Senang je tekan Ctri + C dari blog yang aku senaraikan tu... pastu Ctrl + V kat ruang catatan baru kat blog aku. Benda yang baik untuk dikongsi bersama tak salahkan.... Mudah-mudahan dari kejadian itu memberi kita satu kesedaran dan keinsafan kerana setiap apa yang berlaku itu adalah suatu peringatan dari Yang Maha Esa. Subhanallah...
Kisah bulan pada malam 30 Sept 2009Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat maupun tersurat. Tak dapat kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan. Meh K.Nor cerita dari awal ya.. duk diam2 dan baca betul2.. semua ni bukan rekaan mana2 penerbit. Semuanya benar, sikit pun tak direka oleh penerbit atau pun pengarah dan tak ada kena mengena dgn yg masih hidup maupun yg dah arwah. Lebih kurang pukul 10.15 mlm sister sulong K.Nor call no rumah dan cik abg K.Nor yg angkat sbb K.Nor dah masuk bilik nak beradu. Sister K.Nor kata cuba turun bawah (kawasan parking) dan lihat bulan yg agak pelik. Seperti bulan di kelilingi pelangi. Mulanya K.Nor males dah nak turun( dlm hati kata, takkan la malam2buta ada pelangi), dah siap nak naik atas katil pun (syyhhh.. jgn pikir benda lain ya.. ) tp bila pikirkan mungkin lain kali dah tak berpeluang nak tengok, lebih baik turun. So lepas tukar pakaian yg lebih sesuai, K.Nor turun ler. Cik Abg dah turun dah, dgn gadget dia tp dia naik balik sbb kena amik tongkat utk gadget dia tu. Kalau tak pakai tongkat gambar jd blurr.
Bila turun, tengok2 sister dan anak2 dia dan 2 org anak jiran turut ada sama. Bila K.Nor mendongak ke langit.. Subhanallah… takjubnya rasa. Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu. Masa tu cik abg duk atas rumah, duk cari tripod utk kamera dia. Terkedu dan kelu bila melihat, bulan di langit dgn cahaya pelangi mengelilinginya dan sebutir bintang yg bersinar terang. Mulut tak henti mengucapkan Subahanallah… Dan dalam hati terdetik, apa yg Allah nak tunjuk di sebalik semua ni.. K.Nor call adik ipar di KL, dia pun nampak gak tp tak nampak cahaya pelangi tu. Cuma nampak cahaya bulat terang jer mengelilingi bulan.
Makin lama, cahaya pelangi makin pudar/blurr tp sempat Cik Abg snap 4 - 5 keping gambar. Ternampak awan berada di dalam bulatan pelangi tu tp tak jelas bentuknya. Bulatan pelangi tu pun nampak cam makin membesar/makin luas dan dah tak sharp lagi kaler dia. Memang jelas bentuk kaler pelangi tu, dgn kaler merah duk lingkaran sebelah dalam, kuning di tengah2 sket dan hijau kebiruan menghala keluar dr lingkaran. Subhanallah…Kemudian makin ramai anak2 jiran turun dan ada dua tiga org jiran yg dewasa pun turun. Bila K.Nor tengok balik gambar yg Cik Abg shoot, terkejut rasanya sbb awan tu membentuk kalimah Allah yg tak la sharp/jelas sgt. Bila suami dan Aisyah tengok dia org pun kata mmg betul cam kalimah Allah. K.Nor panggil sister K.Nor dan yg lain2 utk tengok sama, mmg dia org pun kata cam kalimah Allah. SUBHANALLAH…. SUBHANALLAH… SUBHANALLAH…
Ni kali ke 3 K.Nor diberi kesempatan oleh Allah utk melihat sendiri kebesaran NYA. Dulu dgn biji buah peach dan akar kayu yg juga tertera kalimah Allah. Nanti la sedikit masa lagi K.Nor akan tunjukkan, insyaallah… Ni semua betul tau, K.Nor pernah post kat forum MyR dan gambar2 tu sikit pun tak K.Nor edit. Dan biji buah peach tu masih dlm simpanan K.Nor.
Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun.. fayakun…. Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi malam ni ya.. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka.. amiiin……


Ini pun senang je copy and paste je dari blog lain.
Waktu Gempa Di Padang Indonesia
Subhanallah.
Sesungguhnya semua kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Jika kita lihat waktu terjadinya gempabumi di Padang Indonesia adalah dicatatan waktu kejadian bahawa gempa pertama terjadi pada pukul 17.16 dan gempa susulan terjadi pada pukul 17.58.
Saudara, marilah sejenak kita lihat dalam Al Qur’an Surah
Al Israa’. Jam menunjukkan nama surat, dan minit menunjukkan ayat. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Waktu gempa pertama (QS. 17:16) dan waktu gempa susulan (QS. 17:58).
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
Marilah kita renungkan pesan Illahi tersebut. Mengapa Padang? kita yakin, mereka para korban baik yang meninggal maupun keluarga yang ditinggalkan adalah pihak-pihak yang dipilih Allah. Mereka adalah orang-orang yang kuat, tabah dan sabar. Allah tidak akan menimpakan cubaan melebihi kemampuan umat-Nya.
Sumber : Eramuslim
Renung-renungkan lah