Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Rabu, Julai 27, 2011

T!DUr... "v"

Dipetik dari email yang dikirimkan oleh kawan2 untuk perkongsian ilmu kita bersama. Semoga ia menjadi amalan dalam kehidupan kita Insyallah.


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

  • Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  • Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  • Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?  Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
  • Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. 
  • Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  •  Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 
  • Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  • Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.


Semoga menjadi panduan hidup untuk kita semua.

DAN Tidur Nurin.....
Tidur bergaya sambil berfikir ni.....

Ni plak ntah apa gaya dah.... Dah tak boleh nak bagi bantal dah kejap je pastu mcm tu lah....



Rabu, Julai 20, 2011

Logo Halal.... Sejauhmana Keyakinan Anda !

UTHM akan menganjurkan kursus tersebut di atas pada 23 Julai 2011 ni. Baru aku berangan nak pergi sebab aku belum pergi kursus lagi untuk tahun ni. Tapi rupenye hari sabtu lah plak... kirim salam je lah.... Macam mana ni nak capai 40 jam tu... huhuhu sadis betulkan...??

Sebut tentang logo Halal ni setakat ini aku n my family cuma akan ambil yang logo Halal JAKIM atau yg diiktiraf oleh JAKIM je. Contohnya seperti yg kat gambar ni..



Adeeb pun sekarang ni dah pandai kalau nak beli makanan ye akan cari tanda Halal nya. Kalau kita tanya pun dia akan tunjukkan logo Halal tersebut. Tapi kekadang tu sebab nak jugak benda alah yang kita tak kasi tu sebab tanda Halalnya meragukan tak dikira ambil jugak... huh... macam mana lah ek kita nak didik anak2 ni tentang pemakanan yang baik ni. Tu lah ustaz cakap tak mustahil sebenarnya kita dah macam makan seekor cik B*** kan. Mintak2 dijauhkan yek...


Isnin, Julai 18, 2011

Macam Pelakon Filem Korea Tak Saya....

Sebelum......

 Pandangan Hadapan

 Pandangan Sisi

Selepas...

Pandangan Hadapan


Pandangan Sisi

Bagus ni kalau potong rambut, duk diam je... tak de nak melalak-lalak...


Seronok Pergi Jenjalan... Yang Tak Seronoknya Lepastu...

Apa yang tak seronoknya tu....  Apa lagi kalau tak kene basuh kain baju yang berbakul-bakul..... maklumlah kain yang 3 hari basuh nak dibasuh dalam sehari. Nasib baik aku ambil cuti sehari lepas balik kampung. Dapatlah selesaikan kes cuci mencuci ni... Tapi yang paling penting tukang cuci tu boleh berfungsi tanpa ditunggu. Masuk je kain ye basuh le sampai siap. Terima kasih mesin basuh... Mesin lipat kain ada tak yek... kalau ada bagus jugak ni.... tak lah kain aku sentiasa ada je yang tak berlipat....

Sampai dalam kul 10 malam tu aku terus kumpulkan kain dah basuh.



Sampai dalam kul 10 malam tu aku terus kumpulkan kain dah basuh. Tapi sebelum tu.... melantak benda alah ni lu... ambil tenaga... tak tahan beb bau yang menusuk kalbu tu.... apa lagi kalau tak durian D24 yang beli kat Segamat. Terliur tengok sepanjang jalan ada jual durian dari jalan Gambang lagi.... Dan paling besar durian ada di sempadan Pahang Johor dengan di Segamat. Tak putus-putus durian kat situ sentiasa ada je... Nak tau kenapa......??  sebab ye replika durian yang dibuat dari batu.... tak leh nak beli n makan.... hehehe...


 
Sedapkan....D24 beli 3 bijik je... Semerbak dalam kereta...

Hujung minggu hari tu ingat nak selesaikan lipat melipat... tapi si Nurin tak bagi kerjasama nampaknya. malam tadi pun ingat nak meipat lagi tapi baru je ambil dah bangun lagi si kecik ni.... huhuhu.... bilalah nak sambung lagi ni...


Geram ibu dengan si tecik ni....

Perjalanan Yang Panjang Berliku...

Macam tajuk cerpen lak kan... dah lama tak update tetiba update keluar tajuk macan tajuk cerpen. Hehehe saje je tu wak gempak.

Apa motif aku letak tajuk Perjalanan Yang Panjang tu.... siap Berliku lagi tuh..... Kalau cerpen kronologi ceritanya macam kisah sedih je kan...??? Tapi ini cerita tarak sedih punye... tapi lepas cerita tu... ada kisah sedih sebenarnya... sampai setiap kali aku baca catatan tu... hati ini macam disiak....tapi biarlah aku pendam je tanpa siapa yang tahu. Bak kata Siti Nurhaliza Biarlah Rahsia...

Ok, kembali kepada cerita Perjalanan Yang Panjang tu.... sebenarnya ini kisah aku mengekor abang pergi menyelia students LI ++ balik kampung. Bak kata orang sambil menyelam minum air lah. Kenapa sambil menyelam minum air plak. Sebab ditaja perjalanan dan penginapan kan.... hehehe.. tapi separuh jelah sebab menyelianya area Kemaman je... Area Besut ada juga studentnya tapi orang lain yang ambil. Kalau tak boleh lelama sikit duk kat kampung.

Aku kata perjalanan panjang tu sebab nilah perjalanan yang paling lama sampai memakan masa 17 jam dari Pt. Raja ke Jerteh. Lamakan duk kat dalam kereta. Ada lah jugak berenti untuk makan dan sholat tu... Kami bertolak dari sini pukul 5 pagi dan sampai di Kemaman dalam kul 11.30 pagi. Lepas rehat2 dan sholat abang mulakan tugasnya menyelia pelajar di syarikat apa tah kat Kemaman tu. Aku nga anak2 tunggu dalam kereta je... sempat terlelap tu... tunggu sebab lama sangat dekat sejam baru habis. Lepas tu pergi TATI lak. Macam seronok je duk situ... tepi pantai dan tepi bukit. Kalau ada peluang kerja situ boleh mohon ni... dekat sikit nak balik kampung. Tapi tu kerajaan negeri punye... Tak pelah berangan je.... tapi kalau ada peluang apa salahnya kan....

Habis kerja situ dalam pukul 4 petang kami pun memulakan perjalanan untuk balik kampung. Singgah di Marang dalam kul 6 lebih untuk makan sotong goreng tepung dan nasi goreng sambil menikmati deruman ombak yang menghempas pantai. Teringatkan si Nurin takut jugak dah nak maghrib masih duk situ. Maklumlah pertukarang sing ke malam. Ustaz cakap masa ni lah benda2 halus tu berkeliaran baru bangun dari tidur. Tu kita tak galakkan untuk berada diluar rumah pada masa tu.

Al-hamdulillah selamat sampai dalam kul 10 malam lebih. Tu pun dah terlajak dari nak masuk simpang rumah aku. Macam mana tah boleh tak perasan. Mawsa tu aku tengah nengok msg dan abg lak biasalah dah penat kan sehari suntuk bawak kereta. Tapi pusing balik untuk singgah kejap memandangkan mek dengan adik yang menunggu di rumah nak jumpa dengan cucu-cucunya. Tak sedap pulakkan orang dah tunggu kita tak singgah. smpai rumah check dengan ayah dalam kul 11 lebih tuntang-tuntang dekat kul 2 pagi baru tidur Nurin nangis. Penat lah kut lagipun ye tak berapa sihat sebab sehari sebelum balik tu ye demam. Kesian Nurin......

Layan sedikit gambar anak2





alamak ibu tertidur lak mengantuk sangat ni...






suka sangat tengok gambr ni...

apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Adeeb ni...

Banyak lagi gambar malas lak nak upload.