Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Selasa, September 25, 2012

Anemia @ Kurang Darah Merah


Apa itu anemia? Kita mungkin biasa mendengar rakan-rakan mengadu seperti cepat letih, sakit kepala yang berlarutan, muka kelihatan pucat tak bermaya dan beberapa lagi yang sebenarnya ia merupakan simpton kepada penyakit anemia. Dikatakan ada 400 jenis anemia namun 2 jenis yang amat bahaya yang boleh mengakibatkan dua perkara berikut iaitu ;

• Kematian
• Lumpuh badan

Secara umum anemia lebih dikenali sebagai kurang darah dan secara khusus tubuh kekurangan sel darah merah, atau kurang hemoglobin dan secara langsung menyebabkan kurangnya oksigen yang di bekalkan ke sel-sel.

Apakah tanda-tanda kepada penyakit ini? Antaranya ialah lemah badan, keletihan atau kelesuan, pening@sakit kepala, pucat- pada muka , kuku, bibir, dan kelopak mata, kesedihan, mudah terganggu, sakit dalam mulut, tercunggap-cunggap, gangguan mental dan kurang stamina.Namun terdapat tanda-tanda awal yang perlu kita ambil berat sekiranya ia berlaku iaitu kurang selera makan, sakit kepala dan sembelit

MAKLUMAT TENTANG SEL DARAH MERAH

1. Jangka hayat 120 hari
2. Sentiasa di ganti
3. ½ cawan darah – 5 juta sel 100% hemoglobin
< 80% hemoglobin, < 4 juta sel ANEMIA


SEBAB UTAMA

1. Kekurangan B6
• Kebiasaan berlaku pada lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.
• Kurang B6 --- kurang sel darah merah & kurang hemoglobin
• Tidak di sedari sehingga 10 tahun

2. Kurang Magnesium
 B6 & Mangnesium macam “salt + pepper”

3. Kurang Vitamin E
• Mengganggu penyerapan Iron
• Hasil penyelidikan menunjukkan sel darah merah yang terdedah kepada cahaya & oksigen selama 13 jam, jika dengan Vitamin E – hanya 4% kerosakan. Manakala tanpa Vitamin E -- 100% kerosakan akan berlaku terhadap sel.Penggunaan minyak yang banyak terutama dalam masakan harian memerlukan lebih Vitamin E.

4. Kukurangan Asid Folik
• Kekurangan B12

5. Kekurangan Iron
• Hemoglobin, enzim, rendah
• Akibat kelesuan yang kronik, sakit kepala

6. Kekurangan asid dalam perut
• Kekurangan B1, B2 , B5 , Vialin
• Cholin – perut tidak dapat keluarkan asid untuk penyerapan

credit to a nakkuwira.com

Vitamin yang dicadangkan :

Vitamin B Complex
Sustained Release Vitamin C
Vitalea (Multivitamin)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Jumaat, September 21, 2012

Vitamin E Shaklee di Naik Taraf (Leh gunake perkataan ni..??)


Boleh lah kan guna naik taraf sebab sebelum ni takde extra biji anggur tu... sekarang ni dah ada... Jom baca apa yang ada dalam Vit E Shaklee ni...


Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Ringkasnya :

  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
  • Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

  • Vitamin e sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.
  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
  • Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. 
  • Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

sumber Blog Alin


Khamis, September 20, 2012

11 Tahun 11 Hari

Al-hamdulillah hari ini diberikan ruang untuk mencoretkan sedikit kata-kata untuk ingatan pada diri sendiri. Sudah lama tak mengupdate blog ni dah bersawang bagai dah nampaknya....

Sepatutnya entry ni semalam cukup 11 Tahun 11 Hari..... cantikan.... apa yang tersirat dari nombor tu...?? Sebenarnya itu adalah tempoh saya bergelar pekerja di UTHM ini yang dulu masa daftar adalah KUiTTHO. Sudah lama rupanya yek saya menjadi perantau di tanah Johor ni tapi ingatan pada hari pertama melaporkan diri masih segar dalam ingatan.

Mengimbau Kenangan...

Hari pertama lapor diri sudah tentu dgn Pak Sedara tumpangkan sebab lom tahu kat mana nak tuju. Ditempatkan di Unit Pengurusan Sistem Pejabat Pendaftar. Bosnya Pn. Zuraidah Bosri dan Bos paling besar En. Misman. Ingat lagi hari pertama rehat dengan Kak Lim dia suruh saya makan soto... itu makanan pertama Johor yang saya makan. Balik kerja hari pertama tu Pak Sedara suh En Rahim tumpangkan. Alhamdulillah semua ok.

Hari Kedua kerja.... (ni  nak tulis utk 11 Tahun 11 hari punya cerita ke...??). Apa ingat otak saya ni komputer ke boleh simpang semua memori dalam tempoh tu.... hikhikhik   tolong jawab sebelum org tanya... hari kedua ni sebab ada satu kenangan yg tak dapat saya lupakan... (nape dah ada org yg berminat ke...???) Tak delah... saya ni kan shy-shy orangnya.... Hari ni saya balik kerja sendiri. Nak naik bas macam tak ingat sangat tempat nak turun tu... jadinya saya ambil keputusan naik teksi. Dah naik tu saya terus cakap kat Pak Cik Teksi tu nak turun dekat Lorong Sate ( Pak Sedara pesan maam tu suh cakap lorong sate semua org tahu...). Pak Cik tu cakap ok la sebab saya terus cakap tak ingat kat mana tempat tu... Saya pun tunggu lah sampai pak cik tu berenti kat lorong sate tu.... Tapi macam lama lah plak nak sampai.... rasanya macam dekat je dari tempat kerja nak ke lorong tu... saya pun ringankan mulut tanya pak cik tu... jauh ke lagi lorong sate tu pak cik??? Nak tahu apa pak cik tu cakap...?? (Mintak maaf nak pak cik terlupa nak berhenti tadi....). Nak tahu sampai mana saya masa tu...?? Taman UPC Air Hitam.... Agaknya kalau saya tak tanya sampai kemana lah dia bawak saya yek.... huhuhu.. tapi pakcik tu terus cakap tak pe pak cik pusing balik hantar ke lorong tu... Nasib baik lah kalau dibuatnya dia cakap mintak maap lah nak turun kat sini lah ye.... mcam mana tu.. ?? Itu lah kenangan saya ynag saya tak akan lupa....

Setelah 2 Tahun 7 Bulan 22 Hari (1 Mei 2004... tapi tu hari  cuti umumkan.... next day nye lah) kerja di pejabat tu saya dipindahkan ke Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar. Masih lagi berkaitan dengan pentadbiran pejabat tapi terlibat juga dengan pengurusan program pelajar.

Selepas itu saya mendapat satu surat lagi untuk dipindahkan ke Pejabat Pengurusan Akademik dengan jawatan yang lain. Al-hamdulillah rezeki anak. Saya perlu lapor diri pada 1 November 2006 tapi disebabkan saya masih dalam tempoh cuti bersalin anak kedua jadi saya lapor diri lambat sikit pada 6 November 2006. Dan sehingga sekarang dah nak masuk 6 tahun  saya masih lagi di PPA dengan3  unit saya buat dari Unit Kecemerlangan Akademik Pelajar tukar ke Unit Pendaftaran dan Rekod Pelajar dan sekarang ini dah hampir 2 tahun saya dalam Unit Peperiksaan dan Pengijazahan Pelajar.

Untuk esok dan akan datang saya tak tahu saya akan diletakkan dimana.... semestinya akan berlaku perpindahan untuk memastikan kita dapat banyak ilmu dan pengalaman kerja yang berbeza2. Buat akademik memang saya seronok sebab.... banyak yang saya belajar. Nak tahu kene buat sendiri.... itulah sedikit kisah  11 Tahun 11 Hari saya...hehehe. Kad matrik lama rasanya masih ada nanti akan diusahakan cari kalau  terjumpa la...akan saya abadikan kat sini.

Kalau umur saya panjang dan diberikan kesihatan yang baik masih ada lebih kurang 21 tahun untuk saya mencurahkan bakti di sini. Kecualilah saya nak pencen awal dari yang saya mohon dulu....( memang dalam kepala ni....hehehe nak balik duk kg sendiri lak...). Lagipun abg cuma tinggal 14 tahun lagi untuk pencen. Kalau saya berkhidmat 25 tahun dah dapat pencen penuh ke tak ek...??? nak kene semak dengan Pej Pendaftar ni...