Sikap kita yang selalu alpa..... Akibatnya tanggunglah yek..
Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...
Khamis, Disember 31, 2009
Sikap Kita Yang Selalu Alpa...
Sikap kita yang selalu alpa..... Akibatnya tanggunglah yek..
Selasa, Disember 29, 2009
Kelakar.. Nye...!!
Warna merah tahun 2008, biru gelap tahun 2009 dan biru muda tu tahun 2010. Huhuhuh.........
Khamis, Disember 24, 2009
Last : Cuti-Cuti Malaysia.... Seronok ke....?
Pagi tu kami keluar dari masjid terus pergi cari sarapan. Banyak kedai makan tapi tengok semuanya yang tak dibenarkan makan. Ada satu kedai tu.. tengok namanya melayu siap ada ayat Al-Quran lagi tapi tengok semua pengunjungya hampeh..., tengok tukan jualnya lak pun hampeh..... Last2 kami pergi makan dekat kedai berhampiran Hotel Titiwangsa kedai makan Nur Raihan. Ok lah makan kat situ.
Lepas turun dari situ dah tak tau nak pergi mana. Lagipun hujan nak jalan pun tak seronok. Last2 ambil keputusan terus turun je sambil2 tu singgah dekat kedai yang ada tepi jalan je. Tu pun abang sorang je yang turun aku tunggu kat kereta je sebab Adeeb dah tidur lagipun hujannya tak henti2 walaupun tak lebat.
Lepas singgah setempat lagi kami pun terus bertolak untuk pulang. Masa tu pun dah dekat pukul 12 lebih. Nanti nak singgah lagi rumah kawan abang dekat Simpang Pulai. Masa balik tu pun jalan jam jugak. Tahan jelah menghadapinya tapi tak lah seteruk masa datang hari tu... On the way turun tu aku terlelap sedarnya dah sampai Simpang Pulai dengar abang call kawan dia yang akan datang ambil kami. Tak jauh pun dari situ.
Sampai rumah kawan abang tu lebih kurang pukul 2 petang kut. Borak-borak sambil makan dan lebih kurang masuk asar tu kami tolak balik. Masa keluar dari simpang rumah dia tu boleh kami tersesat. Sebab masa follow dia masuk tadi jalan lain tapi bila nak balik ye suruh ikut jalan lain. Apa lagi... main jalan jelah kami. Hentam jelah labu... janji boleh sampai ke jalan besar. Sampai jalan besar tu lepas makan langsat sikit kami berenti tanya orang. Akhirnya sampai jugak jalan asal tu. Sebelum masuk highway singah masjid tunaikan kewajipan terus jalan.
Ni nak cita pasal kawan abang tu... Bukan mengumpat tau.. ni berdasarkan cerita2 abang la. Abag cakap Roslin kawan abang tu masa belajar dekat UiTM Shah Alam masa ambil degree. Abang cakap kawan dia ni kelakar orangnya. Abang cakap lagi ingat dulu masa dia memperkenalkan dirinya dulu.... lebih kurang ginilah dialognya
Nama saya Roslin Din..... Harun Din...., Hasan Din...., tuuu... semuaaaaa..... orang lain. Aku ingat masa abang cita tu ye nak cakap tu semua sedara dia....
Pastu satu lagi dialognya masa jumpa kawan2 dia ye akan cakap............ Awak ni orang no. 2 dalam UiTM ni yang handsome. Bila kawan nye tu tanya sapa yang handsome no. 1 dia akan cakap....... yang no. 1 semua orang...
Saja je cita kisah2 abang dengan kawan-kawan dia.
Pada malam tu kami tak terus samapai ke Pt. Raja. Aku tersedar dari tidur nengok abang pun tidur jugak. Rupanya dia berhenti dekat perhentian mana tah. Aku tanya pun ye cakap tak tau main berhenti je sebab dah mengantuk sangat. Masa sedar tu lebih kurang kul 10 malam. Last2 kami ambil keputusan menginap dekat Hotel Highway yang ada dekat hentian tu. Lepas check in anak2 nak makan pulak. Pergi lah turun kejap cari makan dekat RnR tu. Jadi dapatlah nadhirah tidur jugak dekat hotel kalau tak kami dah janji nak bawak anak2 pergi hotel mana2 lak minggu depan. Dah dapat tidur hotel tu takyah lagi la kut...
Lepas check out tu.. kami tak terus pulang lagi... banyak tul menyinggahnya yekkk?? ye lah cakap nak jalan2. Kami masuk tol Ayer Keroh pergi tempat Nor (Cik Cu Nadhirah, Ainul n Adeeb) saje je lepas ambil Nor pergi Mydin makan2 sambil beli barang sikit. Lebik kurang kul 1.30 baru tolak balik. Kami tak lalu highway lalu jalan dalam je. Sampai rumah dah petang dalam kul 5 lebih. Penat tu jangan cakap la... lagi penat nengok kain kotornya yang banyak nak dicuci tu... esok lah dah kerja.... Ok itu ajelah kisah percutian kami yang tak seberapa tu...
Lain kali nak jalan tak nak lagi pergi time cuti sekolah. Tapi Nadhirah dah nak sekolah...
Antara gambar2 yang sempat diambil....
Rabu, Disember 23, 2009
Part 3 : Cuti-Cuti Malaysia.... Seronok ke...?
Perjalanan kami dari Kampung Raja lagi jalan sudah jam. Banyak betul kenderaan menghala ke Tanah Rata. Geraknya sikit2 je. Cuaca lak hujan je memanjang. Masa dekat Kampung Raja tu abag call sekali lagi dekat hotel yang kami tempah tempoh hari. Tetiba je pihak sana cakap tak de lak biliknya. Terkejuk lah kami. tapi ayat pihak sana tu cakap tak pe encik datang je sini. Kami pun berharap lah ada penginapan yang diperuntutkan untuk kami.
Dari pukul 2 lebih tu kami di Kg Raja sampai lah lebih kurang dalam pukul 9 lebih barulah kami sampai ke Tanah Rata. Memang penat betul lah perjalananya. Kami terus pergi cari Hotel Seri Pahang yang kami tempah tu. Pusing2 jugak cari maklumlah dah malam lagi pun kami tak pernah sampai situ lagi. Last2 jumpa jugak hotelnya, kene naik bukit sikit dekat seberang jalannya ada padang golf.
Abang terus pergi tanya dekat kaunter penginapan yang kami tempah tu.... Nak tau apa mak cik kat situ cakap. Tetiba je cakap mak cik. Aku tak tau ye cakap apa sebab aku dekat dalam keta. Tapi apa yang dimaklumkan oleh abang kepada aku memang takde penginapan untuk kami, hotel penuh. Haru tak....? kalau kami berdua je tak pe... ni dengan anak2 yang masih kecik ni kesian. Kesian Nadhirah kempunan nak duduk hotel. Kami pun dah janji nak duduk hotel. Tapi ini pulak jadinya. Alasan yang diberikan oleh pihak hotel ialah kami tak buat bayaran deposit. Abang cakap ye tak suruh pun buat bayaran masa call ari tu. Kalau ye suruh tak kan lah kami tak pergi bayar sebab memang kami nak pergi sana. Tapi yang kami herannya tu... napa pihak berkenaan masih menaburkan janji manis kepada kami supaya datang jugak masa kami call dalam kul 3 lebih tu. Sedangkan masa tu kami dah cakap kami berada di Kampung Raja menghala ke sana. Aku rasalah kan mesti dia pun takut kami tak sampai jugak pastu ada orang lain yang sampai ke hotel tu cari penginapan, tu yang pihak hotel bagi je dekat orang tu...
Kalau macam tu tak yah lah bagi janji kepada kami yang mengharap ni kan. Lebih baik je cakap penginapan dah penuh encik kami mintak maaf. Tak lah kami berhempas pulas mengharungi kereta yang berderek2 jam kat jalan berjam-jam tu. Lebih baik kami patah balik pergi tidur rumah kawan abang aje dekat Pulai dan naik semula besok pagi. Tulah kawan abag pun dah cakap sebelum kami pergi tu pergi tidur rumah dia pagi besok baru pergi naik cameron. Tapi sebab abang dah tempah hotel tu check in hari jumaat jadi kami terus ajelah naik dan singgah rumah kawan abang tu masa balik nanti.
Pada malam tu dari kul sepuluh tu sampai kul 11 lebih jugak kami berpusing-pusing dekat Tanah Rata dengan Brinchang tu untuk mencari penginapan. Dari rumah tumpang yang dibuat dekat rumah kedai hingga lah ke hotel yang bertaraf 5* kami pergi tanya dan call. Tapi jawapan yang kami terima semua sama full. Masa tu kami semua badan dah penat dah tak tau nak buat apa. Last2 ambil keputusan cari masjid je. Kami pergi masjid dekat Brinchang. Sampai situ tengok banyak jugak keta. Abang saje je ringan mulut tanya budak2 yang ada dekat situ.
Rupanya kami tak berseorangan. Ramai rupanya menerima nasib yang sama takde penginapan. Mula2 tu ingat nak tidur dekat keta je, dah kemas dekat belakang, sebab situ boleh sorang tidur. Tapi bila nengok satu family tu tidur dekat ruang masjid sediakan makanan tu... kami pun join sekali lah. Jadi malam tu kami tidur dekat masjid tu dengan beralaskan sejadah masjid berselimutkan kain pelikat abang 2 helai, kain sarung sehelai dan aku guna kain sembahyang dengan sejadah je. Adeeb lak aku selimut dengan tuala dia. Tu pun nasib baik bawak kalau tak.... entah lah sebab dah budget tidut hotel kan.
Sejuknya... tak tahan. tak boleh tidur rasanya. Dalam kul berapa tah tersedar tengok orang yang tidur dekat masjid makin bertambah. Adeeb lak dalam kul berapa tersedar nangis sampai termuntah. Nasib baik sempat tadah dengan sejadah aku. Kalau tak satu kerja lak nak kene basuh karpet masjid tu. Dah tak de kain aku nak buat selimut. Tahan je lah...
Orang azan subuh tu tersedar terus kejutkan abang. Terkejut tengok orang yang ada makin bertambah. Lepas sholat tu macam berkira rasanya nak mandi. Dah lah hujan bertambah lah sejuknya. Tapi tahankan juga pergi mandi. Budak2 pun aku mandikan sebab kesian seharian semalam jalan jauh. Nasib baik mereka semua tak menangis walaupun air sejuk. Bagus permata hatiku kalian memahami situasi kita sekarang.
Sambung esok lah kisah kami pergi jalan2. Tak banyak pun.....
Selasa, Disember 22, 2009
Part 2 : Cuti-Cuti Malaysia.... Seronok ke...??
Lepas tu kami meneruskan perjalanan dan singgah sekejap dekat Hentian Seremban, biasa lah kalau jalan dengan budak2kan.
Untuk makan2 atas keta elak ngantuk. Tapi ngantuk jugak... Sedap lah kacang ni... nanti nak pergi beli lagi lah. Ayah suka makan kacang ni. Yang ni tak keras, ingat masa raya ari tu beli untuk ayah kerasnya bukan main lagi.
Dari cermin sisi nengok keta di belakang keta kami.
Banyak lagi nak cita tapi tunggu lah yek next entry. Jauh benor perjalanannya sampai 3 entry tentang perjalannya aje. Memang jauh pun... sampai kul 11 malam tau perjalan kami pada hari tu... kalau sampai tempat sini baru dalam kul 2 petang gitu..... hehehe.. tunggu je lah.
Isnin, Disember 21, 2009
Part 1 : Cuti-Cuti Malaysia... Seronok ke...??
Khamis, Disember 17, 2009
Selamat Tahun baru Hijrah
Pedoman Hidup - Rahsia Iblis
Seorang sahabat Nabi S.A.W bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi S.A.W yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.
- Iblis bertanya kepada Allah S.W.T: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas). "
- Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah S.W.T yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat ) dan sebagainya."
- Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak / lagu / puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
- Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah S.W.T yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"
- Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
- Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."
- Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)
- Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "
- Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."
- Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."
SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA. RENUNG-RENUNGKAN LAH DIRI KITA ADAKAH ADA DIANTARANYA MASIH MENJADI AMALAN DAN BUDAYA KITA.
Isnin, Disember 14, 2009
Hujung Minggu Di Rumah
Layan je gambar-gambar ni.... Malas nak cerita panjang.
Lupa lak apa tah nama bunga ni. Garlic apa tah. Ada terbaca kat buku Majalah Laman yang kami beli tu. Tapi betul tau bila kita ramas daunnya akan keluar satu aroma bawang putih. Bunga nya lawa warna purple. Tapi sayang mungkin faktor tanah kat rumah kami tu kut bunganya tak tahan lama. Kalau dekat rumah mek tu macam lama je tahan bunganya.
Ragam Adeeb Bila Minum Susu
Masa ni tengah dahaga betul ni lepas main dekat luar. Tu minum laju je...
Lepas ambil video ambil gambar lak. Saje je... untuk simpanan. Bila besar nanti dia tau ohoo.... masa kecik lu Adeeb suka gentel kain masa minum susu.. Tak dapat tuala dia, kadang-kadang bantal pun ye tarik je ke mana-mana. Atau kekadang kain yang dia buat selimut. Tapi kalau nampak tuala terus yang lain dia buang nak tuala jugak.