Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...
Memaparkan catatan dengan label Vit C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vit C. Papar semua catatan

Khamis, Mei 09, 2013

Cadangan Shaklee Untuk Ibu Hamil

Q: Saya ibu hamil. apa yang sesuai utk saya?

Saya pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan..rajin mengambil supplemen dan menjaga diet seharian…kan. Kan..kalo biasa ngelat mkn vitamin..tp kalo prgnnt..terus jadi baik..hihi... Jom kita baca apa yg kaum ibu/makbuyung perlu makan

 ·         Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang

·         Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh

·         Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi

·         Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran

·         Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang

·         Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman

 Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..

 Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan:

 OsteMatrix(calcium magnesium) - 2-4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
 
Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

 Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

 Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

 Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

 Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua.


CADANGAN SUPPLEMEN:

Jadi apa yang saya suggestkan berikut adalah yg saya juga ambil satu ketika dahulu (malah sehingga sekarang) dan ia juga pilihan ibu2 seluruh Malaysia. Pilihan suplemen di bwh mengikut keperluan budget anda

·         Paling asas (lengkap sumer) : 1 canister ESP(protin)+ Vitalea(multvitamin with iron)

·          Pilihan 2 (medium budget) : Set A (Vitalea (multivit with iron), B Complex, Vita C) + calcium =

·         Pilihan 3 (extra budget) : 1 canister ESP + Set A (Vitalea (multivit with iron), B Complex, Vita C) + calcium

 

Kredit : MamaFaiz.com



Selasa, April 30, 2013

Jom Kenali Vit C Shaklee

Vitamin C merupakan sejenis vitamin larut air boleh yang boleh didapati dalam buah atau sayuran bercitrus contohnya oren. Namun, oleh kerana sifatnya yang larut air badan tidak berupaya untuk menyimpan vitamin ini.
Vitamin C sangat penting bagi mereka yang menginginkan kulit yang licin dan awet muda kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang bertindak sebagai gam yang menyusun sel2 tubuh manusia. Dan oleh kerana itu juga, Vitamin C sangat berguna untuk menyembuhkan luka dengan cepat kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Pengambilan Vitamin C bersama2 Vitamin E boleh mengelakkan sunburn dan merupakan satu kombinasi yang bagus untuk kulit.

Vitamin C ni sangat2 sinonim dengan kecantikan. So, tak hairan la kalau Vitamin C ni sangat popular dikalangan wanita yang mementingkan kecantikan.
 
 
KELEBIHAN VITAMIN C YANG LAIN ANTARANYA IALAH:
 
Antioksidan yang sangat bagus.

Adalah salah satu komponen penting sistem imun,dan juga komponen penting kolagen yang sangat perlu untuk tisu yang sihat.

Memperbaiki Sistem Pendarahan: Kekurangan VITAMIN C adalah penyebab gusi berdarah,lebam dikulit,pemuliharn kecederaan yang lambat,kulit kerng,ruam dan kulit kasar.
 
Peningkatan Sistem Imun: Membina sel darah merah yang sihat utk penyerapan zat besi yang lebih baik,membantu sel darah putih menetang baktria dan kuman,mengukuhkan sistem imun,mempertingkatkan alergi hidung dan kulit,asta.Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.
Memerangi Kanser: Ia adalah satu-satunya anti oksidan yg berkuasa,mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh badan dan merangsang pengeluaran T-cells utk melawan sel-sel kanser dan emmbuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebabs sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Mencantikkan kulit: Pengambilan setiap hari VITAMIN C untuk kulit yang cerah,melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen.Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia : Ia memperbaiki insomnia,stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.
 
Mengekalkan Kolestrol Sihat: Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang sihat,menghindarkan arteriosclerosis,menghalang pendarahan dalaman,hidung berdarah,pendarahan serebral dan skurvi.

PERBEZAAN SHAKLEE??WHY CHOOSE SHAKLEE??

"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" VITAMIN C telah direka oleh Shaklee.Setiap talet VITAMIN C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya(500mg) dan pembebasan 1.5 VITAMIN C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan VITAMIN C di dalam 2 tablet VITAMIN C (di dalam kurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.Bioflavonoid di dalam setiap tablet pula mampu meningkatkan keberkesanan VITAMIN C di dalam tubuh kita,melegakan inflamasi,menentang infeksi bakteria dan radikal bebas....
 


Isnin, April 29, 2013

Nutrisi Untuk Ibu Mengandung, Pantang dan Menyusu

Tahukah anda yang set Breastfeeding Shaklee yang kini hangat diperkatakan?
Ramai ibu-ibu menyusu mengeluh mereka telah cuba berbagai2 jenis makanan dan minuman semata untuk meningkatkan penghasilan susu. Dari air longan sampailah ke betik muda rebus, pantang sebut je makanan ni boleh menambahkan susu terus je makan betul tak? End up...badan si ibu pula yang semakin "dipam-pam" sedangkan susu yang dipam masih tiada perubahan..kenapa ye?
Kebanyakan milk booster membekalkan cuma satu ciri saja dalam keperluan nutrisi, misalnya soya membekalkan protein, longan kering membekalkan kalori, alfalfa membekalkan kalsium, dan sebagainya. Tapi dalam set breastfeeding Shaklee ni lengkap semua.
 
 
Ini adalah susunan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh seorang wanita, terutama ibu menyusu, kerana kita dapati tidak semua orang sedar akan pertambahan ‘keperluan nutrien’ bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya.

Lihat senarai ini:

1. Tenaga (kilokalori)
• Wanita Normal : 2000
• Wanita Mengandung : + 150 – 350
• Wanita Menyusu : + 550

2. Protein (g)
• Wanita Normal : 37
• Wanita Mengandung : + 13
• Wanita Menyusu : + 24

3. Kalsium (mg):
• Wanita Normal : 450
• Wanita Mengandung : + 750
• Wanita Menyusu : + 750

4. Ferrum (mg) :
• Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

5. Vitamin A (mcg) :
• Wanita Normal/ Mengandung : 750
• Wanita Menyusu : + 450

6. Vitamin D (mcg):
• Wanita Normal : 2.5
• Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

7. Thiamine (mg) :
• Wanita Normal : 0.8
• Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

8. Riboflavin (mg) :
• Wanita Normal : 1.2
• Wanita Mengandung : + 0.2
• Wanita Menyusu : + 0.3

9. Niacin Equivalent:
• Wanita Normal : 1.3
• Wanita Mengandung : + 2.3
• Wanita Menyusu : + 3.6

10. Asid Folik (mcg) :
• Wanita Normal : 200
• Wanita Mengandung : + 200
• Wanita Menyusu : + 100
11. Vitamin B 12 (mcg):
• Wanita Normal : 2.0
• Wanita Mengandung : + 1.0
• Wanita Menyusu : + 0.5

12. Asid Askorbik (mg) :
• Wanita Normal : 30
• Wanita Mengandung / Menyusu : + 20



Lihat sahaja betapa ibu menyusu memerlukan LEBIH BANYAK dari wanita biasa. ternyata milk booster seperti longan kering tidak dapat membekalkan keperluan tersebut. Antara nutrisi yang agak kritikal semasa penyusuan ialah protein, kalsium dan kalori. Termasuklah vitamin-vitamin lain seperti vitamin B complex dan sebagainya.

Pernahkan ibu-ibu dengar bahawa stress boleh memberi kesan kepada susu? Apakah yang menyebabkan stress? Kebanyakan kes stress adalah disebabkan oleh kekurangan nutrient fizikal dan nutrient hati. Nurient fizikal ialah zat yang mencukupi manakala nutrien hati adalah zikrullah dan perkara-perkara yang mendekatkan kita kepada Allah. Jadi, sebagai individu yang bertanggungjawab, apa lagi ibu yang ingin memberikan yang terbaik untuk bayinya, diri ibu juga perlukan zat yang terbaik.




Cukupkah sekiranya hanya mengamalkan pemakanan sihat? Anda sendiri boleh menilainya… Zat makanan boleh hilang dalam proses-proses sebelum sampainya bahan makanan tersebut kepada kita, kemudian hilang lagi semasa proses memasak dan menyimpan, dan tubuh kita sendiri menjadi penghalang kepada penyerapan zat yang tinggal sikit tu akibat pengambilan makanan rapu, kafein berlebihan, stress dan sebagainya. Set breastfeeding Shaklee ni membekalkan nutrient dalam bentuk ‘pekat’ jadi tubuh kita akan mendapat semua kebaikannya. In sha Allah.

Yang menariknya, set breastfeeding Shaklee boleh dikongsi bersama-sama suami dan ahli keluarga yang lain (kecuali kanak-kanak).

Kredit : Vitamin Semulajadi

Khamis, April 25, 2013

Shaklee Untuk Batu Karang

Tanda-Tanda Anda Mengidap Batu Karang
  • Mengalami sakit pinggang terutamanya di bahagian belakang berpanjangan
  • Kencing berdarah
  • Demam menggigil
  • Muntah-muntah
  • Air kencing keruh dan atau berbau busuk daripada biasa
  • Sakit ketika membuang air kecil
Jika anda mempunyai simptom di atas, anda perlu bertemu doktor dengan segera, kerana anda mungkin mempunyai penyakit BATU KARANG.

 

Batu karang boleh terjadi sama ada di dalam buah pinggang atau hempedu. Saiz dan bentuknya pelbagai dan komposisinya bergantung daripada ia terbentuk. Rawatan daripada doktor biasanya bergantung kepada analisis komposisi batu karang yang ditemui.
Jenis-jenis batu karang dalam buah pinggang:
  • Kalsium - jenis yang paling biasa ditemui. Kalsium yang didapati daripada diet harian, jika tidak diserap oleh tulang dan otot, akan dihantar ke buah pinggang. Biasanya, kalsium berlebihan akan dikeluarkan bersama air kencing, tetapi ada kalanya sebahagian kalsium ini akan termendak di buah pinggang, bergabung dengan sisa buangan dan menghasilkan batu karang. Jenis yang biasa ditemui adalah kalsium oxalate.
  • Struvite - bisanya terhasil oleh infeksi pada saluran kencing. Ia mengandungi mineral magnesium dan bahan buangan ammonia.
  • Asid Urik - terbentuk apabila terlalu banyak asid urik di dalam air kencing
  • Cystine - batu karang jenis ini terlalu jarang ditemui. Cystine diperlukan dalam proses pembentukan otot, urat dan sel tubuh yang lain. Selalunya ini adalah penyakit keturunan.

Jenis-jenis batu karang dalam hempedu:
  • Kolesterol - akan terbentuk bila terlalu banyak kolesterol di dalam hempedu
  • Pigmen - terbentuk apabila terlalu banyak bilirubin di dalam hempedu.
Selalunya batu karang yang kecil tidak akan memberi simptom kepada pesakit, tetapi batu karang yang besar akan memberi rasa sakit yang amat sangat di bahagian bawah pinggang (belakang) dan tepi kelengkang ketika ia bergerak bersama-sama cecair melalui saluran halus di dalam sistem buah pinggang atau hempedu.


Cara atasi/elakkan batu karang:
  • Minum air masak 8-12 gelas sehari. Kurangkan teh dan kopi kerana sifatnya yang diuretik
  • Jika anda mempunyai asid urik yang tinggi, anda disarankan mengurangkan pengambilan daging
  • Jika anda cenderung mempunyai batu karang jenis oxalate, anda perlu kurangkan makan makanan tinggi oxalate seperti tomato, bayam dan coklat.
  • Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan batu karang. Barli, kentang, keledek dan pisang adalah bagus untuk anda.
  • Kurangkan protien haiwan dan gantikan dengan protien ikan/tumbuhan

Alfalfa Complex - untuk mengurangkan keradangan akibat penyakit batu karang
  • B-Complex - untuk menampung kekurangan B6 dalam badan
  • Ostematrix - supplemen kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan sempurna.
  • Sustained Release Vita-C - untuk membantu penyembuhan luka dalaman
  • ESP (Isolate Protien Powder) - sebagai pengganti protien haiwan, bebas kolesterol dan sumber protien soya bukan GMO.


  • Namun diingatkan, pengambilan air yang mencukupi amat perlu untuk mengelakkan batu karang daripada berulang. Sila dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil sebarang supplemen.

    Jumaat, Januari 11, 2013

    Set Penyusuan Shaklee

    Ibu yang dapat memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anaknya selama 2 tahun adalah suatu pengalaman yang indah. Ini kerana ia bukan saja dapat memberikan yang terbaik kepada anaknya malah ia telah menunaikan tuntutan hak anaknya untuk diberikan susu ibu seperti yang disyariatkan dalam Al-Quran. Allahhuakhbar..... banyaknya pahala yang diperolehi oleh siibu dengan menyusui anaknya sehingga kenyang....

    Shaklee ada menawarkan beberapa set vitamin yang boleh diambil oleh ibu2 dalam membantu ibu2 yang menyusu badan anaknya mendapat segala zat yang diperlukan oleh diri untuk mmemastikan badan sentiasa sihat dengan izinNya dan dapat menguruskan anak dan rumah tangga sebaikknya.


    Set 1 - Set B


    • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
    • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
    • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
    • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
    • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
    • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
    • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.

    Set 2 - Set Eu Four
    • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
    • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
    • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
    • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
    • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
    • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf pembentukan tulang dan gigi.

    Set 3 - Set E

    • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
    • Set ini memberi kesan yang tidak kurang hebatnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

    Set 4 - Tripple M (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP)

    • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
    • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
    • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka, set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
    • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit (kurang EBM stock!).
    • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
    • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
    Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.


    Buat renungan bersama....

    ” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”.



    *Kredit kepada AnakkuWiraku.com


    Khamis, Januari 03, 2013

    Kebaikan PENYUSUAN SUSU IBU Kepada Ibu dan Bayi



    Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. malah kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.


    Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser puyudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu disamping mengekalkan kesihatan si ibu.

    Senarai dibawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya

    Multivitamin

    Menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daipada diet harian. Kadar Vitamin yang mencukupi membantu menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyuluruh.

    Protein

    bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. sumber protein yang baik seperti protein soya didalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

    Vitamin C

    dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

    Vitamin B Kompleks

    Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi meyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan sraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberikan khasiatnya kepda bayi mereka melalui susu ibu.

    Kalsium

    40 peratus daripada susu ibua dalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

    Asid Lemak Omega 3

    Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak di dalam otak. tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

    Alfalfa

    Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin K,A,B1,B6,C,E,kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu


    Sumber : SHAKLEE TODAY Vol 5/2012


    Khamis, Oktober 11, 2012

    Kulit Cantik Idaman Semua Wanita...

    Lumrah kita sebagai wanita tidak boleh lari untuk kelihatan cantik dan menawan. Yang sudah bersuami sudah semestinya untuk kelihatan cantik untuk suaminya kan... Sudah pastinya ramai kaun hawa diluar sana banyak memperuntukan badget bulanan untuk ke arah ini. Ditambah lagi sekarang ini pelbagai jenama produk kecantikan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujang dengan iklannya yang begitu mengujakan.... Siapapun boleh terpengaruh.

    Apa kata kita cuba untuk cantik dengan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin Shaklee ini. Vitamina dalah makanan kepada sel bdan kita. Nak cantik luar... dalam juga mesti cantik. Bila sel sihat semestinya kulit akan jadi cantik.

    SET KECANTIKAN KULIT


    Vit C

    Begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

    Vit E

    "Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif."Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

    Vit B Complex

    “B” for beauty – True beauty radiates from within... Apa yg membantu utk Beauty... Bcomplex...

    • Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.

    • Membantu memetabolismekan ~ karbohidrat, Lemak dan Protein

    • Anti stress

    • Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.

    • Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah

    • Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).

    • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

    Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas

    Testimoni pengguna diambil dari group pengguna Shaklee. Terima ksih kepada empunya badan.




    Selasa, September 25, 2012

    Anemia @ Kurang Darah Merah


    Apa itu anemia? Kita mungkin biasa mendengar rakan-rakan mengadu seperti cepat letih, sakit kepala yang berlarutan, muka kelihatan pucat tak bermaya dan beberapa lagi yang sebenarnya ia merupakan simpton kepada penyakit anemia. Dikatakan ada 400 jenis anemia namun 2 jenis yang amat bahaya yang boleh mengakibatkan dua perkara berikut iaitu ;

    • Kematian
    • Lumpuh badan

    Secara umum anemia lebih dikenali sebagai kurang darah dan secara khusus tubuh kekurangan sel darah merah, atau kurang hemoglobin dan secara langsung menyebabkan kurangnya oksigen yang di bekalkan ke sel-sel.

    Apakah tanda-tanda kepada penyakit ini? Antaranya ialah lemah badan, keletihan atau kelesuan, pening@sakit kepala, pucat- pada muka , kuku, bibir, dan kelopak mata, kesedihan, mudah terganggu, sakit dalam mulut, tercunggap-cunggap, gangguan mental dan kurang stamina.Namun terdapat tanda-tanda awal yang perlu kita ambil berat sekiranya ia berlaku iaitu kurang selera makan, sakit kepala dan sembelit

    MAKLUMAT TENTANG SEL DARAH MERAH

    1. Jangka hayat 120 hari
    2. Sentiasa di ganti
    3. ½ cawan darah – 5 juta sel 100% hemoglobin
    < 80% hemoglobin, < 4 juta sel ANEMIA


    SEBAB UTAMA

    1. Kekurangan B6
    • Kebiasaan berlaku pada lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.
    • Kurang B6 --- kurang sel darah merah & kurang hemoglobin
    • Tidak di sedari sehingga 10 tahun

    2. Kurang Magnesium
     B6 & Mangnesium macam “salt + pepper”

    3. Kurang Vitamin E
    • Mengganggu penyerapan Iron
    • Hasil penyelidikan menunjukkan sel darah merah yang terdedah kepada cahaya & oksigen selama 13 jam, jika dengan Vitamin E – hanya 4% kerosakan. Manakala tanpa Vitamin E -- 100% kerosakan akan berlaku terhadap sel.Penggunaan minyak yang banyak terutama dalam masakan harian memerlukan lebih Vitamin E.

    4. Kukurangan Asid Folik
    • Kekurangan B12

    5. Kekurangan Iron
    • Hemoglobin, enzim, rendah
    • Akibat kelesuan yang kronik, sakit kepala

    6. Kekurangan asid dalam perut
    • Kekurangan B1, B2 , B5 , Vialin
    • Cholin – perut tidak dapat keluarkan asid untuk penyerapan

    credit to a nakkuwira.com

    Vitamin yang dicadangkan :

    Vitamin B Complex
    Sustained Release Vitamin C
    Vitalea (Multivitamin)



    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


    Selasa, Julai 17, 2012

    Hanya RM0.50 Sehari... Apa Kita Boleh Beli??

    Boleh beli kuih sebiji.... nasi lemak paling murah pun RM1.00... gula-gula... terpulanglah apa anda nak beli...

    Percaya tak dengan hanya RM0.50 sehari kita akan dapat banyak kelebihan. Nak beli apa dengan RM0.50 tu...???. Apa lagi kalau tak Vitamin C Shaklee. Nak tahu lebih lanjut jom baca sampai habis. Ingat jangan kedekut untuk belanjakan sedikit wang kita untuk kesihatan.

    Tahukah anda Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik, iaitu merupakan sejenis vitamin larut air. Ini bermakna ia tidak boleh disimpan oleh badan manusia dan perlu sentiasa diambil bagi mengekalkan fungsi tubuh pada ...tahap optimum. Vitamin C adalah vitamin yang paling tak stabil berbanding semua jenis vitamin dan sangat sensitif pada oksigen (mudah teroksida). Ini bermakna Vitamin C akan lenyap apabila didedahkan pada cahaya ataupun udara.




    Tugas utama vitamin C ni adalah mengekalkan tahap kolagen dalam tubuh manusia. Macam yang kita tau kolagen ni untuk mengekalkan kulit supaya nampak anjal dan muda jelita, tapi sebenarnya bukan itu saja, fungsi utama kolagen adalah sebagai tisu penghubung dalam kulit, ligamen dan tulang. Tugas lain vitamin C adalah seperti membantu dalam penyembuhan luka, menghalang jangkitan penyakit dan membantu mengendalikan stress.

    Manfaat daripada pengambilan vitamin C adalah terlalu banyak. Tahu tak bahawa Vitamin C juga sebenarnya mengambil peranan dalam pembentukan dan susunan gigi dan tulang serta melindungi dentin dan juga pulpa gigi.

    Vitamin C memainkan peranan dalam penyembuhan luka dan melecur. Ini adalah kerana ia memudahkan pembentukan jaringan tisu pada bekas luka. Selain itu, ia juga membantu membentuk sel darah merah dan mencegah pendarahan. Vitamin C juga menghalang jangkitan bakteria dan membantu mengurangkan risiko alergi kepada tubuh badan. Oleh kerana itu, Vitamin C sering digunakan untuk menghalang dan mengubati jangkitan selesema.

    Vitamin C juga dikatakan menurunkan kolestrol dalam darah pesakit yang mengalami arteriosclerosis. Dengan pertambahan umur, lebih banyak Vitamin C yang diperlukan kerana lebih banyak Vitamin C yang diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kalau cukup vitamin C kulit pun lambat berkedut. So tak payah gaduh nak suntik-suntik kolagen bagai.

    Dalam keadaan yang tertekan pula, tahap penggunaan vitamin C akan meningkat. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan perlu diambil sentiasa bagi mereka yang sering berada dalam keadaan yang tertekan. Ini penting bagi membolehkan seseorang itu melakukan tindakan yang bertepatan dan mengikut tatasusila manusia.

    credit