Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Rabu, September 30, 2009

Lagi-lagi Gambar Raya...

Susah betulah nak ambil gambar budak ni ramai-ramai. Time yang ni duk diam yang tu pulak pusing lain. Ambil ajelah apa yang sempat.

Nadhirah dengan Alia

Penat panggil Ainul suruh tengok kamera tak pusing-pusing jugak

Bagus lah Arif....
Last-last dapat juga ambil gambar berempat tapi Nadhirah pulak kurang nampak mukanya duk kat belakang.

Gambar Raya Lagi

Koleksi gambar-gambar kat rumah Chik nga ayah

Maisarah tengah siap-siap nak balik Kedah

Adeeb dengan Naufal (Anak sepupu Adeeb lah kiranya yek...) Sama baya aje Adeeb keluar seminggu sebelum raya Naufal lak seminggu selepas raya. Tapi lom boleh jalan lagi. Badannya jauh lebih besar dari Adeeb

Naufal dengan mami dia...

Cicik Chek yang kembar. Aku nengok macam sama aje...yelah baru nengok tak boleh nak bezakan lagi. Namanya pun aku lupa lak Aidil sorang, sorang lagi apatah...


Gambar-Gambar Sepanjang Raya

Tak banyak pun tak sempatnya nak ambil. Kalau ada masa pun terlupa pulak.. Biasalah aku kan... Apa-apa pun masuk ajelah apa yanga ada untuk kenangan.

Gambar-gambar dihari raya kedua kat rumah mek.









Selasa, September 29, 2009

Gitu Gini Raya

Adeeb, nak jugak makan kuih raya walaupun gigi cuma sebatang.

Ainul tengah makan apa tah...

Nadhirah

Raya tahun ni malam raya di rumah Chek lu. Makanan untuk pagi raya tu Check masak Nasi Dagang. Lauknya ayam kampung dengan ikan tongkol. Rumah mek pun nasi dangang jugak lauk ayam bandar, ikan tongkol dan udang galah. Tapi tak sempat pun nak makan udang tu.. dah habis. Aku Cuma makan sikit aje nasi dagang masa sarapan di pagi raya tu…yang chek buat. Dekat pukul 1 t/hari kami pergi rumah mek plak untuk beraya. Sampai kat sana kejap sampai saudara mara penuh rumah. Lepas tu samapi Abg Yee, Abg Asri/Kojek dan Azmi bersama keluarga masing-masing.

Anak-anak mek cuma 2 orang aje lagi tak masuk dalam gambar. Termasuk 2 anak sedara bersama family masing2


Dekat pukul 4 ptg tu kami ramai-ramai nak konvoi pergi rumah Tok Ge dekat Pasir Putih. Tapi aku nak singgah umah chek lu nak mandi, nak ambil susu anak dan sebagainya lah. Mek naik kereta aku. Lepas asar tu kami nak bertolak, anak-anak semua tidur jadi abang pergi nak ambil toto dekat dalam bilik kecik. Tapi malang tak berbau nasib abang tak baik dipetang raya tu abang terpijak anak ular dalam sebesar ibu jari dan kakinya tergigit. Jadi terpaksalah hajat nak pergi rumah To Ge dibatalkan sebab abang pergi kecemasan kena tahan kat wad untuk pantau takul bisa ular dah masuk dalam badan. Kesian abang terpakasa beraya dalam wad sorang-sorang.

Aku lak mintak kebenaran abang untuk balik umah mek sebab kalau kat sana Ainul dengan Nadhirah tu boleh mak sedara mereka tolong jagakan. Lagi pun Adeeb tak nak ditinggalkan.Biasalah dia kat rumah pun macam tu… Nadhirah dengan Ainul bangun tidur tu asyik tanya ayahnya je pergi mana sebab ye tak tengok masa ayahnya kene gigit ular tu. Kejap-kejap tanya ayah pergi mana. Kesian.

Sedih jugak sebab aku tak dapat nak pergi melawat abang kat hospital. Bukan tak nak pergi tapi memikirkan macam mana aku nak meninggalkan budak-budak tu kat rumah mek nak pergi sorang-sorang. Dah lah tak nak tidur, kalau tidur pun buatnya mereka bangun aku belum balik lagi mesti menangis dia. Nak dibawa takut nanti mengamuk nak ikut ayahnya pulak. Serba salah dibuatnya. Tak taulah kalau abang terasa hati dengan aku sebab tak pergi melawat dia. Ada isteri tapi tak datang melawat.

Petang raya kedua tu baru abang boleh keluar. Itu pun ye call umah chek mintak keluarga belah sana tolong ambilkan kat hospital. Aku tau abang keluar tu pun sebab aku tepon abang kalau aku tak tepon agaknya tak diberitahu keluar pukul berapa. Dalam pukul 7 lebih baru abang datang rumah mek. Itu pun selepas berapa kali aku telepon sebab kesian anak-anak bising duk menanya bila ayah nak datang sini tak kasi ditutup pintu menunggu ayahnya… Apapun Alhamdulillah sebab abang tak apa-apa.


Isnin, September 28, 2009

Uji Kepantasan

Kamu mencapai 139 markah, jadi kamu berada di posisi 10748 dari 18784 dalam senarai kedudukan

Kamu menaip 211 aksara seminit
you mendapat 29 perkataan betul dan
kamu mendapat 4 perkataan salah


29 perkataan

Speed test


Jauh Perjalanan, Penemua Baru .....

Rasanya tak pernah lagi perjalanan balik kampung atau balik Johor balik memakan masa sampai 13 jam di perjalanan (+ berhenti sholat dengan makan la...) biasanya paling lama pun 10 jam je.. Biasa lah banyak kereta kat jalan. Kami bertolak dari rumah mek pukul 9 pagi lagi, turun pergi rumah chek nga ayah. sampai situ chek tengah bungkus ketupat palas dan separuhnya dah direbus kat atas dapur. Chek suruh tunggu ketupat masak lu. Jadi kami pun tunggu lah. Lebih kurang pukul 10.30 tu baru masak jadi kami pun bertolak. Belum tu singgah Shell lu isi minyak. (Memang lebih kilometer lah dengan shell ni...)

Kalau biasa kami lalu jalan luar, tapi kali ni sebab nengok keretanya banyak je menghala ke Kuala Terengganu jadi kami pun ambil keputusan lalu jalan pantai dari Kampung Raja terus ke Kuala Terengganu. Dah lama aku tak lalu jalan situ, dah banyak perubahan yang berlaku. Masa aku tingkatan 4 dan 5 lu selalu lalu situ sebab nak pergi asrama kat Mengambang Teliput tu... Seronok lalu situ sebab dapat cuci mata nengok pantainya cantik. Kami tak singgah pun sebab panas lagi pun masih jauh perjalanan kami.... Singgah beli air kelapa je... sedap betul air kelapanya tambah lagi dengan cuaca yang panas membahang tu...


Gambar ambil dari dalam kereta pantai dekat Setiu. Cantik pantainya

Semasa dalam perjalanan tu ada kami jumpa 3 kemalangan yang berlaku. Pertama dekat atas jambatan Sultan Mahmud (Dekat Masjid Kristal tu.. 3 ke 4 buah kereta yang terlibat. Alhamdulillah takde yang cedera. Gambar tak sempat nak ambil. kedua dekat dengan Paka, Kemaman. Kereta waja terbakar. Rasanya takde yang cedera kut sebab nengok macam tuannya yang duduk kat luar kereta tu. Masa nampak tu lum terbakar lagi. Bila samapai dekat baru nampak api mula nak marak dekat bahagian enjinnya. bomba tak sampai lagi. Yelah kiranya dari situ nak ke Kemaman tu jauh lagi tambah dengan jalan banyak kereta. Kami dah jauh tu baru nampak bomba 2 buah lalu menghala ke sana.


Kereta waja terbakar. Susah nak ambil sebab tengah pegang Adeeb. lagipun kereta dari Dungun nak ke Kemaman semua ikut jalan tepi sebelah lagi sebab takut tiba-tiba je kereta yang terbakar tu meletup.

Tak jauh dari situ ada lagi sebuah yang terbabas agaknya. Habis bahagian depannya, mengantuk agaknya sebab waktu petang dengan cuaca yang panas lak tu...


Al-hamdulillah perjalanan kami selamat. Kadang-kadang walau pun kita dah berhati-hati bawak kereta sebab orang lain pun kita ada risiko untuk terkena kan.

Kami berhenti makan tengahari pun dah nak malam dah dekat pukul 7. Saje je sebab nak makan tempat yang sedap tu... dekat Cerating.Inilah penemuan baru tu... Malam masa nak balik kampung ari tu pun kami berhenti kat situ jugak sebab nak buka makan nasi. Masa time buka tu kat dalam kereta belum masuk Muazam Shah lagi. Cuma minum air je.. Masa malam tu aku order nasi goreng pataya dan abang lak makan nasi goreng kerabu tak silap. Satu lagi mintak sup cendawan. memang sedap. Tu masa nak balik Johor tu sanggup tahan lapar semata-mata nak makan kat situ jugak. Sampai je kedai tu kami tempah Tom Yam, abang nak sup ekor, nasi putih telur dadar dan ayam masak kunyit. Sampai Ainul dengan Nadhirah makan banyak. Memang sedap lah. Lain kali nak berenti kat sini lagilah. Tukang masaknya siap keluar lagi nengok kita makan ok ke tak. Memang layanan pun baguslah.


Memang tuannya pun dari sana jugak...





Selasa, September 15, 2009

Napa Pulak Ni...

Macam mana ni... nak raya beberapa hari lagi,. Esok lak dah nak jalan jauh balik beraya kat kampung halaman ku tercinta. Tapikan badan aku ni rasa bisa semacam aje... seram sejuk pun ada. Adeeb tak yah cakap lah, dah rasa macam dedah je.. badan dia. Semalam tengahari dah pergi urut kat rumah kakak dekat taman aku tu, tapi malam tadi meragam lagi menangis. Dah tak tau nak pujuk macam mana. Kesian nengok dia nangis sampai kul 12 malam tak tidur lagi. Abang lak dah demam jugak tu, tadi pergi PKU doktor kasi MC. MC duk kat opis aje lah kut... Aku tadi doktor cuma bagi ubat sakit tekat, tahan sakit dan vitamin c. Tapi macam mana nak makan..... aku puasa...... nak tak nak tunggulah nanti malam aku makan.

Malam ni aku nak kemas baju masuk dalam beg. Esok hantar anak-anak ke taska, jadi aku kat rumah sorang-sorang bolehlah mengemas rumah dan buat apa yang patut. Bila balik sini nanti lepas raya tak delah penat sangat, nengok rumah dah kemas. Cuma penat badan kerana perjalanan aje lah. Abang lak masih kerja sebab ada kelas lagi. Perancangan setakat ni macam tu lah... Harap-harap macam tu lah

Cuti Raya + Kenangan Lampau


Seronoknya... ari ni last aku kerja dan esok aku dah start cuti-cuti beraya...... aku ambil cuti 6 hari dari 16 - 18 Sept. 2009 (sebelum raya) dan sambung lagi 23 - 25 Sept. 2009 (selepas raya). Jadi bila di +,-,x dan di /, makanya dapatlah 10 hari aku bercuti. Tak termasuk perjalanan dan satu hari untuk berehat + mengemas kat rumah bila balik nanti.

Setakat ni rancangan untuk sepanjang cuti raya tu... biasalah akan pergi beraya kedua-dua rumah family aku dan abang. Start malam raya tahun ni kat rumah abang. Sebab tahun lepas sepatutnya kat rumah abang tapi aku bersalin jadinya tahun ni kene gantilah. Tak kisah lah mana-mana sebab rumah kami berdua dekat aje lebih kurang 20km je.. Kalau dari sini jumpa rumah aku dulu pastu pekan Jerteh dan jumpa rumah abang. Tapi time raya ni walaupun dekat je... ia akan memakan masa yang lama sebab jalannya jem oooo... boleh makan dengan roti atas kereta tu... Biasanya kami akan pergi rumah Tok Gi dekat Pasir Putih. Dan hari raya yang lain-lain tu akan bergantung kepada keadaan dan permintaan family kamilah. Tapi aku dah cuppp.. nga abang ari jumaat lepas raya 25hb tu aku nak pergi rumah kawan aku dekat Kg. Gong Manak dekat Pasir Putih. Ada kenduri kahwin, kawan aku tu lah yang kahwin. Ni geng-geng aku duk rumah sewa masa belajar dulu. Sekarang ni ye mengajar dekat Sabah bah...

Semua geng-geng rumah sewa aku jadi cikgu... hehehe.. aku sorang je tak kut... setakat aku taulah. Mie cikgu kat MRSM Kuala Berang sebelum ni kat MRSM Besut je.., Azizah cikgu MRSM Kuala Krai, Zura cikgu kat JB, Cik Ta sekarang tengah KPLI kat Negori 9, Laili cikgu kat Besut kut... sebelum ni ye duk Perak, Zu tak pasti kat mana, Ida aku tak tau berita dia tengah wat apa sekarang, Mazira pun aku tak tau. Dia orang jadi cikgu sebab masa belajarnya ambil Geografi, Sejarah, Pengajian Melayu. Aku lak ambil lain yang tak mungkin aku diterima untuk jadi cikgu.

Geng belajar aku lak 4 orang je... kami sentiasa bersama kemana saja berkaitan dengan belajar. Zira aku rasa ye tak kerja kut ikut suaminya mengajar kat sabah. Tapi tak tau lah sekarang ni, Eja aku tak de khabar berita lost contact dan alah sorang ni aku dah lupa lak namanya... apa yek... ingat mukanya terbayang-bayang namanya tapi tak dapat nak tangkap. Ye orang Jerantuk. Ok...ok.. aku dah ingat namanya Mizah. seingat aku last kami contact masa sebelum ye pergi Sabah. Ye dapat kerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat (Sebenarnya ini lah bidang sebenarnya aku belajar lu, Pentadbiran dan Keadilan Sosial" ye lebih kepada khidmat masyarakat, social welfare, rezeki masing2 kan...kan...) Lepas tu kami tak berhubung lagi sebab phone aku hilang masa tu jadi nombornya semua aku tak de.. Sedih tau.... Ops... terkenang masa lalu lak... kan aku tengah cita pasal cuti raya... oklah sambung balik pasai raya.

Balik sini balik biasanya kami akan balik sehari sebelum naik kerja. Yelah bolehlah duk berehat-rehat hilangkan penat dan mengemas apa yang patut kan. Insyallah semoga perjalanan kami dalam lindungan Nya dan selamat sampai kedestinasinya.

Isnin, September 14, 2009

Happy Hour..

Aksi Nadhirah, Ainul dan Adeeb tengah main kolam kat rumah.











Selamat Hari Lahir Pertama Adeeb

Al-hamdulillah semalam 23 Ramadhan genaplah umur Adeeb 1 tahun dalam bulan islam. Perkembangan Adeeb sekarang setakat ni ye dah boleh jalan lah time rajin lah. Bila time sebaliknya merangkak aje... Lepastu dah pandai ajuk-ajuk aksi kita buat. Macam ari tu aku geleng-geleng kan kepala sebab nengok ye main lasak sangat denga kakaknya. Nengok dia ikut geleng jugak lepas tu ketawa-ketawa. Kalau dapat kerusi tu suka sangatlah dia sebab boleh main tolak dibuat macam kereta tu...

Apa-apa Adeeb, ibu dan ayah doakan semoga Adeeb membesar dalam keadaan sihat dan berada dibawah lindungan Allah hendaknya, menjadi anak yang baik dan pandai, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan. Insyallah.


Jumaat, September 11, 2009

Khamis, September 10, 2009

Sebelum dan Selepas

Sebelum

Dan...
...
....
.....

Selepas


Semalam petang pergi potongkan rambut Adeeb yang dah panjang tu...(bagi lelaki lah. Kalu perempuan lom panjang lagi...). Kesian kan dekat dia, asyik tergaru-garu kat kepala sampai tidur malam pun nangis. Sampai merah-merah kulit kepala digarunya. Bila ditengok, patutlah banyak biji-biji gatal kat kepala dia. Kesan dari peluh masa dia tidur agaknya.

Lepas dah potong tunampak mukanya macam budak dah besar lak. Hilang cute muka baby tapi nampak hancem lah Adeeb.... Rambut baru sempena raya dan nak masuk umur setahun. Masa nak potong rambut kat kedai tu pun, bukan main susah lagi nangis siap bergilir-gilir lagi ibu dengan ayah dokong. Potong tak berapa kemas pun tak pelah janji rambutnya pendek. Bila rambut pendek tu nengok kepalanya macam besar lak.. Adeeb... Adeeb...