Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, April 30, 2009

"On Call"

Apa fungsi "On Call" yek...?

Rasanya tak salah semalam aku pergi Pusat Kesihatan Pt. R*** dan buat "On Call". Pada akulah On Call kita boleh buat bila kita ada kecemasan. Dah ada pun tulis di papan kenyataan pejabat tu sekiranya ada kecemasan sila hubungi sekian sekian kan, kan... abg kan? Tapi semalamkan macam dapat rasakan mood org yang datang kerana On Call tu tak berapa nak elok kan..

Kalau rasa benda tu terbeban rasanya baik tak yak buat On Call la macam tu. Siap cakap lagi kenapa datang sekarang tak datang masa awal2 tadi. Rasa nak je jawab kalau dah dapat tau Adeeb tu berak-berak n muntah banyak kali macam tu dah tentu kami datang awal lagi tapi bukan akan pergi kesitu pun... mestilah kami pergi ke panel kami. Tapi aku masih boleh control lagi mood aku lah sebab nak mintak tolong dia punya pasal aku diam kan aje... Dah takde dah moto mereka 7S (Senyum, sentuh, sapa ntah lagi tak ingat....) tapi yang pastinya salah satu tu senyum la... ni tak datang dengan muka masam je sebab kene bangun tidur. Tapikan On Call kan dibayar gaji mahal lagi upahnya tu.. apa masalahnya? datanglah dengan wajah yang senyum sikit. Mungkin masa nak bertugas masam la muka tapi bila dah dapat bayaran tu manis la mukanya tu...

Itu la... kalau kami tahu kecemasan kat situ tak ada yang still kat situ tak kan kami nak pergi situ... baik kami pergi Pusat Kesihatan Universiti buat On Call kat situ rasa lebih baik lagi layanannya. Apa-apa pun harapnya kecemasan seperti itu tidak berulang lagi untuk masa kan datang. Sekiranya adapun... pastinya kami tidak akan kesitu...

p/s : Kesian Adeeb kene cucuk dua kali untuk ambil darah. Cucuk kali pertama tak kene uratnya kali kedua baru dapat. Kakitangan klinik yang pegang pun pusing kat lain masa Adeeb kena ambil darah, ini kan pula aku ibunya yang pegang dan tengok dia meronta-ronta lagi sedih... Moga Adeeb sihat dan kembali ceria hendaknya. Amin.

Isnin, April 27, 2009

Hari Minggu Yang Memenatkan

Tu la... dah satu bulan hari minggu foya-foya tak banyak buat kerja. Bukan tak buat kerja langsung tapi banyak ditolong oleh bibik. Tetiba je minggu ni semua benda nak kene buat sendiri tanpa ditolong dengan sesiapa nga kerenah anak-anak ditambah pulak abe tak ada ari sabtu tu... fuh... meme aku rasa penat betul... Adeeb lak tak nak duduk bawah asyik nak dokong je... kalau didokong duduk diam tak pe.. ni tak.. dikeraskan badanya. Ditidurkan pun tak nak. Adalah tidur sekejap atas riba tapi tak sampai pun setengah jam. Kita nak letak bawah je terus bangun. malah lagi lincah dia main. Nadhirah nga Ainul lak lompat sana lompat sini kejap2 dengar nagis... gaduh.. waduh2 waduh... tercabar tul lah kesabaranku... nak buat camne... di larang pun buat sakit tekak je... bukak kan kartun pun tak jalan.. Biasanya budak dua orang ni ye bising2 bukak kan kartun duk lah diam sikit kat depan tv tu... Walauapapun kalian jangan la kecik ati nga ibu n ayah bila dimarah ye... bukan marah benci tapi marah sebab sayang la...

Apa Anda Rasa..?

Apa yang anda rasa bila orang yang jaga anak anda disyaki ada penyakit H**. Biasa...? Terkejut...? Takut...?. Apa yang anda rasa itulah sayng saya rasa... semua ada lah...hingga nak duduk kat opis pun rasa tak tenteram. Perasaan ini bertambahlah ngeri bila doktor cakap ye bukan saja boleh berjangkit bila kedua-dua pihak terluka yang nampak keluar darahnya tu... tapi boleh juga berjangkit bila dia luka yang tak nampak... ye.. luak yang tak nampak... maknanya kulitnya cuma terguris sikit dan hanya mengeluarkan air bisa walaupun sikit. Walaupun tak nampak dengan mata kasar tapi ye boleh merebakkan kumannya itu... Lagi lah takut sebab masa tu tangan Adeeb terluka dan terkena jangkitan kuman. nak buat macam mana budak dah boleh gerak kesana kemari, tangannya semua benda dia nak pegang lepas tu masukkan kat mulut... pantang terjumpa kertas.

Itulah makanya aku ambil kata sepakat dengan abe hantar je semula bibik tu pulang. Tak kisahlah bibik anggap ye tak pernah sakit tapi aku tak nak ambil risiko. Maka hari jumaat tu aku terpaksa ambil cuti dan hantar bibik ke ejen semula. Nak buat macam mana... dah tak boleh nak buat apa2. Ari ni abe pergi JB untuk batalkan pas lawatan kerjanya. Pak aji (ejen) cakap nak ganti semula. Mudah2an dapatnya orang yang betul-betul nak kerja macam bibik yang ku hantar tu... Tu lah orang nya baik tapi entahlah. Kesian aku tengok dia asyik nagis je... Walau apapun kerja nya dengan aku selama satu bulan tu... aku nga abe akan bayar. Mudah2an memang betul ye beranggapan darah tu bukan dia punya... tapi kalau betul darah tu dia punya... kesian yek... bukan disebabkan dia, dia kene sakit tu... mungkin dari suaminya yek..

Selasa, April 21, 2009

Gelagat Anak2

Penghibur kami..

Nadhirah 'n' Ainul. Amboi2 bangganya dapat buat macam tu yeek!

Adeeb.. tengah wat apa tuu...

Dah Nak Masuk Bulan Mei..?

Sekejap je.. yek dah nak masuk bulan Mei. Rasa baru je 1 januari ari tu... Duk kat opis nidah mula terasa bahana kesibukannya... sekarang ni untuk 3 minggu ni dah sibuk nga students final exam. Tapi ni bukan kerja unit aku la... cuma aku ni jadi penyibuk jee. Tapi ramai laa pulak student mintak surat pengesahan pelajar nak cepat lak tu.... Lepas ni kerja dah makin banyak laa... nak buat bengkel lagi untuk staf akademik sebelum student baru masuk, nak uruskan program pendaftaran pelajar baru lagi.., nak uruskan exam EPT (P for Placement, P for Proficiency)dan yang last sekali nak buat Majlis Anugerah Naib Canselor. Aduh... dalam masa yang dekat-dekat pulak tu... stressnye... kalau fikirkan semua tuu.. tapi apakan daya itulah hakikatnya kerja kan..kan..?

Esok nak pergi kursus Kecerdasan Emosi (EQ) dalam Pengurusan Stress. Boleh lah kut nanti nak kawal stress aku masa dalam bulan mei hingga ogos nanti. Kalau dah agak2 tak boleh nak control tu.. kene cepat2 kluar dari bilik tu... takut nanti ada yang terkejut tetiba je ada orang menjerit... Harap dijauhkan. Amin.

Isnin, April 20, 2009

Penyambut Tetamu Cilit



Bila teringat telatah anak-anak tersenyum sesorang yek. Seronok kan? Kalau pergi kerja rasanya cepat je nak balik umah. Nak jumpa dengan anak-anak nak main dengan mereka. Tengok telatak mereka terlompat-lompat bila tengok kita balik.... seronok sangaaat... Apa lagi bila ada penyambut tetamu cilik ni... Ainul hobi dia agaknya. Memang tak sah kalau setiap kali nak pergi kerja dan balik kerja dia tak duduk kat depan pintu. Tukang lambai dan tukang tutup pintu. Kelakar tengok gelagat dia dengan bahasa pelatnye tu...

"Ibu nga ayah engi enja yek...!"


" Alam... ieum..."


" Babai ibu.... babai ayah..." (diulang2 selagi kereta kag gerak)


Jumaat, April 17, 2009

Al-Fatihah

Sedihnye baca tentang kematian 3 beranak yang rentong dalam kereta kancil tu... Al-Fatihah untuk Allahyarhamah dan dua anaknya. Semoga dicucuri rahmat hendaknya. Amin.

Walaupun kita dah berhati-hati bawak kereta, kemungkinan kemalangan akan berlaku juga disebabkan oleh pihak lain.Ini yang menyebabkan aku makin cuak je nak bawak kereta ni... Abe bawak keta sentiasa hati-hati yek... Almaklumlah kita kan selalu buat perjalan jauh. Duk atas kereta selama lebih kurang 10 jam dengan jarak lebih kurang 500km lebih tu.. banyak kemungkinan boleh berlaku. Apa-apa pun semoga perjalanan kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Amin.Sama-samalah kita doakan semoga selamat sampai, Insyallah




Khamis, April 16, 2009

Exam PTK Lagi

Semalam dah lepas paper untuk PTK Khusus. Soalan nak kata susah tu tak lah jugak... tapi kalau dah tak terbaca untuk topik yang keluar tu nak buat macam mana... akulah yang kene keluar ye tak??? tapi tak lah sampai aku nak keluar awal... tiga soalan aku rasa ok lah boleh jawab tapi dua soalan lagi tu.. terutamanya bahagian kewangan tak boleh nak cakap le... Tak terjangkau dek akalku itu yang kan keluar. Aku rasa orang bahagian kewangan sendiri pun kalau ambil PTK Khusus semalam tak jawab jugak soalan tu... lainlah kalau sudah dibagitau satu soalan tentang laporan kewangan tahunan. mau aku baca laporan tu untuk bahagian kewangan je...

Tapi tak pelah... ini percubaan kali pertama aku ambil PTK untuk gred 41. target aku ari tu masa isi permohonan PTK pun bukan nak terus dapat Tahap 4 cuma nak berjinak-jinak dengan bentuk soalanye aje... Dah dapat gambaran nanti lain kali kalau ada lagi lah PTK ni.. boleh lah diagak-agak gitu...

Apa-apa pun... terima kasih ye abe.. kerana temankan pergi study kat opis pada hari sabtu dan ahad ari tu... Kalau nak harap nak baca kat umah jawabnye.... :-( . Kesian kat Nadhirah, Ainul dan Adeeb kene tinggal kat umah dengan bibik.

Isnin, April 13, 2009

Percubaan Nak Jadi Blogger

Saje nak belajar... kalau salah buat-buat tak tau je lah...

Exam PTK

Lega sikit dah lepas satu paper umum. Entah pepe je aku jawab tadi. Dah dibagi tip pun tak semsetinya kita boleh jawab kan?. Ari ni nak start baca untuk kertas khusus lak. Tak de tips ni... macam mana yeeek... nak baca semua mana sempat...