Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, Disember 31, 2009

Sikap Kita Yang Selalu Alpa...

Petang semalam masa mandi nak maghrib tu aku tengok kenapalah air paip ni pelan sangat... Sampai nak mandi pun susah. Aku ingatkan mungkin waktu nak maghrib ni ramai orang gunakan air, tu yang pelan sesangat tu... Lagi pun masa tu abang tengah guna bilik air satu lagi tu dengan 2 anak perempuan aku tu.. tak kisah lah...

Masa nak basuh kain pun sama gak dah perasan jugak, napalah air ari ni pelan sangat ni, lama tul air nak penuh dekat dalam mesin tu... Tapi masih tak syak pepe lagi..... Ingat mungkin masalah air kat Pt. Raja kut ada tengah baiki kat mana2. Pikir Positif katakan... hinggalah ke pagi tadinya....

Masa bukak air paip tu.... air paip masih lagi pelan sesangat... kenapalah yek... kalau biasa masa pepagi macam ni tak la pelan macam gini airnya... Terus aku teringatkan paip dekat luar rumah. Siap mandi tu cecepat aku pergi dekat tingkap bilik tu tengok kedudukan paip air dekat luar. Sah..... kenapalah aku tak terpikir dari semalam lagi ek...?????

Terus pergi tanya abang, masa abang siram bunga petang semalam tu tak tutup paip yek....? Ye cakap dah tutup tapi ada Nadhirah pergi main air masa petang tu.... Peh.... lama tu air tak tutup... intai ikut pintu slaiding door tepi tu.... Melimpah ruah airnya dekat atas rumput tu.... dah lah paip tu dibukak sampai habis... Nasib le... dari kul 6.45 petang sampai kul 6.15 pagi paip tu terbukak. Membazir tul... lah... Nantilah kita sesama tengok bilnya berapa yang kene bayar nanti ...

Sikap kita yang selalu alpa..... Akibatnya tanggunglah yek..

Selasa, Disember 29, 2009

Kelakar.. Nye...!!

Apa ke hel nye.... Diari UTHM 2010 sebesar itu.... Kenapa tak sama untuk semua staf. Biasakan kita staf yang menurut perintah ni dibagi dairi yang separuh A4 tu aje... Tapi napa tahun ni ye bagi segedabak itu...huhuhu..... tak nak lah....... tak menarik langsung. Macam cikgu sekolah pulak....

Bila bukak tengok isi dalamnya lagi sadis tau.... ruang menulisnya... aku ingat kalau dalam satu baris tu aku boleh tulis untuk dua baris. Macam budak baru nak belajar menulis pun ye jugak rasanya... kehkehkeh....

Macam mana kengkawan yang senasib... Anda berpuas hati tak... Apa lak aku ni.....Pandai2 aje ni tak puas hati dengan diari tu. Kalau tak nak dah lah tak yah guna. Orang dah kasi pun tak bersyukur. Aku bersyukur orang kasi cuma tak puas hati aje... kenapa sebesar itu... hodoh nengoknya.

Nasib baik ada lagi satu dairi yang dapat dari insurans. Abang nanti mintak lagi satu tau... Mukmin janji nak kasi 2 kan... kan...?


Warna merah tahun 2008, biru gelap tahun 2009 dan biru muda tu tahun 2010. Huhuhuh.........


Khamis, Disember 24, 2009

Last : Cuti-Cuti Malaysia.... Seronok ke....?

Sambung lagi cita cuti-cuti malaysia. Ni yang last kut.....

Pagi tu kami keluar dari masjid terus pergi cari sarapan. Banyak kedai makan tapi tengok semuanya yang tak dibenarkan makan. Ada satu kedai tu.. tengok namanya melayu siap ada ayat Al-Quran lagi tapi tengok semua pengunjungya hampeh..., tengok tukan jualnya lak pun hampeh..... Last2 kami pergi makan dekat kedai berhampiran Hotel Titiwangsa kedai makan Nur Raihan. Ok lah makan kat situ.

Siap makan semua kami teruskan perjalanan yang pertama pergi Taman Agro Tourism - Big Red Strawberry Farm. Moto nye FREE ADMISSION dan 200 lot parking disediakan. Parkingnya atas bukit. Masuk tu tengok pokok strawberrynya macam tak dibaja je... Alang-alang masuk situ pusing-pusing jelah tempat2 yang ada.

Dah habis pusing tu kami terus keluar. Nak keluarnya kene naik lagi atas bukit baru turun semula. tu la.. masa nak turun tu ngeri betul aku rasa jalannya curam betul. Tak sanggup rasanya nak nengok jalanya. Tapi tengok jugak sebab dah duduk depan. Sampai aku pegang kuat-kuat rasa macam nak jatuh je... Al-hamdulillah selamat juga kami sampai ke bawah.

Lepas turun dari situ dah tak tau nak pergi mana. Lagipun hujan nak jalan pun tak seronok. Last2 ambil keputusan terus turun je sambil2 tu singgah dekat kedai yang ada tepi jalan je. Tu pun abang sorang je yang turun aku tunggu kat kereta je sebab Adeeb dah tidur lagipun hujannya tak henti2 walaupun tak lebat.

Lepas singgah setempat lagi kami pun terus bertolak untuk pulang. Masa tu pun dah dekat pukul 12 lebih. Nanti nak singgah lagi rumah kawan abang dekat Simpang Pulai. Masa balik tu pun jalan jam jugak. Tahan jelah menghadapinya tapi tak lah seteruk masa datang hari tu... On the way turun tu aku terlelap sedarnya dah sampai Simpang Pulai dengar abang call kawan dia yang akan datang ambil kami. Tak jauh pun dari situ.

Sampai rumah kawan abang tu lebih kurang pukul 2 petang kut. Borak-borak sambil makan dan lebih kurang masuk asar tu kami tolak balik. Masa keluar dari simpang rumah dia tu boleh kami tersesat. Sebab masa follow dia masuk tadi jalan lain tapi bila nak balik ye suruh ikut jalan lain. Apa lagi... main jalan jelah kami. Hentam jelah labu... janji boleh sampai ke jalan besar. Sampai jalan besar tu lepas makan langsat sikit kami berenti tanya orang. Akhirnya sampai jugak jalan asal tu. Sebelum masuk highway singah masjid tunaikan kewajipan terus jalan.

Ni nak cita pasal kawan abang tu... Bukan mengumpat tau.. ni berdasarkan cerita2 abang la. Abag cakap Roslin kawan abang tu masa belajar dekat UiTM Shah Alam masa ambil degree. Abang cakap kawan dia ni kelakar orangnya. Abang cakap lagi ingat dulu masa dia memperkenalkan dirinya dulu.... lebih kurang ginilah dialognya

Nama saya Roslin Din..... Harun Din...., Hasan Din...., tuuu... semuaaaaa..... orang lain. Aku ingat masa abang cita tu ye nak cakap tu semua sedara dia....

Pastu satu lagi dialognya masa jumpa kawan2 dia ye akan cakap............ Awak ni orang no. 2 dalam UiTM ni yang handsome. Bila kawan nye tu tanya sapa yang handsome no. 1 dia akan cakap....... yang no. 1 semua orang...

Saja je cita kisah2 abang dengan kawan-kawan dia.

Pada malam tu kami tak terus samapai ke Pt. Raja. Aku tersedar dari tidur nengok abang pun tidur jugak. Rupanya dia berhenti dekat perhentian mana tah. Aku tanya pun ye cakap tak tau main berhenti je sebab dah mengantuk sangat. Masa sedar tu lebih kurang kul 10 malam. Last2 kami ambil keputusan menginap dekat Hotel Highway yang ada dekat hentian tu. Lepas check in anak2 nak makan pulak. Pergi lah turun kejap cari makan dekat RnR tu. Jadi dapatlah nadhirah tidur jugak dekat hotel kalau tak kami dah janji nak bawak anak2 pergi hotel mana2 lak minggu depan. Dah dapat tidur hotel tu takyah lagi la kut...

Lepas check out tu.. kami tak terus pulang lagi... banyak tul menyinggahnya yekkk?? ye lah cakap nak jalan2. Kami masuk tol Ayer Keroh pergi tempat Nor (Cik Cu Nadhirah, Ainul n Adeeb) saje je lepas ambil Nor pergi Mydin makan2 sambil beli barang sikit. Lebik kurang kul 1.30 baru tolak balik. Kami tak lalu highway lalu jalan dalam je. Sampai rumah dah petang dalam kul 5 lebih. Penat tu jangan cakap la... lagi penat nengok kain kotornya yang banyak nak dicuci tu... esok lah dah kerja.... Ok itu ajelah kisah percutian kami yang tak seberapa tu...

Lain kali nak jalan tak nak lagi pergi time cuti sekolah. Tapi Nadhirah dah nak sekolah...

Antara gambar2 yang sempat diambil....










Apalah yang dibincangkan oleh anak2 aku ni... Tak puas hari dengan percutian ni ke...?

Rabu, Disember 23, 2009

Part 3 : Cuti-Cuti Malaysia.... Seronok ke...?

Nak tau apa yang dikatakan Seronok ke.....? Bacalah, dah penat jugak bercerita dekat kawan2 yang bertanya dekat opis.

Perjalanan kami dari Kampung Raja lagi jalan sudah jam. Banyak betul kenderaan menghala ke Tanah Rata. Geraknya sikit2 je. Cuaca lak hujan je memanjang. Masa dekat Kampung Raja tu abag call sekali lagi dekat hotel yang kami tempah tempoh hari. Tetiba je pihak sana cakap tak de lak biliknya. Terkejuk lah kami. tapi ayat pihak sana tu cakap tak pe encik datang je sini. Kami pun berharap lah ada penginapan yang diperuntutkan untuk kami.

Dari pukul 2 lebih tu kami di Kg Raja sampai lah lebih kurang dalam pukul 9 lebih barulah kami sampai ke Tanah Rata. Memang penat betul lah perjalananya. Kami terus pergi cari Hotel Seri Pahang yang kami tempah tu. Pusing2 jugak cari maklumlah dah malam lagi pun kami tak pernah sampai situ lagi. Last2 jumpa jugak hotelnya, kene naik bukit sikit dekat seberang jalannya ada padang golf.

Abang terus pergi tanya dekat kaunter penginapan yang kami tempah tu.... Nak tau apa mak cik kat situ cakap. Tetiba je cakap mak cik. Aku tak tau ye cakap apa sebab aku dekat dalam keta. Tapi apa yang dimaklumkan oleh abang kepada aku memang takde penginapan untuk kami, hotel penuh. Haru tak....? kalau kami berdua je tak pe... ni dengan anak2 yang masih kecik ni kesian. Kesian Nadhirah kempunan nak duduk hotel. Kami pun dah janji nak duduk hotel. Tapi ini pulak jadinya. Alasan yang diberikan oleh pihak hotel ialah kami tak buat bayaran deposit. Abang cakap ye tak suruh pun buat bayaran masa call ari tu. Kalau ye suruh tak kan lah kami tak pergi bayar sebab memang kami nak pergi sana. Tapi yang kami herannya tu... napa pihak berkenaan masih menaburkan janji manis kepada kami supaya datang jugak masa kami call dalam kul 3 lebih tu. Sedangkan masa tu kami dah cakap kami berada di Kampung Raja menghala ke sana. Aku rasalah kan mesti dia pun takut kami tak sampai jugak pastu ada orang lain yang sampai ke hotel tu cari penginapan, tu yang pihak hotel bagi je dekat orang tu...

Kalau macam tu tak yah lah bagi janji kepada kami yang mengharap ni kan. Lebih baik je cakap penginapan dah penuh encik kami mintak maaf. Tak lah kami berhempas pulas mengharungi kereta yang berderek2 jam kat jalan berjam-jam tu. Lebih baik kami patah balik pergi tidur rumah kawan abang aje dekat Pulai dan naik semula besok pagi. Tulah kawan abag pun dah cakap sebelum kami pergi tu pergi tidur rumah dia pagi besok baru pergi naik cameron. Tapi sebab abang dah tempah hotel tu check in hari jumaat jadi kami terus ajelah naik dan singgah rumah kawan abang tu masa balik nanti.

Pada malam tu dari kul sepuluh tu sampai kul 11 lebih jugak kami berpusing-pusing dekat Tanah Rata dengan Brinchang tu untuk mencari penginapan. Dari rumah tumpang yang dibuat dekat rumah kedai hingga lah ke hotel yang bertaraf 5* kami pergi tanya dan call. Tapi jawapan yang kami terima semua sama full. Masa tu kami semua badan dah penat dah tak tau nak buat apa. Last2 ambil keputusan cari masjid je. Kami pergi masjid dekat Brinchang. Sampai situ tengok banyak jugak keta. Abang saje je ringan mulut tanya budak2 yang ada dekat situ.

Rupanya kami tak berseorangan. Ramai rupanya menerima nasib yang sama takde penginapan. Mula2 tu ingat nak tidur dekat keta je, dah kemas dekat belakang, sebab situ boleh sorang tidur. Tapi bila nengok satu family tu tidur dekat ruang masjid sediakan makanan tu... kami pun join sekali lah. Jadi malam tu kami tidur dekat masjid tu dengan beralaskan sejadah masjid berselimutkan kain pelikat abang 2 helai, kain sarung sehelai dan aku guna kain sembahyang dengan sejadah je. Adeeb lak aku selimut dengan tuala dia. Tu pun nasib baik bawak kalau tak.... entah lah sebab dah budget tidut hotel kan.

Sejuknya... tak tahan. tak boleh tidur rasanya. Dalam kul berapa tah tersedar tengok orang yang tidur dekat masjid makin bertambah. Adeeb lak dalam kul berapa tersedar nangis sampai termuntah. Nasib baik sempat tadah dengan sejadah aku. Kalau tak satu kerja lak nak kene basuh karpet masjid tu. Dah tak de kain aku nak buat selimut. Tahan je lah...

Orang azan subuh tu tersedar terus kejutkan abang. Terkejut tengok orang yang ada makin bertambah. Lepas sholat tu macam berkira rasanya nak mandi. Dah lah hujan bertambah lah sejuknya. Tapi tahankan juga pergi mandi. Budak2 pun aku mandikan sebab kesian seharian semalam jalan jauh. Nasib baik mereka semua tak menangis walaupun air sejuk. Bagus permata hatiku kalian memahami situasi kita sekarang.


Sambung esok lah kisah kami pergi jalan2. Tak banyak pun.....

Selasa, Disember 22, 2009

Part 2 : Cuti-Cuti Malaysia.... Seronok ke...??

Kami keluar dari simpang taman tu terus menghala ke tol air hitam. Sampai dekat simpang trafik light tu ada sebuah lori terbalik dekat atas jalan. Mungkin laju lah tu nak keluar simpang terus terbabas. Nak masuk tol air hitam tu ada seorang pekerja tol berdiri kat tepi jalan. Kerjanya bertanyakan arah kita nak pergi. Kalau nak pergi arah KL ok tapi kalau ke arah JB tak boleh sebab dekat Machap jalan ditutup ada kemalangan. Apalah orang tu, tak penat ke dia nak bercakap untuk semua kereta yang nak masuk ke tol tu. Apalah salahnya digantungkan satu kertas tulis je dekat situ jalan menuju ke Machap ditutup untuk sementara waktu. Tak lah penat bercakap.

Lepas tu kami meneruskan perjalanan dan singgah sekejap dekat Hentian Seremban, biasa lah kalau jalan dengan budak2kan.

Apalah yang dimainkan Adeeb tu...



Untuk makan2 atas keta elak ngantuk. Tapi ngantuk jugak... Sedap lah kacang ni... nanti nak pergi beli lagi lah. Ayah suka makan kacang ni. Yang ni tak keras, ingat masa raya ari tu beli untuk ayah kerasnya bukan main lagi.

Lepas tu kami boleh keluar tol Nilai plak. Patah balik masuk semula menghala ke Putrajaya. Saje je pusing-pusing. Lepas tu singgah kejap Hentian Dengkil, Adeeb berak dan ingat nak makan tapi ramai sangat orangnya dan Adeeb lak dah mengamuk. Last2 beli roti nga air je makan dalam keta. Kat situ boleh plak jumpa dengan jiran satu taman. Sama gak nak ke Cameron Highland.

Kami teruskan perjalanan dan tak berenti2 lagi. Keta kat jalan banyak sangat. Semua hentian penuh. Cuaca lak tu hujan. Maka banyak jugak lah kemalangan yang berlaku. yang sempat aku ambik gambar aku ambil, yang tak sempat cuma nengok je lah. Kesiankan dekat dia orang semua. Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang. Setiap gambar tu kemalangan di tempat yang berlainan. Ada satu tempat tu sampai 7 buah kereta yang terlibat.



Tengoklah keta dekat jalan banyak betul. Ni gambar dari arah depan keta kami

Dari cermin sisi nengok keta di belakang keta kami.


Dan akhirnya kami sampai jugak lah kat sini. Lega lah sikit.

Seriusnya orang tu bawak keta....

Nampak tak ada air terjun dekat celah bukit tu....

Kami keluar ikut Simpang Pulai lebih kurang kul 1 petang lebih. Masa lalu dekat jalan yang berbukit tu nengok ramai betul yang jual durian. Banyak keta yang berenti makan terutamanya org cina lah. Tu lah masa kat situ Ainul plak buat hal. Muntah tak cakap... adoooiii habis. Nasib baik kat tangan aku masa tu ada kain lampin Adeeb terus je tadah pakai tu kalau tak maunya aku kat depannya terkena tempiasnya. Kebetulan masa tu ye duk dekat tengah tu... Belum tu dah pesan tu duk diam2 jalan bengkang bengkok, kalau nak muntah cakap. Nak buat macam mana terpaksalah duk menghidu muntah kat dalam keta tu. Nak basuh kat mana jalan dalam bukit tu.. Tukarkan bajunya aje pastu teruskan perjalanan.

Banyak lagi nak cita tapi tunggu lah yek next entry. Jauh benor perjalanannya sampai 3 entry tentang perjalannya aje. Memang jauh pun... sampai kul 11 malam tau perjalan kami pada hari tu... kalau sampai tempat sini baru dalam kul 2 petang gitu..... hehehe.. tunggu je lah.


Isnin, Disember 21, 2009

Part 1 : Cuti-Cuti Malaysia... Seronok ke...??

Sempena cuti 3 hari dari hari jumaat, sabtu dan ahad ujung minggu lepas kami sekeluarga telah mengambil kesempatan untuk membawa anak2 pergi bercuti. Asalnya nak ajak Atie nga Noor sekali (adik sorang duk Merapoh dan sorang duk Melaka ) pergi jalan-jalan tu tapi semua ada kengkangan masing2. Atie adik iparnya nak tunang, Noor lak ada urusan dengan tempat dia nak praktikal. Walaupun dia orang tak pergi kami tetap pergi jugak sebab dah janji nga anak2 nak pergi jalan.


Makanya pada pagi jumaat tu... pepagi lagi dalam kul 7.45 kami keluar rumah. Abang borak jap dengan jiran sebelah, pun sama pergi bercuti gak menghala ke Rompin. Maklumlah cuti sekolah ditambah dengan adanya cuti umum. Semua orang mengambil kesempatan untuk bawak anak2 berjalan. Selepas pastikan rumah dan semuanya berada dalam keadaan baik kami set dalam minda kami tujuan keluar ni nak pergi berjalan-jalan .......... makan angin ............ dekat ...... Cameron Highland.


Susah nak ambil gambar tempat ni. Ini aje yang sempat. Tak pelah untuk tunjuk aku pergi tempat tu je....


Sebenarnya kami tak pernah pergi Cameron Highland ni... nak pergi ni pun main terjah je nga takde map. Tak pe.. kan papan tanda ada... apa susah, hehehe..... Aku ada satu kisah berkaitan dengan jalan-jalan nak pergi cameron ni. Masa tu belum sampai setahun lagi kami nikah. Anak memang lah tak de lagi. Kami pun masa tu masih PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Abang duduk di Sentol sebab kerja di IKM Petaling Jaya dan aku lak menyewa dekat Pt. Hj. Abd. Kadir dekat je dengan UTHM. Pada masa tu adalah sekali kami rancang nak pergi Cameron. Memang pergi pun. Dah siap bagi tau semua adik nga kakak ipar nak pergi cameron ni. Aku pun tak tau macam mana kami ambik jalan lebuh raya Karak, sebab macam terperasan ada papan tanda yang menunjukkan arah ke Cameron Highland tu...


Nak tau.... apa yang berlaku....??? jeng...jeng....jeng.....


Sampai ke sudah kami tak jumpa papan tanda nak naik ke cameron tu.... last-last kan... nak tau kami pergi mana ........ wakakaka.......... kenangan beb tak dapat nak dilupakan.... Dah alang-alang berada di Lebuhraya Karak dan tak jumpa papan tanda ke cameron tu...... ops... kami tak patah balik tau... kami teruskan jugak pejalanan tapi menuju ke tempat yang berbeza je... hehehe ............. nak tau.... kami balik kampung je.... Masa on the way perjalan tu kak Tie call nak kirim belikan buah strobery... abang cakap buah strobery tak dapat le..... keropok adele..... Terus ye tanya kenapa.... dan kami cakap tak jadi pergi cameron kami balik kampung. Terus kami kene gelak... kahkahkah......


Seronok ke....?? , apa maknanya tu..................................


Nak tau kenapa aku tulis macam tu.... ada macam-macam nak diceritakan di situ.... tapi tunggulah ye... dalam next entry....







Khamis, Disember 17, 2009

Selamat Tahun baru Hijrah

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBACA DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN.


Pedoman Hidup - Rahsia Iblis

Ini aku dapat dari email yang di"forward"kan. Rasa bagus jugak untuk dikongsikan disini sebagai ingatan dan pedoman kepada kita yang selalu alpa dan lalai dalam menjalani kehidupan seharian.

Seorang sahabat Nabi S.A.W bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi S.A.W yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

  1. Iblis bertanya kepada Allah S.W.T: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas). "

  2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah S.W.T yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat ) dan sebagainya."

  3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak / lagu / puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

  4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah S.W.T yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

  5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

  6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

  7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

  8. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

  9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

  10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."


    SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA. RENUNG-RENUNGKAN LAH DIRI KITA ADAKAH ADA DIANTARANYA MASIH MENJADI AMALAN DAN BUDAYA KITA.


Isnin, Disember 14, 2009

Hujung Minggu Di Rumah

Biasa kalau tak ke mana -mana hujung minggu kerjanya duk kemaskan laman rumah lah. Bajakan rumput yang hidup segan mati tak mau... kasi tu.... Budak 3 orang tu biasa lah pantang grill terbuka habis terlepas. Semua benda nak main. Malas nak larang biarkan aje, dari dengar dia orang tu menangis. Tapi mulut aku biasalah bising jugak. Biasalah standard mulut ibu-ibu...

Layan je gambar-gambar ni.... Malas nak cerita panjang.





Inilah laman kami ciptaan sendiri. Main tangkap muat je tanam pokok. Asal berkenang je beli tak kiralah jenis apa.

Lupa lak apa tah nama bunga ni. Garlic apa tah. Ada terbaca kat buku Majalah Laman yang kami beli tu. Tapi betul tau bila kita ramas daunnya akan keluar satu aroma bawang putih. Bunga nya lawa warna purple. Tapi sayang mungkin faktor tanah kat rumah kami tu kut bunganya tak tahan lama. Kalau dekat rumah mek tu macam lama je tahan bunganya.

Rajin betul kan 3 orang tu. Tolong ibu dengan ayah kat laman.


Ragam Adeeb Bila Minum Susu

video

Masa ni tengah dahaga betul ni lepas main dekat luar. Tu minum laju je...

Lepas ambil video ambil gambar lak. Saje je... untuk simpanan. Bila besar nanti dia tau ohoo.... masa kecik lu Adeeb suka gentel kain masa minum susu.. Tak dapat tuala dia, kadang-kadang bantal pun ye tarik je ke mana-mana. Atau kekadang kain yang dia buat selimut. Tapi kalau nampak tuala terus yang lain dia buang nak tuala jugak.




Biasanya ada sikit Adeeb akan tinggalkan dekat botol. Tu kadang-kadang kalau terlepas pandang habis lantai ke... kerusi ke... di bagi susu sekali. Habis melekit. Atau kadang-kadang tu lepas minum ye kasi kita kalau lambat ambil dibuang aje ke lantai. Heh... anak sapa lah tu ek...? Pukul tangan tu... baru tau...
Nadhirah dengan Ainul pun ada jugak ragamnya. nantilah dalam post akan datang. Tak de lagi koleksi gambarnya.