Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Isnin, Mac 19, 2012

Bersih Sudah...


Al-hamdulillah bersih sudah diriku dari bebenan hutang belajar dulu. Sudah 12 tahun habis belajar baru habis bayar ek....??? Lamankan....?? nak buat macam mana itu lah prosedurnya kena buat bayaran dalam tempoh 120 bulan untuk potongan gaji. Kalau nak pendekkan tempoh boleh jugak tapi bayar lebih lah. Aku dah start potong jgaji dari awal teruskan jelah sampai habis. Hutang mesti dilangsaikan. Pandai pinjam pandailah bayar kan???

Tapi itulah pelajar sekarang  ni belum habis belajar dah ada hutang yang menunggu. kalu tak habis belajar... pun tetap ada hutang yang menunggu. Tu belum masuk hutang kereta, hutang rumah dan bermacam2 hutang lagi...Kesian..... itu lah keadaan kehidupan sekarang.

Dan bagi diriku, Al-hamdulillah sudah selesai semuanya. Sepatutnya dari bulan satu hari tu lagi dah terlebih bayar tapi terlupa nak hantar surat mintak stopkan potongan gaji sampai masuk gaji bulan 2 baru buat pemberhentian potongan gaji. Untuk bulan 3 ni insyallah duit tu boleh digunakan untuk simpan... hah... SIMPAN??? biar betul...... hehehe (kut lom sempat simpan dah ada rancangan nak beli benda lain) atau topup modal untuk beli SHAKLEE (kalau yang ni lagi baguskan....?)

Tengah berangan...

agak-agaknya banyak tak beza gaji baru yang baru diumumkan tu ek...???. Denagna kenaikan gaji sebanyak 13% x RM@ad524 + KGT = RM*&%d?? berapa lah agaknye.... nanti lah nak cuba buat pengiraan sendiri... (kalau rajin la... atau tunggu je). Tapi macam nak asah bakat pengiraan dan pemahaman jugak... huhuhu.....


Khamis, Mac 08, 2012

Separuh Hari Sendirian Di Rumah

Rasanyalah kan... kalau dapat sehari lagi saya duk rumah sorang2 rasanya habis kerja saya buat siap mengemas dari dalam rumah sampai luar rumah rasanya..... huhuhu penat sesangat. Semalam sehari memang sengaja ambil cuti tapi pagi tu anak2 hantar taska. Sebabnya saja nak rehat2. Bukan rehat2 goyang kaki ye... tapi dengan erti kata lain rehat2 keluarkan peluh....sampai menjejeh-jejeh peluhnya. Lagi pun minggu depan pelajar dah start exam dan jadinya jangan harap boleh mintak cuti dan lepas exam tu banyak benda nak kene selesaikan. jadi aku pintas dulu cuti awal tapi sehari je....

Pagi lepas hantar anak balik rumah terus aku pulung wat kerja. Start atas rumah dulu dengan 6M (Menyisih, Menyusun, Menyapu, Mengelap, Mencuci dan Menyidai). tapi nak Mengemop satu lagi tak sempat lak.... dah selesai dalam kul 10 terus keluar rumah. Sesi mengeluarkan peluh pun bermula. Ambil gunting besar terus aku potong lalang yang kejap je meninggi  kat laman rumah tu. Nasib baik tak semua tempat lalang ni tumbuh cuma kat bahagian2 tertentu je... Terus potong n potong... peh...... memang penat.... baru terpikir macam mana lah orang yang kerjanya sehari2 duk tengah panas terik matahari buat kerja macam tu k... insaf kejap. Tapi tak sempat habis pun aku potong tapi boleh la setakat pandangan mata hatiku ini.... Lepas tu ambil cangkul bersihkan sikit pokok serai wangi yang dah tak terbela tu... Hari minggu tu abg dah buang separuh. Tapi tu masih ada lagi nak kene wat sikit2 hujung minggu ni la agaknya. Tapi kene buat sendiri lah sebab abg dah start kelas.

Pukul  12 t/hari masuk rumah hilangkan panas sekejap terus bersihkan badan. Walaupun penat tak lupa tunaikan tanggungawab perah susu untuk stok Nurin.... Al-hamdulillah. Lepas tu  terus bergegas masak  pulak. Kut abang balik nak makan. Al-hamdulillah dalam kul 1.30 dah siap. Lepas zohor terus ambil Adeeb dengan Nurin. dah kerjanya pun terbatas. jadi cuma dapat lipat kain je lah sambil main2 dengan dia orang tu. Al-hamdulillah walaupun penat tapi rasa happy sangat dapat buat apa yang nak buat. Takde apa pun cuma buat kerja harian kat rumah je tapi rasa lapang, tak stress, tak serabut.... huhuhu...

Petang dalam cuba pulak wat apam dot-dot... senang je rupanya buat apam ni.... hehehe... dah lama google resipi apam ni tapi lom beli barang2nya. Semalam pergi beli tu terus buat dengan semangatnya. Dan hasilnya tak mengecewakan cuma boleh di tambah baik untuk masa kan datang...


Apam dot-dot... (resipi update kemudian)