Penat panggil Ainul suruh tengok kamera tak pusing-pusing jugak
Bagus lah Arif....
Last-last dapat juga ambil gambar berempat tapi Nadhirah pulak kurang nampak mukanya duk kat belakang.
Penat panggil Ainul suruh tengok kamera tak pusing-pusing jugak
Bagus lah Arif....
Last-last dapat juga ambil gambar berempat tapi Nadhirah pulak kurang nampak mukanya duk kat belakang.
Kalau biasa kami lalu jalan luar, tapi kali ni sebab nengok keretanya banyak je menghala ke Kuala Terengganu jadi kami pun ambil keputusan lalu jalan pantai dari Kampung Raja terus ke Kuala Terengganu. Dah lama aku tak lalu jalan situ, dah banyak perubahan yang berlaku. Masa aku tingkatan 4 dan 5 lu selalu lalu situ sebab nak pergi asrama kat Mengambang Teliput tu... Seronok lalu situ sebab dapat cuci mata nengok pantainya cantik. Kami tak singgah pun sebab panas lagi pun masih jauh perjalanan kami.... Singgah beli air kelapa je... sedap betul air kelapanya tambah lagi dengan cuaca yang panas membahang tu...
Gambar ambil dari dalam kereta pantai dekat Setiu. Cantik pantainya
Semasa dalam perjalanan tu ada kami jumpa 3 kemalangan yang berlaku. Pertama dekat atas jambatan Sultan Mahmud (Dekat Masjid Kristal tu.. 3 ke 4 buah kereta yang terlibat. Alhamdulillah takde yang cedera. Gambar tak sempat nak ambil. kedua dekat dengan Paka, Kemaman. Kereta waja terbakar. Rasanya takde yang cedera kut sebab nengok macam tuannya yang duduk kat luar kereta tu. Masa nampak tu lum terbakar lagi. Bila samapai dekat baru nampak api mula nak marak dekat bahagian enjinnya. bomba tak sampai lagi. Yelah kiranya dari situ nak ke Kemaman tu jauh lagi tambah dengan jalan banyak kereta. Kami dah jauh tu baru nampak bomba 2 buah lalu menghala ke sana.
Kereta waja terbakar. Susah nak ambil sebab tengah pegang Adeeb. lagipun kereta dari Dungun nak ke Kemaman semua ikut jalan tepi sebelah lagi sebab takut tiba-tiba je kereta yang terbakar tu meletup.
Tak jauh dari situ ada lagi sebuah yang terbabas agaknya. Habis bahagian depannya, mengantuk agaknya sebab waktu petang dengan cuaca yang panas lak tu...
Al-hamdulillah perjalanan kami selamat. Kadang-kadang walau pun kita dah berhati-hati bawak kereta sebab orang lain pun kita ada risiko untuk terkena kan.
Kami berhenti makan tengahari pun dah nak malam dah dekat pukul 7. Saje je sebab nak makan tempat yang sedap tu... dekat Cerating.Inilah penemuan baru tu... Malam masa nak balik kampung ari tu pun kami berhenti kat situ jugak sebab nak buka makan nasi. Masa time buka tu kat dalam kereta belum masuk Muazam Shah lagi. Cuma minum air je.. Masa malam tu aku order nasi goreng pataya dan abang lak makan nasi goreng kerabu tak silap. Satu lagi mintak sup cendawan. memang sedap. Tu masa nak balik Johor tu sanggup tahan lapar semata-mata nak makan kat situ jugak. Sampai je kedai tu kami tempah Tom Yam, abang nak sup ekor, nasi putih telur dadar dan ayam masak kunyit. Sampai Ainul dengan Nadhirah makan banyak. Memang sedap lah. Lain kali nak berenti kat sini lagilah. Tukang masaknya siap keluar lagi nengok kita makan ok ke tak. Memang layanan pun baguslah.
Memang tuannya pun dari sana jugak...
Seronoknya... ari ni last aku kerja dan esok aku dah start cuti-cuti beraya...... aku ambil cuti 6 hari dari 16 - 18 Sept. 2009 (sebelum raya) dan sambung lagi 23 - 25 Sept. 2009 (selepas raya). Jadi bila di +,-,x dan di /, makanya dapatlah 10 hari aku bercuti. Tak termasuk perjalanan dan satu hari untuk berehat + mengemas kat rumah bila balik nanti.
Setakat ni rancangan untuk sepanjang cuti raya tu... biasalah akan pergi beraya kedua-dua rumah family aku dan abang. Start malam raya tahun ni kat rumah abang. Sebab tahun lepas sepatutnya kat rumah abang tapi aku bersalin jadinya tahun ni kene gantilah. Tak kisah lah mana-mana sebab rumah kami berdua dekat aje lebih kurang 20km je.. Kalau dari sini jumpa rumah aku dulu pastu pekan Jerteh dan jumpa rumah abang. Tapi time raya ni walaupun dekat je... ia akan memakan masa yang lama sebab jalannya jem oooo... boleh makan dengan roti atas kereta tu... Biasanya kami akan pergi rumah Tok Gi dekat Pasir Putih. Dan hari raya yang lain-lain tu akan bergantung kepada keadaan dan permintaan family kamilah. Tapi aku dah cuppp.. nga abang ari jumaat lepas raya 25hb tu aku nak pergi rumah kawan aku dekat Kg. Gong Manak dekat Pasir Putih. Ada kenduri kahwin, kawan aku tu lah yang kahwin. Ni geng-geng aku duk rumah sewa masa belajar dulu. Sekarang ni ye mengajar dekat Sabah bah...
Semua geng-geng rumah sewa aku jadi cikgu... hehehe.. aku sorang je tak kut... setakat aku taulah. Mie cikgu kat MRSM Kuala Berang sebelum ni kat MRSM Besut je.., Azizah cikgu MRSM Kuala Krai, Zura cikgu kat JB, Cik Ta sekarang tengah KPLI kat Negori 9, Laili cikgu kat Besut kut... sebelum ni ye duk Perak, Zu tak pasti kat mana, Ida aku tak tau berita dia tengah wat apa sekarang, Mazira pun aku tak tau. Dia orang jadi cikgu sebab masa belajarnya ambil Geografi, Sejarah, Pengajian Melayu. Aku lak ambil lain yang tak mungkin aku diterima untuk jadi cikgu.
Geng belajar aku lak 4 orang je... kami sentiasa bersama kemana saja berkaitan dengan belajar. Zira aku rasa ye tak kerja kut ikut suaminya mengajar kat sabah. Tapi tak tau lah sekarang ni, Eja aku tak de khabar berita lost contact dan alah sorang ni aku dah lupa lak namanya... apa yek... ingat mukanya terbayang-bayang namanya tapi tak dapat nak tangkap. Ye orang Jerantuk. Ok...ok.. aku dah ingat namanya Mizah. seingat aku last kami contact masa sebelum ye pergi Sabah. Ye dapat kerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat (Sebenarnya ini lah bidang sebenarnya aku belajar lu, Pentadbiran dan Keadilan Sosial" ye lebih kepada khidmat masyarakat, social welfare, rezeki masing2 kan...kan...) Lepas tu kami tak berhubung lagi sebab phone aku hilang masa tu jadi nombornya semua aku tak de.. Sedih tau.... Ops... terkenang masa lalu lak... kan aku tengah cita pasal cuti raya... oklah sambung balik pasai raya.
Balik sini balik biasanya kami akan balik sehari sebelum naik kerja. Yelah bolehlah duk berehat-rehat hilangkan penat dan mengemas apa yang patut kan. Insyallah semoga perjalanan kami dalam lindungan Nya dan selamat sampai kedestinasinya.