Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Selasa, Mac 30, 2010

Kisah Permohonan Bibik Yang Lom Selesai 2

Malam tadi Bibik Suhani tu Call lagi dari Indonesia. Kesian dia... sepatutnya pamannye yang kene uruskan tapi sudah menghilangkan diri entah ke mana. Baguslah Suhani ni kerja pun walaupun sebulan aku puas hatilah. Ye dah ada penggantinya dan malam tadi ye call nak mintak alamat untuk poskan laporan medical, salinan paspot dan gambar bibik yang ganti tu. Bibik tu sanggup masuk kesini dengan biayai sendiri. Kesian kan mereka ni. Orang yang miskin sentiasa dianiaya. Apa2 pun mudahan bibik ni kerja nya ok dan yang paling penting anak2 aku tu serasi dengannya.

Tapikan kalau ye dah masuk sini dengan biayai sendiri... tak kan aku tak bayar gajinya untuk 4 bulan ke 5 bulan (lupa) pertama tu.... Aji yang uruskan kat sini pun macam nak lepas tangan je... Boleh ye cakap kat aku ari tu duit yang kami bayar tu dah diserahkan kepada ajen sana. Tipulah tukan tak kan lah ye tak ambil langsung duit tu....

Tak pelah kita tengoklah nanti macam mana.


Bila AyahNye Cuci Kereta... AnakNye..?

Dah lama benornye keta ni tak dicuci... Biasalah abg dengan alasan2nye yang tersendiri. Aku yang nak tolong cuci...? mintak maap le... banyak lagi kerja lain yang nak kene buat. Ari tupun sebelum balik kampung tu aku dah tolong lapkan dari dalam keta sampailah keluar. Bukan apa sebab nak jalan jauh kalau keretanya tak bersih tak selesakan. Dah le nak kene hirup udara yang kat dalam kereta tu... kan. lebih kurang 10 jam. Mau sesak nafas ni...

Jadi ari sabtu petang tu lepas sholat asar nengok abang ambil baldi. Tau lah tu ye nak cuci kereta. Hehehe... ye tau kalau tak aku asyik tanye je. Bila abang nak cuci kereta...?? Setiap minggu soalan itu akan keluar. hehehe sorry ye bang. Bukan apa...kita sama2 jaga sedikit harta yang kita ada.



Jadi apa lak kisah anak2 aku yang tiga  orang tu.... Apa lagi pantang pintu terbukak le... tak lepas peluang untuk meloloskan diri.. Nak tau apa yang dia orang buat... jom nengok gambarnye...






Tak dapat kolam mandi... kolam ayahnye nak pelihara ikan pun jaaaadiiilah.... Bukan tak mo beli kolam untuk budak2 ni dh berapa banyak dah beli... asyik tembus je... kalau yang tak pakai angin tu... koyak je... Apa2 pun janji happy je...

Khamis, Mac 25, 2010

Virus Selsema Batuk 'N' Nadhirah Punye Cite...


Bilalah agaknya nak habis virus selsema nga batuk Ainul dengan Adeeb tu... kesian bila dengar batuknya yang tak lepas2 tu... dah le nak makan ubat pun susah. Dalam susah2 pun dah banyak mana ubat yang dipaksa makan. Kesian plak. Pagi tadi tengok dekat bawah telinga Ainul dah bengkak macam org kene beguk tu... kesian nak minum susu pun susah. Tu lom dibawa ke klinik lagi tu... ingat nak bawak ke pakar kat Bukit Pasir tu lah sekali untuk check batuk mereka yang dah lama tak ilang2 tu... Risau betul lah dah lama sangat.

Nasib baik le kos perubatan ditanggung oleh tempat kerja ni.. Kalau tak..., tak tau le nak cakap apa. Aku rasa dalam bulan ni memang banyak yang kami guna untuk perubatan tu.... Nak buat macam mana sekali ye datang bertimpa-timpa lak. Sabor je lah yek...

Minggu depan nak kene bawak Adeeb check up yang setahun setengah dan kene inject sekali. Mesti aku kene bebel lagi dengan nurse tu kalau berat badan Adeeb tak naik lagi. Macam mana nak naik kalau makannye tak nak. Dimasukkan dalam mulut tapi lepas tu dikeluarkan balik...


Hari ahad ni nak ada Hari Keluarga / Sukan sekolah Nadhirah. Ye buat dekat dengan area kilang Munchi tu.. lupalak apa namanya. Nadhirah masuk pertandingan mewarna. Masa cikgu suruh ye masuk tu boleh dia cakap "saya tak tau lagi boleh datang ke tak... takut ibu takde... kerja...".  Kerja apalah ibu nak buat hari minggu tu selain dari kerja kat rumah yang tak habis2 tu kakak.... Insyallah ibu pergi bagi sokongan moral untuk kakak yek...


Anak Pintar @ Berbakat

Dipetik dari Berita Harian.

Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.


“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.

“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.

Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil."

“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.

Dr Mohd Fadzilah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.

“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.

Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.

“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.

Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.

“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya


INFO: Tip untuk ibu bapa


Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  1. Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


Selasa, Mac 23, 2010

Ohoo.... Rupanya Ada Maknanya....

Diambil dari sini

Banyak benda yang boleh dibaca di situ... Tertarik dengan soalan dan jawapan ini..

SOALAN:
Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?


JAWAPAN:
Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.


SOALAN:
Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran? (Kepada yang suka kucing tu... kene hati2 ye....


JAWAPAN:
Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.  Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki. Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:

Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:

Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung. Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran. Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.

Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati. Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.



Jumaat, Mac 19, 2010

Hadiah Dari Seorang Adik...

Hadiah dari seorang adik kepada kakaknya... so cute... tq so much Nik....




Gambar Majlis Perkahwinan Adik

Kami bertolak dari Pt. Raja ni pukul 7.45 pagi dan sampai kat rumah lebih kurang pukul 9 malam. Huh.... lamanya... banyak berenti... makan le... anak nak kencing le... nak itu la... nak ini la... macam2. Biasa le kalau dah bawak budak2 kecik nikan. Nak kene layan kerenahnya. kalau tak.... LU PIKIR LAH SENDIRI....

Penat memang penat pada hari sebelum, semasa dan selepas majlis. Ditambahkan lagi Adeeb yang meragam tak sihat mintak didokong. Semua orang dia tak nak sampai ibunya nak makan pun susah. Adeeb.... Adeeb... sampai rasa kebulur ibu walaupun makanan banyak tapi tak leh nak makan. Dengan ayahnya pun dia tak nak... nak buat mcam mana lagi...

Hari majlis tu lebat selebatnya hujan.... Hujan rahmat... Al-hamdulillah. Mudah2an ia memberi rahmat kepada pengantin baru dan seluruh ahli keluarga dan seluruh ummatnya. Insyallah.

Kami balik hari khamis. Pagi jumaat tu rumah chik buat majlis Maulidur Rasul. Malam jumaat tu majlis akad nikah adik lak dan esoknya hari sabtu majlis kenduri. Penuh jadualnya. Hari ahad tu kami dah tolak balik sini pukul 4 petang dari rumah. Tak penah2 bertolak petang-petang dari sana. nak wat mcm mana abang nak balik jugak ada kerja katanya. Apa taknya kertas soalan budak nak exam bulan 4 ni belum siap lagi. jadi semua album gambar yang lama2 aku nak ambil tu terlupa begitu aje... hu..... bila lak nak balik ni....majlis dirumah lelaki kami tak sempat pergi sebab ye buat ari isnin petang.

Ok lah layan ajelah gambar yang sempat ambil sikit ni. Tak boleh nak jadi camera women ari tu... sibut nga anak sendiri...







Antara adik beradik aku. Atie, Aku Nor yang bongsu dan kak Long (tapi atasnya ada kakak nga abang lagi)

Mesti Mok Teh tengah melatah tu... sapa la yang usik tu... aku pun suka usik gak Mok Teh ni sebab kita cakap biasa pun ye boleh melatah. ni adik bawah mek. Muka dia orang ni sama dan sama2 melatah. sebelahnya Tok Ge... al-hamdulillah dah sihat sikit tapi biasalah sihat orang tua.


Gubahan hantaran ni adik yang kat Merapoh tu buatkan. Aku tolong gak.... tolong tengok...he3


Rewang-Rewangan Sempena Makan2

Bak kata orang jawa... ejenya entah betul ke idak tak tau le... Layan gambar ajelah ye...

Dengan penuh gayanya Idah nga Kak Nadia mencucuk udang.

Aktiviti bakar membakar....



Sebahagian dari penangah yang bertungku lumus menyiapkan hidangan hari ini.



Antara menunya......


Kambing


Ayam


Kerang


Udang.


Kek Besday untuk staf yang lahir dari ogos 2009 hingga Mac 2010.

Ada banyak lagi tapi tak sempat nak ambil kad full. Nasi goreng dan nasi impit tempah. licin semuanya... Al-hamdulillah.... di atas rezeki yang Allah bagi.

Ini acara setiap semester yang mesti dilakukan tak buat kat luar kat opis pun boleh gak. Salah satu cara memupukkan semangat gotong royong diantara semua staf.

 


H@PPY B1RTHD@Y 2 M3 he...

Every day is a new beginning
but today is very speciall

Sendiri buat entry untuk birthday sendiri. Semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat Mu Ya Allah. Amin.


Potong kek sempena majlis makan2 kat opis. Dibuatnya majlis ni kebetulan dengan tarikh birthday aku. Jadi dapatlah potong keknya.

Orang yang paling awal ucap besday kat aku adalah adik aku tu...., ada ke ye boleh lupa tarikhnya  ia ingat  9hb ari tu. Ye cakap nanti 19hb ni baca la balik msg nye. Hampeh betul la....

Yang kedua dan ketiga kad besday dari pihak insurans dan dari UTHM sendiri.



Dan yang paling tepat pada waktunya tentunya my hubby le.. TQ my dear....

Dan seterusnya kawan-kawan yang lain. Terima kasih semua.

Khamis, Mac 18, 2010

Congratulation !!!!

Untuk abang dan Mira.

Abang sempena lulus dalam exam yang diambil tempoh hari. Tak lah kami kene pergi berkampung dekat KL lagi. Tapi abang cakap semalam di fakultinya cuti belajar dibekukan sekarang ni. Ye tanya isterinya yang kerja di pejabat lain manalah tahu jawapannya. Kenapa lak dibekukan...??? Adakah sebab sudah ramai yang pergi cuti belajar atau yang cuti belajar sepatutnya dah balik tapi tak balik2 lagi. Entah aku sendiri pun tak tau... Apa2 pun abang mohon je dulu. Nak tunggu bila kan umur bukan nya makin sikit makin tambah. masa rasa lapang sikit ni.... teruskanlah niat yang murni tu... dan kami akan sentiasa berada dibelakang untuk memberi sokongan.

Untuk mira dan suaminya Kamal yang telah mendirikan rumahtangga pada 13 Mac yang lalu. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhirnya, dimurahkan rezeki, dan senantiasa dalam limpahan Rahmat dari Ilahi. Insyallah.

Gambar masuk lain kali lah... tak sempat nak upload bateri kamera dah habis.

Astro Pakej Mustika


Kalau ikutkan pakej mustika ye akan ada citra, warna dan B4U kan...?? dengan membuat bayaran utk pakej tersebut RM12 lebihkan..kan...kan...? Tapi kenapa yang aku punye tak ambil pun boleh tengok 3 channel tu.... baru aje perasan sebelum ni rasanya cuma boleh tengok channel info nye aje... Tak pelah jangan nanti sampai bil bulan depan ye caj lak... sedangkan kami tak langgan pun channel tu. Yang ada pun tak sempat tengok nak tambah channel tu lak... membazir namanya tu... dulu ada sukan dah suruh abg buang sebab tak tengok pun... apa taknya boleh dikatakan channel kartun aje yang di tengok. Sampai mak bapak pun jadi kartun.

Aku tak kisah kalau anak2 nak tengok cite kartun aje tapi kartun tu biarlah yang baik2 aje. Bukan macam Mr. Kacang ke....Hugumaru ke apa tah nama kartun tu..., cin can ke.. tu semua boleh mempengaruhi anak2 kita kan...? Tapi kalau dah terbukak channel tu jangan harap la kita nak tukar cari yang lain tak naknye... huh... mcam mane tu....?

Isnin, Mac 08, 2010

Dialog Si Anak


Di petang sabtu...

Ainul  : Ayah....ayah.....
Ayah  : Ya....
Ainul  : Tau tak pe.....

Tetiba aje... tau tak pe.... tergelak aku kat bilik sorang-sorang terdengar Ainul pekenakan ayahnya. Besoknya saja je aku tanya Ainul masa mandikan dia...

Ibu     : Ainul, Ainul memang suka nangis yek...??
Ainul  : Tau tak pe.....
Ibu     : *:<\+=>?/.... (terkene sebijik...)


Jumaat, Mac 05, 2010

Apa Reaksi Anda Bila Jumpa Benda Ni...???

Duit....!!!


Kat mana-mana lah.... tapi bukan dalam poket seluar suami yang nak dibasuh tau... Agak-agaknya korang ambik tak... walaupun duit itu hanya bernilai 50 sen @ 20 sen @ 10 sen @ lebih kecil lagi 5 sen...? 1 sen dah tak de kan..?

Kalau aku aku ambil sebab orang kata itu rezeki tak boleh tolak maa... Kita perlu hormat kepada nilai itu. Betul tak. Tapi terpulanglah lepas tu korang nak guna tau nak dermakan dekat masjid. Tapi aku ingat dulu masa kecik2 selalu diingatkan kalau jumpa barang orang termasuk duit jangan ambil. nanti kalau kita ambil nilai yang kita akan hilang lebih besar lagi... aku pun tak tau betul ke  tak. tapi itulah pesan orang tua2.

Tadi masa tengahari ajak abang pergi makan sup dekat Dataran Anggerik tu.. sampai aje dekat meja abang terjumpa duit. Bukan sikit tau... nilai yang ni... dalam 2 keping tau.......


Kesian kan kepada empunya badan yang terjatuh duit ni.... Tapi nak buat macam mana bukan rezeki dia hari ini. Aku nga abang memang ambil duit tu... tapi bukan untuk digunakan diri kami sekeluarga lah. Lepas makan tu abang cakap dan tanya kepada empunya kedai tu...

Abg    : Saya jumpa duit ni kat bawah meja makan kedai awak...?
            Kalu ikut tanggungjawab saya, saya nak serahkan kepada masjid.
            Ke awak yang nak serahkan...?
Kedai : Abang yang serahkan lah....

Ok selesai.... tu aje...

p/s ; aku pun selalu gak jumpa duit. Lagi besar pun ada. Nak tau kat mana...?? Dalam dompet suami kulah...he3. Atau kadang2 dalam poket seluar yang nak dibasuh. Tapi kalau tak perasan habis duit tu aku basuh sekali... nak wat mcm ne...??