Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Selasa, Jun 30, 2009

Baju Jahit Manik



Inilah corak manik yang aku jahit dekat baju pendaftaran pelajar ari tu... Oklah tu.. semua orang tanya jahit kat mana.. hehehe.. cantik tak...??


Rambut Baru Ainul n Nadhirah

Semalam potong rambut depan Nadhirah dan potong sekali rambut Ainul. Ainul sejak dari kecik rambut belakang dia tak pernah potong sebab ye tak kasi. tapi semalam kasi lah. Rimas jugak tengok rambut ye yang panjang tu. Nasib baik rambut dia tak selebat rambut Nadhirah. Tapi rambut Ainul kerinting Nadhirah walaupun banyak lurus je rambutnya... Dan Hasilnya.... sempat lagi aku ambil gambar dua orang tu lepas potong rambut. Potong sendiri je bukan dekat kedai.





Taska Ilham Kasih

Mulai hari ni rutin harian aku dan abang akan berubah. Ini gara-gara bibik yang aku pinjam ari sudah berhenti tu dan bibik yang aku mohon ganti tu tak dapat-dapat lagi. jadi kami daftarkan nadhirah, Ainul dan Adeeb dekat taska Ilham Kasih berdekatan dengan sekolah pasti nadhirah. jadinya setiap pagi mulai hari ini aku dan abang akan kelam kabut sikit lah sebab nak kene buat sendiri semuanya. Terima kasih ye bang kerana banyak membantu... Setiap pagi kene hantar mereka dulu baru pergi kerja. jadinya kene keluar awal sikit lah dari biasa. Kalau sebelum ni nak pergi opis 7.45 sempat lagi dari rumah. Tapi sekarang ni sekurang-kurangnya 7.30 tu dah kene keluar. Tak taulah kalau abang suruh aku pergi dulu kerja dan dia yang hantarkan budak-budak tu... Lagipun ye tak perlu nak kejar masuk kul 8.00 slide lambat pun tak pe... tapi aku... tak nak lah nanti bos aku tu tunggu kat depan mesin slide tu... segang beb... kalau sekali sekala tu... kalau boleh tak nak jugak. Sebab aku tau bos aku tu macam mana.
pagi tadi pergi hantar kakak yang 2 orang tu tinggal kat taska bawak Adeeb pergi klinik kejap sebab badan dia macam panas sikit. Balik dari klinik tu ye tidur. Jadi ye tak tau aku tinggal kan dia kat taska. Bagun tu pengasuh dia cakap menangis tak berhenti. Kesian Adeeb. tak pelah Adeeb nanti lama-lama ok lah tu.. harapnya. Insyallah. Adeeb susah sikit dengan orang ni... dia cuma boleh dengan ibu dan ayahnye aje... dengan bibik yang lama pun kekadang tak nak kalau ada ayag dengan ibunya kat rumah. Mudah-mudahan anak-anak ku serasi di situ. Nadhirah dengan Ainul tengok tadi ok je... dah main-main nampak. Nadhirah nak pergi dan balik sekolah nanti cikgu dia yang akan hantar dan ambil sebab sebelah je... Masuk tadi tengok kat dalam taska tu ok, ceria je suasananya dan bersih. Siap ada astro lagi... Ainul nga Nadhirah boleh lah tengok kartun

Pendaftaran Pelajar Baru UTHM

Satu hari ari ahad kene kerja memang betul-betul penat. Bukan penat kaki aje.. mulut pun penat jugak bercakap nak terangkan apa-apa yang patut kepada pelajar. Rasa masa semak fail dia orang rasa berpinar-pinar mata nak muntah pun ada. nak makan pun tak sempat, sekali kene serang memang penuh satu ewan. Rasa aku dah susun 7 orang setiap kaunter semakan (4 kaunter semakan ) pun belum cukup lagi. Nanti untuk taun depan kene tambah lagi rasanya orang untuk kaunter semakan. Selepas kul satu je.. tengok orang dah jarang-jarang je... ye lah dalam kul 9 pagi hingga kul 12 setengah tu kita orang dah kene serang. Tengok orang kat depan memang ramai betul... petang tu plah dalam kul 4.30 petang start dengan pendaftaran pelajar untuk pelajar a/bangsa. Sepatutnya mereka ni pun daftar dari pagi tadi lagi.. tapi sebab sekarang ni musim H1N1 tu.. diputuskan mereka ni didaftarkan lewat dikuarantinkan dahulu kat asrama. Semasa pendaftaran mereka ni semua petugas kat dewan kene pakai tutup hidung dengan mulot tu.. penat jugak pakai benda tu rasa macam nak nafas pun tak lepas... Orang arahkan suruh pakai tu kene lah pakaikan... nanti gambar aku akan tepek kat sini. Saje je untuk kenangan.
Nasib baik ari senin cuti bolehlah berehat kat rumah. Rehat dari kerja je lah... nga kerja rumah dan anak-anak tidak...

Jumaat, Jun 26, 2009

Jatuh Lagi...

Alahai kesian nye dengan Adeeb malam tadi.. macam mana boleh jatuh dari katil tengah-tengah tidur tu... Benjol jugak lah dahi tu... Mungkin ye berguling-guling sambil di sondol-sondolnye bantal yang aku tahan kat kaki dia tu... kesiannye... Ari tu jatuh masa ye main-main kat katil tu...


Persiapan Pendaftaran Pelajar Baru

Aduhh... penatnye... aku rasa. Terkejar ke sana kemari uruskan persiapan ni... pagi tadi aku sampai opis dlm kul 7.50 pagi tengok kereta bos ada lak. kan ke dapat MC 3 ari... Aku dah agak dah memang bos akan datang opis walaupun dapat MC atau cuti... Masuk je bilik bos terus datang bilik cakap nak jumpa untuk pergi tengok dewan tempat pendaftaran pelajar. Terkedek-kedek lah aku follow kat belakang dia pergi dewan. Bos mintak susun atur dewan diubah sikit, jadinya aku bos n Idah pun tarik lah meja nga kerusi susun ikut susunan yang bos nak. Kerusi pun kene tambah banyak jugak lah.. nak ambil gambar tapi bateri kamera tak ade lak... ingat bolehlah tepek kat sini dan lain kali aku boleh guna gambar ni untuk hantar permohonan susun atur ke PPH bersama dengan susun aturnya. Tak pelah nanti ari ahad ni aku mesti ambil gambar. penting tu...

Sambung balik tentang cite ubah susun atur tadi... aku larang bos tarik meja tapi ye tarik gak.. yelah... ye baru keluar wad petang semalam nanti tetibe je jatuh kat situ.. sapa nak jawab... tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku.. selamat.., takut wehhh... lagipun ye cakap tak apa-apa...

Alah... aku dah taip banyak... luahkan perasaan hatiku kat sini tapi tetibe je ilang... malas lah nak menaip lagi.... post je lah apa yang ada ni...

Khamis, Jun 25, 2009

Macam Upin dan Ipin

Semalam balik kerja pergi ambik budak-budak dan terus pergi pasar malam dekat Bandar Universiti. Tak beli apa-apa pun just makanan je... aku beli nasi kerabu dan abang lak beli nasi dagang yang tak berapa nak jadi kuahnya tu...

Untuk Ainul nga Nadhirah belikan kebab dengan ayam goreng. Aku saje je ambil bahagain peha dua-dua. Kalau ambil satu nanti berebut lak. Beli lah jugak kuih cara yang dimasak disitu jugak tu.. dalam 2 hinggit. Balik tu aku bagi budak-buak tu makan ayam goreng tu... macam upin nga Ipin.. lagaknya makan ambik tengok tv. Adeeb lak aku suapkan kuih cara tu... makan voi.. dia... Lepas makan tu ye pergi tempat nadhirah nga Ainul makan ayam. Nak tau boleh dia ambil peha ayam Ainul yang ada sikit-sikit lagi tu ye nak makan... Diambil marah dia... last-last aku biarkan je ye kepah peha ayam tu... nga tak pakai baju tu... kelakar betul. Bersungguh-sungguh dia isap peha ayam tu.... nak gigik isi ayam tu... mana boleh.. gigi pun tarak lagi loooo... Sempat lah aku snap gambar Adeeb beberapa keping yang tengah isap peha ayam tu...


Ni.. Adeeb nye.. ayam, ibu tak leh....


Mmm.. myam..myam..myam...

Nak gak ke...?? belilah sdiri.. ni ibu kita beli untuk kita lah..


Selasa, Jun 23, 2009

Jahit Manik Lagik...

Wwauu.. sukanye... baju yang aku... ops... bukan aku sorang gabungan tenaga aku, Atie n Mira... jahit manik tu dah aku siapkan malam semalam... Cantik?? eh..mesti cantik... la... aku suka... nanti ada lagi beberapa pasang baju aku yang aku plan nak jahit manik jugak... Seronok tau bila dah mula terjebat dalam jahit menjahit manik ni... Tu lah makanya petang semalam aku singgah kedai buku kejap nak cari buku jahit manik tapi tak ada lak... nanti lah bila pergi BP Mall ni nak singgah popular cari buku jahit manik ni...
Ah... nak tengok baju aku jahit manik tu..... tunggu lah belum boleh lagi nanti dekat intake ( 28 Jun 2009) ni aku ambil gambar untuk tepek kat sini. bukan apa... untuk baju intake tu kebanyakan staf PPA yang lain pun jahit manik gak... jadinya aku tak mau lah tunjuk lagi kut basi.. hehehe... saje je...
Cita pasal jahit manik ni kan... ari tu aku ada cakap aku tak boleh masukkan benang dalam lubang jarum yang no. 12 tu.... tapi masa aku jahit baju aku yang intake tu senang je aku masukkan boleh masuk kan 2 lembar benang lagi... maknanya bukan aku tak nampak la... tapi sebab benang ye... memang betul pun bila aku bandingkan benang yang aku gunakan sebelum ini dengan benang yang aku guna sekarang macam ketebalan benang tu tak sama. Yang aku gunakan sekarang ni halus sikit...
Ari tu kat radio era ada seorang suami mengadu, ye cakap semenjak isteri dia terjebat dengan jahit manik ni... boleh pulak isterinya tak masakkan untuk dia... sampai suami dia boleh cakap apa... nanti dia nak bagi isterinya kain pelekat dia suruh isteri dia jahitkan manik jugak.... Aku tak lah macam sampai macam tu rasanya.... ke ada jugak bang??? tak... kan... lagi pun aku jahit manik tu waktu malam dalam kul 10 malam baru start selepas Adeeb tidur.. kalau ujung minggu lak time Adeeb tidur atau ye tengah main-main aku jahit gak duduk dekat dia main tu... ada gak ye kacau kejap-kejap.. layan lah sekejap... lepas tu bila ye pergi main... aku sambung balik.. Biasa lah nak jahit punye pasal...

Isnin, Jun 22, 2009

Majlis Perasmian Community Policing Skim Rondaa Sukarela (SRS) dan Mesyuarat Agong Taman Wira Jaya

Hari sabtu ari tu..., 20 Jun 2009, Taman Wira Jaya ada buat majlis perasmian Community Policing Skim Rondaan Sukarela (SRS). Majlis ni dibuat dekat selekoh jalan Wira Jaya 1 sebelah rumah Azli Pudin. Skim ini telah dirasmikan oleh YB Ab Aziz Kaprawi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Raja dan turut hadir Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ketua Polis Balai Parit Raja, Ketua Polis Balai Sri Gading dan pegawai2 polis berkaitan serta wakil2 penduduk berhampiran. Semua penduduk lelaki atau perempuan juga dijemput. Akhir majlis ada jamuan bubur lambot Johor. Mereka gotong royong masak dekat laman umah Azli Pudin.
Malam tu pulak ada Mesyuarat Agong pemilihan Jawatankuasa Taman. Tahniah ye bang terpilih. Tukar potfolio lagi... Semoga dapat memberikan sumbangan idea dan masa dan tenaga dengan ikhlas, Insyallah...
Dua-dua program ni aku tak pergi. Bukan tak nak libatkan diri dalam masyarakat taman ni... ye lah kita masing-masing ada kengkangan nya yek.. Petang tu Adeeb tidur malam pun sama gak... nak wat macam mana budak-budak kan.. jika dibawak ye nak tidur nanti mengamuk pulak dia. Tapi cukup lah kan abang sorang je yang aktif kat taman tu... kalau aku pun turut aktif sama kesian pulak anak-anak.
Cakap tentang perasmian SRS ni kan, aku rasa tak patut lah ada penduduk taman ni tak nak join... Yelah kita sama-sama jaga taman untuk keselamatan semua penduduk taman. Mana boleh kita jaga rumah orang yang ikut jaga je kan .. kita kene jaga semua.. jadi apa salahnya luangkan sedikit masa sekali aje sebulan tu untuk sama-sama berjaga dari pukul 12 tengah malam sampai kul 5 pagi. Abang setakat ni dah 3 kali yek kene jaga malam. Yang ari tu terkena masa kita orang balik kampung jadi tak pergi... tak taulah ye mintak ganti ke macam mana.

Jumaat, Jun 19, 2009

Happy Father's Day

Tak sempat nak buat entry untuk Happy Father's Day semalam...

Apa-apa pun SELAMAT HARI BAPA kepada suami ku... Dengan ucapan terima kasih segalanya...

Macam ucapan hari raya pulak...

Barang Lama

Borang cuti aku..

Barang apa yang paling lama kita simpan...?? Aku kalau yang paling lama kat tempat kerja ni yang aku simpan adalah borang cuti....dan slip gaji bulan-bulan tu... bukan kerana aku ni suka bercuti... tapi tulah yang paling banyak sekali aku ada buat sekarang ni. Aku pun tak tau kenapa aku simpan keratan borang cuti aku tu... Bila aku dapat keratan kelulusan cuti tu biasanya aku lipat dan aku cucuk kat besi memo tu...

Aku ingat lagi masa mula mula masuk kerja lu.. dalam bulan September 2001 aku dimaklumkan oleh bahagian perkhidmatan bahawa kelayakan cuti yang aku dapat pada masa tu cuma dalam 8 hari je... Yelah masa tu aku dalam kumpulan B. Kelayakan penuh untuk kumpulan B setahun hanya 25 hari je... Aku apa lagi, cuti dah lah sikit je... makanya sebelum akhir tahun aku pun habiskan lah cuti tu... yelah nak simpan GCR pun masa tu mana boleh lagi sebab aku belum disahkan dalam jawatan lagi.. jadi tak boleh nak simpan untuk GCR. Nak bawak ke tahun depan boleh.. tapi wat apa tahun depannya aku dapat penuh 25 hari... Tapikan apa yang aku tak fahammya... dalam tahun 2004 tu... bahagian perkhidmatan tu call aku cakap cuti aku yang layak pada tahun 2001 tu cuma 7 hari je... Macam mana boleh jadi macam tu lak..? Mereka maklumkan, mereka salah kira peruntukan cuti untuk aku.. jadi rekod cuti aku ada nailai -1 la... aku dimaklumkan oleh bahagian tersebut tu tak de kesan apa-apa pada rekod cuti aku nanti.. jadi aku pun diamkan ajelah...

Tapikan... pada tahun lepas tak silapnya... aku dengar sata taklimat berkaitan dengan perkhidmatan ni... mereka ada cakap kalau kita ambil cuti lebih dari apa yang diperuntukan untuk kita ia akan memberi kesan kepada GCR yang kita kumpul dan pembayaran yang akan dibuat pada masa kita pencen nanti... Jadi untuk tak beri kesan pada masa pencen nanti aku perlu buat bayaran sebanyak jumlah gaji aku sehari... Jika makin lambat aku buat maka makin banyak lah aku kene bayar sebab setiap tahun gaji kita bertambahkan... Aku pun persoalkan lah benda ni... kenapa pulak aku kene bayar sedangkan benda tu bukan kesalahan aku atau saja-saja aku nak ambil cuti lebih...? Lainlah aku sengaja ambil cuti lebih... kalau nak potong gaji potong lah gaji orang yang maklumkan kelayakan cuti pada aku tu... betul tak..?

Maka, aku pun takut jugak lah kan bila benda ni akan beri kesan kepada kita masa pencen nanti... kalau aku umur panjang lagi masa tu... mungkin aku tahu sebab musabab perkara ni kan tapi jika ditakdirkan aku sebaliknya...waris warah aku yang akan dapat benda tu... mana tahu akan hal ni... Aku pun call lah balik bahagian perkhidmatan bertanyakan hal ini... tapi kan nak tahu mereka cakap apa... tak lah kelayakan cuti akak memang 8 hari untuk tahun 2001 tu... Aku pun balaslah balik... habis dalam TCIS tu napa 7 hari je... dan ada tanda -1 lagi... Pastu dia orang kira balik dan cakap memang betul aku layak 8 hari lak... pastu mereka betulkan terus dalam TCIS aku...

Cuba kita pikir lah yek... macam mana dia orang kira ye benda tu sedangkan formatnya sama je... aku pun tau kira benda tu... tapi jawapan yang diberikan berubah-ubah.... Kalau lah aku tak semak cuti aku tu semula rasanya sampai kesudah benda tu akan salah je... kan??

Oleh itu... kepada anda semua...sila lah semak cuti anda tu... dekat TCIS atau dekat fail cuti ke... Benda ni walau pun simple tapi kesannya pada masa akan datang besar tau... Aku punya dah ok dah... tapi nak kene sentiasa semak gak...


Selasa, Jun 16, 2009

Pantai Bukit Kluang

Gambar-gambar gelagat anak-anak ku Nadhirah, Ainul dan Adeeb masa main pantai dekat Bukit Kluang, Besut Terengganu. Cantik pantai ni.. sapa-sapa yang pergi Besut tu singgah la kat sini. Kalau sebelum ni kami selalu bawak anak-anak pergi main air dekat Lata Belatan (Kawasan air terjun) tapi kali ini ubah angin sikit pergi pantai pulak.

Bukaan main lagi Nadhirah nga Ainul berenang dalam air yang bertakung atas batu tu...







Perasan tak pulau tu bentuknya macam ikan paus





Air yang bertakung ni atas batu hasil dari air laut yang menghempas pantai.

Siap meniarap lagi budak-budak ni atas pasir tu...



Pulau yang nampak jauh tu pulau perhentian.





Isnin, Jun 15, 2009

Rentetan Cuti-Cuti balik Kampung

Ari Isnin ari tu lapas kerja aku balik umah kejap kemas apa yang patut. Abang dah cuti senin tu sebab jaga budak-budak. Lepas mengemas lebih kurang kul 6.30 petang kita orang pun bertolak. Sampai dekat masjid segamat lebih kurang 8.00 lebih terus sholat jamak maghrib dan isyak. Lebih kurang kul 9 malam kita orang gerak dan singgah kedai sebelum simpang nak ke Muadzam Shah tu. Nadhirah mintak nak makan nasi kedai. Kita orang tempahkan sup campur, telur dadar bungkus dan ayam goreng kunyit. Banyak jugak lah dia makan. Ainul tak yah cakap memang dia suka makan. Aku lah makan cucur udang yang keras n liat je.. nak makan nasi dah kenyang sebab aku siang tu ada bengkel PA tu. Lepas makan terus siapkan susu untuk anak-anak sebotol sorang. Sebab nanti tak yah berenti lagi tengah jalan. Takul gak sebab jalan dari Segamat nak ke Gambang tu hutan dan kelapa sawit je.. Aku rasalah malam tu dalam perjalanan tu nak kata aku tidur sangat tu tak jugak nak kata aku berjaga sangat temankan abang bawak kereta pun tak jugak... entah lah yek... tak ingat sangat lah... Al-hamdulillah dalam kul 5.30 pagi kita orang sampai umah mek dengan selamatnya. Lepas sholat subuh abang terus tidur. Aku lak ngantuk tu memang ngantuk jugak lah tapi tak tidur pun sebab Adeeb dah bangun. Lebih kurang 10 jam riba Adeeb atas kereta rasa kaki ni lenguh sangat... Tak pergi urut pun lama-lama ilang sendiri je..

Hari Pertama (Selasa)

Tak kemana pun cuma duk rumah je minghilangkan penat dan melayang mata yang mengantuk. Adeeb lak asyik muntah-muntah je.. rsa penat lah tu dan tak sedap badan jalan jauh. Umur dia rasanya baru 3 kali balik kampung. Petang tu lepas asar aku pergi rumah Ina kejap tengok baby. Dia baru lepas bersalin anak sulong. Balik umah Atie dah sampai nga adik ipar n anak sedaranya sekali. Malam tu Adeeb nangis je... kasi susu muntah... dia nangis macam sakit-sakit je.. sebab cara dia tengok kita macam nak cakap dai sakit. orang lain ambil semua dia tak nak. Cuma nam dengan aku je... Lebih kuranh kul 10 malam tu bawak pergi klinik sebab ye muntah-muntah tu.. takut jugak kan kenapa. Masuk kereta jee terus dia tertidur. Mungkin panas pun ye jugak agaknya. sampai pekan Jerteh klinik semua dah tutup. Ye lah dah pukul 10 malam mana ada lagi. Kami pun balik semula la ke rumah. Keluar keta nai atas rumah Adeeb sedar semuala nangis lagi... pujuk-pujuk lama tertidur dia. Kesian dia penat lah tu...

Hari Kedua (Rabu)

Hantar mek pergi umah Cik Ngah sebab mek ikut pergi Kedah hantar pengantin. Cik Ngah lawa gak aku pergi, tapi aku tak pergi pun. Mana lah aku nak pergi.. kalau dekat dan balik ari tak pe gak... ni jauh pastu kene bermalam satu malam kat sana. Maunya Adeeb tu meragam lagi kepenatan. Tak pelah lagi pun ari sabtu aku dah nak bertolah balik johor semula. Alasan tu je aku bagi sebab tak nak pergi. Petang tu pergi umah cik nga ayah, tidur sana. Kita orang kalau balik kampung mesti balik kedua-dua rumah sama banyak arinya baru adil. Yelah balik pun jarang jarang je.. mesti duk sama banyak kan..? Betul tak bang? Malam tu pun Adeeb masih lagi meragam. Masalahnya tak nak dengan orang lain tu... dengan ibunya aje dia nak... entahlah...kenapa meragam sangat tu...

Hari Ketiga (Khamis)

Ingat dah siap mengemas dan basuh kain nak pergi Jerteh kejap nak cari tudung ke apa-apa je lah... Tapi budah-budak tu tidurlah pulak. Nak kejutkan kesian. tunggulah budak-budak tu bangun. dekat kul 12 baru semua budak-budak tu bangun. Pastu terus bersiap pergi Jerteh. Sampai Jerteh terus pergi bank lu, nak cari parking pun susah... Ramai betul orang masuk bank pun sama, ramainya tapi kene tunggu gak. Dalam kul 1.30 ptg abru siap urusan dekat bank. pastu terus balik je... tak pergi mana-mana pun. Adeeb pund ah meragam lagi. Balik tu terus masak untuk makan tengahari. Lepas makan sholat asar abang ajak keluar bawak budak-budak pergi main pantai. Kita orang pergi pantai Bukit Kluang. Seronok pergi situ, pemandangannya cantik. ramai orang mandi kat situ maklumlah musim cuti sekolah masing-masing bawak keluarga pergi berkelah. Nadhirah dengan Ainul bukan main seronok lagi main air. Adeeb mula-mula tu nak lepas tu tak nak pulak. Dekat pukul 7 jugak balik. Sampai rumah je terus mandi bersiap-siap nak pergi umah Kak Zu, Abang Lan buat kenduru arwah untuk kakak dia. Dalm kul 10.30 malam baru balik. Masa dekat umah Kak Zu tu Adeeb muntah lagi... tak tau lah kenapa. Makan pun ye tak nak. Asalnya dia nangis tak nak orang ambil lepas tu terus muntah. habis baju ibu dia.

Hari Keempat (Jumaat)

Hari ni tak kemana pun duk umah je.. hajat tu nak juga keluar pergi pekan Jerteh, tapi mesti banyak kedai yang tutup sebab ari jumaat sana cuti. Lagipun nanti abang nak pergi sholat jumaat lak. kalau keluar nanti terkejar-kejar pulak. Petang tu lepas asar kami bersiap-siap nak pergi tidur umah mek lak. Sebab esok pepagi dah nak bertolak balik Johor. Nak pergi beli keropok untuk bawak balik Johor pun tak sempat. tu lah aku balik kampung ni memang biasanya tak pernah nak pergi jalan-jalan. Bukan tak nak tapi tak sempat. kalau orang lain boleh lagi nak pergi shopping dekat KB ke KT ke.. kami biasanya tak kemana pun. mungkin jugak aku dengan abang ni jenis orang yang tak suka nak pergi jenjalan saja-saja je. Kecualilah jika ada benda yang memerlukan kami kemana-mana.

Perjalanan Balik ke Johor (Sabtu)

Pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap. Biasalah orang cakap bila dah ada anak ni cakap je pepagi lagi dah nak bertolah tapi tu sampai gak kul 9 atau 10 pagi baru bertolak. Biasalah kan... Tapi aku ingat masa kami belum ada anak atau masa Nadhirah sorang je lu kalau cakap nak balik pepagi tu memang kami akan bertolak pagi betul. Kekadang tu kul 8 pagi tu memang diah siap untuk bertolak. tapi sekarang ni anak dah tiga ni cakap ajelah pagi nak bertolak tapi biasanya tak lah pagi bebenor. balik ni pun kami tak lalu jalan Jerangau Jabur. Tu jalan dalam kami guna jalan luar je... Rasanya dah lami kami tak lalu jalan dalam tu... ntahlah...ye lah balik kampung tahun ni pun baru 3 kali kan... kalau akhir tahun lepas memang la guna jalan luar sebab balik kampung pun sekali abang pergi tengok budak LI dekat Besut, Dungun, paka dan Kemaman. tu aku panggil balik kampung yang ditaja. Menyelam sambil minum air, hehehe... tah lah tau ni tak de lagi la tu... kalau tak untug gak. Tahun lepas dua kali macam tu dalam bulan Mei dan Julai tak silap la..
On the way balik tu kami singgah dekat Marang sebab nak beli keropok. Kebetulan kat seberang jalan kami beli keropok tu ada sebuah rumah yang pagarnya macam yang kami idam-idamkan nak buat kat rumah kami la.. tapi tak tau bila tu... rasanya pagar-pagar macam ni tak ada lagi kat area sini. Tapi tak tau lah kalau aku tak pernah terjumpa kat johor ni. Satu lagi paten yang aku berkenan tu tak sempat nak ambil gambar. Ada kat Paka tu satu taman memang paten pagarnya sama yang aku berkenan. Memang dari pemaju lagu kut... Paten ni abang yang berkenan.

Cantikkan pagar ni...

Sampai kat Patronas tu, aku ingat Kak Faizah cakap kat situ ada papan tanda menyatakan tak boleh tangkap gambar di kawasan tu. Aku cari lah kat mana. Rupanya memang ada. Macam mana aku nak perasan sebab kalau sampai kat situ aku selalu duk tunjukkan Ainul dan Nadhirah api yang ada kat atas tu... Tapi sebab masa tu kamera ada dekat dengan aku aku pun ambil lah gak gambar sekeping dua gambar api tu..nak tepek kat sini. Hehehe.. saje je... mungkin amaran tu untuk orang yang memandu kut... tapi tak tau lah... Macam mana dia orang boleh tahu kita ambil gambar ke tak kan sebab kami tak berenti pun masa nak ambil gambar tu... jadi apa tujuannya larangan itu yek??? Udara kawasan sini mesti pans je yek sebab ada banyak corong api yang sentiasa mengeluarkan api.


Kami sampai rumah malam tu Al-hamdulillah dalam keadaans elamat dalam pukul 9.30 malam. memang penat betul lah. Esoknya aku pulun cuci kain sampai empat kali mesin. Tu kain yang kat dalam beg belum keluarkan lagi.

"Mood or Moody"

Dah lama aku tak update blog ni. Macam malas pun ada... tak ada masa pun ye.. Rasa lebih tepat tak ada masa sebenarnya. Nak mengarang n menaip ni.. bagi aku ambil masa gak...

Ari ni aku baru naik kerja setelah 4 hari bercuti balik kampung. Penat tu... biasa lah masih lagi ada sisa-sisanya. Biasalah ari ni mood nak kerja tu masih belumd atang lagi. jadik aku cuma belek-belek surat yang ada kat atas meja je dan buat kerja-kerja yang tak memerlukan aku menumpukan perhatian yang serius.  Lagi pun kat opis ari ni sunyi betul.. tak de orang. Unit Intake semua tak de dia orang pergi meeting intake. Apa pulak aku kaitkan Unit Intake dengan suasana pejabat yang sunyi..? nak tau kenapa..?? tentu ada sebabnya kan.... Sebenarnya orang unit intake ni lah yang memeriahkan suasana pejabat aku ni... hehehe... betul tak Gee... Bukan aku cakap aku tak suka dia orang dan  suasana bising tau... Aku cakap mereka meriahkan suasana. Aku pun kalau ada dia orang join gak baut bising kalau dah ngantuk duk sorang-sorang kat bilik tu...

Masa aku cuti ari tu dia orang dah pergi beli kain untuk buat baju yang sedondong masa Majlis Anugerah Niab Canselor nanti. Pink calour.... ok lah, regenya aku tak tau lagi berapa sebab Pooja cakap bendaharinya lom ada lagi. Baju sedondong aku yang untuk intake nanti aku dah jahit manik. Bukan aku lah yang jahit semuanya tapi hasil tangan aku dan Atie n Mira. Aku gunakan kuasa veto aku kat adik-adik aku ni suruh dia orang jahitkan manik untuk aku. Hahaha.. kebetulan masa aku balik ari tu Atie balik gak, aku tak lepas peluang la suruh ye jahit tapi aku cakap tak siap tak pe... nanti aku sambung cuma dia bagikan contoh je. Lepas dia balik Aku suruh Mira lak yang sambung. Ada lah lagi sikit aku kene sudahkan sendiri la...

Aku tengok dia masukkan benang dengan jarum yang kecil tu senang je... aku sampai kesudah tak mendatangkan hasil. Hmapeh betul lah... Mungkin satu sebabnya aku ni bercermin mata kut...?? hehehe saje menyedapkan hati.... Nanti aku nak bercerita tentang balik kampung ari tu.. hehehe saje je... sebab tak tau nak update apa benarnya.

Ahad, Jun 07, 2009

Balik Kampung yayeh....

Esok aku kerja sorang jee... abang dah cuti jaga anak2. Patang tu lepas kerja insyallah nak terus bertolak balik kampung. Nadhirah dah tak sabar nak balik kampung start dari ari jumaat ari tu lagi bila kita cakap nak balik kampung setiap masa ye akan tanya kita bila nak balik. Aku kalau tak kerana esok ada bengkel yang aku buat untuk PA tu rasanya ari sabtu ari tu lagi we all dah cau... tapi nak buat macam mana kerja perlu diselesaikan dahulu.

Masa nak mohon cuti ari tu bos biasanya ye akan tanya lu dah siap semua kerja... maksudnya kerja-kerja yang memerlukan tindakan segera atau kerja untuk program-program yang terdekat yang akan dilaksanakan. Tapi ari jumaat ari tu ye takde tanya lak. Hehehe... sebab masa tu moodnya dalam keadaan baik kut.... Lagi pun ye tahu aku lepas bengkel PA ni cuma akan uruskan tentang pendaftaran pelajar baru je... mesyuaratnya aku dah buat cuma nak setting tempat dan lantikan petugas je... lagi pun aku bukan cuti lama pun 4 ari je... senin depan aku dah naik dan ada masa 2 minggu lagi nak siapkan pendaftaran pelajar dan ujian penempatan BI untuk pelajar baru. Itu pun sekiranya aku masih kekal dengan unit aku sekarang ni....

Ok lah sebenarnya tengah menunggu budak2 bangun tidur ni nak pergi Rengit jalan rumah Suria. Janji nak pergi lepas zohor tapi semua budak-budak tidur kene tunggu dia orang bangun dulu laa... Ari tu aku janji nak pergi 12hb. ni sebab dia jemput nak buat akikah anak dia tapi aku balik kampung lak. Sebab dah janji nak pergi aku ganti lah pergi ari ni. Lagi pun dah lama kami tak jumpa.




Isnin, Jun 01, 2009

Jahit Manik

Akhirnya siap jugak aku jahit manik dekat lengan baju aku tu. Aku jahit yang simple je...bukan yang canti-cantik punye. Tak pelah untuk percubaan kali pertama. Tu pun aku tak gunakan jarum yang no. 12 tu.. sebab aku fail dalam memasukkan benang dalam lubang jarum yang kecik tu... Bukan lama sangat pun aku jahit manik tu kejap jee.. yang aku buat tu aku buat malam sabtu ari tu dan sambung semula malam tadik.

Kalau korang jadi aku lah... apa perasaannya jika ada orang merosakkan kerja yang korang buat..?? mesti rasa geram... nak marah... boleh dikatakan semuanya negetif lah kan..kan..??. Tu lah malam tadik.. aku ingat nak sambung jahit manik yang belum siap lagi tu... satu lengan aku dah siap jahit, satu lengan lagi aku baru buat dalam suku gitu. Ada ke patut bibik aku tu pergi potong benang yang aku nak jahitkan manik tu... dah la tak disimpulkannya kat hujung tu.. hiii... tak kan benda tu tak boleh pikir yek... apa daa... Pastu aku kene lah bukak semula dalam dua tiga yang ku dah jahit tu sebab nak simpul benang tu... Geram tu memang ada.. normallah aku ni manusia biasa je... Apa-apa pun yang penting baju aku tu dah siap dijahit maniknya.