Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, Mac 05, 2015

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?

Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).





Rabu, Mac 04, 2015

Kenapa Vitamin Tidak Boleh Diambil Bersama Kafein

Assalamualaikum semoga kita semua sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat Allah sentiasa. Hari ini tergerak nak memblog dan cuba untuk sahut cabaran 1 hari 1 pos. (Ya Allah berikan aku kekuatan, Ameen)

Hari ni nak cerita tentang KAFEIN....
Emm... sedapkan minum neslo, nescafe panas, kek coklat, Oh choklat i like..... dan banyak lagi lah. Tapi tahu kah kita berapa banyak kafein yang boleh kita ambil setiap hari?

Pengamal Perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg kafein sehari

Hah baca tu... , kalau sarapan pagi Teh Tarik, minum petang Nescafe, lepas makan malam Teh O lagi... tu dah berapa mg kafein yang diambil tu... Jadi control diri (pesanan untuk diri sendiri).

Apa kesannya kalau terlebih KAFEIN ni...
  1. Menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan  kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman
  2. Merangsang penghasilan air kencing dan menyebabkan kerap kencing
  3. Mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan mineral dalam badan
  4. Pesakit yang ada mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf akan menjadi lebih teruk
  5. Meningkatkan risiko keguguran bagi ibu hamil dan ketidaksuburan
  6. Saya sendiri memang alah kalau minum nescafe semasa mengandung. Tekak memang nak tapi yang tak tahannya HB bawah 11 le bacaannya.
    Pengambilan sebanyak 250 hingga 750mg kafein sehari (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut
Kenapa Tidak Boleh Mengambil Vitamin Selepas Mengambil Minuman Berkefein? 
 
Pengambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.
 
 
ZAT BESI (IRON)
 
Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..
 
 
KALSIUM
 
Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.
 
 
VITAMIN D
 
Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh. 
 
 
VITAMIN B
 
Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi
Kafein akan berada dalam badan kita lebih kurang 7 jam. Jadi minum air masak banyak-banyak dan kalau boleh elakkan mengambil makanan yang banyak kefein
 
 




Khamis, Januari 29, 2015

Apa Pentingnya Zat Besi Kepada Kita

Zat Besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Zat besi digunakan dalam pembuatan haemoglobin. Zat besi juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan zat besi telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.


VITALEA SHAKLEE - Multivitamin & Multimineral yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Fungsi Vitalea

  1. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  2. Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  3. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  4. Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Perbezaan Vitalea Shaklee dengan produk lain

Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Lebih daripada 340 ujian kualitidilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

 - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
 - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
 - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
 - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
 - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
 - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
 - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
 - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*



kredit : Shaklee Malaysia



Selamat Hari Lahir Nik Muhammad Faris

Alhamdulillah pejam celik sekejap je dah besar Faris ni... Maaf ini lah kali pertama ibu nak perihalkan tentang Faris dalam blog ibu yang dah lama bersawang ni... huhuhu... memang tidak dapat elakkan macam dah tak pandai untuk mengarang ayat.

Sempen ulang tahun yang ke-2 Nik Muhammad Faris ni ibu nak ucapkan disini. Selamat Hari Lahir untuk anakku semoga Allah mengurniakan kamu kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak yang sholeh yang taat kepada Pencipta mu, menghormati ibubapa, saling kasih mengasihi antara kamu adik beradik (Kakak Nadhirah, Kaka Ainul, Kakak Nurin dan Abag Adeeb). Ibu dan sayang kamu sangat-sangat. Selamat Hari Lahir sayang...

Kamu dilahirkan pada hari Selasa 8.30 pagi bersamaan 17 Rabiul Awal)

(Adus fail untuk upload gambar... nape tah....)


Rabu, Januari 28, 2015

Anak Kekal Cergas Sepanjang Hari



 
Alhamdulillah setelah sekian lama menghilang akhirnya ia kembali dengan sesuatu yang baru. Sudah pastinya dengan formula yang baru dan terbaik untuk anak-anak kita. Sempena untuk memperkenalkan semula Vitalea Children ini, pihak shaklee telah menawarkan promosi hebat untuk bulan Jan 2015 sahaja dengan pembelian 3 botol vitalea children akan dapat free 1 botol... Jimat tu... sapa nak bagi free kan.
 
Alhamdulillah saya pun dah rembat 1 set khas untuk anak-anak saya. Komen anak2 sedap la ibu... rasa anggur. Jadi tugas ibu tiap-tiap pagi selain sediakan satu set vitamin untuk ayah akan aturkan juga sebiji seorang untuk anak-anak.
 
Jom kita tengok apa yang baharu tu dalam vitalea children ni...







 
Sejujurnya saya mengaku memang tidak mampu untuk memberikan nutrisi lengkap setiap hari kepada anak saya sebab susah betul le nak makan sayur2 ini. Memang tak pandang lah... Jadi saya pilih MULTIVITAMIN SHAKLEE untuk anak-anak saya. Mudah2an ia dapat membantu anak-anak saya untuk kekal cergas sepanjang hari. In Shaa Allah

 Berminat untuk dapatkan produk shaklee dari saya boleh hubungi saya melalui whatsapp atau sms ke 012-7169780