Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Selasa, Ogos 25, 2009

Langkah Pertama... Adeeb

Malam tadi tengah tunggu sholat Isyak tu kat bilik nengok budak2 tu main2. Adeeb bukan main suka lagi. Yang Nadhirahnya melayan pulak Adeeb main, jadi apa lagi... riuh sekampung. Aku tak lepas peluang terus ambil kamera rakam video aksi Adeeb nga Nadhirah. Lepas tu Ainul baru join sebab sebelum tu kat depan ebi tengah minum susu. Nak masukkan kat sini hajat dihatinya tapi tak tau lah aku pandai ke tak nak masukkan video dari kamera tu kat sini. Nanti lah nak cuba. Tapi.... aku tak bawak kameranya ari ni... Jadinya tunggulah bila aku ada ilham nak belajar masukkan video dari kamera tu kat sini.

Nak tau sebab apa aku nak sangat masukkan video tu kat sini. Bukan nak tunjukkan kelasakan Nadhirah atau Adeeb tu bermain atau rumah ku yang serabut tu... tapi aku nak Abadikan video Adeeb baru dapat kaki. Semalam genap umurnya 11 bulan 1 hari aku tengok Adeeb dah banyak berjalan dan sudah menambahkan jarak perjalanannya dari 2 atau 3 langkah kepada berlangkah-langkah. (Betul ke ayat aku ni... alah lantak lah takde yang mengodit pun...). Yang kelakarnya meliuk-liuk badanya nak jatuh tapi tetap tak putus asa nak jalan tu...

Seronokkan dapat lihat perkembangan anak-anak. Pagi tadi kita orang bangun sahur Adeeb ikut sekali bangun sebab dalam kul 5 pagi tu aku dah mandikan Adeeb, kencing banyak sangat. Alang-alang duk dalam bilik air pastu tengok dia suka aje main air, apa lagi kan dah kena mandikan dengan ibu... tapi air panas lah... nyakyo (bahasa kelate) kesianlah nanti takut selsema lak. Pastu dalam kul 6.30 pagi baru tidur semula dan bangun semula dalam kul 7.30 masa nak pergi kerja tu.


Isnin, Ogos 24, 2009

Adeeb... Adeeb..!


Semalam 23 Ogos 2009 umur Adeeb dah masuk 11 bulan. Kejap je masa berlalu kan?. Perkembangan terbaru Adeeb, nengoknya Adeeb dah mula nak berjalan. Ya bangun, lepas tangan dan melangkah pelan-pelan 2 atau 3 langkah pastu jatuh dan gelak-gelak. Kalau dia tengok kita ada berhampiran dengan dia mulalah dia macam terkam dekat kita. Risau jugak takut tersungkur kat lantai tu baru lah...

Hari sabtu ari tu, aku kat dapur tengah buat apa tah dah lupa. Abang tak de kat rumah. Adeeb, Ainul nga Nadhirah tengah main-main kat luar depan TV tu. Lepas tu dengar Nadhirah jerit "Ibu... takut jatuh Adeeb". Aku tak pergi lagi tengok sebab tau biasanya Adeeb panjat kerusi kat depan tv tu.. Lepas tu Nadhirah jerit lagi suruh aku keluar. Risau gak kan, aku pun keluar lah nengok.

Masya Allah... nak tau Adeeb duduk kat mana....?? atas palang kerusi yang kita letak tangan tu... bertenggek kat situ. Dengan tangannya pegang dekat kulit sofa tempat sandar tu... Apa lah Adeeb2 pandai naik tapi tak pandai nak turun lah tu...

Kalu main pulak, mainan yang kakak2nya ambil semua dia nak ambil. Kalu tak dikasi menangis sampai merajuk2 lak tu... Bila kakak2nya tak nak layang dia main mulalah dia kacau kakak2nya. Tarik rambut lah... dikeronyok-keronyok la.., duk atas riba lah macam-macam lah. Saja dia... nak provoke orang.
Kalau nengok Adeeb main kereta lagi lah. Mulutnya moncong dan tersembur2 air liurnya sebab buat voom...voom...voom.... Kelakar betullah. Dah lah tidur tak nak... ma....in aje.. Ainul pun sama, suruh tidur tu cepat aje dia jawab tak nak...! nak engok ebi.... Nadhirah ok lah, tidur lah jugak...

Bubur Jagung N Ikan Percik Kelantan

Ye..ye..oio.. je aku semalam kasi resepi nak buat Kuih Butir Nangka, tapi lain pulak yang aku buat untuk buka semalam. Nak tau apa yang aku buat untuk pemanis mulut berbuka puasa...


Bubur Jagung. Gambar dari internet. Aku punya semalam terlupa nak ambil. Dah petang nak buke tu baru teringat tapi dah tak sempat.


Hehehe... Aku buatkan Bubur Jagung. Kebetulan selepas aku post entry resipi Kuih Butir Nangka semalam masuk dapur je abang tengah racip jagung. (Racip ke.. orang panggil??) Aku tanya nak buat apa..? Abang cakap nak suruh buat bubur jagung. La... tadi bukan cakap nak suruh buat Kuih Butir Nangka ke..??.

Jadinya, Kuih Butir Nangka tu lain kali lah buatnya... Bila tu...?? adakah hari bekerja atau tunggu hujung minggu ni..??

Untuk lauk lak aku masak Ikan Percik Kelantan.


Gambar pun aku ambil kat internet. Alasannya sama seperti di atas.




Ahad, Ogos 23, 2009

Kuih Biji Nangka

Ni bukan kuih butir Nangka aku punya. Aku ambik kat internet. Nanti bila aku punya dah masak aku ganti lah gambarnya.

Kalau bahasa kampung panggil kuih butir nangka je... Ni pun salah satu kuih kegemaran abang terutamanya dalam bulan puasa ni. Bulan tak puasa buat jugak kalau dah nak makan. Ingat ye.. bukan guna biji nangka tu ye untuk buat kuihnya. Nama je biji nangka tapi ye takde pun dimasukkan nangka. Kuih ni diberi nama biji nangka sebab masa kita gentel bulat-bulat tepung tu kita buatkan ye macam bentuk biji nangka je... ikut cakap mek lah sebab masa aku kecik-kecik tak lah kecik sangat aku pernah tanya mek bakpo namanya butir nangka. Nak membuatnya pun senang gak..

Bahan2nya:

Tepung pulut
gula melaka/nise
santan
halba
sedikit air kapur
air untuk menguli
daun pandan/pewarna hijau
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:

Uli tepung pulut + sedikit air kapur + pati daun pandan/pewarna hijau. Agak-agak dohnya tak melekat kat tangan tu ok lah. Panaskan air dalam periuk untuk rebus tepung nanti. Bila air dah panas, bulatkan doh tadi dengan dimasukkan sedikit gula melaka kat tengah-tengahnya. Ulang lah sampai habis doh tepung tadi. Sambil-sambil tu angkat lah biji nangka yang dah terapung kat dalam periuk tu. Angkat biji nangka tu rendam lu dalam air tak nak bagi melekat sementara kita masakkan kuahnya.

Untuk kuahnya, ambil santan, masukkan halba, garam dan gula secukupnya. Jangan manis sangat sebab dalam biji nangka tu dah ada gula melaka. Kacau hingga mendidih pastu masukkan biji nangka tadi. Dah selesai...

Untuk lauk lak ari ni dah ada menunya. Aku nak masak ikan percik. Bukan percik johor tau tapi percik kelantan le...

Resipi Puding Telur Gula Hangus

Kat Pt. Raja tak de pun kuih ni. Kat Kampung aku rega nya satu potong dalam RM2.00 kut.

Semalam petang aku masak kuih Puding Telur Gula Hangus. Kuih yang senang-senang je aku buat dan tak memakan masa yang lama. Jadi ari ni aku akan abadikan resipi kuih kegemaran abang kat blog aku ni disempena bulan puasa. Nanti senang lain kali nak buat tak yah susah-susah nak ingatkan bahannya.

Bahan2 yang diperlukan :

Telur 6 biji
Susu cair 1 tin/susu pekat + air agak-agak dalam satu tin susu cair
Gula yang telah dibuat gula hangus
Roti dalam 3 keping sekira nak letak rotilah

Cara2nya :

Gula hangus yang telah sejuk dimasukkan dalam loyang yang telah disapu sedikit planta/majerin. Tak nak kasi pudingnya melekat nanti. Ambil bekas lain pecahkan telur dan kacau/pukul telur sampai sebati. Tak payah sampai naik pun. Lepasti masukkan susu dan kacau sebati. Last sekali masukkan roti yang dicanai kecil2. Sambil2 kacau telur tadi panaskan pengukus lah biar airnya panas dulu sebelum kukus adunan puding. Bila semua dah campur masukkan adunan tadi dalam loyang yang dimasukkan gula hangus tu. Lepas tu kukuslah adunan tu hingga masak. Bila dah masak dan sejuk masukkan dalam peti sejuk supaya sedap dimakan. Rasanya pasti myam...myam..myam...


Sabtu, Ogos 22, 2009

Nak Masak Apa Yek..?

Hari ini hari pertama puasa, nak masak ape yek...??? Lauk yang ada kat peti sejuk cuma ikan bawal dengan udang aje. Dah tanya abang nak makan apa tapi tak dikasi jawapan pun soalan ku itu... ops... lupa yee kasi jawapan... nak suruh buat ikan bawal percik. Ada ke orang buat ikan bawal percik. Tak penah nengok dan makan pun...

Untuk makan sahur pagi tadi aku bangun masak lauk dalam kul 4.15 pagi. Sayur abang dah masak dalam kul 10 malam tu. Hehehe boleh gitu ek... bagi-bagi masak. Aku masak satu abang masak satu. Pastu aku goreng ikan jeruk yang beli dengan Pooja. Masyallah baunya satu rumah, pastu susah pulak tu nak menyahkan baunya. Dah pasang aroma terapi pun tak ilang-ilang jugak baunya. Aku rasakan baunya sampai dah melekat-lekat kat kain-kain yang ada dalam rumah aku.

Jiran-jiran sekeliling ku semuanya tak ada. Masing-masing orang dekat-dekat sini je.. jadi mereka balik kampung sambut puasa dengan keluarga yang ramai. Aku tak delah sampai nak balik kampung kan nak sambut puasa. Bukan tak nak balik tapi bila mmemikirkan perjalannya yang jauh tu... tak pelah kami balik raya je... ambil awal 2 hari sebelum raya nanti boleh lah satu hari berbuka rumah mek dan satu hari lagi berbuka rumah chik. Mesti seronokkan berbuka ramai-ramai kat kampung nanti.

Tahun lepas aku puasa kat kampung lama jugak. Ye lah aku balik kampung baru 15 hari puasa. Jadi yang 15 hari lagi tu kami puasa kat kampung. Suka sangat sebab boleh makan semua kuih-muih dan lauk pauh yang tak ada jual kat sini. Sampai abang boleh tanya nak makan apa lagi takut anak yang kluar nanti ngeces (bahasa jawa kut...) kalau bahasa aku air liur meleleh je... Yelah sebelum bersalin kene makan semua yang nak dimakan.

Nak pergi masak puding telur gula hangus lah. Kuih kegemaran abang. Suka betul dia kalau ada kuih tu...


Jumaat, Ogos 21, 2009

Ketibaan Bulan Penuh Keberkatan

Ya Allah semoga kami sekeluarga diberikan kesihatan yang sempurna dan permudahkan segala urusan supaya kami dapat menunaikan ibadah kepada Mu dengan sebaik-baiknya. Insyallah.

Untuk semua, diri saya dan bagi pihak keluarga saya ingin memohon maaf diatas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami sekeluarga sama ada secara sedar atau tidak. Semoga segala amal ibadah kita mendapat keberkatan dari Nya. Insyallah.

Sama-samalah kita meminta ampun dan maaf dari suami/isteri kita, kawan-kawan dan yang lebih penting ibu atau bapa kita sekiranya masih ada. Bagi ibu atau bapa yang sudah tiada sama-samalah kita panjatkan doa kepada Allah SWT semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang di readhi. Amin..
Al-Fatihah untuk arwah ayahku Allahyarham Said Bin Jaafar dan Allahyarhamah adik bongsuku Siti Fatimah Binti Said.

Pagi tadi ada email dari kak faizah ada attachment video ni. Terusik hati ini mendengarkan lagunya




Isnin, Ogos 17, 2009

Gigi Adeeb

Dah tumbuh gigi la.. Adeeb. Satu batang kat depan bahagian bawah tu... kira cepat lah tu... Nadhirah dengan Ainul dulu umur setahun baru tumbuh gigi lepas tu tumbuhnya macam arnab kat atas dulu. Kat sebelah yangd ah tumbuh tu pun macam dah kelihatan nak tumbuh lagi tu... Air mulutnya asyik meleleh je.. sakit agaknya...


Susah betul nak ambil gambar Adeeb tengah tayang giginya tu... Sibuk sekali nak pegang kamera.



Gelagat Anak-Anak

Pembantu setia ibu kat dapur. Tolong Kemas barang ibu yang dah dikemas




Telatah anak-anak di taman permainan


Adeeb kejap je main leaps tu mengamuk.. ntah tak kene apa tah nangis merajuk dengan ibu yek...





Nadhirah dengan Ainul siap nyayi lagu buai laju-laju lagi lepas tu dah tak paham apa butir lagunya...


Kalian Adalah Penghibur Kepada Ibu dan Ayah...


Manik...Hasil Tangan Sendiri


Ni aku jahit yang simple je... jahit beriring tak nakmanya. Ingat nanti nak tambah lagi jahit maniknya yang kain corak tu. Maniknya dah ada tapi lom start je lagi.

Ni baju sedondong semasa Majlis Anugerah Naib Canselor sebelum konvo ari tu.



Baju ni ari tu aku cuma jahit maniknya aje pastu saje je tambahkan bunga kat atasnya.

Agak-agaknya lah kan...boleh jugak lah kalau aku nak cari duit raya lebih dengan menjahit manik kat baju ni kan..?. Tapi ada ke yang nak menempahnya dengan aku ni... kelakarnya.. ketawa pada diri sendiri kah4x. Tak de maknanya kan mesti orang yang nak mintak aku jahitkan manik tu pikir banyak-banyak kali. Ye lah dengan coraknya ntah apa-apa je... Apa lah aku ni...

Apa-apa pun aku memang berpuas hati dengan hasil kerja tangan aku sendiri. Tak keluarkan modal yang banyak cuma perlu korbankan sedikit masa rehat aku je... Memang pun aku korbankan masa rehat aku sebab aku jahit manik tu kat opis time rehat aku dari pukul 1 sampai kul 1.45 petang. Kenapa tak sampai kul 2 petang..?? sebab nya 15 minit lagi tu untuk aku sholat lah pulak.

Kat rumah aku jarang je luangkan masa untuk menjahit manik ni. Al-maklumlah.. dah tak menang tangan dah nak buat kerja-kerja yang sememang kene buat kat rumah tu... di tambah pulak dengan Adeeb dengan ragamnya tak nak orang tinggal, Ainul dan Nadhirah yang tak nak duduk diam. Suruh tidur pun tak nak. Apa-apa je lah anak-anak ku... semoga bahagia dengan dunia kalian. Kadang-kadang tu ada la jugak jahit kat rumah, tapi selepas pukul sepuluh malam lah bila Adeeb dah tidur dan kain pun dah lipat. Biasalah nak seribu daya kan.... tak nak macam-macam lah alasan yang ada.
Baki manik tu ada banyak lagi, macam nak jahit lagi kat baju tu.... tapi tengoklah macam mana, tengah search kat internet tengok peten-paten yang berkenan dan tak merumitkan aku dan yang pentingnya tak terlalu glamour gitu.. Baju raya sedondong aku nga anak-anak pun hajatnya nak jahit manik tapi bajunya belum siap lagi.

Bila dah mula jahit manik ni kan..., aku rasa macam tergila-gila pulak. Rasa semua baju nak jahit manik. Macam seronok dan ada kepuasan gitu... Bagi aku lah.... Kalau dah start jahit tu kan rasa macam tak sabar-sabar nak tunggu siap sebab nak tengok hasilnya. Betul lah... memang happy sangat...

Jumaat, Ogos 14, 2009

H1N1

Kematian disebabkan H1N1 dah meningkat menjadi 51 orang. Mengerikan betul lah...

Ya Allah semoga Engkau melindungi aku, suamiku, anak-anak ku, ibuku, ibu dan bapa mertua ku adik-beradikku, saudara mara ku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat dari bala penyakit berjangkit ini. Sesungguhnya tiada kesembuhan melainkan dengan penawarMu Ya Allah. Amin....

Pihak bertanggungjawab pun macam dah tak boleh nak buat apa-apa dah. Negeri Johor adalah negeri yang mencatatkan angka kematian yang tertinggi. Ari tu aku pergi Hospital Batu Pahat nengok jiran kat hospital, aku nengok nurse dan doktor-doktor selamba badak je tak pakai topeng muka. Ataupun mereka dah ada daya penahan dalam diri masing-masing. Aku nga abang yang pakai pulak yang terasa janggal.

Rabu, Ogos 12, 2009

Adeeb, Comot Nye...





Dah pandai yek bukak peti sejuk ambil biskut sendiri. Pastu tak kasi tutup ye Adeeb....? Apa-apa je lah Adeeb.... Habis comot muka tu... makan biskut coklat tiger. Yang kelakarnye... siap boleh posing lagi tu.. bila ibu nak ambil gambar dia. Macam tau-tau je yek ibu nak ambil gambar untuk letak kat blog ni.


Ahad, Ogos 09, 2009

Manik Corak Daun


Corak ni aku reka-reka sendiri je... buat bentuk daun dan ada corak sikit. Tak lah susah sangat yang ni.. tapi makan masa lama jugak sebab asyik tak sempat je nak buat. Malam tadi baru aku sudahkan sepenuhnya sebab nak pakai baju tu ari ni. Hehehe saje je nak pakai masa konvokesyen walaupun bukan aku yang konvo.
Semalam aku saje je duk kat kaunter graduan ambil sijil dan transkrip. Aku duk siti bukan apa nak nengokkan baju-baju graduan la yang bermacam-macam ragam dan paten serta gayanya. Ada yang jahit manik tu lawa-lawa la... berkenan lak tapi tak de lah aku nak nanyakan budak tu. Aku tengok dari jaug je... ye buat corak bunga.
Tadi masa kat depan semasa tunggu staf akademik beratur nak masuk dewan aku tengok seorang graduan tu mak aih... macam model pulak gayanya. Dengan tinggi kurus badanya. Sesuai lah kalau nak jadi model.






Sabtu, Ogos 08, 2009

Habis Tahap Kritikal Ku

Alhamdulillah.... syukur kerja-kerja kritikal ku sudah selesai. Semalam Majlis Anugerah Naib Canselor sudah selamat. Kehadiran penerima lebih kurang 85 peratus campur emak bapak dan VIP lebih kurang 700 orang yang hadir. Dari segi majlis aku rasanye tak de masalah kut... yang biasa-biasa tu ada lah tapi tak kritikal. Ari ni hingga ari isnin ni Majlis Konvokesyen Ke-8 UTHM. Aku jawatankuasa pemandu perarakan staf akademik. Ari senin petang ni aku jadi pemandu. ari ni dengan esok aku tolong pendaftaran je..

Gerai konvo pun aku dah pergi tadi... saje pusing-pusing nengok apa yanga da. Barang jualan macam sebelum ini jugak.. kain baju, kerongsang, bunga, makanan, biskut raya sebab dah nak sambut puasa, minyak wangi. Aku perasan kan ramai betul yang jual one drop tu... Yang lain-lain makanan seperti sup gear box dan macam-macam lah...

Tahun ni rasanya tak bawak lah anak-anak pusing kat gerai konvo tu... Bukan apa musim-musim selsema, batuk nga demam ni takut jugak. dah lah Adeeb selsema batuk tak ilang lagi tu... Nadhirah nga Ainul cuma tinggal batuk aje lagi. Mudah-mudahan cepat lah sembut anak-anak aku tu.... Aku sendiri pun batuk masih ada pastu macam nak bersin je tapi tak jadik. Demam tu kejap baik kejap demam. Ari rabu ari tu dah MC demam, ari jumaat semalam lepas majlis tu aku rasa kepala berdenyut2 semula. Aku rasa sebab penat sangat kut... tu demam datang balik tu... Balik tu terus makan ubat Al-hamdulillah ari ni dah ok.

Terima kasih ye abang kerana banyak membantu dalam menguruskan kerja-kerja kat rumah tu... Rasa dalam seminggu dua ni macam tak terurus je kat rumah tu.. dengan anak-anak demam dan muntah-muntah.


Isnin, Ogos 03, 2009

Malang Tak Pernah Berbau

Kereta Kancil kami yang kene langgar

Gambar motor yang melanggar

Tak pelah berita ni dah basi, dah seminggu berlalu. Tapi aku baru ada kesempatan nak menulisnya di sini. lagi pun aku tunggu gambar yang aku mintak dari pihak Keselamatan Universiti untuk diattach kan di catatan ini.

Tak ada siapa yang menyangka perkara ini terjadi. Apa-apa pun aku bersyukur kerana abg dan Adeeb selamat walaupun kereta tu agak teruk jugak dilanggar dari belakang. Sesungguhnya betulah Allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya. Aku tak taulah jika pada masa itu ujian yang dikenakan kepada ku lebih teruk lagi. Aku rasa akal aku pada masa itu harus aku tinggalkan kereta yang aku sedang bawak dengan anak-anak aku dalam kereta tu kat tengah-tengah jalan tu. Tapi Al-hamdulillah aku bersyukur kepada mu Ya Allah ujian mu itu tidak sampai ketahap itu. Walau apa pun kehilangan akan tetap hilang dan pengorbanan akan tetap dilakukan. Ya lah kami perlu korbankan diut jugak kan nak betulkan balik kereta tu walaupun claim insuran.

Kisahnya macam ni pada hari rabu petang tu balik kerja singgah ambil anak dekat taska pas tu terus pergi ambil kereta kancil dekat bengkel. pagi tu aku nga abang pergi servis kereta. Jadinya abnag bawak Adeeb naik kereta kancil dan aku lah dengan Nadhirah dan Ainul naik citra. Dari bengkel nak ke simpang taman aku tu tak lah jauh tapi memandangkan kat parit raja ni jalannya ada 4 line jadi agar sukarlah untuk aku nak belok menghala ke batu pahat. jadinya abang pergi lu aku follow belakang. Aku lambat sikit lah sebab takut jugak nak naik atas jalan sebab kereta banya dan laju-laju pulak tu... Abang dah lepas dah. Dah agak lengang sikit jalan aku pun naik ke jalan besar tapi tetiba je kat depan aku tengok kereta slow je... aku slow kan kereta aku dan mintak anak2 duduk diam. Sampai depan aku tengok ada exciden. Macam kenal je kereta tu... Aku tengok no kereta yang dah patak separuh tu.. ye memang aku kenal.. tu kereta abang.. mana abang nga Adeeb...?? tangan aku dah mengigil2 tak tau nak buat apa..

Tengah aku mencari-cari tu Al-hamdulillah aku nampak Abg tengak dokong Adeeb... nampak tak de luka-luka nga darah. Syukur... Aku panggil abang masuk kereta suruh dia yang bawak sebab aku memang masa tu dah tak boleh nak bawak dah sebab terkejuk. Abang masuk terus bawak kereta parking tepi untuk selesaikan perkara tu.

Abang cakap ye dah bagi signal nak masuk stesen minyak petronas untuk isi minyak dah berenti dah tetiba je motor langgar dari belakang. Budaknya tak teruk sangat tapi patah jugak lah giginya dennan luka-luka sikit. Abang cakap nasib baik kat belakangnya motor jugak .. kalau kereta jawabnya Innalillah lah... Berdasarkan maklumat dari orang yang ada sekitar tu budak tu memang bawak laju duk line tengah pulak tu... masa jatuh tu berpusing-pusing dia. Entahlah tak tau nak salahkan sapa... memang boleh salahkan budak tu sebab ye langgar belakang, tapi abang pun boleh disalahkan jugak kan, dan pemandu kereta yang dah terlepas ke depan tu pun salah jugak sebab bawak kereta laju time sibuk tu...

Lama jugak duk kat situ nak selesaikan apa-apa yang patut sampai pengawal keselamatan UTHM datang ambil gambar. Dia orangd atang sebab yang kemalangannya student UTHM dan kami pulak staf UTHM. Tapi cepat betul dia orang sampai.. aku belum sampai lagi dia orang dah ada. tabik lah semua pengawal keselamatan UTHM. Gambar pun aku mintak dia orang sebab aku ada kamera kat dalam beg tapi alamak baterinya dah tak de...

Malam tu kul 12 lebih abang baru balik umah selesaikan apa yang patut dibuat. dah jumpa jugak dengan mak bapak budak tu. bapak budak cakap baru aje pakai motor lebih kurang 2 minggu. OOoo.. patutlah tengah kemarut naik motor rupanya....


Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Malam tadi tepat pukul 10.15 malam, tanggal 11 Syaaban pada 3 tahun yang lepas aku selamat melahirkan Nik Ainul Mardhiah (Mata Yang Diredahi.

Untuk Ainul, ibu dan ayah ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-3. Semoga Ainul dikurniakan kesihatan yang baik, budi pekerti yang mulia, dilapangkan dada dalam menuntut ilmu, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan Insyallah.