Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, Januari 28, 2010

Apa Lagi.. Kalau Bukan Tentang Anak2

Apa punya mainan lah korang ni main.... Entah lah nak dimarah pun tak boleh... nak tergelak tu... ada lah. Last2 biarkan ajelah... Kalau biasanya Ainul dengan Adeeb berebut2 nak duduk dekat belakang bila Nadhirah naik basikal. Salah sorang mesti menangis lah  last2nya. Agaknya Nadhirah berfikir untuk keadilan bagi kedua2 orang adiknya tu... nak kasi semua orang naik tak gaduh2 ye ciptalah benda alah ni... Nak tengok apa yang dia buat.... Jom

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Adeeb nya dah nangis berebut nak naik sekali.


Kalau bab main..... ada2 je idea yang nak dibuat ye kakak....?

Dan hasilnya..... tengoklah.. anak2 aku ni..... Beg sekolah dia yang digunakan...




Sampai dah tercungap2 Nadhirah. Ye lah nak bawak dua orang adiknya tu... Apa2 jelah anak2...


Isnin, Januari 25, 2010

Masing-Masing Dengan Gaya Tersendiri...

Ingat tak dulu aku pernah cita tentang ragam Adeeb bila minum susu... Malam tadi kebetulan semua tengah minum susu dengan ragam masing-masing. Jadi aku pun tanpa membuang masa ambil lah gambar2 mereka tu...

Nadhirah dengan bantal busuk dia... Tak sempat busuk pun sebab sentiasa basuh. Bukan jenis yang tak kasi basuh tu... Kalau nak minum susu je mesti cari bantak ni. Kalau tak de mau mengamuknya. Jadi kalau pergi mana2 yang melibatkan beberapa hari tu kena bawak sekalilah. Bantal ni ye panggil bantal adik. Sebab ye mula sukakan bantal ni masa aku pantang bersalin Ainul. Bantal ni Ainul punya masa baby tapi ye tak kasi sebab ye nak gentel masa minum susu. Sebelum bantal ni ye guna patung arnab dengan bearnya je tapi lepas tu dah tak nak.



Ainul lak dari awal lagi ye memang guna tuala dia. Memang standby 2 helai satu untuk mandi dan satu untuk dia gentel masa minum susu. Kalau tak nanti di ambilnya tuala mandi tu. Pastu rata2 diheretnya tuala tu... kotor la... Kalau susu tumpah ke hapa kain tu lah yang digunakan untuk lap. Kalu masa mula2 lu Ainul suka isap 2 jarinya, jari manis dengan jari hantu dia tu.Sampai dah nipis kukunya tu. Tapi lepas dua jarinya tu tersepit dekat pintu kereta terus dia berhenti sebab aku cakap nanti kalau isap lagi darah akan keluar. Terus dia tak isap sampai sekarang. tapi tu lah tualanya tak boleh tinggal la bila minum susu. Sampai Adeeb pun boleh guna tuala jugak masa minum susu dia lah yang ngajar. Bila Adeeb nak minim susu je ye akan pergi ambil tuala kasi Adeeb. Ye cakap Adeeb yang nak. Tapi sekarang ni tak yak ye yang kasi, Adeeb tu pergi cari sendiri. Tapi tak pelah janji tuala tu boleh dibasuh.






Si budak kojek...


Imej Baru...

Bukan nak tunjuk rumah aku berimej baru.. sama je dari dulu sampai sekarang... Tapi nak tunjuk rambut Adeeb yang berimej baru... Macam nak gelak tengok muka Adeeb , macam budak dah besar la.. pulak.... Jom tengok budak botak.....






Khamis, Januari 21, 2010

Welcome.....


Selamat datang kepada semua kengkawan dari opis ni yang baru menceburi dunia maya bloger ni.... Tahniah ye... Sesama lah kita memeriahkannya asalkan kita tidak lupa pada tugas dan tanggungjawab kita.... Peringatan ini adalah untuk diri sendiri danjuga kalian semua... Tunjuk ajar yang diberi bukannya untuk menunjuk pandai. Tapi untuk perkongsian ilmu tak salahkan. saya pun bermula dari tak tau apa2 jugak. Sama-samalah kita mencuba untuk belajar. "LONG LIFE LEARNING". Tapi kalau ada yang tak buat kerja jangan salahkan saya pulak yek...


Rabu, Januari 20, 2010

Info - Khasiat Pisang


Just nak berkongsi email yang diterima mengenai buah di atas.

Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!�

Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!


Selasa, Januari 19, 2010

Amanat Tahun Baru UTHM




Tadi dalam Amanat Tahun Baru yang disampaikan oleh Y. Bhg. Dato' NC ada memaklumkan bahawa nama UTHM kekal. Ingat tak lagi entry yang aku pernah buat mengenai ini. Aku suka nama yang sekarang je dari yang lain macam nama jepun je...

Pastu kan start tadi rentak lagu UTHM dah dipercepatkan. Masa dengan tadi macam pelik aje aku rasa. Kalau lagu UTHM yang rentak dulu bila nyayi dan dengar je rasa meremang je dekat tengkok. Tapi yang ni .... aku rasa nak ikut pun tak sempat.... itu pendapat aku la...

Ni lagu rentak yang lama.



Isi-isi amanat yang disampaikan oleh Dato' NC tadi banayk. Nak tau bacalah dalam buku Amanat yang diberi tu...


Isnin, Januari 18, 2010

Adeeb Punye Hal

Pe'el Adeeb yang baru... Isap jari la pulak... kalau kita larang tak kasi isap lagi dia isap... saje je nak suruh kita marah dia. Apa2 je lah Adeeb. Buat tak tau je...






Bila Tak Nak Tidur...

Dua orang budak yang tak mo tidur... Kita suruh tidur boleh ye cakap ibu tak kasi tidur.... Ibu bukan tak aksi tidur... ibu cakap kalau nak tidur, tidur kat bilik diam2. Tapi kalau nak main tak yah duduk kat bilik Adeeb nak tidur... Duk main kat luar pun sama gak bisingnya... last2 bangun jugak Adeeb tu...




Kepenatan main seharian tak tidur lepas maghrib tu semua dah tertidur.... Tapi masalahnya kul 5 pagi semua dah bangun pulak la... main terjerit2. Segan kalau orang dengar... apa lah nak buat... Dengar je lah... dilarang pun bukannya dengar.


Rabu, Januari 13, 2010

Kita Pun Pandai Masak Ibu...

Kita sibuk nak masak kat dapur ... eheh... dia pun tumpang sekaki menyibukkan dirinya. Tengoklah apa yang dia sedang buat....
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>.........

Adeeb tolong ye bu...

Tak larat satu tangan dua tangan Adeeb guna ibu...

Ibu jangan risau...., Adeeb boleh tumbuk lah ibu....

Hah.... tengok tu... dah ada yang lumat tu.....

Lama nye Deeb.., sampai bila ibu nak kene tunggu ni... ibu nak masak ni...? Setiap kali kita tanya dah siap lom ye gelengkan kepalanya... Pandai pulak tu.... last2 nangis sebab ibunya dah tak sabor nungu bawang yang ditumbuk tak siap2. Tangan dia yang kene bawang tu disapunya pulak ke mata, lagilah....

Rajin kan... Harap2 tu sampai lah ke besor macam tu... tolong ibu masak kat dapur. Adeeb ni dari dia pandai bergerak lagi pantang nengok ada lesung batu kat bawah tu mulalah dia nak mengerjakannya. Tu nasib baik angin dia cuma nak kacau itu aje kalau tak... kekadang tu habis barang dalam kabinet tempat letak bekas tu ye keluarkan. Kakak2nya lak biasalah bila Adeeb keluarkan maka tumpang lah sekaki mainnya.

Kalau tak sepahkan bekas dalam kabinet tu... ye bukak peti sejuk. Ditekannya butang lampu tu supaya mati lepas tu ye lepaskan menyala balik... kekadang tu ternampak susu pekat manis tu.. dicelupnya tangan pastu jilat... waduh...waduh... kalian ni bikin mulut ibu bising aje kan...

Selasa, Januari 12, 2010

Sapa Ada Mengidam Nak Makan Benda Alah Ni...?


Nanti cakap lah yek... aku boleh kasi tapi untuk masa terdekat ni lah. Ada orang kasi semalam petang. Abang bawak masuk tu aku ingat daging apa.. abang tanya ada mengidam tak..? aku pun terus cakap daging rusa ke..? Bukan, daging landak. Ye ke...? Tak nak lah... terus rasa semacam je... Abang cakap sama je dengan daging ayam. Entah tak penah rasa la plak.

Aku tanya abang, nak makan ke...? ye cakap nanti nak call chik tanya masak apa sedap... tapi lom call lagi kut... Sanggup ke aku nak makan tu nanti... Macam tak boleh nak masuk je....

Aku ingat lu masa aku tengah pregnant dekat Nadhirah. Kebetulan on the way dari kampung nak balik johor singgah rumah Mok Su dekat KT. Kebetulan ye masak ikan patin. Sedap lagi aku makan. Balik tu aku suruh abang belikan ikan patin nak masak. Tapikan bila aku tengok ikan yang belum dimasak tu begitu rupa terus aku tak boleh makan. last2 aku kasi je dekat jiran sebelah ikan tu. Yelah tak kan aku nak buang je ikan tu.. sayang... Sampai sekarang aku tak pernak makan ikan patin lagi...

Berbalik kepada landak tadi... nak masak apa ye sedap..?

Potong...! Potong...!

Agak-agaknya kesian tak dekat anak yang kecil lagi kalau kita dah potong anunye....? Bagus tak yek...?

Tapi kalau ada masalah baik potong je... teruskan. Tadi nurse tu cakap baik potong je senang nak jaga dan bersih untuk anak tu... Macam seriau je aku rasa... Anu Adeeb macam bengkak sikit. dari ari tu lagi mcam ada ketulan tu... tapi abang cakap ok biasa je. Aku pun mana lah taukan. Semalam petang macam ye garu2 pastu tak nak pakai pampers, pastu asyik nangis je meragam. Dah pergi bawak ke Klinik Sejahtera malam tadi tapi tak sempat terima rawatan kami dah balik. Orangnya ramai sangat pastu Adeeb dah mengamuk. Biasalah budak mana boleh duk lama... mulalah dia tunjuk ragamnya.

Tadi kebetulan pergi check up dekat Klinik Pt. Raja terus tanyakan nurse tu. Tulah ye cadangkan supaya potong je terus. Ntah lah yek... nantilah dulu macam mana. Kalu nak buat, dekat Al-Iwani boleh kut... kalau dulu Ainul aku buat kat situ je... tapi tu anak perempuan. tapi kalau lelaki ye boleh buat ke tak yek...?

Aku...., kesian la....

Isnin, Januari 11, 2010

Waktu Untuk Minum

Maklumat yang diperolehi dari email yang di forward kan. Dikongsikan untuk amalan bersama.

USEFUL TIPS

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

  • Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

  • One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

  • One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

  • One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack




Jumaat, Januari 08, 2010

Adeeb Punye Cerita..




Makin besar makin mengada2 dan makin lasak tul. Boleh ye pergi panjat katil dekat dalam bilik tu.... Ewah... ewah.. Adeeb... Adeeb. Kuku kaki tu satu dah biru terhempap batu marma yang dibuat cenderamata tu... kesian tul... tulah semua benda nak main, kan dah kene penyakit.....
Aku boleh terlupa lak nak pergi check up Adeeb 5hb ari tu.... Ingat bulan ni tapi tarikhnya tak tau berapa haribulan. Ingatkan ye kasi tarikh yang 20 lebih sebab tarikh lahir Adeeb 23 hb. Rupanya ye kasi awal bulan. Tak pelah pergi minggu depan pun boleh kan sebab tak de inject pun untuk setahun 3 bulan. Setakat pergi timbang je... kalau ingat pun rasa tak pergi jugak kut sebab esoknya Senat banyak lagi yang belum siap.


Keluarga Aku....


Family belah keluarga aku (dari kiri atas kerusi nadhirah tengah nangis, My hubby, Mek tengah pangku Ainul, Nuar (Hubby Atie, duduk dr kanan Atie (adik no 2) Mira (adik no. 4), Noor (adik no. 5) dan aku (baru lepas pantang bersalin Ainul, tu nampak tembam skit)

Kalau biasa aku sering bercerita tentang keluarga kecik aku je kan... tapi kali ini aku nak bercerita serba sedikit keluarga dimana aku dilahirkan.

keluarga aku nak kata besar tak besar jugak tapi nak kata kecil pun tak kecil jugak. Boleh dikatakan sedang aje lah kut... Adik beradik aku... kalau dikira ikut sebelah mek (satu mak lain ayah) aku ada 8 orang adik beradik dan aku adalah anak ketiga, kalau sebelah ayah (satu ayah lain mak) aku ada 14 orang adik beradik dan aku adalah anak yang ke 9. Tapi kalau dikira (satu mak dan satu ayah) aku ada 6 orang adik beradik dan aku adalah anak sulong.

Kat sini aku nak cerita keluarga aku sebelah mek(satu mak lain ayah) je.. sebab kalau yang satu ayah lain mak lepas arwah ayah meninggal semua adik beradik membawa haluan sendiri dengan keluarga sebelah mak mereka masing. Kalau time raya pun cuma jumpa dengan Kak Yam sorang je.. tu pun sebab kak yam selalu datang beraya rumah mek. Kalau tak tak tau lah.

Kalau adik beradik belah mek, kami masih lagi rapat dan memang akan berjumpa pun setiap kali raya. Adik beradik aku belah mek semuanya ada 8 orang dan aku yang ketiga. Atas aku dua2nya lelaki Abg Umar (nama sebenarnya lain) dan Abg Yee. dan bawah aku ada 4 orang (sebenarnya 5 orang tapi yang bongsu meninggal dunia semasa berumur 18 bulan sebab sakit - Semoga Allah merahmatimu adik ku Siti Fatimah - bidadari syurga -Al-Fatihah) 3 perempuan dan sorang lelaki. Gambar dekat atas adik yang lelaki tak ada. kalau ada pun tak nak dia ambil gambar.

Atas aku of course lah abg2 aku dah kahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Abg Umar dah ada 5 orang anak dan abg yee lak nak masuk empat sorang on the way katanya. Ye takut aku pintas lah tu..hik..... Adik bawah aku lah dah kahwin juga dan sorang lagi akan menyusul dalam bulan 3 ni insyallah. Yang lain-lain tu belum lagilah. Jadi cucu mek sekarang ni 5+3+3 dah 11 orang nak masuk 12 lah yek...

Walau keluarga aku 8 oranga dik beradik yang duduk dengan mek cuma aku dan adik2 aku je... yang 2 orang lagi tu sorang duk dengan tok gi dan sorang lagi duk dengan mak sedara. Cuma bila raya atau majlis apa2 je kami kumpul tu pun kalau abang Yee dapat balik.

Arwah ayah meninggal masa aku umur 12 tahun lagi, sakit macam2. Al-Fatihah untuk arwah ayah semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan sentiasa dicucuri Rahmat. Amin. Kenangan yang aku tak dapat lupakan sampai bila-bila pun sebab aku terkilang tak ada disaat akhir ayah pergi. Aku ingat masa tu pergi pekan Jerteh beli kain untuk buat baju sekolah. Masa nak balik tu tunggu lama sangat sebab tak ada kenderaan nak balik. Sampai je kat simpang kampung orang bagi tau ayah dah takde. Memang arwah ayah pada masa tu tengah sakit tapi..... entah lah.... Ingat lagi masa ayah sakit dalam sebulan lebih tu ayah mintak Abg Mie (adik beradik belah ayah lain mak) ambik dia letak dekat rumah adiknya dekat kampung sebelah. Arwah cakap ye kalau mati tak nak mati dekat rumah tu...)Jadi aku mek dan adik2 semua ikut duduk rumah mak sedara (Mak Su). Memang betul arwah meninggal kat rumah tu jugak. Mungkin ye tak nak kami adik beradik terasa sangat dengan kehilangannya tu sebab ye tak nak meninggal kat rumah kami duduk sekarang. Tapi memang betul bila aku pergi jalan rumah mak su tu aku memang terasa sangat, terbayang arwah ayah duk terbaring kat situ. Sedih sangat.... Aku amsih ingat masa tu mek tak setitik pun menitiskan air matanya. Aku tau mek tabahkan hatinya depan kami tapi dibelakang kami siapa yang tahu...

Lepas arwah ayah meninggal tu... ada ura2 nak pisahkan kami adik beradik (5 orang tu, yang bongsu tak sebab meninggal sebelum arwah ayah meninggal tapi jaraknya tak jauh beberapa bulan je..) Sedih sangat... kenapa nak dipisahkan... Alasan mereka masa tu mek tak kerja macam mana nak pelihara kami adik beradik. Yang terlibat nak dipisahkan Atie nak diserahkan kepada sedara mara belah arwah ayah dan Mira nak dibagikan kepada Mok Chik Abang kepada arwah ayah. Walaupun duk dekat situ jugak bila dipisahkan adik beradik mek mesti terasa. Tapi mek pertahankan dan abg mie bagi jaminan untuk bantu mek dalam membesarkan kami. Aku tak kan lupa jasa abg mie pada kami adik beradik kerana tak pisahkan kami. Walupun janji itu cuma berlaku sebentar sahaja......

Ok lah aku tak nak cita lagi kisah2 itu... sebab semuanya kisah2 yang membuat aku sedih .... Yang pastinya semua yang aku lalui dari umur aku 12 tahun banyak memberi aku pengajaran, kematangan, keinsafan, kesedaran dan macam2 lagilah. Aku bersyukur kepadaNya dengan apa yang aku ada sekarang dan pengorbanan yang mek lakukan kepada aku adik beradik tak akan aku lupakan dan tak akan terbalas. Apapun kelemahan diri ini tetap ada.....



Jumaat, Januari 01, 2010

Berita Pembuka Tahun 2010

Apa yang anda rasa bila diumumkan harga gula Naik 20 sen mulai tahun 2010.....????

Happy..., kecewa....., geram....., menyampah......, apa lagi.... Kita tak mampu buat apa2. Menerima apa yang diumumkan kerana kita memang memerlukannya. jadi sama-sama lah kita

"...... Kurangkan Gula Dalam Minuman... "


Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010

Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010. Diharap kehadirannya membawa kita menjalani kehidupan ke arah yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Apa kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai dan belum dicapai yek untuk tahun 2009. Entahlah aku pun macam tak pernah nak buatkan satu azam pada awal tahun apa yang aku nak capai pada tahun tu... Main buat je apa yang aku nak buat. Tapi yang secara tak rasmi tu ada juga lah kut.... Jadinya tahun ni aku nak cuba fokuskan kehidupan aku dan keluarga ku...

Kerjaya aku...?

Tak ada perkembangan apa2 pun sebab aku masih di grad yang sama cuma dah berjaya melepasi PTK bagi paper khusus dan paper umum lum lagi. Jadinya aku nak berazam untuk dapatkan Tahap 4 PTK paper umum. Tapi masih ada lagi ke PTK untuk tahun depan....? atau ada tapi sudah diubah bentuknya dari menduduki exam ke menghadiri kursus pulak...? Entah lah sama2 kita tengok nanti yek...!

Keluarga aku...?

Aku ingat dah dapat 3 orang (2 perempuan dan sorang lelaki) tu rasanya nak rehat dulu.... kalau boleh lah.... Tapi kalau dibagi rezeki jugak... aku tak menolaknya. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak....., musuh jangan dicari... Tapi kalau diberi rezeki dalam bentuk lain lagi bagus... Bentuk apa tu...? Banyak... kesihatan, harta dunia, bekalan akhirat.. (ni kene cari ), kebahagian dan mcam2 lagi lah.

Perhubungan dalam keluarga....?

Biasalah ada pasang surutnya. Adat berumah tangga katakan untuk mengeratkan lagi perhubungan. Aku mengaku bab merajuk ni memang tak boleh nak tinggal kut.... hehehe sorry ye bang... tapi sayang merajuk nak dipujuk tapi hampeh....kah3 biasalah isteri nak mengada2 jugak dengan suaminya kan... Bab membebel kat rumah tu biasa lah. Standard lah kan orang perempuan, kalau diam tu... AWAS....! ada sesuatu yang tak kene... Biasa membebel pun bukan pasal apa pun.... nak suruh anak diam, tak nak sepah mainan, tak nak gaduh-gaduh masa main.... tu je lah kut... ops tambah lagi ambil barang kene letak tempat asal... tak nak sepah lah tu.... Jadi azam aku tahun ni untuk bab ini... aku akan berusaha untuk meningkatkan lagi tahap kesabaran dalam melayan kerenah anak2 dan suami ku tu la... maklumlah umur pun dah makin meningkat jadinya kematangan diri adalah perlu....

Kewangan ku.....!

Orang cakap boleh lah... biasalah kerja kerajaan mana boleh jadi kaya mendadak kan.. nanti tak pepasal kene siasat. Orang kata cukup pakai, cukum makan, cukup untuk anak2, cukup perbelanjaan dan cukup lah semuanya. Jadi untuk tahun ni zam aku dalam bab kewangan ni aku ingat ada 2 perkara yang aku nak buat. Pertamanya aku nak buat pemotongan gaji untuk simpanan Tabung Haji untuk aku dan juga anak2. kalau sebelum ni buat simpanan Tabung Hajinya ikut suka ajekan.... tahun ni siap dah dapat gaji tu tak yah pikir nak pergi simpan lagi kat situ.. Tapi kalau ada lebih tu boleh la simpan jugak. yang keduanya aku nak buat perniagaan secara online. Kan ari tu ada entry aku tulis pasal ni. Insyallah aku akan buat. Tak sabarnye nak nunggu aku habis bayar PTPTN tu...

Itu aje lah kut....