Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Jumaat, Disember 30, 2011

Testimoni Basic H

Ok, hari ni saya nak kongsi pengalaman saya gunakan Basic H ni. Sebenarnya dekat sebulan jugaklah saya dah gunakan Basic H ni terutamanya untuk mandikan si Nurin yang kulitnya gatal2 dan jadi kering di area lipatan tu.... Dan Al-hamdulillah sekarang ni tengok di lipatan kakinya dah tak de kulit kering tu.... dia pun dah tak tergaru-garu lagi dah. Al-hamdulillah. Gambar tak de plak saya ambil untuk dijadikan bukti. Tapikan buat apa saya nak tipukan kalau dah benda tu betul.

Dan satu lagi testimoni saya buat untuk hilangkan gula-gula getah yang melekat di kain lampin si Nurin angkara abang dia yang buat lap gula-gula getah. Dah lama benda tu terlekat kat situ tapi nak buang macam mana dah cuba banyak cara untuk hilangkan tapi tak tanggal jugak termasuklah orang cakap letak dalam peti air biar dia keras lepas tu kopeklah gula-gula getah tu tapi tak jadi jugak....



Dan akhirnya masalah tu selesai dengan hanya titiskan beberapa titis Basic H tempat gula-gula getah tu melekat lepas tu disental sikit je dengan tangan. Dan hasilnya..... tada.....



Berminat untuk dapatkan Basic H Shaklee....?? apa tunggu lagi boleh hubungi saya ditalian 012-7169780. Berbaloi-baloi menggunakannya dengan 1001 kegunaan tu. Saya pasti anda tak rugi membelinya.


Rabu, Disember 28, 2011

Basic H 1001 Kegunaan

Saya pun baru mencuba  Basic H ni untuk Nurin yang kulitnya selalu merah2. Biasalah kita nak jual mesti guna dulukan baru tahu keberkesananya. Jom baca apa kata mereka yang dah lama gunakannya.

credit


1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak) Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9. Mengasah pisau Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


KEGUNAAN SEMASA KECEMASAN

1. Menghapuskan kutu di atas kepala Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor) Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit) Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


Jumaat, Disember 16, 2011

Anda Seorang Pelajar...Cuba Lecithin



Kenapa saya sarankan supaya anda mencuba Lecithin tu.... Kerana Lecithin membantu agar saraf otak menghasilkan KOLINA. Tentu anda nak tahu apa itu kolina kan.

KOLINA adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Fungsi otak adalah untuk berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan bercakap, tidur, penghadaman dan banyak lagi. Kolina ni sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak.

Jadinya sesuaikan untuk anda yang bergelar student atau pun pekerja juga. Maklumlah bila umur semakin meningkat memori kita juga akan semakin menurun kan...


Apa yang bestnya bila kita amalkan pengambilan lecithin ni.... ia bukan sekara untuk meningkatkan kecerdasan otak kita malahan ia boleh memecahkan lemak2 yang terkumpul kat perut tu... terutamanya... Kalau nak tahu jom baca apa kata mereka yang dah cuba Lecithin ni...

Testimoni 1
Nani~setiap malam b4 tido, saya akan ambik 3-4 capsule of Lecithin.yang ni pun bagus gak..mmg seriously bakar lemak. setakat ni if saya makan lecithin sahaja without cinch,at least I lost 200-300gram per day..sometimes till 400gram per day,

Testimoni 2Aula~..aku memang suka sangat dengan Lecitin..(dulu dia kata dia notice rambut nampak cantik dan bila went for exam,lebih power otaknya..hihi)

Testimoni 3
Intan~ Salam Kak cery..dok mkn tablet2 shaklee ni..alhamdulillah terasa keberkesanannya. Intan minum plain water yg disarankan.Badan rasa ringan perut tak buncit sangat dah..takdelah rasa sengkak sangat...

credit

dan Testimoni saya sendiri. Al-hamdulillah saya juga ambil lecihtin ni sebab bila  rasa perut ni dah buncit. Maklumlah selera makan sekarang ni dan meningkat sikit. Jadinya nak elakkan ketidakselesaan,  saya amalkan dan al-hamdulillah rasa macam berkurangan lah masalah tu. Dan untuk suami, saya suruh gak ye makan ni sebabnya ia bergelar mahasitua (bak katanye lah... tapi awet muda lagi...) sekarang ni.... jadi dapat membantu dalam pembelajarannya dan menyelesaikan juga masalah perut buncit.

Sebotol mengandungi 180 capsules RM52. Anda berminat untuk mencubanya.....??? apa lagi SMS kepada saya segera ke no 012-7169780.

Rabu, Disember 07, 2011

Doa Pembuka 12 Pintu

Salam Ceria untuk semua. pagi tadi OTW datang opis dengar radio era Sinar kebetulan Dato' Fadzilah Kamsah tengah bagi motivasi pagi. Tertarik dengan doa yang disarankan untuk kita amalkan setiap pagi. Jadi saya google doa tu dan terjumpa di http://suarapesanan.blogspot.com/. Dato cakap dekat FB dia pun ada tapi saya tak jumpa cari. Jadi di sini saya ingin kongsikan doa Pembuka 12 Pintu ini. Semoga kita mendapat keberkatan darinya Insyallah.




Ya Allah, bukakanlah untukku (dan ahli keluarga ku) pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Khamis, Disember 01, 2011

Yakin Pada Diri Sendiri Insyallah

Salam ceria... dah lama tak berblog memandangkan sibut memanjang sehinggakan kerja pun buat balik rumah. Sampaikan hujung minggu lepas rasa badan macam dah seram sejuk rasa macam nak demam je... Tapi Al-hamdulillah tak jadi demam. Mungkin kesan dari pengambilan vit Shaklee ni...  Al-hamdulillah.... Tapi masa badan rasa seram sejuk tu... dua hari jugak lah hasil tenusu merudum sesangat. bukan sikit tapi banyak..... sampai saya fikir adakah setaka ini saja yang mampu saya berikan pada Nurin....

Sedih sangat..... risau pun ada... apa taknya sekali perah dapat 1 oz je... kali kedua perah pun sama dapat 1 oz dan kali ketiga baru tambah sikit dapat la dalam 3 oz. nak bekalkan untuk hari ni pun tak cukup. Dah kene keluarkan stok beku yang dah tak berapa banyak tu.... risaunya....

Tapi saya tak nak patah semangat dengan mudah. Saya yakin pada diri yang susu masih banyak lagi dan cukup untuk Nurin dan Al-hamdulillah hari ni sekali perah dapat segini......



Al-hamdulillah syukur Ya Allah. Walaupun orang lain sekali perah dapat lebih banyak lagi dari saya tak kisah la... sebab susu yang dihasilkan adalah bergantung kepada keperluan baby kita. Anak saya minum 12 oz je kat taska sehari. Kekadang tu ada jugak tak habis kekadang tak cukup pun ada.... tapi biasanya sempat balik la...

Jadi yakin pada diri dan set dalam minda susu masih banyak... dan jangan lupa konsisten ambil vit untuk badan sihat Insyallah, minum banyak air masak 3L sehari (saya jarang sampai ni...), pamp kerap  2-3 jam sekali. dan berdoalah.....