Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...
Selasa, Jun 30, 2009
Rambut Baru Ainul n Nadhirah

Taska Ilham Kasih
Pendaftaran Pelajar Baru UTHM

Jumaat, Jun 26, 2009
Jatuh Lagi...
Persiapan Pendaftaran Pelajar Baru
Sambung balik tentang cite ubah susun atur tadi... aku larang bos tarik meja tapi ye tarik gak.. yelah... ye baru keluar wad petang semalam nanti tetibe je jatuh kat situ.. sapa nak jawab... tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku.. selamat.., takut wehhh... lagipun ye cakap tak apa-apa...
Alah... aku dah taip banyak... luahkan perasaan hatiku kat sini tapi tetibe je ilang... malas lah nak menaip lagi.... post je lah apa yang ada ni...

Khamis, Jun 25, 2009
Macam Upin dan Ipin
Selasa, Jun 23, 2009
Jahit Manik Lagik...
Isnin, Jun 22, 2009
Majlis Perasmian Community Policing Skim Rondaa Sukarela (SRS) dan Mesyuarat Agong Taman Wira Jaya

Jumaat, Jun 19, 2009
Happy Father's Day
Barang Lama
Tapikan... pada tahun lepas tak silapnya... aku dengar sata taklimat berkaitan dengan perkhidmatan ni... mereka ada cakap kalau kita ambil cuti lebih dari apa yang diperuntukan untuk kita ia akan memberi kesan kepada GCR yang kita kumpul dan pembayaran yang akan dibuat pada masa kita pencen nanti... Jadi untuk tak beri kesan pada masa pencen nanti aku perlu buat bayaran sebanyak jumlah gaji aku sehari... Jika makin lambat aku buat maka makin banyak lah aku kene bayar sebab setiap tahun gaji kita bertambahkan... Aku pun persoalkan lah benda ni... kenapa pulak aku kene bayar sedangkan benda tu bukan kesalahan aku atau saja-saja aku nak ambil cuti lebih...? Lainlah aku sengaja ambil cuti lebih... kalau nak potong gaji potong lah gaji orang yang maklumkan kelayakan cuti pada aku tu... betul tak..?
Maka, aku pun takut jugak lah kan bila benda ni akan beri kesan kepada kita masa pencen nanti... kalau aku umur panjang lagi masa tu... mungkin aku tahu sebab musabab perkara ni kan tapi jika ditakdirkan aku sebaliknya...waris warah aku yang akan dapat benda tu... mana tahu akan hal ni... Aku pun call lah balik bahagian perkhidmatan bertanyakan hal ini... tapi kan nak tahu mereka cakap apa... tak lah kelayakan cuti akak memang 8 hari untuk tahun 2001 tu... Aku pun balaslah balik... habis dalam TCIS tu napa 7 hari je... dan ada tanda -1 lagi... Pastu dia orang kira balik dan cakap memang betul aku layak 8 hari lak... pastu mereka betulkan terus dalam TCIS aku...
Cuba kita pikir lah yek... macam mana dia orang kira ye benda tu sedangkan formatnya sama je... aku pun tau kira benda tu... tapi jawapan yang diberikan berubah-ubah.... Kalau lah aku tak semak cuti aku tu semula rasanya sampai kesudah benda tu akan salah je... kan??
Oleh itu... kepada anda semua...sila lah semak cuti anda tu... dekat TCIS atau dekat fail cuti ke... Benda ni walau pun simple tapi kesannya pada masa akan datang besar tau... Aku punya dah ok dah... tapi nak kene sentiasa semak gak...

Selasa, Jun 16, 2009
Pantai Bukit Kluang
Bukaan main lagi Nadhirah nga Ainul berenang dalam air yang bertakung atas batu tu...
Isnin, Jun 15, 2009
Rentetan Cuti-Cuti balik Kampung
Hari Pertama (Selasa)
Hari Kedua (Rabu)
Hari Ketiga (Khamis)
Hari Keempat (Jumaat)
Perjalanan Balik ke Johor (Sabtu)
Kami sampai rumah malam tu Al-hamdulillah dalam keadaans elamat dalam pukul 9.30 malam. memang penat betul lah. Esoknya aku pulun cuci kain sampai empat kali mesin. Tu kain yang kat dalam beg belum keluarkan lagi.
"Mood or Moody"
Ari ni aku baru naik kerja setelah 4 hari bercuti balik kampung. Penat tu... biasa lah masih lagi ada sisa-sisanya. Biasalah ari ni mood nak kerja tu masih belumd atang lagi. jadik aku cuma belek-belek surat yang ada kat atas meja je dan buat kerja-kerja yang tak memerlukan aku menumpukan perhatian yang serius. Lagi pun kat opis ari ni sunyi betul.. tak de orang. Unit Intake semua tak de dia orang pergi meeting intake. Apa pulak aku kaitkan Unit Intake dengan suasana pejabat yang sunyi..? nak tau kenapa..?? tentu ada sebabnya kan.... Sebenarnya orang unit intake ni lah yang memeriahkan suasana pejabat aku ni... hehehe... betul tak Gee... Bukan aku cakap aku tak suka dia orang dan suasana bising tau... Aku cakap mereka meriahkan suasana. Aku pun kalau ada dia orang join gak baut bising kalau dah ngantuk duk sorang-sorang kat bilik tu...
Masa aku cuti ari tu dia orang dah pergi beli kain untuk buat baju yang sedondong masa Majlis Anugerah Niab Canselor nanti. Pink calour.... ok lah, regenya aku tak tau lagi berapa sebab Pooja cakap bendaharinya lom ada lagi. Baju sedondong aku yang untuk intake nanti aku dah jahit manik. Bukan aku lah yang jahit semuanya tapi hasil tangan aku dan Atie n Mira. Aku gunakan kuasa veto aku kat adik-adik aku ni suruh dia orang jahitkan manik untuk aku. Hahaha.. kebetulan masa aku balik ari tu Atie balik gak, aku tak lepas peluang la suruh ye jahit tapi aku cakap tak siap tak pe... nanti aku sambung cuma dia bagikan contoh je. Lepas dia balik Aku suruh Mira lak yang sambung. Ada lah lagi sikit aku kene sudahkan sendiri la...
Aku tengok dia masukkan benang dengan jarum yang kecil tu senang je... aku sampai kesudah tak mendatangkan hasil. Hmapeh betul lah... Mungkin satu sebabnya aku ni bercermin mata kut...?? hehehe saje menyedapkan hati.... Nanti aku nak bercerita tentang balik kampung ari tu.. hehehe saje je... sebab tak tau nak update apa benarnya.

Ahad, Jun 07, 2009
Balik Kampung yayeh....
Masa nak mohon cuti ari tu bos biasanya ye akan tanya lu dah siap semua kerja... maksudnya kerja-kerja yang memerlukan tindakan segera atau kerja untuk program-program yang terdekat yang akan dilaksanakan. Tapi ari jumaat ari tu ye takde tanya lak. Hehehe... sebab masa tu moodnya dalam keadaan baik kut.... Lagi pun ye tahu aku lepas bengkel PA ni cuma akan uruskan tentang pendaftaran pelajar baru je... mesyuaratnya aku dah buat cuma nak setting tempat dan lantikan petugas je... lagi pun aku bukan cuti lama pun 4 ari je... senin depan aku dah naik dan ada masa 2 minggu lagi nak siapkan pendaftaran pelajar dan ujian penempatan BI untuk pelajar baru. Itu pun sekiranya aku masih kekal dengan unit aku sekarang ni....
Ok lah sebenarnya tengah menunggu budak2 bangun tidur ni nak pergi Rengit jalan rumah Suria. Janji nak pergi lepas zohor tapi semua budak-budak tidur kene tunggu dia orang bangun dulu laa... Ari tu aku janji nak pergi 12hb. ni sebab dia jemput nak buat akikah anak dia tapi aku balik kampung lak. Sebab dah janji nak pergi aku ganti lah pergi ari ni. Lagi pun dah lama kami tak jumpa.

Isnin, Jun 01, 2009
Jahit Manik
Kalau korang jadi aku lah... apa perasaannya jika ada orang merosakkan kerja yang korang buat..?? mesti rasa geram... nak marah... boleh dikatakan semuanya negetif lah kan..kan..??. Tu lah malam tadik.. aku ingat nak sambung jahit manik yang belum siap lagi tu... satu lengan aku dah siap jahit, satu lengan lagi aku baru buat dalam suku gitu. Ada ke patut bibik aku tu pergi potong benang yang aku nak jahitkan manik tu... dah la tak disimpulkannya kat hujung tu.. hiii... tak kan benda tu tak boleh pikir yek... apa daa... Pastu aku kene lah bukak semula dalam dua tiga yang ku dah jahit tu sebab nak simpul benang tu... Geram tu memang ada.. normallah aku ni manusia biasa je... Apa-apa pun yang penting baju aku tu dah siap dijahit maniknya.
