Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, Mei 28, 2009

Apa Yang Penting, Kerjasama...

Saje je letak tajuk tu... tapikan memang famous betullah ungkapan tu bukan aje dikalangan anak-anak kita tapi sesiapa ajelah. Besar betul pengaruh kartun Wonderpets tu yek..!. Ingat masa mula-mula Nadhirah nyayikan dulu "Apa yang penting, Kerjasama.... " aku terpikir apalah yang dinyayikan Nadhirah tu... cita apalah yang dia nengok... Lama-lama, Ooo... kartun Wonderpets rerupanye...

Benarnya aku bukan nak cita tentang kartun wonderpets tu... ungkapan tu sebenarnya aku nak tujukan kepada semua yang telah menolong aku angkatkan rak dan kotak-kotak yang ada kat bilik aku tu... terima kasih ye Mizi, Hairol 'n" Idah kerana menolong dalam proses kemas-mengemas bilik saya... Nantilah yek... orang cakap ada ubi ada batas, ada hari bolehku balas. Hehehe...



Dan, hasilnya bilik aku dari segini ....



dan segini...


Maka, jadilah segini...



dan, segini....


Ok lah tu kan... aku cuma mohon untuk buat rak dalam 6 kaki je... Bilik lain semuanya buat penuh sepanjang dinding. Aku tak nak sebab nanti kalau penuh nampak macam banyak sangat... tak pelah kan oang cakap lain padang lain belalangnya kan???

Bos dah tanye bila nak buat 5S ni..... tahun ni aku rasa tak de buat lagi ni... hehehe tak sempat lagilah bos.. nak kene buat yang lain lu... Berani aku jawab gitu... takdenye... kat sini aje aku jawab kat depan dia.. baik bos...

Selasa, Mei 26, 2009

We Have Been Married For 7 Years Today

Al-hamdulillah sedar tak sedar dah tujuh tahun aku kahwin. Rasa mcam baru je yek... Sebenarnya aku pun terlupa.... Bukan terlupa happy aniberseri aku tapi terlupa yang hari ini adalah 26 Mei 2009. Boleh gitu ek.!! (Pinjam delek orang Johor). Nasib baik tengah borak-borak lepas jaga tebiu sani Sarena cakap ari ni 26hb. Balik nanti nak mintak abang belanja lah.. hehehe... semalam kan dah gaji bang.. boleh tak?
Apa-apa pun semoga perkahwinan yang aku bina ini sentiasa dalam kereadaan Allah hendaknya. Dan kehidupan kami sekeluarga sentiasa dihiasi dengan kebahagian yang tak terhingga. sekiranya ada yang terasa dan terkasar bahasa itu anggaplah ia sebagai asam garam kehidupan berkeluarga.
I LOVE U ALL
~ NIK MOHD. ASRI BIN NIK ISMAIL ~
~ NIK NURDINI NADHIRAH ~
~ NIK AINUL MARDHIAH ~
~ NIK MUHAMMAD ADEEB ~

Isnin, Mei 25, 2009

Periksa PASTI dan "Self Confident"

Ari ni 25 Mei 2009 hingga 29 Mei 2009 ni nadhirah sekolah start kul 8.00 pagi sebab kene duduk periksa bagi budah 5 tahun. Macam manalah yek Nadhirah tu jawap periksa. Entahlah mintak-mintak ye tak main-main. Kalau kat rumah susahnya nak suruh ye belajar... nak kene pandai memujuk betullah. kalau nak harap dia buat sendiri jawabnya....Ari ni baru first time nak pergi sekolah awal, nak suruh mandi pun nangis tak nak... aduhh... kakak...kakak... Abang yang hantar Nadhirah pergi sekolah dan aku naik keta sendiri pergi kerja.

Rasakan, semenjak dua menjak aku kerap bawak keta ni bolehlah naiklah sikit self confident aku ni... tak lah takut-takut gitu. Kalau tak sebelum ni masa mula-mula nak bawak tu ... jantungnya rasa macam nak gugur. Sampai tempat dituju kene duduk dulu nak hilangkan nervous . Tapi kini tidak lagii....

Berkaitan dengan kereta ni, adalah satu cita melucukan yang tak boleh aku lupakan. Ni bukan kisah masa kereta wira dulu. Keta wira dulu kisah yang menakutkan aku... Kereta citra ni kisah yang melucukan. Adalah ari tu sebelum abang nak pergi JB uruskan FOMEMA. Sehari sebelum abang pergi tu ye ajarkan aku.. bukan ajarlah tapi memasihkan aku bawak kereta citra tu... aku bawak lah pergi kerja nga abang ada kat sebelah. seingat aku masa tu aku nak pergi beli makanan, singgah dekat kantin. Abang tak nak makan ye cakap nak pergi opis dia kejap. Abang turun aku pun turun lah selepas abang turun nak pergi tapau nasi. Selepas tutup pintu aku jalan dalam beberapa langkah aku pusing balik sambil tercengan... napa enjin keta aku bunyik lagik...???. Kompius aku... alamak...!!! kan aku yang bawak kereta... napa aku tak matikan enjin kereta... aku pun pusing kiri... pusing kanan... tengok tak de orang... kah..kah..kah.. aku gelak sorang macam mana aku boleh lupa nak matikan enjin kereta kan aku yang duduk dekat kerusi memandu bukannya abang. Boleh dengan selambanya nak tinggal kereta dengan tak matikan enjin. Aku tak tau lah kalau sampai aku balik tapau nasi baru aku perasan kereta tak matikan enjin pastu abang yang sampai lu... jawabnya dengar ceramah free lah agaknya bang yek... hehehe I'm sorryy...


Selasa, Mei 19, 2009

Gara-Gara Kabinet Baru

Petang semalam balik je kat bilik terkezuk betul aku tengok bilik aku dah jadi macam tongkang pecah... Pastu pasang kabinet tu bukan tempat yang sepatutnya pulak tu.. geram betul lah... bila pulak lah aku nak mengemasnya tu.... Tadi pagi pepagi lagi aku dah sampai kat opis sebab nak alihkan segala mak nenek aku kat atas rak yang lama tu supaya dorang boleh alihkan semula kabinet yang baru pasang tu ketepi macam perancangan awal. Yelah kalau ikut yang dia org dah buat tu... macam manalah nanti aku nak menggayakan susunan meja kerja dan komputer aku tu...

Bila nak kemas ye??? dari 18 Mei hingga 27 Mei ni aku kene jadi pembantu penemuduga untuk semak sijil dan kelayakan calon yang tebiu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari pagi sampai petang... Ari sabtu dan ahad pun kene bertugas. Tak tau lah tu macam mana... nak tak nak lepas tebiu tu datang opis lah kemas sikit-sikit. Kalau tak bila lagi..


Isnin, Mei 18, 2009

Hah... Darah???

Panik aku tak tau nak buat apa. Last-last cuma ambil tisu kekutkan kat kepala Ainul je... Tu lah kalau ibu larang tak nak dengar.. lari je... tengok apa dah jadi...

Kisahnya macam ni pagi sabtu ari tu abg dah siap mandikan Ainul nga Nadhirah, dia masuk kat bilik ambil apa tah... lupa masa tupun aku kat bilik gak tengah dokong Adeeb. Tetiba dengar suara Ainul nangis, abg terus keluar tengok apa ke hal la pulak budak dua org tu... tetiba je abg terus jerit suruh aku keluar cepat. Aku ingat apa rupa-rupanya Ya Allah.... macam mana boleh jadi macam ni..... tengok kat tangan Ainul dah penuh dengan darah sambil tekup kat kepala dia... Aku nga abg dah panik tak tau nak buat apa dah... Tanya nga Nadhirah apa yang berlaku ye cakap main berebuk bola pastu tolak Ainul kene kat meja tepi tu... Alahai apalah korang ni...
Aku tekup je dekat luka tu dengan tisu bagi darah berenti. Lagipun dah tak tau nak buat apa tengok darah banyak yang keluar. Darah dah kering aku suruh abg bersiap bawa pergi klinik. Takut jugak luka tu dalam ke apa kan?? Aku tak ikut sebab Adeeb dah nangis nak tidur. Kat klinik boleh ye main-main lagi nga kakaknya tu lari-lari... hi... tak serik betul lah budak-budak ni... Abg cakap samapai 5 org yang pegang Ai ul sebab dia meronta-ronta doktor tak boleh nak jahit. Kesian anak aku...
Nadhirah masa umur baya Ainul pun sama gak kene jahit jugak dekat dahi tu... main punya pasal... nak buat macam mana... Tulah budak-budak kalau kita larang pun bukan dia dengar buat sakit tekak je kan. Biarkan dia main. Walaupun perempuan lasaknya bukan main lagi. Ni yang lelaki tu tak tahu lah macam mana. Tengok gayanya macam ada potensi jugaklah ...

Wireless Network

Woww... ini dah kira bagus mangat ni... aku baru berangan nak daftar line internet kat umah aku. Tetiba je pagi sabtu ari tu abg bukak laptop nampak ada signal untuk wireless network yang Kolej Kediaman Melewar punya. Hehehe suke...suke..suke... benda ni dah lama tapi sebelum ni cuba masuk tak boleh signalnya slow jee... tapi tetiba je pagi tu abg cuba masuk laju gilos... Boleh lah aku update blog kat umah kalau macam tu. Hehehe.. untung jugak kan rumah sebelah dengan kolej kediaman ni. Mungkin pencawang wireless kat KKM dah di upgrade kut...


Jumaat, Mei 15, 2009

Dah Pandai Yek...

Biasanya pagi-pagi sebelum pergi kerja Ainul nga Nadhirah dah bangun. Tapi pagi tadi bangun minum susu tidur semula. Adeeb sorang je yang tak tidur. Nak tidur tapi sayang nak main. Masa nak pergi kerja tadi tengok Adeeb dah pandai babai-babai sambil sengih-sengih. Sukanye... rasa dari ari tu lagi ye dah pandai babai-babai tapi tak perasaan sangat sebab biasanye ada Ainul duk babai-babai sekali kat depan pintu tu. Biasanya Ainul akan mintak salam, cium dan cakap babai ibu... babai ayah... dan tolong tutup pintu. Seronoknya tengok telatah anak-anak yek..




Khamis, Mei 14, 2009

Angan-Angan Mek Jenin

Patutlah kan orang ambil upah untuk jahit manik kat baju tu mahal walau sikit je ye jahit. Nak tau cuba lah jahit sendiri. Baru kau tahu apa rasanya, manis... pahit...kelat..? Apa-apa je lah yek... Saje je aku nak belajar jahit sendiri manik kat baju aku. Maka dengan penuh berkobar-kobar dalam dua minggu lepas aku belilah manik-maniknya... Tapi apakan daya impian aku belum boleh jadi kenyataan maklumlah baru belajar nak buat.. aku terlupa lak ye kene pakai jarum halus. Aku tak beli lah. Maka seminggulah aku cuma simpan je manik tu kat dalam bekas atas lemari bilik tu..

Dan.. minggu lepas setelah aku tanya Atie ye cakap kene beli jarum no 12 untuk jahit manik, maka aku pun ajak lah abang pegi beli kat kedai. Baliknya aku simpan lu jarumnya belum start buat lagi. Orang cakap belum datang feel lagi nak buat. Maklumlah lah anak-anak perlu diutamakan. Kene tunggu Adeeb tidur lu.. Makanya semalam selepas tidurkan Adeeb aku dengan semangatnya mengambil bahan2nya dan bermulalah rintangan2nya.. bagi aku lah yang tak pandai ni.

Rintangan pertama :
Alahai napa lah lubang jarum ni kecik sangat..? eih.... susahnya aku nak masukkan benang dalam lubang ni. Sampai nak naik juling mata ku nih. berhempas pulas aku mencubanya dan akhirnya berjaya gak tapi tu cuma selembar je... Atie cakap nak lagi tahan masuk 2 lembar. Macam mana aku nak masukkan sampai 2? satu pun tercabar kesabaranku...
Rintangan kedua :
Alahai aku nak jahit corak macam mana ni...? Tak pe cuba jahit lu... Tapi lepas tu aku bukak semula sebab tak lawo... Tak pe... aku ambil contoh baju aku yang ada jahit manik... cuba lu... jangan mengalah begitu aje... Lawo ke tak lawo ke belakang kira.. ingat nak belajar je... Akhirnya percubaan aku berjaya gak. Hehehe walau tak lawo tak pelah...
Rintangan ketiga, empat dan seterusnya... adakah aku berjaya untuk masukkan lagi benang dalam lubang jarum tu... Sesiapa yang ada petua cara paling mudah nak masukkan benang dalam lubang jarum yang no 12 tu bagi tau lah yek... Nantilah bila aku dah siap jahit nanti aku ambil gambarnye letak kat sini sebagai kenangan itulah baju manik pertama yang aku jahit sendiri... hehehe (Ye ke boleh siap tu... bila lah tu yek...?)

Rabu, Mei 13, 2009

Masih Lagi Berkaitan Dengan Ibu..

Sebenarnya tak ada nak tulis apa-apa pun cuma... bila tengok gambar ni... mendatangkan keinsafan pulak. Bertapa takjubnya bila aku lihat gambar ni... Inilah rupa kita semua semasa berada dalam perut ibu kita. Allahhu Akbar... bertapa agungnya ciptaan Mu Ya Allah... Ampunkanlah hamba Mu ini....



Isnin, Mei 11, 2009

Amalan Mandi

Dipetik dari email. Untuk bacaan dan amalan kita semua.

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Meredakan Ketegangan

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Ahad, Mei 10, 2009

Mother's Day

Wishing you all happy Mother's Day










Untuk ibu dan ibu mertuaku.... semoga Allah sentiasa anugerahkan kepada kalian kesihatan yang sempurna dan sentiasa dalam kereadhaan Allah hendaknya. Tanpa kalian siapalah aku untuk bergelar seorang ibu....

Jumaat, Mei 08, 2009

Happy Besday....


Besday abang esok... tapi tak pelah kat sini aku wish ari ni lah...



Selamat Hari Lahir yang ke 38. Semoga abang dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki hendahnya. Amin..

Terimalah sebijik kek ni. Nak buat sendiri tak pandai hehehe... selalu kek tak menjadi. Apa-apa pun SELAMAT HARI LAHIR

Dah berapa Hari Tak Update

Dah berapa hari dah aku tak update blog ni. Maklumlah bulan-bulan sibuk aku sudah menjelma. banyak benda nak kene buat dalam satu masa. Semalam dah buat mesyuarat penyelarasan untuk pendaftaran pelajar baru yang akan mendaftar pada 28 Jun 2009 (Ahad) ni. Hari ni mesyuarat untuk pelaksanaan kursus penasihatan akademik bagi staf akademik pulak yang akan berlangsung pada 8 Jun ni... Nampak macam senang je kerja-kerja ni tapi banyak benda nak kene buat sebenarnya. Satu lagi kerja yang belum buat apa-apa persiapan pun... Ujian Penempatan bahasa Inggeris kepada pelajar baru. Tak pe... slow-slow buat kerja jangan stress... kan ari tu dah pergi kursus stress.

Lupa lak nak cita masa pergi kursus stress ari tu... seronok... memang rasa hilang stress sebab masa tu malas nak pikir tentang kerja yang melambak kat opis. Cuma pikir nak releks je... Hari pertama tu ye baut ujian stress, memang kalau ikut hati akan rasa stress tapi bagi aku pikir benda tu untuk seronok... maka tak lah stress sangat. Apa taknya dalam pukul 2.30 petang tu penceramah bagi 13 batang paip PVC yang setiap satu panjangnya lebih kurang 3 kaki dan dibagi penyambung serta tali rapia. Setiap kumpulan perlu sambung PVC dan dirikan tegak ke atas sampai tak jatuh kat tengah-tengah panas kat parking kereta bilik seminar FKEE. memang merah muka la tahan panas. dah dekat satu jam pun tak sempat nak abiskan PVC tu naik sampai 12 batang je paling banyak kumpulan aku boleh naik lepas tu tumbang. Cuba lagi... tumbang lagi... banyak kali juga lah cuba naikkan tapi tetap tak berjaya. Tambah lagi angin kuat masa tu.. nak buat macam mana. Apa-apa pun aku tak lah stress sangat masa tu.. boleh control lagi la.. beb.. Ada gak peserta yang kene ambil gambar candit.. macam-mcam ragam muka stressnya.. hahaha kak norley kena mabil gambar candit tengah duduk berlindung dari panas kat tepi keta.... nasib baik bukan keta dia, kalau keta dia dah masuk kat dalam agaknya. Hehehe jangan marah ye akak kalau baca.

Isnin, Mei 04, 2009

Rupanya...

Alahai... apalah aku ni anak kene campak pun tak tau... bukan tak tau tapi dah nurse kat Klinik Kesihatan Pt. R*** cakap ruam biasa je... aku nak buat macam mana. Dengar je lah walaupun hari berikutnya rasa pelik gak, napa ruam ni banyak sangat sampai 1 badan kene ruam. Panas sangat ke rumah kita bang...? Rupanya bila pergi klinik panel Doktor cakap naik campak..... Aduhh... kesian Adeeb. Alhamdulillah cirit birit Adeeb pun dah tak ada ari ni. Kalau tak baru je pakaikan pampers berak... tukar pakaikan pampers berak lagi... Boleh katakan dalam satu hari tu... 10 keping lebih. Lagi tak tidur beeeerak je... Tak tukarkan kesian melecet punggung. Tu pun habis merah punggungnya nangis dia bila nak basuh. Apa taknya kulit punggungnya merah macam kene lada. Apa tak sakit.... Mintak-mintak dah tak merah lagi la...

Campak pun Alhamdulillah dah licin balik dah muka nya. Kalau tak tengok muka comotnya.... Comot pun Adeeb tetap hencem kan???