Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Rabu, November 20, 2013

Diabetes ? Produk Shaklee Yang Sesuai

Secara Saintifiknya, diabetes adalah sejenis penyakit metabolic di mana tubuh tidak boleh menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul. Apabila tubuh (secara khususnya pancreas) tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan maka makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Fungsi sebenar insulin  adalah untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan sebagai bahan bakar. Bagaimanapun apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan ia juga akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Terdapat DUA JENIS DIABETES utama:
Jenis 1 – ‘Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus’ (bergantung pada Insulin)
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Peningkatan kes setiap tahun di kalangan kanak-kanak adalah sebanyak tiga peratus.
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin atau gejala yang bersifat semulajadi.
Jenis 2 – ‘Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus’ (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan dianggarkan kira 90-95% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur, mengalami berat badan berlebihan atau yang mempunyai keturunan yang menghidap diabetes.
Mengenali Gejala Awal Diabetes
  • Kerap dahaga dan bertambahnya gasaan untuk membuang air kecil.
  • Sering berasa lapar.
  • Penyusutan berat badan.
  • Penglihatan mula menjadi kabur.
  • Rasa penat yang keterlaluan.
  • Mudah diserang jangkitan, demam dan selesema.
  • Kesan luka atau bengkak yang lambat sembuh.
  • Boleh diserang pelbagai penyakit kronik hingga berupaya menjadi koma (jika penyakit lewat dikesan dan tidak dirawat dengan suntikan insulin).
  • Ada juga di antara pesakit diabetes yang akan mengalami masalah kulit  seperti kegatalan.
Penyakit diabetes khususnya Jenis 1 sukar untuk didiagnosis, tetapi ia mudah terbina dalam tubuh dengan mengambil masa yang singkat. Bagi diabetes Jenis 2 pula,  ia mampu terbina dalam tubuh untuk tempoh lebih dari lima tahun tetapi gejalanya sangat sukar dikesan. Jika ada pun, pesakit berkenaan tidak langsung menjangka bahawa itu adalah petanda diabetes.
Renungkan….
  • Setiap 10 saat, seorang individu mati akibat penyakit diabetes atau penyakit berkaitan diabetes.
  • Kira-kira 3.8 juta kematian setahun disahkan berlaku akibat penyakit diabetes. Malangnya gejala dan kesedaran tentang penyakit ini masih lagi dipandang remeh.
  • Gejala diabetes kian hebat menyerang penduduk di negara membangun termasuk Malaysia.j Malah penyakit ini adalah punca utama kepada serangan sakit jantung, strok, hilang penglihatan atau menjadi buta, hilang upaya fizikal (akibat ada di antara anggota badan yang terpaksa dipotong) dan kegagalan buah pinggang.
sumber: majalah rapi

Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes

Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes

B-Complex 
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga
Vita-Lea
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
Sustaines Release Vita-C 500mg 
Mengukuhkan kapilari dan salur darah
Zinc Complex
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat


SET DIABETES SHAKLEE


Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes


Alfalfa Complex
Membantu stabilkan gula dalam darah
Carotomax
Menghalang penglihatan kabur
GLA Complex

Vivix
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan 
berat badan, anti-penuaan
Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis




SET DIABETES SHAKLEE

‘Gula’ Cetus 60 Jenis Penyakit – Termasuklah Diabetes


Pada awal tahun 1970-an, gula didapati mempunyai hubung kait dengan kesihatan kardiovaskular. Kajian oleh Pakar Bedah, T.L. Cleave menunjukkan bukti yang meyakinkan peningkatan penyakit kardiovaskular , kencing manis / diabetes  dan penyakit-penyakit lain yang biasa dapat dikesan melalui pertambahan pengambilan gula dan juga karbohidrat bertapis (refined carbohydrate). Penyakit-penyakit ini sebenarnya hampir tidak wujud dalam budaya primitive, sehinggalah kira-kira dua puluh tahun selepas masyarakat mula mengambil karbohidrat bertapis.

Penyelidik British, Dr. John Yudkin juga memberikan kesimpulan yang sama. Dalam bukunya yang bertajuk ‘Sweet and Dangerous’, beliau menamakan banyak contoh dalam pelbagai masyarakat yang menunjukkan bahawa gula adalah punca yang lebih besar kepada masalah penyakit jantung berbanding lemak. Beliau mengambil contoh Masai dan Samburu iaitu suku kaum di Afrika Timur yang hampir tidak mempunyai masalah penyakit jantung langsung walaupun mereka makan makanan yang tinggi lemak!
Pendedahan ini pastinya mengejutkan bukan. Bagaimana gula berupaya mencetus pelbagai penyakit yang tidak kita sedar ini? Ikuti penjelasan daripada Dr. Malinda Mohd Ali, Pakar Perunding di Future Wellness Sdn Bhd.
“Gula sebenarnya tergolong dalam karbohidrat di mana gula yang kita sering gunakan ialah sukrosa padat iaitu sejenis Kristal putih atau gula bertapis, bukan semula jadi yang telah diproses di mana semua nutrisi dan zat telah dibuang. Gula jenis ini tidak mengandungi sebarang zat dan khasiat di dalamnya.”
“Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut tentang bagaimana gula ini berupaya menjadi faktor penyebab banyak penyakit, kita perlu ketahui terlebih dahulu jenis-jenis gula yang terdapat dalam makanan dan minuman kita.
1. Gula semula jadi
Gula semula jadi adalah gula yang tidak diproses dan mengandungi kalori yang rendah serta tinggi nutrient. Gula jenis ini tidak member impak besar kepada paras gula dalam darah. Gula semula jadi member kesan baik kepada kesihatan, dengan syarat ia tidak ditapis, diambil bersama makanan lain dan tidak berlebihan.
Gula semula jadi ini termasuklah fruktosa atau dikenali sebagai gula buah yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, maltosa seperti malt barli dan sirap beras perang, glukosa yang boleh ditemui dalam buah, madu dan jagung, laktosa iaitu gula dalam susu dan juga madu yang tidak diproses dan ditapis.
Walaupun gula fruktosa lebih manis daripada gula biasa, namun ia tidak mendatangkan sebarang kesan kepada paras gula dalam darah melainkan jika ia diambil secara berlebihan.
 2. Gula terproses/ bukan semula jadi
Gula bertapis pula merupakan gula daripada sumber tumbuhan yang diproses sehingga hilang semua khasiat vitamin, mineral, asid amino dan sebagainya. Gula bertapis ini didapati digunakan secara meluas dan member kesan buruk kepada kesihatan. Antara jenis gula bertapis ini adalah sukrosa iaitu ‘gula pasir’ yang biasa kita gunakan, light molasses iaitu baki cecair selepas pengekstrakan gula daripada tebu, gula perang dan juga pepejal sirap jagung.
3. Gula buatan yang tidak berkhasiat
Antara gula buatan ini termasuklah Aspartame, Acesulfat K dan Sucralose. Selain itu, terdapat juga ‘gula alkohol’ seperti xylitol yang ditambah dalam ubat gigi untuk mengurangkan pereputan gigi. Gula komersil iaitu gula terproses dan gula buatan menjadi antara faktor penyebab kepada masalah kesihatan. Dan awas! Gula ini tidak datang dalam bentuk ‘gula’, tapi tersembunyi dalam makanan dan minuman ringan, ais krim, gula-gula, makanan-makanan dari kilang termasuklah bijirin sarapan, kek, minuman berperisa dan sebagainya.
Sel tubuh tidak perlukan gula
Tambah Dr. Malinda lagi, gula terproses atau gula pasir merupakan bahan yang tidak diperlukan oleh sel-sel tubuh kita langsung. Ini kerana, ia langsung tidak mempunyai sebarang zat protein, vitamin mahupun mineral yang mampu member manfaat kepada tubuh kita.
“Apabila kita mengambil gula, badan akan mengalami masalah untuk menghadamkan serta menyingkirkan ‘toksik’ tersebut. Hasilnya, ia akan berkumpul dalam badan lalu membentuk asid pyruvic yang boleh mengganggu saraf, sel-sel otak dan juga sel-sel darah merah. Ia juga menyebabkan pernafasan sel-sel terganggu lalu kekurangan oksigan dan memicu kepada kerosakan dan kematian sel.
“Gula yang berlebihan dalam badan akan ditukarkan kepada asid lemak menjadi sel-sel lemak di bahagian viseral (lemak di sekeliling organ) dan di bawah kulit. Kandungan gula yang tinggi dalam darah juga menyebabkan ia menjadi tempat yang sangat sesuai untuk pembiakan bakteria, virus dan juga menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser.
“Sebenarnya badan kita tidak memerlukan gula terproses ini kerana tubuh boleh menukar banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila memerlukan tenaga. Antaranya seperti nasi, ikan, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, ubi kentang dan lain-lain lagi. Sebaiknya, kita boleh menggantikan gula yang lebih sesuai seperti buah-buahan, gula perang dan stevia, pemanis berasaskan tumbuhan,” ujar Dr. Malinda.
Tip Kawalan Pengambilan Gula
  • Tukar pengambilan gula putih kepada gula perang.
  • Kurangkan makanan atau minuman yang mempunyai tinggi kandungan gula
  • Kurangkan makan makanan yang diproses. Kebanyakan makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Kurangkan jumlah penggunaan gula, susu pekat atau krimer yang ditambah ke dalam kopi.
  • Selalu minta untuk mengurangkan manis atau minta minuman tanpa gula semasa makan atau minum di luar.
  • Baca jumlah kandungan gula pada label makanan.
  • Campurkan separuh air minuman ringan biasa dengan separuh air minuman ringan kurang manis. Lakukan ini selama dua minggu. Selepas itu cuba kurangkan lagi rasa manisnya sehingga anda boleh menyesuaikan diri untuk rasa yang tidak manis.
  • Gantikan makanan seperti biskut dan makanan ringan dengan buah-buahan yang segar.
FAKTA:
DIET kaya gula akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras. Ini lama kelamaan akan melemahkannya dan menyebabkan kita diserang diabetes. Lazimnya pesakit akan mengalami komplikasi kardiovaskular yang boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada timbunan gula atau lemak. Ketidakupayaan tubuh menggunakan kesemua lebih lemak atau kolesterol daripada gula menyebabkan ia perlu disimpan.
Jadi lemak akan di deposit dalam hati, jantung, arteri, tisu lemak, buah pinggang, otot dan lain-lain organ. Keadaan ini mendedahkan kita kepada atherosclerosis, hati dan buah pinggang berlemak, sesetengah kanser, obesity dan diabetes. Gula juga menghalang fungsi system imun dan meningkatkan risiko penyakit yang disebabkan system imun yang lemah seperti selesema, demam, AIDS, alahan dan jangkitan.
Sumber: iSIHAT

Mengapa Ramai Orang Suka ESP Shaklee??


soy protein

Saya suka... anda suka... pastinya Soya ESP Shaklee...
Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi -kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Read more http://vitaminsemulajadi.com/faedah-kebaikan-energizing-soy-protein-shaklee/


Rabu, November 13, 2013

Anggur Muscadine Dalam Shaklee


  1. Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.
  2. Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF!
  3. Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .
  4. Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.
  5.  Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.
  6. Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak !
  7. Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003 , anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIEs
  8. Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC)OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
  9. Ia mempunyai kadar RESVERATROL  6x lebih tinggi dari anggur merah. 
  10. Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.
Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:-

  1. Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
  2. Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
  3. Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna



Sabtu, November 09, 2013

Testimoni Vivix Shaklee


Alhamdulillah bulan ni promosi vivix beli 6 percuma 1. Wow.. banyak tu jimat RM anda. Bukan itu saja boleh juga dapat keahlian percuma untuk seumur hidup dan boleh dapat bonus lagi untuk bulan berikutnya... Banyakkan....
Jadi di sini saya nak kongsikan testimoni pengguna-pengguna vivix shaklee...

Testimonial #1

Masalah : sakit lutut, solat sambil duduk atas kerusi, lutut tak boleh nak bengkok, kebas-kebas badan
Penyelesaian : amalkan VIVIX Shaklee sesudu sehari
Hasil : selepas 2w - sakit ada kurang tapi stil solat atas kerusi, selepas 1bulan setgh - dah boleh solat atas kerusi, kebas-kebas dah kurang, boleh main dgn cucu
Anda boleh baca dengan lebih lanjut di blog Puan Ija Ramli di sini

Testimonial #2

Ini pula amalan kecantikan yang dipraktikkan oleh pelakon Ayu Raudhah

Testimonial #3

Masalah : menghidap diabetes sejak 14tahun yang lalu dengan bacaan 15.5
Penyelesaian : amalkan VIVIX Shaklee sejak 7bulan secara konsisten
Hasil : kadar gula dalam darah menurun kepada 4.8 dankini  bebas diabetis

"Kini saya dapat menikmati kehidupan saya dengan penuh gembira dan hebat, terima kasih VIVIX", ujar beliau.

Testimonial #4

Berikut pula adalah testimoni dari pengguna VIVIX di luar negara. Bagi mereka, VIVIX adalah satu revolusi kerana sebelum ini mereka memang mengamalkan pengambilan resveratrol melalui red wine, kerana mereka tahu akan kebaikannya, namun kandungan resveratrol di dalam VIVIX adalah 10 kali ganda berbanding 1 cawan red wine, dan jauh lebih murah dari red wine.


Testimonial #5

VIVIX juga bagus untuk perokok tegar. Ia membuatkan perokok terasa rokok itu sangat pahit seperti hempedu. Terus sahaja melupakan hajat untuk merokok dan akhirnya dapat berhenti merokok dengan sendirinya.

Daripada bakar duit dengan membeli rokok, kan bagus beli VIVIX. Kesihatan terjamin, duit pun selamat, hidup lebih bermakna dan bermanfaat.

 Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi sms/whatsapp di no 012-7169780