Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Isnin, Januari 24, 2011

Fakta Menarik Berkaitan Baby...


16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

•Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan


•Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

•Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

•Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

•Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

•Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

•Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

•Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

•Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

•Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

•Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

•Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

•Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

•Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

•Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

•Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Dipetik dari internet untuk perkongsian bersama.



Isnin, Januari 10, 2011

Kesian Ainul.....

Pagi semalam


petang tu tengok makin membengkak sebab ye rasa gatal agaknya ditenyeh2nya matanya tu...

Hari ni muka Ainul still lagi bengkak terutama dekat matanya. Kesian pergi sekolah tadi cikgunya terkejut tengok matanya yang bengkak dan merah tu... Pesan jugak dekat cikgu mintak tolong kasikan ubat . Kalau ibu dengan ayah yang kasi macam alasan yang dia bagi. Kejap nak makan dengan ayah le.. kejap nak makan dengan ibu la... nak kuning dulu la... macam2.

Adeeb plak al-hamdulillah kene juga sengat dua tempat atas hudungnya tapi bila di letak minyak gamat dah ok. Cuma bangun tidur semalam je tengok bengkak sikit. Hari ni dah ok. Ainul je makin bengkak tengok dekat matanya tu.....

Kami pun tak perasan ada sarang binatang penyengat kat bawah meja batu kat luar tu... Padahal pagi sabtu tu aku duk basuh kasut anak2 dekat kerusi tu je... tapi tak plak diserang. Mungkin budak tu tersentuh sarang nya kat bawah meja tu... Kami pun dah buang sarang penyengat tu dan aku dah tenyeh2 sarang tu supaya hancur. Kesian Ainul meraung2 masa kene sengat tu... mesti sakit sangat. Banyak tempat lak tu kene. Tempat yang sempat sapau minyak gamat tak lah membengkak sangat cuma tu la kat mata tu tak perasan lak terkene dengan bibirnya. Bila ye tidur baru tengok bibirnya membengkak macam kene benda panas. Tai bila disapu minyak gamat al-hamdulillah ok plak yang tu...


Bibirnya membengkak macam melepuh...

sarang penyengat tu sebelum aku musnahkan.... Ada anak2 ye kat dalam tu...

Binatang penyengatnya yang tengah nyawa2 ikan kene spray dengan ayahnya...

Dalam sakit-sakit tu sempat lagi bangun tidur hari ahad tu cakap suruh tukar mata baru... Tanya dia nak tukar dengan sape....?? Ainul nak pakai mata lembu ke...?? ketawa dia.... sabor je lah....

Jumaat, Januari 07, 2011

Doa Pelindung

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.




Kelebihan beramal dengan doa ini... Insyallah,

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t.Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali..




Khamis, Januari 06, 2011

Imaginasi Anak-Anak Ku....

Kehidupan anak-anak seharian dipenuhi dengan imaginasi mereka yang tersendiri. Ini berlaku ekoran terpengaruh dengan pemerhatian mereka dengan melihat kartun, didikan yang diberikan dan pengaruh kawan2. Jadi kita sebagai ibu bapa harus bijak dalam menangani perkembangan anak2 agar ia tidak dipengaruhi dengan unsur-unsur negetif. Insyallah peringatan untuk diri sendiri.

Semalam petang bali sekolah macam biasa aku akan bertanyakan si Ainul tu belajar apa dekat sekolah. Selamba je ye cakap tak lajar pun..... makan nasi je..... Sabor je lah.... Tapi bila kita tanya ada baca A...B...C tak ye cakap ada. Maknanya ye masih belum faham apa itu perkataan belajar kan.... Tak pelah minggu pertama persekolahan. Cikgu pun tak tekankan sangat lagi budak2. Cuma ye latih budak2 untuk bergaul dan menyesuaikan diri mereka je baru.

Balik tu tengok dalam beg sekolah dia ada satu lukisan. Terus tanya dia sapa yang buat. Dia cakap dia yang buat. Aku tanya la ni gambar apa...?? ye cakap mickey mouse... minie... dan tu rumah.... terus kami berdua puji wau... cantiknya... pandai Ainul buat... Tengok sebelah belakangnya ada lagi yang dia lukis... tanya lak ni apa...?? Ye cakap bunga dan rama-rama... ok lah ada rupa la..... Agaknya cikgu suruh lukis apa2 agaknya tu ye lukis mickey mouse tu... sebab memang semua benda dia nak gambar mickey mouse. Kebetulan plak pencil box dia pun gambar mickey mouse. Jom tengok hasil kreatif si Ainul....



Lukisan pertama Ainul.

Nadhirah dulu lukisan pertama dia ada simpan lepas tu dah tak ingat dah letak dekat mana. Tapi ingat la apa yang dilukiskannya. Ye lukis gambar family ada ayah, ibu, dia dan Ainul. Masa tu Adeeb lom ada lagi... Bentuk orangnya kotak-kotak je. Lebih kurang yang aku derafkan dekat bawah ni.... Yang kelakornya buat gambar ayahnya siap ada janggut tu...

Gini lah lebih kurangnya....

Adeeb lak sekarang ni sukakan Ben sepuluh... pantang tengok benda yang gambar ben 10 ye nak termasuk yang dalam katalog pun ye mintak kita guntingkan. Bila ditanya macam mana ben 10 terus ye tepuk atas tangan dia macam ben 10 buat tu.... Baju pun asyik nak pakai yang ben 10 tu je... pandai tu pergi cari sendiri. Kalau dah ambil yang tu usah dipujuk lah pakai yang lain tak makan saman dia....


Ni  baju basahan waktu siang... tapi apakan daya asyik nak baju tu je... kasi yang lain tak nak. Malam pun belasah je pakai....



Rabu, Januari 05, 2011

Proses Penyesuaian....



Proses penyesuaian apa lak ni....??? Macam berat je bunyi tajuknya kan...??. Sebenarnya tak ada apa2 pun.... cuma aku sekarang ni dalam proses nak menyesuaikan diri dengan keadaan. Ye... keadaan anak dah masuk sekolah rendah dan Ainul pulak dah masuk tadika.

Dalam tempoh 3 hari pertama ni memang aku masih lagi rasa terkejar2 nak menguruskan anak2 dipagi hari walaupun semuanya sudah disiapkan waktu malam. Hari pertama ok lah sebab aku cuti hari tu... hari kedua aku tertidur dulu awalnya dan bangun wat kerja dalam kul 10 lebih. Penat punya pasal. Maklumlah dengan keadaan diri sekarang yang memboyot. Rasa tegang semua urat2 betis rasanya. Hari ketiga pun penat jugak tapi saja gagahkan diri siapkan semua kerja rumah, persiapan untuk anak sekolah esok dan termasuk lipat kain yang terbengkalai 2, 3 hari tu.... Terima kasih abang kerana banyak membantu... jasa mung kukenang hingga ke hujung nyawa ku.... Tu pun dekat kul 12 gak baru dapat tidur...



Hari ni kul 6 lagi aku dah kejutkan anak2 suruh bangun dan kasi susu dulu. Ainul bagus terus bangun je... tapi awas jangan salah langkah kalau tak radio buruknya akan kedengaran yang satu taman boleh dengar... Nadhirah yang liat sikit nak bangunnya. Kakak...kakak....membuatkan kesabaran ibu yang setipis kulit bawang ini sentiasa hilang..... Mudah2an Allah memberikan aku kesabaran yang tinggi dalam menguruskannya.

Kalau ikutkan kul 7 tepat tu kami dah kene keluar rumah sebab Nadhirah sekolah agama start kul 7.15 pagi sampai kul 8.45 pagi...., tapi..... masih belum berjaya lagi setakat ini. Kami keluar rumah pun dah dekat kul 7.10 gitu. Nasib baik sekolah dekat je dengan rumah. Hari ni jugak kami cuba untuk letakkan Nadhirah dirumah seorang je... mudah2an dia boleh la kut sebelum kami mencari orang kat taman tu untuk transit dia dalam 3 jam je..... Nak hantar dekat taska macam tak berbaloi je.... lain lah kalau caj yang dikenakan itu termasuk dia ajar Nadhirah buat kerja sekolah dan ada ngaji. Tak pelah mudah2an Allah mempermudahkan urusan kami. Insyallah. Nanti kul 12.13 dah nak pergi sekolah rendah plak. Kejap je tu...


Untuk seminggu pertama ni cikgu mintak pakaikan baju sukan je dulu. Minggu depan baru start pakai baju sekolah. Seluarnya aku belum jahitkan skit tu... terlabuh sikt.

Lepas hantar Nadhirah sekolah, hantar Ainul lak dekat sekolah dia... Ainul, so far... ok je tengok pergi sekolah. Hari2 balik kalau tanya belajar tak... ye cakap tak lajar la...(masih lagi pelat....) main2 je.... Tapi kalau kita tanya ada baca 1..2...3 atau A..B...C ke..., cakap ada baca lak... sabor jelah... sekolah Ainul start kul 8 sampai kul 12 suku dan petang ye still kat situ jugak sampai kul 5.30 lebih baru ambil.


Bakal seorang Tahfiz. Insyallah mudah2an dipermudahkan

Lepas selesai uruskan Ainul, hantar Adeeb lak dekat taska yang lama. Nasib baik dia ok je walaupun kakak2nya tak duduk sekali denngan dia... Al-hamdulillah. Mak cik yang jaga tu cakap semua orang diam je sebab kene buli dengan Adeeb... Apalah Adeeb ni tak padan dengan kecik je tu.... suka buli orang.



Selesai hantar Adeeb baru boleh pergi kerja. Nasib baik lah semuanya satu jalan dan sekolah dengan taska tu kat satu area je... senang lah skit kerjanya. Tapi macam mana yek kalau abang kene pergi mana2 tinggal aku sorang nak uruskan semua tu.... adus... tak pelah tak nak pikir lagi. Boleh gitu ek...

Petang lak balik kerja dalam kul 5.15 petang terus ambil Adeeb, Ainul dan tunggu sekali ambil Nadhirah yang balik kul 6.05 petang kecuali ari Isnin. Itu lah rutin harian kami setakat ini.....