Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, Januari 23, 2014

TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN...

Sememangnya semua wanita atau lelaki tidak suka kepada perut yang buncit bukan.? (Termasuklah saya :-b ). Wanila lepas bersalin lagilah... mengeleber sana-sini kan perutnya. Bab kata anak2 saya eh dalam perut ibu ada baby lagi ke...huhuhuh... Tapi itu semasa pantang le... baru kuar baby takkan nak terus selimmeling.... Disini saya kongsikan beberapa tips untuk membantu wanita-wanita diluar sana yang hendak menyelesaikan masalah perut bunci yang dialami. Dengan istiqomah Insya Allah dapat membantu.



Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin 
  1. SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari
  2. BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  3. BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
  4. KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
  5. SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
  6. BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
  7. DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.
kredit

Untuk masalah ini apa yang shaklee dapat bantu adalah dengan penggunaan secara konsisten dan sabar Lecithin, Herblax (Tapi saya kurang syorkan ibu yang menyusu untuk mengambil herblax kerana dukuatiri baby tidak tahan) dan juga Alfalfa. Jom baca fungsi ketiga-tiga produk.

Apakah kebaikan dan fungsi ketiga2 vitamin ini dalam menangani msalah anda? 

Lecithin (Pengalaman sendiri saya ambil Omega fungsi lebih kurang sama cuma bezanya Lecithin macam kayuh basikal Omega macam naik kereta he3)

- Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah. lecithin ni emulsifier yang sangat power!
- Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.
- mengawal penggumpalan platlet darah.
- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
- Mengekalkan kandungan air dalam kulit.
- Untuk metablisma lemak.

Herba Lax

 
- mercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama
- membantu masalah sembelit
- tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management)
- kempiskan perut
- membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai minuman teh herba.

 Alfafa (Saya suka... :-). Tapi anak kuning tak dibenarkan ambil ye sebab ye berba nanti baby tak tahan)

~ Bertindak seperti kacip fatimah
~ Milk Booster bagi ibu menyusu
~ Melegakan sakit sendi dan belakang.
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
~ Memberi kelegaan semasa haid.
~ Memulihkan urat selepas bersalin
~ Bagus untuk elergi dan ekzema
~ Merawat asma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Melegakan sembelit
~ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
~ Mengatasi masalah kekeringan semasa bersama suami