Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Jumaat, April 13, 2012

Apa ESP ??

Kalau sebelum ini saya minum ESP (Energising Soya Protien) dengan masukkan dalam air milo atau holick atau dalam 3 in 1 nesvita.... semuanya sedap.... Kali ni cuba pulak campur dalam air longan... dan hasilnya.... emmmmm sungguh maveles.... i like...i like...i like....




APA yg BEST tentang ESP SHAKLEE ??


  • Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.

  • Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.

  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif... sesuai dgn namanya ENERGISING.

  • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.

  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

  • Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

  • Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet

  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

Kelebihan ESP ??

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri

  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka

  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih

  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur

  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.

  • Menyokong kesihatan imunisasi badan

  • Mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

  • Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.
dan untuk ibu2 menyusukan baby sudah pastinya ia adalah sebagai milk booster yang paling disukai oleh para ibu termasuk saya....

Anda berminat untuk mencuba ESP...?? boleh hubungi saya 012-7169780

kr for Miakididdles my mum in SHAKLEE.... muah...!


Jumaat, April 06, 2012

Super Baby Ibu.... n Ayah Jugak...

Kecewa... ingatkan boleh buat posting ttg Offer Meal Shakes ari ini... edit punya edit.... buat kan flyer tetiba apa amsalahnya save kuar gambar lain.... kukecewa sesangat ....huhuhu... Jadi untuk tebus kekecewaan tu saya edit gambar si Nurin ini supaya menjadi SuPeR BaBy.... ok tak...ok tak....??? hehehe... Banyak gamabrnya tapi cukuplah sekeping wat sebab penat tangan nak mengaler utk cover Nurin yang seksi itu...

Ada potensi untuk menjadi seorang yang lasak juga ni... al-maklumlah kakak2 nga abang dia suka main gadoh-gadoh.. jadi semestinya pembelajaran melalui pemerhatian....


p/s : suka kalau dengar Adeeb cakap dgn bahasakan dirinya abang dengan Nurin...
"Meh abang wat...."
"Adeeb kan abang...??"

Tapi kalau panggilkan kakaknya dah takde dah kakaknya....
"Nadhirah,,,,!"
" Aniul....!"


Hui... anak jantan sorang setakat ini la.... ni.... macam-macam, hari-hari mau dibelikan mainan kalau tak hari2lah mengamuk tak nak pergi taska... macam manalah yek nak didik dia supaya belajar untuk mendengar penjelasan kita tak kita aje yang nak kene dengar cakap dia....

Doa Lembutkan Hati Anak


Caranya

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak yg sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak sedang tidur nyenyak.


Atau

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan ke sebotol air minuman. Beri air tersebut untuk anak minum atau masuk dalam bancuhan susu anak

Kita hanya mampu berusaha hanya Allah yang menentukan. Insyallah


Khamis, April 05, 2012

Lecithin Untuk Kurus.... Macam Mana Yek...??

Sebelum tu kita baca dulu fungsi Lecithin ni...
  • Untuk memproses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Memecah serta mencairkan lemak teutama kolesterol
  • Ia rendah total serum kolesteroldan tinggi kolesterol baik (HDL)
  • Membantu  memecahkan lemak badan dan menguranngkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah
  • mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
  • Juga penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, makan, bercakap, tidur, penghadaman dll
Ok, jum tengok demo yang disediakan oleh K' Ann dari anakkuwiraku.com.

  •  Mula-mula, ibu tuangkan minyak ke dalam gelas yang berisi air. Seperti yang kita sedia maklum bahawa minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut di dalam air.

  • Ibu cuba kacaukan minyak tersebut dengan air namun hasilnya molekul minyak akan tetap bersatu semula.


  • Kemudian, ibu pecahkan 2 biji Lecithin di dalam gelas tersebut.


  • Setelah dikacau, inilah hasilnya.


Molekul minyak kelihatan terurai. Apabila keadaan ini berlaku, minyak atau lemak di dalam tubuh lebih mudah disingkirkan. Ini baru dengan 2 biji Lecithin.

Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.

Lecithin selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol.

Wow...!!! teruja kan....? Apa tunggu lagi, nak mencubanya?? Hubungi saya di talian 012-7169780.


Isnin, April 02, 2012

Yang Ditunggu-Tunggu Dah Kuar...

Seperti yang diramalkan dan mengikut pemahaman diri sendiri. Betul rupenya yang aku dah kira berapa yang akan naik dan berapa tunggakan yang akan dapat....( Bijak---Bijak.....Kita Minum Dulu.....).  Dan tunggu jugak lah dengan harga barang yang pastinya juga akan naik mencanak... kalau tak mencanak pun akan naik dari yang biasa.. Jadi sama-sama lah kita beringat semoga tidak menyesal dikemudian hari.... huhuhu.... Apa-apapun Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak.... (Nanti ibu belikan baju baru, tudung baru yek....). Ok habis dah tentang pelbagai spekulasi yang timbul tu....

Pagi tadi bukak email ada terima kad hari jadi sempena hari jadiku yang ke 25++ tahun... dari KSKUiTTHO. Terima kasih walaupun dah 14 hari berlalu