Sudah lama menyepikan diri daripada membuat coretan dan meluahkan rasa atau berkongsi cerita... Hari ini saje mencuri kesempatan sedikit untuk mengabdikan kenangan indah yang terukir setahun yang lepas.
Al-hamdulillha semalam genaplah setahun umur Nurin berada didunia ini... Perkembangannya setakat ini dah pandai bangun sendiri dan mula nak belajar melangkah. Semalam tengok dua tiga kali cuba melangkah tapi gerak sikit je lepas tu jatuh... tak pe anakku... cuba lagi.... Insyallah...
Ibu, ayah, kakak Nadhirah ,Kakak Ainul dan abang Adeeb doakan semoga Nik Nurin Iffah diberikan Allah kesihatan, keselamatan yang baik, Membesar menjadi anak dan adik yang baik, dan sentiasa dalam lindunganNya sentiasa. Amin....
Semalam pergi checkup bulanan Nurin kat KK Pt. R***. Saya kecewa dengan statment yang diberikan oleh JM tu.... "anak akak ni.. berat badanya nya tak cantik....minum susu apa...?? Susu ibu semata... Patutlah.... bukan nak kata....susu ibu tak cukup zat.... " AllahhuAkhbar.... jadinya pada pandanngan dia susu lembu yang lebih berzat dari susu ibu.... Sedih sangat org yang sepatutnya lebih tahu tentang penyusuan susu ibu tapi cakap macam u.. sedangkan klinik tu ada gantung banner KAMI MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU....
