb pergi klinik kesihatan Pt. Raja untuk cucuk masa umur setahun. Sepatutnya kena cucuk 2 bulan lepas tapi masa tu pergi Adeeb demam, jadi tak kene cucuk. Vaksin tu bertujuan sebagai pelali demam campak. Sekarang ni tinggal satu je lagi yang perlu diambil masa umur setahun setengah.

Semalam, masa nak cucuk tu Adeeb meronta jugak. Baru aje bunyi suara ek.. sikit dah siap. Terus tak jadi nak nangis. Aku lak yang nengok takut. Kesian sebenarnya kat Adeeb. Tapi bila tengok terus je nak bangun lepas cucuk tu ok lah tu. Good boy for Adeeb sebab tak sempat nak nangis. Risau jugak balik tu takut demam tapi al-hamdulillah tak. Cuma meragam lah sikit petang tu. Biasalah ye rasa sakit bekas jarum tu...

Musim SKT Kembali

Tu lah kejap je yek, dah nak akhir tahun dah. Biasalah isi SKT dan LNPT kene buat setiap tahun kan..? Kalau ikut jadual SKT yang diedarkan kene isi SKT dalam e_prestasi start 9 November 2009 hingga 22 November ni. Aku lom buat apa-apa lagi. Nantilah dulu belum ada mood lagi nak buat. Ataupun kalau malas sangat suruh je anak buat buat dulu pastu aku copy lah. Senarai tugas pun sama je kan? hehehe... tak baik tau...

Isnin, November 09, 2009

Banjir Oh Banjir Oh...

Dah masuk bulan sebelah ni biasalah kawasan pantai timur musim tengkujuh. Dah call dekat mek kat kampung. Mek cakap ari jumaat lepas air dah naik air dekat dapur tu sampai aras betis. Biasa lah tu memang setiap kali banjir air paras tu dekat dapur. Tapi tak pernah kene pindah pun sebab airnya naik kejap je lepas hujan berhenti ia akan beransur surut lah. Rumah chek pun abang dah call ari tu tanya keadaannya. Pun sama jugak air dah naik dekat dapur tu..pun dah surut jugak. Keadaan macam tu dah biasa kami lalui sejak dari kami kecil lagi. Airnya naik kejap je pastu surut. Ia bukan banjir termenung macam yang berlaku dekat Pt. Raja ni tahun 2006 lepas.

Pengalaman tahun lepas masa balik raya haji. Time tu pun dalam musin tengkujuh jugak. Ingat lagi masa sampai dekat bulatan sama ada nak ikut Kemaman atau Jerangau Jabur tu abang ambil keputusan ikut jalan dalam Jerangau Jabut tu. Pada mulanya jalan ok je tak de sangkut air. Tapi bila sampai dekat masjid Muktafi Bilal Shah nengok semua kereta dari arah depan bagi lampu. Rupanya jalan dekat depan sudah tak boleh lalu sebab ada air melintas. Terus kami pusing balik semula keluar dekat simpang menuju ke Paka. Jauh lah jugak perjalanannya. Lalu jalan luar pun sama gak ada masalahnya. Dah lah kereta banyak ingat lagi kereta jem berderet-deret tak bergerak. Rupanya kat depan nun jauh disana (ntah lah berapa km tapi memang jauh la.. jem nya tu...) ada jalan mendap.. kereta kene slow je. Masa on the way tu nengok kiri kanan jalan semuanya dipenuhi air.

Itulah harap-harapnya kali ni perjalanan balik kampung raya aji tak de masalahnya. Chop...chop...! berangan nak balik kampung raya aji ni... aku boleh cuti ke...? Tak pe cuba lu mohon belum cuba belum tahu kan..? Aku nak cuti pun bukan ambil sampai selepas raya, cuma nak ambil 2 hari sebelum raya je...

Beriani Power Vs Beriani Mohd. Shah


Hari sabtu ari tu kebetulan abg ada hal dekat bp. Kita orang keluar pun dah lambat dari rumah dah kul 11.30 pagi. Jadinya dalam kul 12 lebih tu bila dah selesai semua kerja kita orang pun pergilah makan. Biasalah aku bila abg tanya aje nak makan dekat mana di bp ni aku memang tak tau kat mana. Yang kami tahu cuma dekat Beriani power tu ajelah. Kebetulan amsa tu kami berada dekat dengan area Hotel Pelican, jadi terus aku cadangkan nak cuba makan nasi sberiani Mohd. Shah tu.. Kedainya lepas jambatan tinggi bp depan hospital Putra. First time makan dekat sini. Saja nak cuba sedap tak?


Dari jauh dah nampak orang ramainya dekat kedai tu, jadi kami anak beranak pun pergilah dekat kedai yang ramai orang tu. Tengok papan tanda, ooh...ooo betullah kedai yang kami cari tu. Teruslah kami oder Nasi Beriani Kambing 2. Anak-anak suap je tak kan nak bagi satu pinggan sorang buat bazir je.. bukan makan banyak pun.


Bila makan tu... emmm.... rasanya kat tekak kami ni lebih sedap yang Beriani Power lah. Memang sesuai dengan namanya beriani power. Tapi regenya murah yang sini sikit. Tapi orang kata bolehlah sedap jugak sebenarnya tapi cuma tak boleh lawan yang biasa kami makan tu je. Masa tu.... nak pergi makan dekat sana macam jauh lagi nak pergi ke jalan hospital tu.



Jumaat, November 06, 2009

Koleksi Senyuman Adeeb

Wah-wah..... tengah bzi pun..., sempat lagi tu nak update blog yek... (perli diri sendiri). Hehehe... dah lama takde entry baru rasa rindu lak. Ambil kesempatan sekejap, tak kan nak keje je memanjang. Eeewahhhh.. menjawab...

Saje je aku just nak upload koleksi Senyuman Adeeb yang dah lama aku kumpul untuk masuk satu peraduan tu.. tapi atas sebab-sebab yang tertentu aku tak jadi masuk. Sebab dah kumpul gambar tu.. apa salahnya aku masukkan kat sini. Gambar-gambar kakak2 Adeeb nantilah akan menyusul jugak. Tapi bila tu... bergantung kepada keadaan.