Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Sabtu, Disember 28, 2013

Testimoni Set Kurus Shaklee





Alfalfa atau Herblax bertindak sebagai Detox. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Lecithin atau Omega bertindak sebagai agen memecahkan lemak. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Antara makanan yg kaya protein ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu dan banyak lagi.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus, kita juga digalakkan untuk  menjaga pemakanan seharian. Kita tidak boleh makan sesuka hati. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari atau dengan nisbah 1L untuk 25kg berat badan.

Anie Said
Independent Distributor (ID 866374)

012-7169780

Jumaat, Disember 27, 2013

Jom Kenali Omega Guard Shaklee


HARGA RUNTUH UNTUK DISEMBER 2013



Siapa perlukan OMEGA GUARD SHAKLEE?

(1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

(5) Untuk lelaki
- Memelihara kesihatan prostat
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- Memelihara jantung yang sihat
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal
- Mengawal tahap kolestrol yang sihat

(6) Warga emas
- Melambatkan degradasi tulang rawan
- Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
- mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
- Bertindak sebagai pelincir
– membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

(7) Sering alami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok
- Gout

----------------------------------------------------------
Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

----------------------------------------------------------
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

Mencegah insomnia
Mengurangkan tekanan emosi
Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
Membantu memperbaiki masalah autism
Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
Mengurangkan masalah schizophrenia
Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


----------------------------------------------------------
26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout



Khamis, Disember 26, 2013

Kenapa Anak Kecil Suka Menjatuhkan Benda?


Memang betulkan anak-anak yang berumur dalam lingkungan 10 bulan hingga setahun setengah suka jatuhkan barang. Apa saja barang yang berada dekat dengan dia, dia akan ambil dan jatuhkan sambil ketawa-ketawa dan melihat kemana barang itu jatuh. Faris selalu buat aksi ini bila dia berada di atas katil terutamanya. Kadang-kadang ada jugak dengki bila dia baling saja sembunyikan barang tu sambil cakap tok ada. Lepas tu mulalah dia terpusing2 cari barang tu... hikhikhik... kelakorkan tengok aksi anak2. Hari ni Faris demam nak tumbuh gigi. 29nh ni baru genap 11 bulan. Tapi jalan Faris legi cepet dari abg dan kakak2 dia. 10 bulan dah jalan.. (Tiada gambar nak letak hp tertinggal kat rumah hari ni....)


Jom baca perkongsian yang saya ambil dari sini.


Gambar Hiasan
Menemani anak-anak yang berusia setahun bermain kadang-kadang boleh membuatkan kita kehairanan jika kita tidak memahami perkembangan asas mereka. Anak-anak pada usia setahun suka menjatuhkan barang yang dipegang. Setelah diambilkan, barang itu akan dijatuhkan semula dan begitulah seterusnya sehingga kadang-kala kita merasa bosan kerana terpaksa berulang kali mengambil barang tersebut. 


Setiap anak kecil akan melalui fasa ini walaupun mungkin pada usia yang berbeza dan jangka masa yang berbeza. Ada anak yang melalui fasa ini dalam jangka waktu yang singkat, tetapi ada juga anak yang melalui fasa ini dengan lebih lama. Yang wajar kita waspada ialah pada usia setahun, kemampuan anak untuk menggenggam barang belum begitu baik. Untuk melatihnya, berikan anak benda-benda yang tidak merbahaya dan tidak mudah pecah.


Apakah sebenarnya yang anak-anak rasakan ketika mereka menjatuhkan barang? Apakah yang menarik minat mereka untuk melakukan perkara yang sama berulang kali sedangkan kita menjadi bosan untuk melayan?


Pada usia ini keinginan mereka untuk mengetahui tentang persekitaran adalah tinggi. Ketika anak-anak menjatuhkan barang, mereka telah menemui satu fenomena yang menarik. Di antaranya ialah deria pendengaran mereka akan mendengar bunyi benda yang jatuh. Deria penglihatan mereka pula akan melihat benda yang bergerak dari atas ke bawah. Sementara deria sentuhan mereka akan merasa benda yang dipegang ada di tangan dan kemudian terlepas dari genggaman.


Disebabkan mereka melakukan ini aktiviti berulang kali, kadang-kadang kita menjadi bosan untuk melayan. Bagi kita yang tidak memahami asas perkembangan kanak-kanak pula akan menganggap perbuatan ini sebagai satu aksi yang nakal lalu kita menghalang mereka daripada melakukannya. Sebenarnya anak-anak belajar sesuatu daripada perbuatan tersebut. Mereka melatih kemahiran menggunakan tangan dan jari. Mereka belajar mengkoordinasikan gerakan tangan, jari dan mata di mana ini penting untuk pembelajaran di tahap yang seterusnya. 


Selain daripada itu, aksi menjatuhkan barang ini dapat mengembangkan persepsi anak-anak tentang konsep ruang. Di sinilah bermulanya anak mengenali tentang posisi atau kedudukan atas dan bawah walaupun mereka masih belum mampu bercakap untuk memberitahu kita yang mana satu atas dan yang mana satu bawah.


Anak-anak juga belajar tentang hubungan di antara sebab dan akibat. Mereka belajar bahawa sesuatu yang dilakukan dapat menyebabkan sesuatu kejadian yang menyenangkan seperti ‘bunyi’ benda jatuh, kelakuan ‘lucu’ ayah atau ibu ketika bongkok mengambil benda yang dijatuhkan dan sebagainya. Oleh kerana aksi ini menyeronokkan, maka anak-anak akan cenderung untuk melakukannya berulang-ulang.


Pertama kali menjatuhkan benda, mungkin berlaku secara tidak sengaja. Namun setelah mendengar dan melihat reaksi yang dihasilkan oleh benda yang terjatuh itu, anak merasa terhibur dan kemudian mengulanginya. Selanjutnya tindakan menjatuhkan benda menjadi tindakan yang sengaja dilakukan. Ini bermakna anak-anak sudah mampu mengembangkan daya berfikir dan merancang melakukan sesuatu untuk tujuan tertentu. Dalam hal ini, menjatuhkan benda untuk mendapatkan bunyi dan melihat benda bergerak.


Setiap tahap yang dilalui oleh anak-anak akan ada manfaatnya walaupun di mata kita nampak perbuatan itu seolah-olah perbuatan yang sia-sia. Sekali pun kita rasa bosan untuk melayan, jangan sampai kita marahkan mereka kerana perbuatan tersebut. Malah lebih baik jika kita bersama dengan anak-anak untuk menikmati detik-detik itu. Inilah peluangnya untuk kita merangsang bagi memaksimakan potensi mereka. Apa yang boleh kita bantu?
  • berikan benda/mainan plastik atau yang selamat untuk dijatuhkan.
  • berikan pelbagai jenis benda yang menghasilkan bunyi yang berlainan, dengan itu anak-anak akan belajar bahawa benda yang berlainan akan menghasilkan bunyi yang berlainan.
  • ibu bapa digalakkan terlibat sama dalam aktiviti ini dengan banyak bercakap dan beri penerangan walaupun ketika itu anak belum boleh bercakap. Bercakap dan beri penerangan hendaklah dalam keadaan yang ceria dan gembira…(“Ala..bola jatuh ke bawah..”)
  • selain daripada mengajar konsep ruang, kita juga boleh mengajar nama-nama benda yang dijatuhkan oleh anak-anak. Bila disebut berulang-ulang kali, anak-anak akan dengan sendirinya dapat mengingat nama benda tersebut. Apabila dia pandai bercakap, tentu dia akan menyebut nama benda itu kelak.
  • berikan banyak benda yang selamat untuk dijatuhkan. Setelah habis semua, cara untuk menghentikan aktiviti tersebut adalah dengan mengalihkan perhatiannya kepada aktiviti lain seperti memukul-mukul tin kosong dan lain-lain. Elakkan daripada menghentikan aktiviti menjatuhkan benda begitu saja tanpa ada aktiviti lain yang mengganti.
  • ibu bapa juga boleh memberikan kembali bola yang dicampakkan anak dengan menggolek. Walaupun anak belum mampu menggolek, sekurang-kurangnya kita mengajarnya bahawa ada pelbagai aktiviti yang boleh dibuat dengan sebiji bola.
  • proses pembelajaran seharusnya tidak memberi tekanan atau rangsangan yang berlebihan. Sekiranya ternampak tanda-tanda anak keletihan, maka rangsangan hendaklah dihentikan.


Walaupun aktiviti menjatuhkan benda ini banyak manfaatnya bagi anak yang masih kecil tetapi ibu bapa harus berwaspada jika aksi ini masih lagi dominan selepas anak berusia 3 tahun (kecuali bagi anak istimewa). Jika anak yang berusia lebih 3 tahun tapi masih kerap melakukan aktiviti ini, ibu bapa harus meneliti apakah ia bertujuan untuk melepaskan kemarahan atau mahukan perhatian. Jika demikian halnya, maka sewajarnya ibu bapa segera mengatasinya. Ibu bapa perlu menenangkan anak dan menunjukkan contoh teladan yang betul untuk meluahkan rasa marah. Tentu saja bukan dengan melemparkan barang.