Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Jumaat, Julai 24, 2009

Kek Hari lahir Nadhirah

Gambar masa Nadhirah potong kek hari lahirnya pada 24 Rejab ari tu... saje belikan kek untuk sukakan hati anak-anak. Tu mintak belikan kasut tinggi untuk dia sebagai hadiah.

Senyum lebar lagi Nadhirah nak potong kek. Padahal baru lepas nangis je atas kereta tu sebab aku tak bawak dia sekali turun pergi kedai kek.

Ainul dah tak sabor-sabor tunggu nak makan kek. Bukannya makan pun kek tu dibuat main je.. lepas cubit sikit-sikit...


Saje Nak lepaskan Gian...

Ari sabtu ari tu terlepas jugak gian aku nak beli pokok bunga setelah sekian lama tak melaburkan duit ke arah itu. Petang sabtu aru tu dalam kul 4 lebih kita orang pergi Batu Pahat semata-mata nak pergi melaburkan duit pada pokok bunga. sebelum tu singgah sholat asar kat surau Taman Koperasi Bahagia kat belakang Hospital Pantai. Mula tu ingat nak pergi masjid Besar Batu Pahat tapi alang-alang terjumpa surau tu singgah je lah kat situ.

Dan hasil dari pelaburan aku dan abang petang tu dapatlah 5 pasu pokok bunga. Bunga daisy, bunga ros merah, dan bunga pukul 10 pagi tapi ain dari yang aku ada dan bunga apa tah satu lagi lupa lak namanya. Alah yang batangnya berduri tu... jenis tu pun dah ada kat umah aku tapi abang beli sebab berkenang kat warna bunga nye kut... kuning campur merah ada hijau sikit. Aku cuma ambil gambar bunga daisy je yang 2 lagi tu tak ambil. Hajat dihati nak cari bunga lain tapi tak de plak. Nasib baik tak de kalau tak banyak lagilah abang kene melaburkan ongkosnya...





Hadiah Anugerah Khidmat Cemerlang



Inilah cenderamata yang diberikan kepada penerima-penerima anugerah khidmat cemerlang hari rabu ari tu. Abang baru ambil semalam dekat Pejabat Pendaftar sebab ye tak nak naik ambil kat penatas ari rabu ari tu.

Cenderamata yang diberikan sama dengan aku dulu cuma aku dulu tak de selendangnya. taun ni punye ada. Jam pun dulu ye bagi jam roscani tak silap siap ada tulis anugerah khidmat cemerlang lagi kat belakang jam tu.. Tapi kali ni jenama Alba tapi tak de tulis nama anugerah kat belakang jam tu...

Duit plak dlu ye kasi dalam bentuk ASB tapi sekarang ye bagi cek terus. Aku dah mintak pun abag belanja semalam. Hehehe... saje je... tak dapat duit tu pun ye belanja gak...

Khamis, Julai 23, 2009

Ala... Kalendar Itu...

Kalendar kat sebelah tu salah lah pulak pengiraan bulan islamnya... ari ni dah 1 Syabaan tapi ye kira 30 Rejab lagi. Patutlah abang pose ari ni rupanya 1 Syabaan. Aku semalam sebelum tidur memang niatnya nak pose gak ari ni tapi rasa mata masa tu ngatuk sangat. Bukan nak perajakan tidur tapi malam tu aku makan ubat selsema. Ubat tu memang mengantuk betul sampai ari ni pun rasa terhuyung hayang je lagi... ntahlah selsema ni dah lama pun tak baik-baik lagi. nak kata tak makan ubat, makan tapi entahlah... degil betul lah. Sampai aku bangun pagi tadi telinga ni rasa bengang je.. sakit pulak tu... Mesti dah bengkak gegendangnya.

Tak tau lah anak-anak aku tu macam mana. Adeeb dah dekat sebulan selsema batuk tak hilang-hilang. Ubat dah banyak makan tapi tak ada perubahan pun. Nadhirah plak ari tu dah ok tapi semalam dah start batuk-batuk pulak. Ainul tak yah cakap la... dah lah susah makan ubat, batuk ke nangis ke mesti muntah... Aduh... tulah petang ni nak bawak semua budak-budak tu pergi PKU check. Takut jugak dah lama sangat selsema nga batuk ni. Kesian... malam-malam tak leh tidur. Nak bagi ubat pun dah tak sampai hati rasanya... kalau aku pun tak suka makan ubat anak-anak lagi lee...

Aik... atas cerita pasal kalendar tetiba kat tengahnya pulak cita pasal selsema nga batuk. Bulan Syaaban ni hari lahir Ainul pulak. Pastu bulan Ramadhan hari lahir Adeeb. Alah lupa bawak gambar nadhirah potong kek hari lahir dia ari tu. Bukan buat majlis pun tapi saje belikan kek yang setengah kilo tu untuk dia potong. Kalau nak buat sambutan nak kene tunggu semua lepas atau buat dalam bulan september je... sebab semuanya dilahirkan dalam bulan september. Kebetulan... bukan dirancang.

Rabu, Julai 22, 2009

ANC dan AKC

ANC - ANUGERAH NAIB CANSELOR
AKC - ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

Tak konsisten betul lah aku ni... dah berapa hari dah aku tak update blog aku ni... Tak sempat lah weh... baru je selesai pendaftaran rayuan pelajar dah kene start persiapan untuk Majlis Anugerah Naib Canselor. Graduan untuk sem i dan sem ii dah selamat surat dah diposkan. Dah ada maklumbalas pun dari penerima-penerima anugerah.

Berkaitan dengan maklum balas penerima-penerima ni.. aku ada satu cerita lah nak diluahkan disini. saje je... Tahun ni adalah tahun pertama kalinya program guru besar akan konvokesyen. Jadi semestinyalah ramai graduan guru besar ni akan menerima Anugerah Naib Canselor sebab boleh kata kesemuanya dapat cpa 3.5 dan ke atas. Jadinya adalah seorang guru besar ni call aku... Mula-mula tu ye cakap ada sedikit masalah.. ye cakap semalam dia dah faks kan jawapan kehadiran ke majlis tu.. tapi tersalah tulis kod program. Ye cakap ye tulis kod program guru besar sepatutnya kod BBM. Aku cakap lah tak de masalah kita dah maklum benda tu... Sebelum tu masa ye perkenalkan diri tu.. eku cakap je program guru besar yek..?? terus ye cakap kenal yek dengar suara dah tau... pastu ye cakap suara orang tua.. aku pun balas balik bukan macam tu.. tapi dengar suara macam dah matang... kah-...kah... kah... gelak dia.

Yang aku heran cikgu ni kan banyak sungguh dia soal. Bukan masalah dia pun ye boleh tanya kita. Boleh dia tanya aku kalau ikutkan kebiasaan anugerah dekan pun dah ramaikan. Tak ramai ke yang dapat anugeran NC ni. Aku cakap lah kat dia setakat ni dalam 322 orang. Oh... ramai rupanya tapi tak de masalah tempat ke nanti...??? Boleh ye boleh tanya macam tu... macam dia pulak yang kene pikir masalah yang timbul dipihak kami yang menganjurkan. Aku cakap je... sebelum ni kita guna 1 tempat je di situ tempat menerima anugerah dan di situ jugak kita guna untuk makan. Kita guna terus meja bulat. tapi sebab tahun ni ramai yang terima jadinya kita buat 2 tempat. Dewan atas tempat menerima dan kat bawah tempat makan. Past tu je jawab oh.... Saje je aku terangkan kat dia sebab ye ebrtanya sepatutnya aku jawab je tak pe cikgu itu masalah dipihak kami cikgu datang je... hehehe... boleh gitu.. Tak de lah aku jawab baik hormatkan cikgu besar. Lepas tu banyak lagi lah dia soal aku dekat 5 minit jugak kat telefon. Biasalah cikgu ni peramah sikit. Ye lah kalau dekat sekolah semua masalah ye kene ambil tau kan.. jadinya ye terbawak-bawak peranannya sampai ke dalam pelaksanaan majlis tu.

Petang ni ada Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang. PPA sorang je dapat Sarena. Abang aku pun dapat, TAHNIAH ye bang semoga kerja lebih cemerlang lagi ye.... Tapi sayang tak nak naik ambil... napa tah.... Tapikan kat UTHM ni rata-rata bagi cemerlang kepada staf bukan ikut kerja jugak.. tapi ikut senioriti. Orang yang masuk dulu maka dia lah yang dapat. Aku dah dapat dulu masa tahun 2005 jawatan PPT kat pusat kaunseling. Masa tu terima adari Zarith Sofia. Masa naik pentas tu aku mengandung 5 bulan kat Ainul. Rezeki anak orang kata. Lepas tu aku bersalin kat Ainul aku dapat naik ke jawatan Penolong Pendaftar pulak. Al-hamdulillah rezeki anak-anak. SYUKUR....


Khamis, Julai 16, 2009

Tanggal 24 Rejab

Al-hamdulillah esok 24 Rejab tepat pukul 3.15 petang umur Nadhirah genap 5 tahun. Sekejap je masa berlalu... dah masuk 5 tahun umur Nadhirah. Masa tahun aku bersalinkan Nadhirah ari tu 24 Rejab jatuh pada hari khamis, tahun ni jatuh pada hari jumaat.

Apa-apa pun semoga anakku Nik Nurdini Nadhirah (Cahaya Agama Yang Berseri-seri) di anugerahkan oleh Allah kesihatan yang baik, hati yang lapang dalam menuntut ilmu, budi pekerti yang mulia dan dipermudahkan segala urusan. Insyallah. Amim....





Oh Kemuning Ku....

Semalam petang balik kedai tu.. saje je pergi kat pokok bunga kemuning. Wau... akhirnya berbunga juga engkau ye... dah lama aku tunggu bunganya tak kunjung tiba... Ari tu dah berbunga bunga kemuning ni... lepas tu tarak.. hingga lah petang semalam aku tengok ye berbunga kembali...

Aku suka jugak bunga ni.. sebab ye akan mengeluarkan bau yang harum ... bagi akulah... pagi ke petang ke... bila ditiup angin tu.. wangi je... Bunga ni aku beli sekali dengan bunga Yesterday, Today and Tomorrow tu... Aku mula kenal bunga kemuning ni masa pergi bengkel kat Hotel seri Malaysia Ayer Keroh ari tu.. Kat hotel tu banyak ye tanam bunga kemuning tu... Balik tu aku nga abang terus singgah dekat kedai bunga beli dalam 4 pokok.

Dah lama aku dan abang tak shopping pokok bunga... ingat yang paling last sekali beli bunga beli pokok kemuning nga yesterday today and tomorrow tu je lah... Bila ek nak pergi beli lagi... saje je nak tambanh koleksi pokok bunga kat rumah aku tu...

Ada lagi 3 jenis bunga yang harum belum berbunga kat rumah tu.. Bunga cempaka telor dengan kesidang. Kesidang tu beli kat kedai, cempaka telor tu ambik kat kampung, chik yang kasi. Bila tak nak berbunga.... Cempaka tu abang tanam dekat luar pagar dekat pintu masuk. Kesidang lak tanam dalam pasu besar letak kat tepi rumah... Tak sabar rasanya nak tunggu pokok-pokok tu berbunga.

Khamis, Julai 09, 2009

Yesterday.. Today.. And.. Tomorrow

Semalam... hari ini dan esok... kehidupan mesti diteruskan supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya....

Gambar ehsan dari layanmangarden.blogspot

Semalam saje je sebelum tidur terambil majalah laman bulan julai/ogos punye. Dah lama beli tapi tak sempat nak baca pun lagi. Kalau bulan-bulan sebelum ni tak habis baca pun sekurang-kurangnya dah abis aku belek buku tu... Tau-tau jelah kan keadaan aku sekarang ni... tak cukup masa nak luangkan masa untuk baca atau belek buku kat rumah.

Belek sambil baca tu malam tadi aku ternampak lah bunga ni... gambar yang aku letak kat atas tu.... Gambar tu aku ambil kat internet blog laymangarden, tak tau lah tuan dia marah ke tak aku ambil gambar tu... Nak tau, apa namanya.... YESTERDAY-TODAY -AND- TOMORROW. Mak aih... panjang tol namanya. nama botaninye lak Brunfelsia Calycina. Aku suka bau bunga ni... pagi tadi keluar nak pergi kerja tu.. semerbak je bau dia.. segar rasa minda. Tapikan kalau kita pergi cium dekat baunya menyakitkan hidung. sesekali macam bau hancing je... Abang cakap macam bau air kencing je... kekadang macam taik ayam. Bagi aku wangilah bunga tu... Kat umah ada 2 pokok aku tanam kat dalam pasu.

Nak tau tak kenapa nama Yesterday- Today And Tomorrow?. Sebabnya kan warna bunganya akan berubah menjadi 3 warna dari ungu pada hari pertama, biru pada hari kedua dan putih pada hari ketiga. Masa aku beli ari tu tak tau pun namanya apa, cina tu cuma cakap pokok ni bunganya bau wangi tu aku beli tu...

Cakap pasal bunga ni dah lama aku tak beli bunga... Bunga Lantana atau taik ayam aku dah mati.... sedihnya...tak tau kenapa. Nak kata tak siram, aku siram... Hajat nak beli yang warna lain pun tak beli lagi yang ada pun dah mati.....


Rabu, Julai 08, 2009

Dalam Mendidik Anak-Anak

Semalam abang pergi ambil Buku Rekod nadhirah dekat PASTI. Sepatutnya kene ambil ari sabtu ari tu... tapi aku kene datang kerja sebab ada Ujian Penempatan BI untuk pelajar baru dan abang pulak sudah semestinya kene jaga budak-budak tu kat rumah. Masalahnye ari sabtu ari tu ye cuma buat separuh hari je.. kalau buat sampai petang sempatlah pergi jugak...

Ok lah.. result dia macam tu... dapat 2A dan yang lain semua B. Tak kan kita nak tekankan supaya ye dapat semua A dalam semua subjek yang dia ambil tu... Baru 5 tahun banyak masa lagi... tapi tak boleh alpa lah... nak kene tengok selalu. Komen cikgu kat dalam buku tu.. nadhirah ni sukar untuk beri tumpuan semasa belajar. Aku tau mesti dia nak main jee... Ye lah kat rumah pun sama, kalau kita mengajar dia kan memang betul-betul menguji kesabaran. kalau kita suruh dia tulis ikut titik-titik ke apa ke... boleh ye cakap kakak tak pandai. ibu tau lah kakak tak pandai tu yang suruh belajar tu... Kalau dia buat pun kan tak sampai siap satu ye dah berenti dan cakap tanya itu tanya ini... aduh... kakak... kakak...

Tak pelah walau pun orang lain anak mereka dari 4 tahun dah pandai menulis dan membaca... aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya anak aku pun dah boleh mengenal huruf. Budak aktif macam anak-anak aku ni dah kira ok lah tukan... tak pe... Nadhirah pun boleh jadi anak yang pandai jugak... Ibu lu tak pernah pun pergi sekolah tadika, darjah satu pun dah boleh baca. Tapi tu dulu... sekarang ni semua orang dah sekolahkan anak mereka dari 3 atau 4 tahun lagi... jadi budak-budak pun dah pandai...

Tapi kan... aku tak taulah apa puncanya kan... aku perasan kan, masa aku sekolah rendah dulu ramai kawan-kawan aku masa sekolah rendah tu.. jadi budak yang pandai tak kira lah lelaki ke perempuan. Aku cuma boleh dikategorikan dalam golongan pertengahan je... Tapikan aku perasan mereka ni bila dah naik tingkatan 1 prestasi kawan-kawan aku yang cemerlang semasa sekolah rendah di dah mula menurun.... dan menurun... dah termasuk dalam kategori k biasa je... aku lak orang kata makin meningkat dan masuk dalam peringkat atas lah. Che.. wah.. masuk bakul angkat sendiri pulak... bukan puji diri tau.... Tapi apa yang aku dapat perhatikan antara aku yang dalam golongan kecerdikan pertengahan semasa sekolah rendah dengan kawan aku yang dalam golongan tercerdik semasa sekolah rendah. Dan ia berubah semasa di sekolah menengah dan seterusnya di peringkat universiti.

Jadi pada pendapat aku lah... tak semua orang yang cerdik semasa peringkat rendah ni akan terus kekal cerdik diperingakt tinggi nanti. Semuanya adalah bergantung kepada sikap, didikan ibu bapa, persekitaran, peluang, doa, usaha dan sebagainya. Jadikan bagi aku kalau diperingkat permulaan ni kalau anak-anak kurang cemerlang tu... tak yah lah nak marah-marah... mereka budak lagi... bukan tau pun nak ubah diri mereka kan. tapi bagi mereka yang sememangnya anak-anak mereka tu dah pandai di peringkat terendah ni Al-hamdulillah. Teruslah bimbing mereka supaya kekal menjadi anak-anak yang cemerlang. Tapi jangan sampai peringkat paksaan pulak nanti memberontak budak-budak tu. Masa kanak-kanak ni bukan saja untuk kita terapkan anak-anak kita supaya menjadi anak yang pandai membaca dan menulis dengan hanya membeli buku kepada mereka tapi perlu juga belikan permainan untuk mereka supaya anak-anak bukan saja pandai tapi kreatif.

Ini sekadar pandangan aku...

Khamis, Julai 02, 2009

Siapa Yang Bersalah...???

Aduiih... mak ia.... malu besar den petang ni.... rasa macam nak meyorok je masa tu... Gini... kemarin Pooja bagi aku satu surat panggilan meeting pada 02hb. Aku semalam cuma nengok-nengok gitu je surat tu sebab masa ye bagi surat tu sekali dengan satu lagi meeting yang dibuat oleh HEP pada 01hb. nak tau apa yang jadi apda aku...

Gini kisahnya..., tadi dalam lebih kurang 2.25 ptg aku sain dengan abang untuk pergi meeting tu... Kebetulan abang pun ada meeting fakulti dekat DK2, yang akunya kat surat tu meetingnya dekat bilik Mesy. UTHM. Sampai dekat parking dataran Anggerik tu, aku pun menuju ketempat akud an abang pun menuju ke tempatnya. Dengan semangatnya aku memanjat tangga untuk ke bilik meeting tu yang berada di Pejabat Perhubungan Awam di first floor. Sampai je aku tengok bilik mesyuarat tu kosong lagi tak de orang.. Oh... aku datang awal sekali ke...?? tapi bi sa pun kalau ada meeting aku akan sampai awal jugak. Dah biasa macam tu... kecuali ada hal lain sebelum tu... Sebab aku sampai awalkan, aku pun duduk lah dulu sambil baca surat khabar kat Pejabat PRO tu...

Dalam 10 minit labih kurang tu... Suhaimi tegur aku..

Suhaimi : Ada meeting ke...?
Aku : Akah...
Suhaimi : Meeting apa..sapa punye..?
Aku : Kempen keselamatan...
Suhaimi : Ohoo... sambil berlalu...

Duk kejap ye datang balik mintak nak tengok surat meeting aku... aku pun bagi le...

Suhaimi : Biar betul akak ni...? (sambil tunjuk tarikh kat aku...)
Aku : Nape... Aik... dia org salah tarikh ke... tulis jun..?
Suhaimi : Takpe nanti saya call pejabat tu...
Aku : ehhh... jap..jap..

Aku puntengok lah semula surat tu... Aku tengok t/tangan bos aku.. tarikh 30/6.. pastu aku tengok tarikh cop terima lak.... Ya Allah... tarikh dekat cop terima tu... 28 Mei 2009 ..... Aduh... malunyeeeeeeeeee............................. akuu..........

Nak bela diri jugak tu... aku cakap je... pooja baru kasi surat ni ... siap ingatkan saya lagi meeting ari ni pagi ke petang.... kau orang nak tau.... bila tarikh meeting surat tu....

02 Jun 2009
Aku bayangkan kan... kalau lah masa aku pergi tu ada orang tengah meeting dalam bilik mesyuarat tu... aku pulak ingatkan aku lambat sikit... lalu aku pun terus menonong masuk dalam bilik tu... apa yang aku buat ek.. jika orang dalam bilik tu tanye aku mesyuarat apa... ?? buatnya mesyuarat tu pulak dah nak abis ke... atau dato NC yang pengerusikannya ke... Entah lah yek... apa tindakan spontang yang aku akan buat...
Balik tu.. aku mintak Idah ambil kat depan dan sampai je aku pergi jumpa pooja tanya kenapa ye baru bagi surat yang meeting dah lama lepas... aku bukan salahkan dia... tapi ye lah puncanya hehehe... aku pun pada pagi tu dah baca surat tu... tapi tak perasaan lak bulan yang ditulis tu... JUN bukan JULAI... ataupun ye dekat-dekat tu yang tak perasan tu....

Rabu, Julai 01, 2009

First Time Bawak Kereta Malam

TNC (A&A) tengah bagi taklimat... bukan taklimat jugak lah tapi sedikit nasihat kepada pelajar baru

Bos ku yang tengah bagi taklimat berkaitan dengan peraturan akademik

Malam tadik taklimat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) untuk pelajar baru. Semua pegawai di bahagian akademik dijemput hadir. Abang lawa diri nak hantar aku malam tadik. Tapi aku pikir nanti balik dalam kul 10.30 malam tu anak-anak dah tidur, takkan nak tinggal je budak-budak tu datang ambil aku. jadi aku pun memberanikan diri untuk membawa kereta pada malam tu. Aku bukan apa kurang yakin je nak masuk parking. Bawak dekat jalan tak de masalah. Kebetulan sampai semalam parking masih banyak dekat dataran Anggerik tu.. jadi tak jadi masalah lah bagi aku untuk memilih parking yang jauh dari kereta orang. nak hilangkan takut aku bawak kereta tengah malam tu aku pasang cd ngaji. hehehe.. aku memang dikategorikan dalam orang yang takut jugak lah....

Dalam taklimat semalam Dekan Pusat Pembangunan Akademik pesan kepada pelajar baru supaya jangan jadi macam ayam daging... tapi jadilah macam ayam hutan...

TNC (A&A) lak pesan supaya jangan jadi macam musang, siang tidur malam berjaga...
Bos aku lak ada ke... buat pesanan menggunakan perumpamaan binatang semalam... entahlah yek lupa lak...

Napa semua orang bagi perumpamaan menggunakan binatang ni... tapi siap cakap tu bukan anggap pelajar baru semua tu ayam daging atau musang... hanya perumpamaan... betullah tu... fikir-fikirkan lah yek....

Alahai malam ni rasanya abang kene bertugas mengawal taman... b*****nya... Ada jugak orang lain yang tak pernah turun... tak adil betulkan dia orang...