Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Selasa, Disember 28, 2010

Sepanjang Jan 2011

Aku rasa peknen kali ni yang paling banyak aku kene pergi klinik buat check up. Jadi penat menunggu aje lah jawabnya. Kalau sekali pergi check up tu orangnya tak ramai tak pe... ni huhuhu..... kalau pergi dalam lingkungan kul 8.00 - 8.30pagi tu.... kul 11 pagi pun jangan harap le boleh siap... kalau tak cecah kul 1 ptg. Tu aku suka pergi petang kalau tak kene ambik BSP 4 kali dalam sehari tu... tapi kadang2 tengok juga... nasib tak baik pergi kul 2 kul 5 juga baru habis.

Ni lak temujanji aku untuk bulan januari 2011 punye... adus... macam mana ni... pening jugak ni... mintak2 masa tu tak banyak kerja sangat. Mudah2an dipermudahkan segala urusan ku... Jom tengok temujanji aku dengan Klinik dan dengan Hospital

10 Jan 2011 (Isnin)
Check di Klinik Kesihatan Pt. Raja untuk 2 minggu sekali ( 2 petang)

12 Jan 2011 (Rabu)
 Taklimat Teman Kamar Bersalin di Pakar 5 Batu Pahat .Syarat untuk suami temankan isteri
                     dalam bilik bersalin. Kalau tak pergi taklimat ni suami tak boleh masuk sekali. (2 petang)

17 Jan 2011 (Isnin)
Pergi klinik untuk buat BSP. Sebelum tu kene bepuasa tak boleh makan dan minum keciali air masak dari pukul  10 malam. Ambil darah kat jari pukul 8.00 pagi, 11.30 pagi, 5 ptg dan 10 mlm. Mudah2an tidak ada yang lebih dari sepatutnya. Kalau tak esoknya kene ulang mana yang tinggi. (8.00 pagi)

19 Jan 2011 (Rabu)
Biasanya kene jumpa doc dekat klinik untuk review result BSP tu.... (mintak2 ye kasi petang)

21 Jan 2011( Jumaat)
Rujuk pakar 5 Hosp. Batu Pahat sebab gula dalam darah tinggi, tekanan darah rendah dan HB rendah. (9.00 pagi)

24 Jan 2011 (Isnin)
Check di Klinik Kesihatan Pt. Raja untuk 2 minggu sekali ( 2 petang)


Layan je lah semuanya.... Ari isnin 3 Jan 2011 ni nak cuti untuk tengok Nadhirah dan Ainul yang baru nak sekolah rendah dan tadika. Hari ni biasa ramai ibu bapa yang ambil cuti untuk selesaikan persekolahan anak2.


Jumaat, Disember 24, 2010

Persiapan Untuk Orang Baru....

Al-hamdulillah sedar tak sedar kejap je masa berlalu. Sekarang ni aku dah nak masuk 34 minggu. Tinggal beberapa minggu je lagi dah nak keluar babynya. Mudah2an dipermudahkan oleh Nya, Insyallah.

Persiapan untuk sambut orang baru pun Al-hamdulillah boleh dikatakan semua sudah lengkap cuma tinggal nak belikan pampers dengan mandian je belum lagi.... Ingat nak beli Cloth Diapers tu nak cuba dalam 10 keping tapi... entah le... lom order lagi. Baju2 nak pack dalam beg lom buat lagi... tunggu lah dulu.... janji semua dah dibasuh.

Dari segi persiapan untuk aku berpantang lak dah ok semuanya. Jamu2 pun aku dah beli. Kali ni nak cuba yang ni... plak. satu lagi tu aku belikan jelly gamat yang jenama belum pernah beli lagi. Entah le macam mana rasanya tu... harap2 tak le rasa gamatnya. Adik kat kedai tu yang cadangkan tu ambil tu. Kalau tak aku nak beli yang jenama healin je yang biasa guna.



Nasib baik semuanya dalm bentuk pil.... hikhikhik... kalau tak bercinta nak makannya nanti....

Masa Adeeb lu aku guna produk Sendayu Tinggi.... Harganya boleh tahan walaupun aku tak ambil semua yang sepatutnya.... bagi aku ok lah jugak....



Produk ni habis aku makan walaupun dah lebih 60 hari aku tetap makan jugak sebab sayang dah beli mahal-mahal. Cuma untuk barut perut tu je ada lagi separuh aku bagi kat anak sedara.

Aku lupa lak sama ada masa Nadhirah ke masa Ainul aku guna produk ni...



Pun ok jugak. Rasanya macam tehnya je kut yang tak habis aku minum.... hehehe... sebabnya ye bukan pil... Nama dah teh... macam mana nak jadi pil.. sabor jelah. Tapi untuk ketiga2 pantang sebelum ni aku ada tambahan jamu yang dibagi percuma oleh tuan rumah sewa aku lu.... ok jamunya..., jamu kampung. Dah habis pantang pun aku habiskan jugak jamunya sebab orang dah kasikan percuma lak tu... Lagipun dia buatkan dalam bentuk pil, tu yang aku boleh habiskan tu...

Untuk yang kali ni aku rasa ye tak tahu pun aku peknen sebab masa last pergi rumah dia ari tu lom nampak lagi. Dah lama pun tak pergi rumahnya... entah le.... mesti ye tertanya2 kan bang nape lah Nik ni dah lama tak datang... Tapi segan lak plak nak pergi time sekarang kut nanti ye cakap aku nak jamu free lak... Kalau kita bayar bukannya dia nak.

Bertungku.... satu kemestian time berpantang. Dah ada batu sungai tu kat rumah. Janjinya nak kene rajin je bakar tungku tu... harap2 abg masih rajin untuk membakar tungku dan tolong bertungku sekali untuk aku kali ni.... Maklumlah ni kali pertama nak bersalin dekat sini. Padahal mek nak datang pun dari kampung tapi tak tahu le berapa lama dia nak duduk sini. Kalau harapkan aku bertungku sendiri kejap je.... mata terus terlelap dan tungku tu sejuk begitu je... selalu je kene marah dengan mek sebab dibagi tungku aku lak zzzzZZZZZzzzzz hehehe.... tapi tak le selalu.... (bela diri tu...)

Bengkung pun aku tambah satu lagi... saja nak buat gilir2 senang sikit nak cuci. Kalau sebelum ni time nak cuci aku pakai yang moden tu je.... Harap2 kali ni pun masih dapat mengekalkan prestasi kembali kepada bentuk asal dan berat yang asal. Insyallah mudah2an dipermudahkan.....


Khamis, Disember 23, 2010

Mandi Wiladah Dan mandi Nifas

Isu yang selalu menjadi persoalan dalam benak kepala ku setiap kali nak bersalin. Sudah banyak kali jugak bertanya kepada ustazah atau mencari jawapannya dalam enternet untuk mendapatkan kepastian. Tetapi biasalah ada banyak pendapat mengenainya. Ada kata wajib mandi wiladah sebab keluarnya baby ada setengah pendapat kata kat perlu kerana memadai dengan mandi nifas. Aku terbaca artikel ini dekat satu blog yang menerangkan perbezaan mandi wiladah atau mandi nifas. Jom kita baca dan fahami bersama-sama.

Wiladah (beranak) adalah antara perkara yang menyebabkan wajib mandi atau kita biasa sebut sebagai mengangkat hadas besar. Selain daripada wiladah, berjimak (bersetubuh), haid dan nifas adalah antara perkara yang diwajibkan mandi. Ada perbezaan antara wiladah dan nifas.


Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim wanita yang baru bersalin manakala wiladah pula ialah bagi wanita yang bersalin tanpa keluar darah nifas. Keadaan ini boleh berlaku.

Mandi Wiladah adalah mandi janabah (mandi wajib) bagi perempuan yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas. Maknanya, kalau melahirkan anak secara pembedahan dan tiada darah nifas, mengalami keguguran, sama ada janinnya dalam bentuk seketul darah, seketul daging ataupun sudah cukup sifat (dalam kes bayi meninggal dalam perut atau sebagainya), semuanya wajib mandi.

Nifas pula adalah istilah bagi darah yang keluar (daripada rahim) SELEPAS melahirkan anak walaupun hanya setitik. Tempoh yang biasa (average) ialah 15 hingga 40 hari, manakala paling maksimum ialah 60 hari (selepas itu, jika masih keluar darah, ia dianggap darah istihadhah atau darah penyakit dan wajib mandi dan bersolat sebagaimana biasa). Selepas kering darah itu, wajiblah mandi atau mengangkat hadas besar bagi menyucikan tubuh dan membolehkan perempuan itu mengerjakan ibadah (solat, puasa, baca al-Quran dsb) serta melakukan jimak dengan suami. (Nota: Darah yang keluar ketika sakit hendak bersalin atau keluar bersama anak tidak dikira darah nifas kerana ia keluar mendahului anak.)

Sama ada keluar darah nifas ataupun tidak selepas bersalin, hukumnya sama – wajib mandi. Ini kerana ia dihukum sebagai orang yang berjunub kerana anak itu adalah hasil daripada air mani perempuan dan lelaki (sila rujuk Kitab Fikah Mazhab Syafie – Menghuraikan Bab Bersuci dan Solat) .

Sering timbul kekeliruan sama ada perempuan yang baru bersalin itu wajib melakukan kedua-duanya sekali – mandi wiladah dan mandi nifas. Sebenarnya, sebagaimana yang dijelaskan di atas, mandi wiladah itu khusus kepada mereka yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas atau mengalami keguguran. Walaupun tiada darah nifas yang keluar selepas bersalin, wanita itu tetap wajib mandi sebelum dia boleh mengerjakan ibadah seperti biasa atau untuk bersama suami. Dan mandinya itu adalah mandi yang disandarkan kepada tafsiran illat (sebab) iaitu mandi kerana beranak.

Bagi wanita yang mempunyai darah nifas (dalam tempoh yang disebutkan di atas), tidak kira sama ada dia bersalin secara normal atau pembedahan, maka dia mesti menunggu hingga darah nifas itu kering dahulu barulah boleh mandi dan beribadah seperti biasa. Tak perlulah dia mandi wiladah pula selepas bersalin dan kemudian mandi nifas pula selepas darah nifasnya kering. Kalau nak ikut logik akal, memang tak logik perbuatan tersebut kerana mandi wajib bertujuan menyucikan diri bagi membolehkan beribadah. Apa gunanya mandi wajib kalau masih tak boleh solat kerana dalam keadaan bernifas?

Islam itu mudah sebenarnya, jadi tak perlulah menyusahkan diri.

Dalam satu Hadis Rasululullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Jemaah kecuali an-Nasa’ei, diriwayatkan bahawa baginda bersabda yang lebih kurang maksudnya, “Wanita hendaklah melakukan ghusi (mandi) dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin sama ada anak itu hidup atau mati”.

Hadis ini menyebut mandi hanya sekali sahaja selepas kering darah nifas. Tiada dalil mengenai mandi wiladah dan para ulama mentafsirkan mandi wiladah itu sebagai dalam lingkungan mandi nifas juga. Wallahu`alam. (from MakAji Amatullah @ http://groups.yahoo.com/group/ibu/message/973)


******

Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam. (from USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL @ http://ilmudanulamak.blogspot.com/search?q=hukum+mandi+wiladah


Jadi apa yang aku faham di sini hanya cukup sekadar mandi nifas sahaja selepas darahnya kering. Mandi wiladah dilakukan sekiranya kita keguguran dan tak ada darah nifas dan bersalin yang juga tak ada darah nifas. Aku harap pemahaman aku tak silap. Kalau salah abang tolong betulkan yek...

Sama juga dengan sholat disaat kita telah megeluakan tanda2 untuk bersalin sama ada darah atau air. Sebenarnya kita wajib sholat sebab tanda2 itu tidak termasuk lagi dalam kategori nifas yang membolehkan kita meninggalkan sholat. Mudah2an Allah memberikan ku petunjuk agar diri ini tidak terpeson dari landasannya. Amin



Khamis, Disember 16, 2010

Hari Asyura....


Sure belah pantai tumur (imej google...)

Hari ini 10 Muharram 1432 H adalah hari asyura. Teringat plak sure belah pantai timur... dah lama dah tak makan. nak cari kat batu Pahat ni... mana lah ada. Emmmm sedapnya... Aku bukan mengidam tau tapi teringat dah lama tak makan. Kalau mengidam terpaksalah abang kene cari sampai dapat. hehehe... tapi tak le...

Ingat masa dolu-dolu zaman sekolah rendah. Kat kampung selalu buat sure ni... ye macam satu kemestian setiap bulan muharram jiran2 akan berpakat buat dekat madrasah. Seronok masa tu... org2 tua sibut buat kerja kopek bawang, paruk kelapa, siangkan daging ke ayam ke... geng kita budak2 budak ni sibuk jugak hehehe... nak tahu sibuk ape...? Sibuk carikan tempurung kelapa yang yang dia org paruk tu ambil yang bahagian ada mata. Kita orang sibut duk mengikis buangkan saki baki kelapa dan sabuk kelapa dekat tempurung tu sampai licin dan carikan kayu yang boleh muat lubang mata dekat tempurung kelapa tu untuk dibuat tangkai.

Nak tahu..... tujuannya untuk apa...??? Tujuannya untuk masukkan sure yang bila dah masak nanti dalam tempurung tu.... Bila masak je semua budak-budak dipanggil beratur untuk ambil sure tu.... seronokkan  zaman budak2. Ada satu kisah tu... masa tengah menadah tempurung yang dah dibersihkan tu untuk masukkan sure tu... entah macam mana sura yang panas2 tu boleh menitik atas kaki aku... adus.... terus merah dan mengelembung. Nak pakai selipar pun susah. Tapi tak nangis sebab malu le... tapi rasa nak mengelampar (betul ke istilah ni...???) je masa tu... pedih weh.... Sure keras baru sedap dimakan dicicah dengan serunding kelapa. nak makan panas2 pun boleh gak tapi hati2 melepuh lidahnya nanti...

Sekarang ni mana ada lagi... entah lah ada dibuat tak lagi majlis tu kat kampung aku... kalau dekat sini bubur lambuk ke bubur asyura ke sama je... kalau tempat aku sure tu lain ye warna hitam macam kuih talam dan bubur lambuk lak ye macam bubur tapi dimasukkan daun pucuk midin dengan ikan, dan bahan2 lain lagi... emmmm sedapnya.....


Bubur Asyura kat sini... lain kan.... (imej google..)


Ni lak gambar bubuk lambuk tempat aku.... (imej google...)

Rabu, Disember 15, 2010

Berapa Lama Kita Tahan Untuk Menuggu dan Menunggu....



Pagi tadi kene pergi klinik lagi jumpa doc untuk review result BSP yang buat ari senin bawa ke hari selasa tu... Aku sampai dalam kul 8 lebih skit je tapi tengok orangnya yaaaa ampun ramainya..... maybe start dalam no 80 kut dan akunya no adalah 126. tapi sebab aku cuma nak review result tu je tak yah nak ukur berat, BpP dan test urin jadinya rasa lege lah tak yah nak tunggu lama. Tapi SN yang aku tanya tu tetibe je cakap suruh buat jugak yang dah buat  ari senin ari tu... waduh lama sih nak kene nunggu.

Tapi aku derhaka skit..... hehehe... aku pergi tanya orang lain lak kalau just nak review result BPS tu kene buat yang test biasa tu jugak ke...?? ye cakap sebab datang pagi kene lah buat jugak. Aku cakap je habis kenapa bagi temujanji saya pagi lak sebab sebelum ni pergi bilik doc je terus. Doc pun cakap ari tu tak payah buat test yang lain2 tu datang je terus bilik doc bagi kad. Lepas le kat situ aku diminta terus ke bilik doc dalam kul 8.30 gitu...

Dan di sini lah bermulanya episod ku tunggu-tunggu tak kunjung tiba. Memang no aku lambat lagi naik tapi aku masukkan awal kad dalam bilik doc tapi nurse dalam bilik doc tu panggil ikut no lak. Jadinya orang yang masukkan lambat kadnya pun tapi sebab no. nya lebih kecil dari no aku jadinya mereka akan dipanggil dulu.... dalam kul 9.30 pagi.... lom panggil lagi... still sama org yang no kecil dipanggil dulu walaupun baru sampai kat bilik doc. sabar jelah..... kul 10.30 pagi.... sama lagi nama ku masih belum naik sebab makin ramai org no yang kecil dari aku sudah masukkan kadnya....

Situasi aku...... memang dah gelisah sesangat dah sebab dah penat duduk menunggu kat situ je dalam 2 jam lebih. Aku rasa kalau  diukur tahap stress aku masa tu mesti tinggi. Bahayakan untuk baby aku dalam perut. Aku rasa aku perlu jugak bangun dan pergi tanya nurse kat dalam tu... sebab petang tu pun doc tak de jadi kalau nama aku lambat lagi nak sampai sebab asyik bertambah je kad kat atas kad aku lebih baik aku balik je dari membuang masa kat situ.

Dalam kul 11 tu aku ketuk pintu tanya je... ye cakap suruh sabar. memang aku sabaor je... walaupun 2 jam lebih duduk je kat situ sedangkan org lain kene pergi check banyak tempat tapi sampai situ terus dipanggil. Lepas tu... ye terus panggil nama aku... kat dalam tu just doc tengok result BSP dan bagi tarikh untuk BSP akan datang dan tarikh untuk check up 2 minggu lagi. tu je.... 2 jam lebih menunggu semata2 untuk dapatkan itu je.... penatkan....


Selasa, Disember 14, 2010

Lagi 8 Minggu Je....

Nurse tu cakap sabar ye kak teruskan makan ubat tambah darah ye... 8 minggu je lagi.... Huhuhu... Maklumlah HB aku masih tak naik-naik lebih dari 11 walaupun ini dah minggu ke 32. Nak kata tak makan ubat untuk tambah darah yang dibagi aku makan je hari2 sampai nak BO pun susah sebab katanya aku kurang minum air masak. Nak kata kurang minum air tu tak lah jugak tapi kalau malam memang aku kurangkan sebab malas nak bangun malam, hehehe... walaupun bilik airnya didepan mata.

Kandungan gula dalam darah pun masih tinggi lagi walaupun aku hanya makan karipap kul 7 pagi dan check darah kul 9 lebih. Jadinya tadah je lah tangan untuk dicucuk dengan jarum 4 kali sehari bila pergi buat check 2 kali seminggu. Kalu tinggi dari sepatutnya ulang lah lagi untuk besoknya. sabor je lah yek.... Walaupun ye cucuk sikit je tapi kekadangnya ye boleh terasa sengalnya hingga ke esoknya. Malam ni kene pergi lagi sebab semalam kandungan gula masih tinggi. Nurse tu cakap mungkin kad untuk buat sukatan tu yang rosak sebab semalam 4 orang yang check semuanya lebih dari 8 bacaannya.

Semalam pun bacaan tekanan darah amat rendah. Tak pernah2 70/50 sebelah kiri dan 80/50 sebelah kanan. Kalau paling rendah pun sebelum ni cuma 90/60 je... Pagi sebelum pergi check tu aku dah agak dah sebab bangun tidur tu rasa macam penat sangat2 walaupun tak buat kerja yang memenatkan. Rasa nak jalan pun malas... rupanya tu lah hasilnya...

Bila setiap kali pergi check apa yang dia orang ulang pesan dekat aku... banyakkan makan makanan yang tinggi zat besi. Sayur hijau, kerang, hati, ikan bilis bla..bla...bla... dah boleh hafal dah. Tadah jelah telinga dengar. Nanti kalau HB awak masih rendah nanti awak kemungkinan bersalin tak cukup bulan dan akan mengalami tumpah darah. Lagi satu kalau kandungan gula tinggi nanti baby awak besar dan kemungkinan baby meninggal dalam kandungan. Kalau dengar semua tu memang takut tapi aku nak buat macam mana. Aku sudah berusaha yang terbaik tawakal je lah kepada Allah mudah2an semuanya selamat.


Isnin, Disember 06, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun....

Sekejap je masa berlalu pergi. Kini sudah sampai penghujung kepada tahun 1431 Hijrah dan juga bulan terakhir kepada tahun 2010. Jika diteliti dan direnungkan kembali masa-masa kita yang telah berlalu itu sudah banyakkah amalan kita untuk kita jadikan bekalan  nun di sana nanti dan apakah tekad dan azam kita untuk tahun yang akan datang ni. Adakah kita ingin kelak di takut yang lama atau kita ingin melakukan perubahan dalam diri kita untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Sudah pastinya kita semua ingin jadikan yang lebih baik dari yang sebelumnya kan... tapi cukupkah dengan hanya sekadar berazam tapi tidak dilkuti dengan amalan dan perbuatan. Renung-renungkan lah. Sekadar peringatan untuk diri ku sendiri. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita untuk melakukan perubahan dan beristiqomah selalu atau bahasa jepunnya SHITSUKE (Sentiasa Amal). Maklumlah nak Audit 5S ni...

Kat bawah ni ada disertakan sekali Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun untuk kita sama-sama baca selepas asar dan selepas maghrib petang nanti. Insyallah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.


Rabu, Disember 01, 2010

I Don't Believe....

Aku copy email yang diemaikan kepada aku. Macam-macam cara sekarang kan orang buat semata2 untuk menipu... yang herannya macam mana email seumpama ini boleh masuk dalam email rasmi ni... Atau ada tempat yang perlu aku setting supaya spam sebegini tak masuk kat email aku... Satu lagi yang selalu aku terima email dari maybank mintak aku kemaskini maklumat maybank2u aku... wah lah.... ape kehelnye... aku tak de akaun tu le... jangan anggap aku mudah tertipu dengan itu semua....

Conformable Bank-draft November 30, 2010 10:18 PM


From:
"Fedex Express" info@fedex.com

Reply To: "fedex courierdelivery" fedex_courierdelivery@gala.net


I have been waiting for you to contact me for your Conformable Bank-draft of 750.000.00 United States Dollars,but I did not hear from you. Then I went and deposited the Draft with FedEx COURIER SERVICE,Here in West Africa, Please contact FEDEX COURIER for effective delivery.


Contact Person:Fred Frank
Phone number:+2347064951534
Email Address:fedexagent_000@yahoo.gr


Finally, make sure that you reconfirm your full details to them.


1) FULL NAMES:
2) CONTACT ADDRESS)
3) PHONE NUMBER/FAX
4) COUNTRY

Regards
Fred Frank

Tetibe je nak dapat duit dengan tak buat apa2.... kalau dipikirkan secara logiknya pun kan... tak masuk akal langsung... mana ada duit datang jatuh tergoleh didepan mata....
 

 

Jumaat, November 26, 2010

Doa Mudah Bersalin

Doa mudah bersalin. Kita hanya berusaha hanya Allah yang menentukan.

 

"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)



"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)




“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Bagi si suami, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah:

1. Membaca Ayatul Kursi


2. Membaca Ayat 54 Surah Al-A'raf:


3. Membaca Ayat 87 Surah Al-Anbiya':




Ayat ini juga elok dibaca oleh  ibu sebagai persediaan utk melahirkan bayi dan moga dapat membantu bagi memudahkan bersalin.

Surah An-Nahl ayat 78


Surah An-Nahl ayat 120



Selamat Beramal. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Insyallah.


Khamis, November 25, 2010

Bila Mood Rajin Datang..

Semalam petang balik kerja mood aku rajin skit. Balik dari beli barang tu dah mghrib jadinya masak lepas maghrib le.. Siap masak nasi dengan goreng sayur, ikan dengan masak sardin aku terus buat puding... hehehe... rasa nak makan puding. Jadinya aku buat puding marble. Resipinya aku cari kat internet je... Kalau dulu masa zaman kerja kat kampung aku memang rajin mencuba buat kuih muih ni... tapi bila dah  berkeluarga ni hilang kejap minat tu... entah le nak kene cari dan pupuk balik nampaknya... Buat sikit je tak banyak pun... untuk rasa je...jom layan gambar puding marble aku tu...

Seminggu Di Kampung...

Rasa macam lama kan seminggu tu kalau dihintung... tapi kejap je masa berlalu dah tiba hari nak balik Pt. Raja balik dah... malasnya..... rasa. Kalau boleh rasa nak duduk rumah je tapi gaji masuk... ada ke...??? adakan suami yang kasi gaji isteri jadi surirumah. Tapi tahan ke aku nanti...??? hehehe... jadi tarzan le jawabnya dengan karenah anak2.

Korban tahun ni kat rumah mek ada dua bahagian mek nga adik tapi bagi daging je.... nak masak siapa yang nak buat. Rumah chik sebahagian abg ipar punya. Tu pun bahagi daging je... Cuma ari sabtu sebelum kami datang sini je ada buat kenduri skit sebab kakak ipar nak naik rumah. Jemputan kahwin pun banyak jugak tapi tak pergi semua sebab tak sempat.

Nasib baik tak hujan masa balik kg tu...risau jugak takut banjir tak boleh balik sini balik. Kami balik sini hari ahad sebab hari isnin tu cuti Keputeraan Sultan Johor. Ingat nak balik seawal pagi tapi kul 12 tengahari jugak baru bertolak... panasnya jangan cakap le... dengan kereta banyak lagi... Sampai kat rumah sini dalam pukul 1 pagi. Aku rasa lepas makan dekat Muadzam Shah kul 10 lebih tu dah dekat nak masuk segamat aku tertidur sampai le ke rumah. Mata kat boleh nak bukak... kesian abg..hehehe... habis dah tak tahu nak buat apa... nak borak pun dah malam2 tu maklumlah....



Cucu sedara... sikembar.... suke tengok muka sama je... yang membezakannya pusar atas kepala seorang satu pusar dan sorang lagi 2 pusar



Nadhirah dengan Ainul bersama sepupu dan anak sepupu. Ramai lagi yang lain....



Termeloh Again....

Sekali lagi kami pergi ke Temerloh sebelum raya haji hari tu... Tujuannya pun sama abang kene menyelia pelajar buat LI dekat Hospital Temerloh tu... Kami bertolak hari ahad pagi melalui jalan Segamat, Gemas, Bera dan menuju ke Temerloh. Jalannya dekat sikit berbanding dengan yang kami pergi sebelum ini. menginap pun di tempat yang sama jugak sebab ingatkan nak temankan anak2 mandi manda dekat kolam tu tapi apakan daya kolamnya tengah diperbaiki lak. Kesian anak2.....

Jadinya aktivitinya... bawak le anak2 keluar jalan dekat pekan Temerloh tu... kebetulan ada pasar malam rasanya malam tu banyak gerai jual2. Adalah 2 atau 3 mainan yang dirembat oleh anak2. Biasalah budak dah beli mainan dekat kedai sebelum ni jumpa kedai lain nak ambil lagi... mana tahan macam tu... tokey balak pun boleh lingkup tau....

Esoknya dalam kul 10 pagi kita org dah check out untuk pergi tempat abg kerja dengan meneruskan perjalanan pulang ke kampung... nak raya aji lah katakan...hehehe.....Kami balik ikut Gua Musang, kalau ikutkan perancangan asalnya nak balik ikut Gambang terus Kuala Terengganu je.. Dari segi jarak entah le tak tahu  ikut mana yang dekat, rasa lebih kurang kut cuma ikut Gua Musng tu rasa boring le skit sebab jalan dekat Lipis tu bukit je... tapi sebab nak singgah rumah adik dekat Merapoh lalu je lah. Kalau tak bila lagi nak pergi.

Sampai Merapoh dalam kul 3 lebih... kung... kang...kung... kang... kul 5 kami tolak balik Jerteh... Sampai rumah dalam kul 10 malam. Adus penat sangat rasa badannya walau pun tak bawak kereta tapi duk riba Adeeb tu rasa mcm nak tercabut jugak kakinya... nak letak belakang gaduh pulak dengan kakak2 dia.... Rasa dah takde lagi kut nak jalan jauh dalam masa terdekat ni... dan sehingga bersalin nanti. Penat weh..... penat nak mengemas baju... penat nak duk atas kereta lama2 dan penat nak mengemas balik bila dah balik rumah... yang balik kg ari tu pun masih duk dalam beg lagi. Setakat sehari rehat kat rumah mana sempat nak kejar semua... tak pe ari minggu ni le baru kemas balik semula baju2 tu...










Ahad, November 14, 2010

First Time Cuba... Tak Menghampakan....

Hari Jumaat minggu lepas terjumpa satu resipi kek gula hangus. Macam senang je... jadinya ari sabtu tu lepas buat sarapan terus aku buat kek tu... Perap 3 jam baru aku kukus. Sepatutnya bakar tapi sebab pembakar yang ada tu aku tak pernah guna jadinya kukus je lah...

Dan hasilnya tak menghampakan... masak je terus anak2 mengadapnya habis separuh. Abg balik tu tanya jaditak kuihnya... katanya kut2 jadi kek salah bikin lagi..... alahai abg ku ni..... tak bagi kata2 perangsang langsung tau... aku suruh je ye tengok kat atas meja dah habis separuh pun.... anak2 makan.... hehehe... kalau org nak order pun boleh buat bang.... riak tu.... tah2 sekali tu je yang menjadi..... Jom layan kek aku.... tak salah bikin kan...???




Disebabkan aku tak boleh makan manis2 sangat jadinya ku kurangkan sukatan gula dengan susunya. Tapi masih ok lagilah rasanya....


Jumaat, November 12, 2010

Beli Susu Dapat Hadiah

Semalah petang balik kerja ajak abang belikan terus stok susu untuk anak2. Maklumlah gaji awal ditambah lak nak balik kampung ni barang2 perlu dibeli dulu. Mana lah tahu kut2 tak sedar peruntukan untuk beli keperluan sepatutnya terutama susu anak terguna lak. Untuk bulan ni punye pun susu Nadhirah dah kehabisan. Yang adik2nya masih lagi ada satu bungkus sorang yang belum bukak. Tapi memang bulan ni kuat betul minum susu. Abg cakap kul 2 pagi nanti dia kejutkan ayahnya mintak buatkan susu.

Semalam tengok dugro punya ada dapat hadiah cawan. Kita org ingat hadiah tu untuk susu dugro umur 1 -3 tahun je rupenya untuk semua peringkat umur tapi yang pack 1kg je... Jadinya kita org dapat 6 cawan semuanya. Cantik jugak cawamnya. Boleh lah untuk anak2 buat minum. Sampai rumah je semalam terus mintak basuh nak minum air dalam cawan tu... sabor jelah. Aku keluarkan 3 je yang 3 lagi simpan.





Rabu, November 10, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN


Diambil dari internet dan dikongsikan di sini untuk peringatan kepada diri ku juga.

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita .Betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.