Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Sabtu, Februari 27, 2010

S3LAMAT S3MUANYA.....

Post ini dibuat secara scheduled post. Sebab aku tak boleh nak bersiaran pada masa dan tarikh yang betul ini. Sebabnya aku masih lagi di KL pada masa ini seperti yang diceritakan dalam post yang lalu.

Pada tarikh hari ini  mengikut kalendar islam adalah 13 Rabiulawal 1431 H dan pada tarikh tersebut 39 tahun yang lalu seorang bayi lelaki dilahirkan oleh seorang ibu Nik Dah Binti Nik Lah yang dinamakan Nik Mohd. Asri Bin Nik Ismail. Merupakan cahaya mata ke-8 dari 10 orang adik beradik. Al-hamdulillah mudahan hidupnya sentiasa dalam Rahmat Allah diberikan kesihatan yang baik, diperluaskan pintu rezeki, dipanjangkan umurnya untuk beribadat kepada Yang Maha PenciptaNya dan mendapat keberkatan di Dunia mahupun Ahkirat. Amin...Amin.... Amin....INSYALLAH.

DAN......

Pada tarikh yang sama 13 Rabiulawal 1423 H iaitu 8 tahun yang lalu...telah termeterainya satu ikatan dan tanggungjawab yang besar bukan sahaja sebagai seorang anak kepada ibu yang melahirkannya dan ayah yang membesarkannya malahan kepada seorang wanita Zarani Binti Said yang bergelar isteri kepadanya. Alhamdulillah semoga ikatan yang dibina bersama ini sentiasa dijagai dan dibajakan dengan ikatan ketakwaan, kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan saling hormat menghormati di antara kita. Mudah-mudahan amanah yang diberikan kepada kita dapat dididik ke jalan yang direadahi Allah untuk bekalan kita nun jauh di sana....INSYALLAH.







Khamis, Februari 25, 2010

9OOD LUCK .....

Untuk abang yang akan menduduki exam IELTS pada pagi sabtu 27 Februari dan pagi isnin 01 Mac nanti. Semoga dapat menjawabnya dengan tenang, mendengarnya dengar tertib dan menuturnya dengan lancar. Jangan cakap Bahasa Ingeris klate dah le ye... Apa-apa pun isterimu ini mendoakan yang terbaik untuk mu... INSYALLAH.....

JPA telah mengubah syarat untuk sambung master dimana kalau nak sambung dekat dalam aje tak yah ambil IELTS. Tapi syarat yang ditentukan oleh siswazah pemohon perlu ada MUET Band 3 atau IELTS 500. Tu lah ari tu dah tanya pejabat pedaftar. memang ye cakap secara umumnya dah tau syarat untuk sambung master dalam negeri tak perlu IELTS lagi tapi tak ada hitam putihnya. Ari tun pun masa Majlis Peperiksaan Malaysia buka pendaftaran untuk MUET pun dah tanya abang sendiri nak ambil MUET atau nak daftar IELTS kan?. Tak pelah sama aje... examnya cuma bayarannya aje lain kan...kan...?

Jadi di antara masa terluang yang ada tu nak ke mana ye kita...??? Macam ada satu cadangan nak utarakan kepada abang le... harap boleh dipertimbangkan.... he3. Menginapnya....macam mana tu.....dah ada keputusannya ke...???. Nak duk situ area KLCC mana ada hotel yang budget punye kan... duk rumah sedara mara lah...kan ramai dekat Selayang, Klang, dan Shah Alam... tu... cuma kita aje nak ke tak nak...

p/s : Agak2nya abang ingat tak yek... 27 Februari ni ari apa....? Kalau tak ingat baca balik entry ni semula

Rabu, Februari 24, 2010

Cermin Mata Ku...

Semalam petang balik kerja lepas ambil anak2 terus pergi batu Pahat sekejap. Tujuannya untuk betulkan balik cermin mata yang aku beli masa PC FAIR dekat UTHM ari tu... Sebabnya sehingga semalam bila aku pakai aje cermin mata tu rasa macam melayang-layang nak pijak lantai pun rasa macam dalam aje... aku pun tak tau kenapa sedangkan aku cuma guna power yang lama tak ubah apa2. itu kata aku la....

Tapikan... masa dekat kedai semalam bila di check balik pawernya tak sama dengan yang lama. Macam mana tu... Silaunya cermin asal 65 tapi untuk cermin baru ye buat 100. Patut le aku rasa semcam je...nak kata tinggi tak tinggi nak kata dalam tak dalam nak kata jauh tak jauh...entah le... Memang kalau pakai cermin tu dari pagi sampai balik kerja pening nga sakit kepalanya jangan cakap le... Sampai rasa bengkak urat matanya. Aku ingat mata aku belum sesuai dengan cermin yang baru. Tapi tidak rupanya. Nak pergi baiki dari awal lagi ari tu kan cuti raya cina.. kedainya tak bukak le.

Jadi itu bukan kesilapan aku kedai tu tukarkan balik cerminnya dengan yang baru. Tapi tak boleh ambil lagilah sebab nak kene order lu cerminya. Janjinya ari jumaat ni baru ambil. Untuk 3 tiga hari ni aku pakailah yang lama semula. Tak apelah bukan dah rosak pun cuma retak sikit je angkara si Adeeb. Lain kali tak nak buat macam tu tau ye Adeeb. baling cermin mata ibu kalau nangis.

Tapi ok lagi lah berbanding dengan Nadhirah masa kecil ari tu kejap2 je tukar cermin mata sebab dipatahkan oleh Nadhirah. Ainul rasanya tak ada yang patahkan cermin mata ibu. Itu lah yek... anak2 nak buat macam mana....



” Krochetshop 1st GiveAway”

GiveAway yang pertama kali saya nak join sepanjang menjadi bloger. Sebelum ni ada keinginan nak join tapi selalu tak menjadi. Apa kata yang ni  cuba lah...

Syaratnya senang je...

1. Tulis entry bertajuk ” Krochetshop 1st GiveAway”.

2. Letak banner di sideboxes dan link kan kepada


 3. Lepas tu tinggalkan komen dengan link sebagai tanda penyertaan

Tarikh tutupnya on 11 Mac 2010 sempena besday tuan kedai yg ke -2x

Hadiahnya : Wouuu.... Menarik... kalau anak lelaki macam mana? Boleh tukar ke.....?


Pemenang boleh request warna hat ni nanti

Jom le kawan2 semua kata memeriahkan pertandingan ni. Menang atau kalah tu lain cerita ok... Barangnya cantik... saya suka....saya suka....:-)




Selasa, Februari 23, 2010

Aku Teringatkan Kisah Adik Aku...

Memang aku tak pernah lupakannya...............

Tadi baca paper terbaca kisah ni... penderitaan baby yang mengidap kepala besar......


Terus aku teringatkan adik aku... Ya.... Arwah Siti Fatimah Binti Said. Al-Fatihah untuk arwah adik aku... Sakitnya sama macam baby ini cuma adik aku ni kepalanya kami tak boleh nak angkat sebab besar sangat dan lembek je kepalanya dipenuhi dengan air. Tapi dia seorang baby yang baik tak banyak meragam cuma menangis bila lapar nak susu saje.... Allah lebih sayangkan dia hayatnya tak panjang cuma 18 bulan (setahun enam bulan) saja. Lebih kurang baya Adeeb sekarang. Tak apelah Allah telah menjanjikan tempat yang lebih baik nun di sana untuknya.

Seingat aku mek bersalinkan adik aku ni masa aku umur 11 tahun darjah lima pada hari pertama puasa (bukan hari pertama aku belajar puasa ye...). Ingat lagi hari tu aku cuma tinggal dengan 4 orang lagi adik aku semuanya masih kecil. Arwah ayah pergi hospital tunggu mek nak bersalin ... Apa aku ingat hari pertama puasa tu... aku menggigil2. Ya lah keletihan, kepenatan, kelaparan dan macam2 lagilah. Aku tak ingat aku buka puasa ari tu aku masak apa. Yang aku ingat jiran depan rumah tu datang tanya aku nak beli kuih ke untuk bukak puasa ari tu. Terima kasih ye jiran ku.... aku tau mungkin ye dah tak ingat kut... tapi aku masih ingat....

Mek selalu cerita kisah dia nak bersalinkan arwah adik aku ni.. Mek cakap doktor nak tebuk kepala arwah adik dari dalam perut lagi sebab nak kasi mek bersalin normal. Tapi mek tak nak buat macam tu... ye sanggup pelihara arwah adik walaupun cacat dan terpaksa mengadaikan nyawanya. Memang semua ibu yang nak melahirkan sanggup buat apa saja untuk selamatkan anaknya. Mana mungkin ye sanggup membiarkan anaknya disakiti.

Masa mula lahir kepala baby cuma besar sikit aje dari kepala kita orang dewasa ni. Tapi semakin lama semakin membesar sehingga tempurung kepala baby berpecah tiga. Kepalanya memang besar sangat-sangat... Saiznya aku ingat lagi arwah ayah seminggu sekali akan ambik tali rapia ti lilik dekat kepala arwah adik untuk tengok ukurannya dan memang setiap kali ukur saiznya akan sentiasa bertambah sehingga kita gunakan bantal yang kita tidur pun kepalanya masih melebihi bantal tu... Mesti korang semua tak percayakan... tapi itulah... aku tak tokok tambah cerita ni... Tapi yang kesiannya sebab kepalanya memang tak pernah bergerak sampaikan kulit bawah kepalanya melecet ada dua tiga tempat. Tentu adik aku sakit sangat masa tu... kadang2 tu arwah ayah akan tolak kepala arwah adik supaya dia tidur mengiring bagi bawah kepalanya kene angin sikit. Tapi tak boleh lama sangat sebab badannya kecik aje macam dia tak selesa dan tak boleh nak nampung kepalanaya.

Ingat lagi masa mula lahir matanya boleh melihat kami sekeluarga tapi lama kelamaan tak boleh lagi sebab matanya macam tertarik ke atas dengan kebesaran kepalanya yang sentiasa membesar. Aku selalu aje bila kasi susu untuk arwah ni aku pegang urat dekat kepalanya tu... rasa mcam laju aje susu tu naik ke kepalanya. Bukan turun ke tubuhnya... Tapi tak apelah... kami sekeluarga rela dia pergi dari menanggung derita yang tak terucap olehnya tu... sakit kami melihat penderitaan yang ditanggung olehnya tak boleh dibandingkan dengan kesakitan yang ditanggung oleh dirinya yang masih kecil tu...

Kalau tak salah aku arwah pergi meninggalkan kami pada 09.09.1989 selepas maghrib. Petang tu memang arwah adik dengan arwah ayah sakit teruk sangat. Aku dengnan adik2 yang dah sekolah berada di sekolah masa tu... Arwah ayah pun memang dia selalu sakit. Mek cakap tengahari tu dua2 tu sakit teruk sampai arwah ayah cakap dekat mek suruh letak arwah adik sebelah dia biar mereka  pergi sama2. tapi Allah tu Maha Adil, Dia akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya. Tapi tak lama 27.02.1990 arwah ayah pula menyusul. AL-Fatihah untuk arwah ayah.

Aku tak tahu la... sama ada ia ini satu kebetulan atau memang dah dijanjikan macam tu oleh Pencipta kita. Sebenarnya masa mek mengandung 7 bulan gitu mek terkejut dengan ular senduk yang duduk dekat betis dia. Ular tu sedang cengkungkan kepalanya pada mek. Tapi ye tak patut. Bila mek terkejut tengok ular tu... ular tu terus kendurkan kepalanya dan menyusur keluar. Tapi kalau ditengok dari tepi dan dari pandangan atas kepala memang nampak sama macam itu... Waallahuallam aku pun tak tahu....kebenarannya... Memang sudah ditentukan macam tu. Tapi kalau kita tengah berbadan dua ni memang kita kene jaga dari melihat benda yang bukan2 supaya tak terkenangkan.... Gambar tak silap aku ada sekeping dekat kampung tapi macam dah rosak macam terkena air. nanti balik ni aku nak selongkar gambar2 lama aku kalau sempat la...


Jumaat, Februari 19, 2010

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Banyakkan perkara yang selalu kita buat....rupa2nya tak elok.


Hadapi Kerenah Degil

Dipetik dari KOSMO 19 Februari 2010

Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.

SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.


ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.

Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya.

Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak.

Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut.

Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan

Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.



Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi.

Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya.

Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata.

Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah.

Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.


Rabu, Februari 17, 2010

Ini Lah Satu2Nya Tok Yang Aku Ada

Hari ahad lepas aku terima sms dari Atie cakap Tok Gi sekarang ni tengah sakit. Baru petang tadi masa pergi kenduri rumah Nana aku nengok seorang makcik yang berumur tu macam tok gi. Yelah dah bongkok sama macam tok gi. Aku cakap pada abang sama dengan tok gi... Tapi tak sangka malam tu terima sms tok gi sedang sakit. Mok Long sudah panggil semua anak2 tok gi balik tapi aku tak dikhabarkan sebab ye ingat aku pergi KL. Tak pelah. Hari isnin tu aku terus call mok long tanya perkembangan tok gi. Mok Long cakap dah ok sikit berbanding sebelumnya. Apa2 pun aku risau jugak... benarnya pada ari senin tu hati aku dah berbelah bagi sama ada nak balik atau tak.  Tapi bila mak long cakap macam tu aku rasa lege lah sikit.

Tok Gi (Che Bunga Binti Syeikh Ahmad). Umurnya pun tak silap lebih kurang 80 lebih dah. Ni gambar dah lama..


Aku doakan semoga Tok Gi dipanjangkan umurnya dan diberikan kesihatan yang baik. Insyallah. AKu, kalau tiap kali balik kampung memang tak pernah tak pergi rumah Tok Gi. Orang kata memang wajib pergilah.Memang dah biasa macam tu...tak sedap rasanya kalau tak tunjuk muka kalau balik. Yelah bukan jauhpun Jerteh dengan Pasir Putih tu... walaupun negeri lain kan..?


Rabu, Februari 10, 2010

Jagaan Penuh 7.00am - 6.00pm


Aku pun tak paham apa yang dimaksudkan dengan jagaan penuh tu dari 7.00 pagi sampai 6.00 petang...? kalau dari kul 5.30 ptg ye dah caj OT. Jadi untuk memuaskan hati aku ni aku msg pemilik taska tersebut tanya kiraan OT start kul berapa. Ye balas maklumkan start  kul 5.30 ptg. Jadi kenapa dekat borang tu ye tulis Jagaan Penuh dari 7.00 am - 6.00 pm yek....? Aku tanya yang tu tak dijelaskan la plak.. Jadi untuk bulan ni kene buat tambahan untuk bayaran  jagaan anak RM 4 x 3 org x 1 jam. Dalam RM12 hinggit le...  Tak pelah nak buat macam mana...? Tapi kenapa yek kalau kita tak hantar sampai seminggu sebab bercuti yang kita maklumkan kepada taska tak pulak dia orang potong kan? Macam tak adilkan.... kita sebagai pengguna sentiasa terbeban kan....kan....

Tak de perkembangan lagi tentang kemasukan bibik baru aku... ari tu Suhani ada maklumkan ye cuba call Aji tu tapi tak dapat.... Entahlah....


Semalam Petang Punye Cite...

Semalam petang biasalah aku yang sentiasa membuat panggilan pulau... untuk mengajak abang balik. Tetibe aje abang cakap keta tak leh start. Nak kata bateri habis baru aje tukar bulan lepas. Aku pun duduk lah menunggu kat opis. Nasib baik ada lagi kengkawan yang belum balik. Lebih kurang kul 6 ptg tu aku call lagi tanya abang mcm mana. Abg cakap sama tak boleh jugak.

Aku pun call lak taska anak2 lu nak maklumkan ambik lambat skit anak2 sebab ada masalah. Lagi pun kesiankan anak2 dum menunggu ibu dengan ayah nye datang ambil. Dalam kul 6 lebih tu abang call suruh cepat keluar tumpang kawan dia yang duduk setaman dengan kami tu. Maka petang semalam kami pun balik lah berkongsi kereta dengan En. Zarafi dan wife dia. Kereta kami tinggal dekat opis sebab tak boleh nak start langsung.

Tetibe aje dah masuk kawasan taman tu boleh lak abang baru teringat kunci pagar dengan kunci rumah lupa nak ambil dalam kereta kat opis. Adus.... macam mana tu nak masuk dalam...? kalau kunci rumah tak pe le... kat kunci keta ada kunci rumahnya... tapi pintu pagarnya...., macam mana nak masuk. Nak panjat... boleh... tapi nak keluarkan kereta nak pergi ambil anak2 mana boleh kan. Last2 terpaksalah kami menambahkan kesusahan jiran kami tu lagi... ye tawarkan diri untuk pusing balik ke opis untuk ambil kunci. Alamak macam mana ni... kami betul2 dah menyusahkan orang lain petang ni...  Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih banyak2 lah kepada En. Zarafi dan Pn. Rosnah kerana sudi menumpangkan kami balik dan patah balik ke opis untuk ambil kunci rumah. Mintak maaf ye kerana menyusahkan.

Pagi tadi lepas masuk kerja abang ajak keluar untuk hantar kereta ke bengkel. Kawan2 abang tolak baru boleh hidup. Sampai bengkel cina cakap bateri rosak. Jadi kami terpaksa pergi ke kedai tempat beli bateri bulan lepas untuk mintak tukar semula. Jadi petang ni abang janji nak ambil semula kereta tu...

Aduss... macam-macam hal lah kancil ni....


Selasa, Februari 09, 2010

Hujung Minggu Lepas...

Minggu lepas sebelum hari jumaat tu aku saje je ambil cuti hari isnin (semalam). Rupanya berguna jugak lah cuti tu... Yelah mula2 ingat nak rehat je kat rumah hujung minggu tu... tapi malam sabtu tu abang cakap esok nak pergi KL ada hal kat sini .........


Tujuannnya untuk daftar kan ini.... ....



Aksi anak2 dalam kereta... Mula2 tengok cd. Lepas tu... tengok 2 orang kakak tengah hulur tangan tu... sebenarnya tu nak main gaduh2 tu...  Adeeb terdongak gitu sekalu tengok cd.

Mahal nya yurannya dekat RM600 jugak. Tak kisah lah... Kami bertolak dari rumah pun dah pukul 10 pagi lepas sarapan semua. Sampai dekat sana pun lebih kurang pukul 2.00 gitu. Abang lak lupa bawah gambar paspot. Jadi terpaksa lah menjajau pergi cari kedai photo. Tak tau kat mana ada kedai area tu jadi kami ambil keputusan pergi sini aje confirm ada kan....Kebetulan tempat kami nak tuju tu tak jauh dari situ. Cuma jalan kaki je..
 

Naik tingkat 3 baru ada kedai photo. Nasih baik kejap je... kalau tak tak sanggup aku nak duduk situ dengan anak2 yang tak duduk diam tu... Adeeb kene dokong kalau tak tak... asyik nak menuju ke tepi koridor je... aku seriau duduk tepi situ macam nak tercabut je urat perut aku... gayat... Ainul dengan Adeeb selamba je pergi duduk tepi cermin tu tengok bawah. Nadhirah la yang kelakar... dia duduk dulu baru capai cermin tu pegang2 takut tak decermin. Memang penakut betul Nadhirah dengan tempat tinggi.



Nak ambil gambar ni pun masa hulur tangan je aku rasa macam nak jatuh je... tak nak aku duduk lama2 kat atas tu... Tu baru tingkat 3 tak tau lah kalau tingkat yang tinggi lagi. Orang kata orang yang dah takde apandit ni memang takut tempat tinggi. Entahlah aku pun tak tau kesahihannya. Tapi abang pun gayat juggak dia cakap.

 Gambar yang diambil dari tingkat 3 je ni... kalau tinggi lagi rasanya tak berani aku nak hulur tangan tu... Ni pun tangan je yang hulur aku sendiri tak nengok pun...


Khamis, Februari 04, 2010

Next Mesyuarat Taman

Next mesyuarat taman aku ni akan diadakan pada 06 Februari ni Hari Sabtu Malam Ahad. Sepatutnya abang cakap ye akan dibuat kat rumah aku sebab ikut giliran dari rumah penerusi taman seterusnya rumah naib pengerusi dan seterusnya rumah setiausaha dan next nya rumah aku. Tapi semalam aku tengok surat jemputannya tempat mesyuarat di No. 11 Jalan Wira Jaya 3... Tu rumah pengerusi sendiri tu... satu jalan jugak dengan rumah aku.... Aku tak kisah... lagi bagus jadi aku takyah lah susah2 nak memikirkan apa lah yang aku nak masak untuk jamu ahli mesyuarat ni makan. Memang la benda tu tak wajib tapi takkan lah aku nak jamu dengan minum air tea O je kut... Aku tak terlibat pun dalam mesyuarat tu... dan aku pun tak pernah join aktiviti taman. Setakat ni cuma sekali aje aku baru pergi yasinan dekat taman aku tu..., Tu pun sebab jiran sebelah rumah aje...

Bukan tak nak ikut sebenarnya... tapi yelah bila dibuat ari sabtu ke ari ahad kadang2 kita tak de kat rumah. Kalau adapun kat rumah.. macam tak sempat2nya nak pergi dengan kerja kat rumah tu dan anak2 lagi. Tapi kalau dibuat hari kerja lagilah aku tak boleh pergi kan. Tak pelah cukuplah dengan abang saja yang join aktiviti2 taman ni. Tapi kalau marhaban selepas raya tu aku join lah jugak tapi untuk lorong aku ajelah... lorong lain setakat ni belum lagi. tapi kalau ad kesempatan anak tak tidur lagi ke nak juga join.

Ari tu Biro Wanita taman aku ada buat senam robit untuk wanita dan kanak2 sahaja. Aku nak join sebenarnya.. tapi kasut pulak tertinggal kat opis. Dia orang buat ari ahad pukul 8.30 pagi. Tu pun aku baru tau... rupanya program tu dah lama dibuat. Itu lah masalahnya... banyak program2 yang dijalankan oleh Biro Wanita ni aku tak tau... maklumat tak sampai pun. Aku pun baru tau sebab baca minit semalam rupanya ada jugak dia orang buat kelas mengaji Al-Quran untuk budak2 ni kat rumah pengerusi taman. Bagus jugak program tu kan untuk anak2 kita.

Aku kan, bukan tak nak join program2 tu semua... tapi tengok keadaan lah. Jika ada masa dan kesempatan untuk aku join insyallah aku join.


Isnin, Februari 01, 2010

Good N3ws OR Bad N3wS

Semalam selepas sholat Isyak ada satu call masuk. Mula2 call hs abang tapi tak smepat angkat. Lepas tu dengar lak hs aku yang berbunyi. Nengok nombornya panjang je.... Dah agak nombor dari Indonesia. Ye bibik lama saya yang call. Suhani yang hanya cuma sempat sebulan saje kerja kat rumah aku lepas tu terpaksa hantar pulang sebab tak lepas check up FOMEMA.

Ye call sebab nak bertanya sama ada aku sudah ada ganti atau belum. Sebab masa kami hantar dia pulang dulu dia janji akan gantikan orang lain pada aku tapi sudah lama masa itu berlalu.... sehingga sekarang kes ini hanya tergantung kat situ je... sebabnya agen sini mengharapkan agen sana, tapi agen sana sudah lesap lo... Kami pun rasa macam tak de harapan je nak dapat balik ganti bibik atau wang kami...  pasrah je... kalau itu bukan rezeki kami... tapi mereka yang tak bertanggungjawab lepas tangan tu.. terserahlah.. kat dunia ni boleh la lepas.. tapi dekat akhirat nanti... LU PIKIR LA SENDIRI... macam la orang tu baca blog aku ni... he3. 

Suhani call sebab nak maklumkan dia sudah dapat carikan penggantinya untuk aku... Aku macam mana nak lagi ke... ?? Tapi aku rasa macam dah tawar hati sebenarnya... lagipun aku macam sudah selesa balik kerja je terkejar2 dengan anak2 dan kerja rumah tu... Tapi kalau aku tak ambil aku lagi rugi kan...?? Macam mana tu yek... Bingung kejap... Pagi ni aku terima lagi pangilan dari Suhani tu... ye nak suruh aku uruskan kemasukan orang ganti tu. Aku dah cakap semalam ye kene berurusan dengan  Hj. S@*** tu... sebab kami dh bayar semua pun pada dia... Tapi Suhani tu cakap tu... macam ye xnak bertanggungjawab. Apa kes ni... ari tu cakap lain sekarang lain pulak.

Pagi ni jugak aku cuba call agen kat sini Hj. S@***. Tapi apa yang aku dapat. NO YANG ANDA DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN...! Apa yang anda akan rasa...???. Tak pe no telefon ye boleh tukar2 tapi rumahnya tak kan ye nak angkat pindahkan ke tempat lain tak...? Kami akan pergi ke rumah dia. Terpulanglah kalau dia tak nak bukak pintu pun... Tapi tu memang dah terang2 nak larikan diri lah kan. Satu lagi aku pun tak teragak2 untuk bertanya dekat anak sedari dia sendiri tau... Sebab anak sedara dia pun ada kerja sini jugak... Apa2pun kami akan cuba dapatkan hak kami. Setakat ni tak sampai nak mengadu kepada mana2 pihak lagilah...