Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, Mei 16, 2013

Gerak Gempur Ramadhan Ibu Menyusu

gambar google...
 
 
Alhamdulillah sedar tak sedar kita akan menyambut bulan Ramadhan dalam 55 hari lagi. Sudah tentunya ramai ibu2 menyusu diluar sana termasuk saya  sedang berusaha untuk meningkatkan penghasilan susu bagi menambah stok untuk bekalan di bulan puasa nanti untuk anak2... Inshaa Allah semoga Allah mempermudahkan urusan ibu-ibu menyusu diluar sana dalam Gerak Gempur EBM Ramadhan. Jom gempur jangan tak gempur...

Dalam usaha menyusukan bayi tidah semudah abc, 123... yer. Anda perlu sematkan 2B dalam minda iaitu payudara (breast) dan bayi (Baby). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh penyusuan 2 tahun, InsyaAllah.
 
Semua kena tahu konsep demand Vs supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan... Seterusnya bergantung kepada USAHA + MINDSET + DOA. Selamat mencuba!!

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
 
4. Fikir Bayi Fikir Susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
6. Tendum Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen
 
dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut dan sebagainya. Boleh rujuk sini untuk cadangan set penyusuan shaklee..
 
kredit : MommaMia
 

Jagai Jantung Kita....^___^


Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah bag berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?

Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya.
"(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, "[QS. Al-An'am: 102]
Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 - 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.

Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.

Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan. Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.

Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur'an tiga hal tersebut digabung jadi satu.
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta Pertanggungjawabannya." [Qs. Al-Israa (17): 36]
Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.
 
Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.

Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.
 
Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.
 
Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah ...

Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari. Subhanallah!


Khamis, Mei 09, 2013

Cadangan Shaklee Untuk Ibu Hamil

Q: Saya ibu hamil. apa yang sesuai utk saya?

Saya pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan..rajin mengambil supplemen dan menjaga diet seharian…kan. Kan..kalo biasa ngelat mkn vitamin..tp kalo prgnnt..terus jadi baik..hihi... Jom kita baca apa yg kaum ibu/makbuyung perlu makan

 ·         Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang

·         Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh

·         Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi

·         Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran

·         Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang

·         Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman

 Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..

 Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan:

 OsteMatrix(calcium magnesium) - 2-4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
 
Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

 Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

 Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

 Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

 Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua.


CADANGAN SUPPLEMEN:

Jadi apa yang saya suggestkan berikut adalah yg saya juga ambil satu ketika dahulu (malah sehingga sekarang) dan ia juga pilihan ibu2 seluruh Malaysia. Pilihan suplemen di bwh mengikut keperluan budget anda

·         Paling asas (lengkap sumer) : 1 canister ESP(protin)+ Vitalea(multvitamin with iron)

·          Pilihan 2 (medium budget) : Set A (Vitalea (multivit with iron), B Complex, Vita C) + calcium =

·         Pilihan 3 (extra budget) : 1 canister ESP + Set A (Vitalea (multivit with iron), B Complex, Vita C) + calcium

 

Kredit : MamaFaiz.com



Rabu, Mei 08, 2013

Cadangan Shaklee Untuk Kurus

Q: Saya nak kurus..

A: Antara supplement terbaik untuk mengurangkan berat badan adalah Fiber, Lecithin & Protein(Cinch shake).

Kenapa Cinch Shake?


Kerana ianya adalah serbuk protin yg diperkaya dgn Leucine iaitu asid amino yg memberi signal kepada badan utk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%...

Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam

Cinch Shake : membakar kalori, di samping memberi rasa kenyang, dan dalam masa yang sama memelihara otot tubuh. act as meal replacement. Boleh bancuh bersama fibre...(cinch memelihara otot..jadi..hanya lemak2 yang dibakar..bukan memusnahkan otot2 kite,...so..bila anda dah kurus nanti..takdelah kulit2 dan otot menggeleber..sebab otot terpelihara :)


Kenapa Fiber ?

Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman..

fungsi lain fiber

1.    Boleh mengelakkan kanser usus
    2.    Bertindak mengurangkan tahap kolesterol

3.    Mengeluarkan racun dari badan dengan mempercepatkan proses pembuangan najis
    4.    Dapat mengurangkan gula dalam darah

5.    Baik utk mereka yang dalam proses pelansingan badan kerana serat akan berada lama dalam perut dan memberikan rasa kenyang
    6.    menggalakkan bakteria yang baik dalam usus besar

7.    mengurangkan sembelit yang akan menyebabkan masalah buasir, angin pasang dan penyakit diverticular

Lecithin :

Fungsinya untuk melarutkan lemak dan kolestrol dalam makanan, so takdelah badan kita serap benda-benda tu ; dan juga merendahkan kolestrol dalam darah. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

Sepanjang mengamalkan protin diet ni, akan ade stagnant period..masa tu badan shape up so jgn stop diet wpun bila timbang takde perubahan..lagi satu, utk diet pastikan turun 0.5-1kg sahaja seminggu sbb berat badan yg drastik turun tak elok utk badan..silap2 otot yg ilang tu


CADANGAN SUPPLEMEN:

Jadi apa yang saya suggestkan berikut adalah pilihan majoriti customer2 saya seluruh Malaysia. Pilihan suplemen di bwh mengikut keperluan budget anda

  • Option 1: Herblax+CInch Shake+Lecitin
  • Option 2: Fiber unflavored+Cinch Shake+Lecitin
  • Utk ibu menyusu : ESP+Set B+Lecitin (add on Fiber atau Herblax utk hasil lebih optimum)

Kenapa kena ada herblax atau fiber?

Ia berfungsi sebagai detox... bila usus kita dah bersih...penyerapan nutrien pun lebih mudah dan optimum.. tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)

SOALAN:
Bagaimana jika ambil Lecitin + Herblax (detox )sahaja. atau ambil lecitin sahaja

JAWAPAN:
Boleh sbb tu paling minimum..cuma ambil masa sedikit utk mendapat result yg optimum ..berbanding ambil sekali protin dan herblax/fiber dalam set diet


kredit : MamaFaiz.com


Khamis, Mei 02, 2013

Jom Kenali Omega Guard Shaklee

Manfaat pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperolehi daripada lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.

Dalam beberapa dekad ini banyak kajian klinikal yang diterbitkan menyokong kesan positif pengambilan asid lemak omega-3 kepada kesihatan. Kesihatan jantung antara isu yang banyak dibincangkan apabila dikaitkan dengan manfaat pengambilan minyak ikan.
Kesihatan jantung tidak boleh dipandang remeh. Apabila satu atau lebih arteri koronari menjadi sempit akibat pemendapan kolesterol dan bahan-bahan lain pada dinding salur darah dan membentuk plak, ia akan menjejaskan aliran darah ke otot jantung. Kejadian plak akan menyempit dan mengeraskan salur darah. Proses ini dipanggil aterosklerosis atau pengerasan arteri.
Sakit dada, tekanan darah tinggi, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening adalah antara simptom lazim akibat masalah jantung. Pengambilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.

PENYAKIT koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini. Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia, Amerika Selatan dan Utara, Australia, New Zealand dan Eropah. Bahkan diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap' utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020.

Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia adalah disebabkan oleh serangan jantung.Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 hingga 75 peratus pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah.

Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina dan etnik pesakit, manakala boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain sedia dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesiti,perokok tegar dan amalan gaya hidup tidak sihat.

Memandangkan kebaikan inilah kita dicadangkan mengambil ikan sebagai hidangan terutama ikan berlemak daripada perairan sejuk. Persatuan jantung Amerika mencadangkan pengambilan asid lemak omega-3, sama ada di kalangan mereka yang menghidap penyakit jantung koronari dan juga mereka yang normal.

Apakah Kelebihan Omega Guard Shaklee??




Merupakan minyak ikan terbaik di dunia.... Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk(sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun.Ia bukan dari hato minyak ikan.Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.

 



Rabu, Mei 01, 2013

Jom Kenali Lecithin Shaklee

Lecithin iaitu sejenis lemak baik yang boleh membantu dalam memecahkan lemak. Lecithin ini dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane..
 
 
Kepentingan Lecithin :
 
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya,
Kandungan Lecithin :
 
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak &sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
 
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
 
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mengujakan ambil Cinch Shake bersama-sama dengan Lecithin. InshaALLAH ianya dapat membantu anda yang ingin pecahkan lemak atau kurangkan selera makan.. mari baca testimoni daripada Nani setelah sebulan menggunakan Lecithin dan Cinch Shake ni..
 
ok la..since I dah makan product shaklee CINCH and LECITHIN for a month...cube tekaa..dah berapa kilo berat saya turun??? heheh..jeng jeng jeng...I LOST....3 KG!!!Okla tu kan,,sebulan dapat turunkan 3Kg..lau turun mendadak nnt badan akan cepat naik..Ok ape..bukannye I bersenam pun..hehe..saya akan minum Cinch around pukul 11.30pg after I dah breakfast.Then, saya kadang2 memang tak akan lunch pon sbb perut dah kenyang minum cinch tu..tapi saya akan lapar balik around 5-6pm. SO time ni saya akan dinner dah..saya mmg dinner awal..nnt ayah saya marah. sbb biasa org cina dinner b4 7pm..so ..my father cam tula..nk tau berat saya dulu berapa? starting from 48kg..berat saya naik smpai 65kg..antara sebab2 nye saya dinner after 7pm.mmg sape makan lewat malam bdn akan naik..so minum Cinch tu untuk gantikan makanan lain la.drpd ambik yg lemak n carbohydrate yang byk, baik minum cinch.lagipun cinch ni bukan sekadar mengenyangkan..tapi bakar lemak sekali,,n setiap malam b4 tido, saya akan ambik 3-4 capsule of Lecithin.yang ni pun bagus gak..mmg seriously bakar lemak. setakat ni if saya makan lecithin sahaja without cinch,at least I lost 200-300gram per day..sometimes till 400gram per day,,ok la tu lemak ilang byk tu sehari..dengan keadaan I yg bukannye bersenam nie..hehe..xsempat nk bersenam..bersenam ngan window shopping je.So, sesape yg nak kuruskan badan tu..sangatla saya saran kan ambik product ni..lagipun shaklee ni dah lama wujud kat dunia ni.So, kewibawaan product dia tak dapat di ragui la..and skang ni pun..mane2 I pegi mesti org akan cakap..diet ek??nampak kurus la skang..heheso seronok bila ade orang cakap camtu..So, I decide to keep using this product until i reach my target weight,,tapi after dah smpai target pun still nak guna jugak..coz nak maintain la plak
credit to KakCery