Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, September 30, 2010

Nadhirah..... Cabut Gigi...

Dalam 2 atau 3 hari lepas Nadhirah mengadu giginya goyang. Bila ditengok rupanya dah nampak gigi yang nak tumbuh kat dalam tu... Aku nak cabutkan memang tak berani sebab tak tahu tahap kesakitannya tu... Jadinya mintak dia goyangkan sendiri pelan2. Tapi biasalah budak mana nak buat. Asyik mintak nak pergi klinik gigi je...

Jadinya..., ari selasa aku pun calling2 lah PKU dengan Pej. Pendaftar untuk kepastian maklumat mengenai peruntukan perubatan gigi untuk staf. sebab ari tu ada keluar pekeliling baru jumlah peruntukan seorang staf telah dinaikkan dari RM100 setahun kepada RM250 setahun. Dan ia juga boleh digunakan untuk anak2. Kalau sebelum ni hanya untuk staf sahaja. Bila dah pasti maklumat tu aku pun mintak buatkan GL gigi nak pergi cabut gigi Nadhirah. Guna nama aku je sebab nak pergi yangd ekat PT. Raja. Kalau abg punya panelnya dekat Batu Pahat. Malam tu bawaklah si Nadhirah ni pergi klinik tapi tutup plak... cuba pergi klinik lain pun tutup jugak.

Petang esoknya baru bawak pergi klinik semula. Aku pergi kul 2 lebih tapi doc lak masuk kul 3. Sampai terlelap aku menunggu kat situ nak balik semula opis malas nak ulang alik. Aku ingatlah Nadhirah ni anggap cabut gigi tu tak sakit dan tak menakutkan bagi kanak2 sepertinya sama gak kalu aku pun takut gak..... Mula masuk tu ok lagi.... tapi bila ye nampak doc nak masukkan jarum dalam mulutnya terus dia tepis tangan doc tu... terus cakap tak nak. Jadinya berlakulah proses pujuk memujuk antara aku abang dengan nadhirah. tapi tak makan pujuk jugak... last2 paksa pegang je lah... kesian... nak buat macam mana... Tapi masa nak cabut tu nasib baik tak nak dia pun bagi jugak. Aku pegangkan tangannya bagi ye tak rasa takut sikit. Aku tak berani nengok doc tu keluarkan giginya... gerun..... Yang dah goyang tu senang je tapi yang sebelanya yang masih kuat tu susah sikit la.... Gigi tu doc buat sekali terus sebab dah ada gigi kat dalam gusi dia tu...

Tu gigi depan kalau yang gerahan tu takut jugak kalau dia dah serik.... Tapi semalam balik kerja tu tanya dia kenapa nangis... ye cakap takut jarum je...  mintak2 untuk akan datang ye tak serik... Adik2nya nanti macam mana lah plak... aku lu banyak yang aku cabut sendiri je bila dah goyang sebab takut punya pasal. gerahan je cabut dengan doc..


Jumaat, September 24, 2010

Peringatan Kepada Diriku Sendiri....

Assalamualaikum.. buat renungan bersama.... Wanita Yang Dimurkai Allah PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA


1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat. Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai.Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerah kan dgn tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami
temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda:

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.

6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.

7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & kaldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata

3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.

10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Nauzubillahi min zalik.



Khamis, September 23, 2010

SELAMAT HARI LAHIR - NIK MUHAMMAD ADEEB

Lilypie Second Birthday tickers



 
SELAMAT HARI LAHIR UNTUK ANAKKU NIK MUHAMMAD ADEEB BIN NIK MOHD. ASRI. SEMOGA ANAKKU MEMBESAR DENGAN SIHAT WALAFIAT DAN DALAM LIMPAHAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG DARINYA. IBU DAN AYAH SENTIASA MENDOAKAN NADHIRAH, AINUL DAN ADEEB MENJADI ANAK YANG BAIK, BERIMAN, DAN BERJAYA DI DUNIA SERTA MENDAPAT KEBERKATAN DI AKHIRAH KELAK. INSYALLAH.


KALIAN ADALAH ANUGERAH ILAHI UNTUK DISAYANGI DAN DIKASIHI SEPENUH HATI




Isnin, September 20, 2010

Masam Manis Raya 2010

Al-hamdulillah kita semua sudah menyambut ketibaan Lebaran Tahun ini dengan penuh kesyukuran. Tahun depan belum pasti lagi sama ada kita semua masih berkesempatan atau tidak kan. Kalau dipanjangkan umur dapat lah menyambutnya lagi. cuma yang belum sempatnya puasa enam. bila lah nak start. ingat nak start minggu ni tapi pagi tadi jaganya dah kul 6 la pulak. esok lak ada jamuan hari Raya Peringkat UTHM. Mudah2an Allah memberikan aku kesempatan untuk menunaikannya. Insyallah.

Raya tahun ini adalah paling banyak berjalan rumah sedara mara. Biasalah ikut orang tua ajak pergi ke mana mereka nak pergi. sebelum itu maaf tiada gambar yang dapat ku lampirkan di sini untuk tatapan semua. Sebabnya baca lah entry ini seterusnya..... suspen je... hehehe..

Aku akan start cita dari aku mula  cuti beraya.

7 Sept. 2010
Mengemas apa yang nak dibawa pulang, penuh kereta. Biasalah 2 sit belakang tu tak balik org duduk khas untuk barang. rasanya dah bawa baju skit je... lepas Isyak bersiap ambil Nor yang balik sekali dengan aku ye naik bas dari N9 turun BP. Dalam kul 10 lebih gitu sampai rumah abang cakap loading barang terus bergerak. Kelam kabut le mengemas lagi apa yang patut. Dalam kul satu pagi kami bertolak. Baru dalam setengah jam perjalanan abg baru perasan ye pakai selipar jepun je... huhuhu sabor jelah. Tak patah balik pun beli je kat Jerteh nanti.

8 Sept. 2010
Aku rasa tak sampai Yong Peng lagi aku dah terlelap kut... tapi kadang2 terjaga jgk le...bukan tidur terus. Dalam kul 4 lebih tu aku memang terjaga betul sebab dah nak sahur. Masa tu pun dah keluar dari tol Jabur nak masuk Cherating dah. Kejap je... rasa... yelah sebab tidur... hehehe kesian abg... Singgah kedai dalam kul 5 pagi semua kedai tak nak terima dah sebab tak sempat nak masak katanya. Ramai betul org meriah sungguh menengoknya. Nasib baik aku dah goreng mee dari rumah siap2 bekal untuk sahur. Jadinya kami bersahur ajelah dekat Masjid Cherating. Terus sholat subuh kat situ. Dalam 6.30 lebih kurang baru bertolak dan dalam kul 7.30 abg berhenti dekat masjid untuk tidur sebab mengantuk sangat. Dalam sejam jugak le duk situ sambil mandikan dan bagi makan anak2. Dalam 8.30 aku kejutkan abg utk teruskan  perjalanan yang masih jauh. Kami sampai rumah mek dalam kul 3 lebih. Sepatutnya awal lagi tapi singgah rumah abang Sor rehat2 kan badan dekat Banda Permaisuri. Hari pertama ni berbuka puasa rumah Cik dengan Ayah sebab raya ni giliran rumah mek.

9 Sept. 2010
Hari ini adalah hari lahir Nadhirah yang ke-6. Selamat Hari Lahir anakku, semoga menjadi anak yang solehah, menghormati orang tua dan sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan Allah sentiasa. Insyallah. Hari ni aktivitinya mencari selipar untuk abang le tak kan nak beraya pakai selipar jepun tu je... jalan jem parking jauh pastu jalan kali. Penat memang penat tapi nak at camne... susah jugak lenak mencarinya sebab almaklumlah saiz kaki suami ku tu comel je.... tpi akhirnya jumpa le jugak.... harini pergi buka puasa rumah mek sebab esok raya....

10 Sept. 2010
Hidangan untuk pagi raya mek buat nasi dagang gulai ikan tongkol dengan gulai ayam. Lepas makan abg pergi sholat Sunat Hari Raya dgn mek je.. aku tak dapat ikut tapi nak wat camne budak2 tu sape nak jaga. Bilalah agaknya berpeluang lagi untuk sholat sunat raya ni... belum pergi sholat tu aku nengok abg pakai seliapar baru beli terus aku pesan bwk selipar jepun je nanti tak pasal2 kene ambil org. masin mulut ku balik tu nengok abg berkaki ayam seliparnya diambil org.... nasib baik selipar jepun je... kalau yg baru beli jawabnya memang beraya dengan selipar jepun le abg. Lebih kurang kul 10 kami pergi beraya rumah cik, nak pergi jauh2 tak leh lagi tunggu lepas sholat jumaat baru boleh jalan. Petang tu kami pergi rumah Tok Gi tok aku dekat Pasir Puteh. Kul tujuh baru balik.

11 Sept. 2010
Sepatutnya dah bermalam rumah cik tapi disebabkan semua bilik penuh, jadinya masih bermalam di rumah mek. Hari raya ketiga baru bermalam rumah cik. ok jugak kalau tak penat duk mengusung beg ke sana ke mari. Raya kedua ni berjalan ke rumah family belah abg. Pertamanya pergi Kak Zu kaka abg yg duk di Kg Raja. Dari situ terus ke rumah adik cik kut dekat Pasir Tumbuh Kota Bharu dan seterusnya nak menuju ke Pasir Mas rumah Kak Jah kak abg jgk. Dekat kul 6 ptg pun masih lom sampai lagi simpang nak ke Tanah Merah tu... jalan pun jem banyak kereta... jadinya kami  teruskan perjalan balik ke rumah je... pergi lain kali ke Pasir Mas.

12 Sept. 2010
Hari ni memang aku tak ke mana2 sebab nak pergi kenduri rumah sepupu dekat kampung tu jugak. Nadhirah dengan Ainul mengikut Cik Teh dia beraya rumah kawannya. Biasanya tak pernah nak mengikut tapi kali ni bila Cik teh ye cakap nak pergi sungai terus mengekor je kemana cik teh dia pergi. Selagi tak pergi selagi tu lah ye menuntut janji. Sampai sanggup tinggal ayah dengan ibu dia. Aku, abg dengan Adeeb tak ikut pun pergi sungai tu. Tidur sedar2 je sunyi semua org pergi sungai.

13 Sept. 2010
Hari ni kami buat perjalan jauh. Ada kenduri rumah Mok Ngah dekat Paloh Gua Musang. Pergi balik hari je.. Alang2 sampai Gua Musang pergi sekali rumah Mok Teh dekat Ciku. Lepas tu kami terus balik tu pun dah malam baru sampai. penat jugak badan.

14 Sept. 2010
Hari ni tak jalan jauh cuma pergi rumah kawan aku yang sekampung tapi tak pernah berjumpa. Kami nikah tarikh yang sama. ni kawan aku dari darjah satu... lamakan....??? Ye cikgu dekat Meran, Terengganu. Anaknya pun dah 3 jugak. Kebetulan pergi rumah dia dia buat kenduri jadi langkah kanan lah kami. Lepas balik rumah dia singgah rumah mek sholat lepas tu pergi jalan rumah kawan abg dekat Kerandang lak. Saje je pergi beraya rumah kawan2 kalau nak pergi semua rasanya ramai lagi tapi tak larat nak jalan banyak2 walaupun dengan kereta.

15 Sept. 2010
Hari ni dah janji nak pergi jalan rumah Mazlin. Kawan satu sekolah jugak. Janji pergi petang dalam kul 3. Ni kawan aku dari form 1 lagi. Habis Form 6 terus tak jumpa sampai lah sekarang. kat rumahnya jumpa dengan Ja dengan Jali (Suami isteri), Kandar cuma bawak anak je isteri kerja dan Che dtg sorang je...

16 Sept. 2010
Suatu tragedi..... Disebabkan malam tadi ayah menuntut janji nak pergi rumah Kak Jah dekat Pasir Mas jadinya kami tunaikanlah permintaannya tu... pagi lagi dalam kul 8.30 dah bertolak kut jalan jem. Asalnya nak pergi sebuah kereta je tapi kebetulan Abg Jit balik ye ikut sekali. Sampai rumah Kak Jah dalam kul 10 lebih. ye masak laksa lemak tapi lom masak lagi jadinya nak cepat kami lah tolong. Siap makan semua kami pun bertolak balik. sampai rumah dalam kul 3 lebih.

Masuk rumah je ayah terus cakap... rumah kene pecah lagi... terkejut aku... terus aku masuk bilik tengok laptop abg... SELAMAT... bukan selamat ada tapi selamat tinggal.... terus termenung abg. satunya sebab ia bukan hak milik peribadi kerana UTHM punya dan satu lagi semua nota mengajar dia kat dalam tu dan yang paling pentingnya soalan exam final ni.. memang dah hantar tapi kalau ada pembetulan tak kan lah nak taip balik. Backup ada tapi dalam pendrive yang berada dalam beg laptop jugak. Dalam beg tu ada buku library sebuah pun turut diangkatnya. Nasib baik external abg ari tu aku pinjam lom bagi abg balik kalau tak semuanya selamat.... Sebelum pergi pagi tu aku dah rasa tak sedap hati bila nengok laptop tu tapi tak tergerak la pulak untuk ambil masukkan dalam kereta atau letak dalam bilik yang ayah kunci tu...

Tu barang2 abg, aku punye apa yang hilang...??? dalam beg yang aku simpan barang kemas tu dia tuangkan keluar. seingat aku ada sepasang subang aku, satu loket dan sebentuk cincin kristal dalam tu. Nasib baik rantai anak2 aku lom masukkan lagi dalam tu kalau tak selamat semuanya... cincin dan rantai aku pun nasib baik tergerak untuk memakainya. berkat dari duit mas kahwin tu. Al-hamdulillah. Sebab rantai tu dah 2 kali sekali dulu dekat Hotel Sri Costa Melaka ye cuma ambil duit rantai yang duk dalam beg ye tak ambil. Dan yang paling mahal aku hilang minyak wangi. Baru je beli belum raya ari tu... jenama Cosway Musk Blossom regenya RM1350 (titik tengah). Memang wangi aku suka baunya dari anak dara lagi aku pakai jenama ni.

Ayah ye cakap hilang 3 bentuk cincin. Cik ye tak hilang apa2. Abg pergi buat report sebab kehilangan laptop tu nak kene lapor kalau tak kene bayar lak. Petang tu polis datang  ambil gambar. Kali ni ye naik ikut tingkap bilik belakang. Yang dulu ye cungkil dinding bilik belakang tu jugak. Aku rasalah org yang sama je tu...

17 dan 18 Sept. 2010
Kami tak jalan ke mana-mana. duk rumah je mengumpul stamina nak melakukan perjalanan pulang ke rumah kami. rasa kejap je dah ak balik semula ke sini.

19 Sept. 2010
Kami memulakan perjalanan seawal 7 pagi lagi. Turun daru rumah mek, naik pergi rumah cik nga ayah dan singgah kejap rumah Kak Sah. Dalam 8.30 terus bertolak dan singgah rumah Abg Sor sekali lagi atas permintaannya. Kejap je dan kami memulakan perjalanan mengikut Jalan dalam je Jerangau/Jabur. Jalan tak jem tapi kereta banyak. Al-hamdulillah kami selamat sampai dalam kul 7 malam di rumah kami di Pt. Raja.

Itu je kisah raya kami tahun ni. Gmabar ada jugak ambil tapi apakan daya abg dah masukkand alam laptop dan dah di delete dari kamera. Jadinya tiada kenangan gambar le... takpelah nanti bergambar lagi pakai baju raya satu family punye... bila tu... entah....

Panjangkan entry ni... malas nak buat part 1 and 2... baca je lah kalau tak nak baca pun tak pe.... tapi kalau dah sampai sini mesti dah habis baca kan...hehehe... saja untuk kenangan kepada diri ku je.....


Isnin, September 06, 2010

Macam-Macam Hal La....

Hari sabtu lepas kami satu keluarga merajinkan diri mengemas apa yang patut kat rumah tu. Al-maklumlah nak balik beraya kat kampung pun rumah yang nak ditinggalkan mesti dah kemas. Kalau tak nanti datang dah lah badan penat nak mengemas plak adus... boleh sakit satu badan...

jadinya pagi-pagi lagi anag dah keluar rumah potong kan rumput dan aku lak mengemas kat dalam rumah buangkan habuk2 yang dah lama bersarang kat celah-celah kerusi tu... penat memang penat tapi gagahkan diri je... buat semuanya tu... Anak2 biasalah bila ada yang duk kat luar mereka lebik suka bermain kat luar dari duk dalam rumah. Aku lagi suka sebab tak lah terjerit2 dengan mereka nak suruh duk temapt lain nak sapu habuk tu... Ayanhnya kay luar senang je nak menhgadapi kerenah anak2 tu... letak kolam masukkan air duk lah mereka dalam air tu sampai kecuk kali tangan.

Abang bila dah buat dalam suku agaknya dah rasa tak terpotong rumput tu... jadinya dia pun keluar le pusing-pusing taman tu dengan ahrapan terjumpa dengan org yang potong rumput. kali pertama pusing tak jumpa kali kedua baru jumpa. Al-hamdulillah hilang satu beban kan. Dalam kul 10 lebih org potong rumput tu datang dan menyudahkan semua rumput2 yang abg belum potong tu... Kejap je dah habis ye potong maklumlah guna mesin kejap je kan... masa ye siap potong tu abang duk dalam rumah tengah melayan anak2. Tetibe je terus terdengar org potong rumput tu hidupkan motor nak beredar tanpa memaklumkan kepda kami. nasib baik sempat abang panggil. Tak kan kut nak bersedekat lak kut....??

Bila ditanya berapa upah ye jawab seikhlas hati. jadinya abg kasi lah seikhlas hati. Bila kita mintak no tel untuk hubungi dimasa akan datang ye cakap ye takde telefon. Tapi dia akan sebulan sekali kalai panjang dia akan potong. Jadinya bila cakap macam tu abang ckp ok lah.. selesai disitu.

Dalam tengahari tu aku nak keluar untuk jemur kain kat luar. Tetiba terpandang cermin kereta... kenapa macam tu ek... anak2 mains abun ke tadi lumur kat cermin tu... masih merenung dari jauh lagi... tapi mcm musykil gak... panggil abang tanya kenapa cermin kereta tu mcm tu.... bila abg tengok terus ckp tu cermin pecah tu..... terkejut le... dah lah nak balik raya esok lusa... nak kene ganti cermin kereta lah plak... kalau ada tak pe buatnya tak de stok nak kene tampah lambat plak dapatnya.... mcm mana tu...

Tapi Al-hamdulillah abang pergi cari dekat BP petang tu jugak ada kat kedai dekat dengan Hospital Pantai tu... Tapi tak dapat ori dari KIA le, cuma dapat yg ori gak tapi NAZA punye. Tak pelah asalkan ada dan nasib baik harganya pun tak seperti yang kami budgetkan.

Aku musykil kat sini....
  •  Logik ke tukang potong rumput tu tak perasan batu terpelanting dan kene cermin kereta....

  • Bertambah musykil bila siap tu ye tak panggil kami nak mintak upah tapi terus idupkan motor nak beredar. Kalau lambat skit abg keluar agaknya free lah ye potong rumput rumah kami tu...
  • Musykil lagi bila abg minta no tel. ye cakap tak de telefon....
Tak baikkan aku... syak wasangka pada org... takpelah sempena bulan puasa ni aku bersangka baik pada dia yang dia tak perasan pun batu tu terpelanting dan kene cermin kereta kami dan dia idupkan motor tu nak bagi tahu kami ye dah siap.. tapi kalau kami tak keluar jugak ye akan niat aku bersedekah kepada tuan rumah ini hari ini mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah. Amin... dan dia memang betul tak de telefon. Tak pelah aku pun niat sedekah jugak dah semalam.... dah nak wat mcm mana...


dari jauh....

dekat skit.....

dekat lagi...

Kuih Untuk Berbuka.. Kuih Biji Nangka

Al-hamdulillah hari sabtu lepas berkesempatan membuat kuih biji nangka atas permintaan abang jugak. Hehehe... bukan sebab baru ye mintak nak buat. Ini kali kedua aku buat kuih ni dalam bulan puasa tahun ni. Buat ari tu tak ambil gambar pun... tu tak masuk blog. Kali ni saje je gatal tangan nak ambil gambar. Jadi bila dah ambil kene letak kat blog. Saje je.... Jadi jemput lah kenal-kenal dengan kuih biji nangka bagi yang belum kenal. Bagi yang dah kenal kalau nak resepi tu... aku dah pernah masukkan resepi kuih ni masa bulan puasa tahun lepas.



Sabtu, September 04, 2010

Selamat Hari Lahir Nik Ainul Mardhiah



Semoga membesar menjadi anak yang baik, menghormati orang tua, dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu dan ayah sayang Ainul, Nadhirah dan Adeeb. Semoga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat dan kasih sayangNya kepada Nik Ainul Mardhiah Binti Nik Mohd. Asri.

Nanti kita sambut besday sekali dengan kakak Nadhirah dan Adeeb yek...

SELAMAT HARI LAHIR YANG KEEMPAT....


Khamis, September 02, 2010

Contest Memek Muka Si Manja Lagi....

Saja buat dua contest, satu untuk Ainul dan satu untuk Adeeb. Harap tidak melanggar syarat2 yang ditetapkan oleh Ibu Aqil...


Untuk mengetahui syarat Contest Memek Muka Si Manja boleh KLIK KAT SINI

Ni gambar anak ketiga saya yang dipertaruhkan...


Nama Nik Muhammad Adeeb Bin Nik Mohd. Asri
Umur sekarang 1 Tahun 11 Bulan (Besday 23 September 2010)
Gambar di ambil pada Julai 2010 selepas balik dari guntingkan rambutnya...

Diharap menepati syarat yang ditetapkan oleh Ibu Aqil. Good Luck...


'Contest Memek Muka Si Manja

Ini kali kedua mencuba nasib masuk contest. Saja suka2 untuk memeriahkan dunia maya.... Jom kawan2 kita join. syarat-syaratnya senang je nak ikut.... Tarikh tutup contest ni 25 September 2010. Sempat lagi nak ambil gambar anak2 tu...


Syarat2nya : KLIK KAT SINI.....



Ok.. ini gambar yang dipertaruhkan...



Nik Ainul Mardhiah Binti Nik Mohd. Asri
Umur sekarang ni 3 Tahun 11 Bulan ( Besday 04 Sept. 2010 ni...)
Gambar ni di ambil semasa Hari Keluarga UTHM pada 01 Ogos 2010


Ok... tu je kut... menang ke kalah... tu lain cerita... suka tengok gambar ni... saja Ainul buat macam tu suruh ayahnya ambil gambar.



Rabu, September 01, 2010

Ketupat Sotong

Al-hamdulillah semalam berkesempatan membuat ketupat sotong. Biasanya awal puasa lagi abang dah mintak buatkan tapi sebab tahun ni kesihatannya yang tidak mengizinkan dimana dia tak de selera  nak makan jadinya dilawa pun ye tak nak. Termasuklah puding telor gula hangus tu... tapi puding telor tu aku buat jugak sebab aku yang nak makan. Bila dibuat kejap je habis satu loyang tu... termasuk la dengan si Nadhirah boleh suka plak makan. Ainul kurang skit sebab ye suka pedas je... tu nak jadi jawa tu...

Sebab ada kawan2 yang nakkan resipi tu aku letak lah kat sini. Resipi ini adalah mengikut cara mek aku yang selalu buat masa aku duk kampung lu... jadinya jika orang lain caranya adalah lain terpulang asalkan jadi dalam sotong tu ada pulut. Ada sesetengah orang tak suka berkuah dan ada sesetengah orang suka berkuah. Biasanya aku buat berkuah siap dengan letak beras pulut lagi dekat luar tu....

Resipinya...
Sotong yang besar2 skit. Kalau kecil jenuh nak sumbat beras pulut dalam perut sotong tu...
Santan
Bawang Mrab beberapa ulas ditumbuk
Halba
Lidi untuk cucuk perut sotong untuk menutupi beras pulut agar tidak terkeluar
Garam, gula dan gula melaka secukup rasa.

Caranya...
basuh dan rendam beras pulut dalam santan sikit + bawang + halba + garam dan gula sikit dalam setengah jam.
Lepas tu masukkan beras pulut tadi dalam sotong. Agak2 dalam satu pertiga sotong lah sebab nanti beras akan mengembang dan sotong akan mengecil. jadinya bila masukkan banyak sangat dikuatiri tak masak le beras tu... ada pulak yang sakit perut nanti sebab makan pulut mentah.
dah siap ini tu tutup le perut sotong tu dengan lidi.
Lepas siap rebus dalam periuk dengan masukkan gula dan garam secukup rasa dan sedikit gula melaka dengan menggunakan santan.
Biasanya aku akan letak beras pulut tu sikit dekat dalam santan tu untuk pekat kan kuah dan bila masak nanti ye boleh dimakan bersama ketupat tu.... jangan banyak sangat nanti tak berkuah pulak ketupat sotong tu....
Bila dah masak angkat dan sedia untuk dimakan...

Senang je kan...

Aku buat enam ekor je dan hasilnya.....(jemput tengok je...)



Saja potong buah untuk pencuci mulut.... tapi dimakan sebelum makan makanan lain. Sebab lebih bagus makan buah dahulu sebelum makan kan...???


manis buahnya....