Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Jumaat, Oktober 30, 2009

Warna Warni

Mengikut kajian yang dibuat dalam Calour Vibration Therapy warna alam setiap hari adalah berbeza-beza (mengikut kata penceramah semasa aku ikuti kursus CVT tahun lepas dah lama dah). Jadi untuk mengikut warna alam kita disyorkan supaya memakai pakaian yang warnanya senada dengan warna alam setiap hari.

HARI * Maksud * WARNA

ISNIN * Kesucian Rohani * PUTIH
SELASA * Kasih Sayang/Tumpuan * MERAH JAMBU/UNGU
RABU * Perhubungan/Komunikasi * BIRU
KHAMIS * Pemikiran/Tenaga * KUNING/OREN
JUMAAT * Keseimbangan * HIJAU
SABTU * Keberanian/Tuah/Kemewahan * MERAH/MERAH HATI
AHAD * Gabungan/Istirehat * HITAM


Artikel kat bawak aku copy dari email yang diforward juga berkaitan dengan warna


PENGARUH WARNA DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk.Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...


HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredarandan melonjakkan adrenalin


MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang


ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... ..!


CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.


LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan



Jom! Up Grade Sikit

Sebelum

Kesian betul lah aku nengok pokok keladi yang aku letak kat opis ni... dah bertahun-tahun macam tu je... lambat tul nak membiaknya. Seingatnyalah, aku letak bunga ni semenjak aku masuk opis ni lagi lah, bulan nov. 2006 lepas naik cuti bersalin. Sampai ke nak masuk nov. 2009 pun macam gini je... sadis betul lah.

Tu lah pagi tadi lepas sidai kain kat ampaian aku ambil gunting potong sikit pokok keladi yang ada kat rumah tu untuk topup pokok keladi aku kat opis ni. Dah lama nak buat tapi tak terbuat. Kebetulan pagi tadi ternampak gunting dekat-dekat situ, tu yang terus ambil kesempatan tu.. hehehe.. saje je...

Kan bagus ada pokok-pokok hijau dalam bilik .... untuk rehatkan mata. Jom lah kawan-kawan kita hijaukan opis.

Selepas



p/s: Esok Hari Kanak-Kanak Sedunia yek.. tak tahu pun. Terdengar kat radio sinar pagi tadi. Tulah dah banyak sangat hari yang dinamakan ni.. Sesiapa yang rajin tolong lah carikan senarai hari-hari yang disambut kat malaysia ni. Hari ibu, hari bapa, hari guru dll lah.


Rabu, Oktober 28, 2009

Jom Vote Ramai-Ramai..

Dekat Laman Web utama UTHM ada makluman supaya sesiapa saja buat undian bagi pemilihan nama singkatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang baru. Aku dah buat dah korang bila lagi undilah yang mana berkenang. Undi Adalah Rahsia. Antara nama-nama pilihan yang diberikan ada empat singkatan UniTHO, UTHOM, UniTHOM, dan UTHM.

Pada pandangan aku lah yang lain-lain tu namannya macam lebih kurang dengan kilang Jepun je.... Tak sesuai rasanya. Aku lebih suka dengan nama sekarang je. Keputusan vot setakat ini adalah ....................




kalau nak vote klik link ni.. http://www.uthm.edu.my



Isnin, Oktober 26, 2009

Result PTK

Pagi tadi Mizi ada tunjukkan aku slip cop UTHM la... Aku pun boleh tanya lak tu apa..? Ye cakap result PTK. Hah..... terkejut..!!! tatutnye.... brapa lah aku dapat. Zupppp... terus bukak lah tak sabar nak nengok berapa yang aku dapat atas usaha aku yang gigih pulung baca buku sehari sebelum exam. Hehehe.. biasa lah mana boleh baca awal nanti lupa lak. Alasan lah tuu.. kalau dah malas nak membaca jangan cipta bermacam alasan lah. Mengaku jelah.... Suka baca last minit.

Al-hamdulillah resultnya tak mengecewakan aku. Percubaan pertama yang tak mensia-siakan. Paper khusus dah boleh tolak tepi lah sebab dah lepas cuma paper umum aje kalau nak ambil lagi boleh dipertimbangkan untuk membaiki aras sebab aku dapat aras III. Tapi kalau tak nak ambil pun dah ok untuk dipanggil temuduga untuk kenaikan pangkat. Tapi aku tak nak naik pangkat kalau boleh nak naik gaji je... Syarat untuk anjakan gaji ke P2 kene dua-dua paper dapat aras IV. Mata duitan tul lah.... Bukan macam tu... memang semua orang tujuan utama dia ambil PTK kenapa...? bukan saja nak tambah ilmu tapi untuk anjakan gaji atau naik pangkatkan..? Kalau untuk tambah ilmu je tak perlu ambil exam PTK baca ajelah buku tu.. apa susah. Tu lah aku ambil PTK untuk nakkan anjakan gaji dan dan tambah ilmu tu ada lah jugak sempena galakan kerajaan Long LIVE learning.

p/s: Terima kasih ye bang kerana sudi temankan Ani study kat opis masa nak exam PTK ari tu. Dan first entry aku kat blog aku ini adalah tentang Exam PTK sebab masa aku tengah study abg lak tengah daftarkan aku blog ini. Tapi sekarang ni ye dah lain sebab aku dah tokok tambah sendiri. Apa-apa pun terima kasih yek. Nanti lain kali kalau ada exam PTK lagi kita ambil sama-sama yek untuk kertas umum. Untuk kertas khusus abang ambik lah sediri sebab tak dapat den nak nolongnya. Ambo dok gheti bab elektrik dan PnP ni.


Asyik Jatuh Je.. Adeeb

Hari khamis minggu lepas Linda kat taska call cakap Adeeb suhu badannya panas sangat. Ye tanya sama ada nak suruh dia yang bawa ke klinik atau aku nak balik ambil. Aku cakap je aku akan balik ambil. Aku terus call abang tapi tak berangkat lah pulak. Nengok jam dah pukut satu. Patut lah dah masuk waktu sholat. Dalam kul 1.30 tu sekali lagi call baru dapat terus ajak abang pergi ambil Adeeb bawa ke klinik. Mula-mula tu macam nak abwak ke Klinik S******** je tapi rasanya lebih baik bawa ke PKU. lagi detail ye check. Tapi apakan daya yang checknya bukannya doktor cuma MA saja ma... Cara ye cakap pun aku rasa tak yakin aje... Bukan aku nak merendahkan profesyen mereka tapi itulah kenyataan. Tapi tak semua lah. Aku bagi tau Adeeb demam sebab jatuh katil. Yang dia check cuma suhu badan saja. Degup jantung ke apa ke semua tak check. Macam mana aku nak yakin kan..? Dah lah budak tu tak pandai nak bagi tau apa yang dia sakit. Last-last ye cakap suruh bawak ke hospital lagi baik sebab budak jatuh dan dalam masa 24 hour jika ada muntah2 kene bawak ke hospital. Memang Adeeb dah 2 kali muntak pun dari pagi tadi.

Mula-mula tu rasa macam tak nak bawak je kehospital. Tu yang pergi hantar semula Adeeb dekat taska. Terukkan aku yek... anak sakit pun pergi hantar lagi kat taska dan aku balik semula ke opis. Tapi tak lama pun... aku rasa macam tak sedap hati aje, terus call abang ajak ambil Adeeb untuk bawak ke hospital. Sebelum tu call pej. pendaftar lu mintak GL. Sebut pasal GL ni kan dah lama HARMIS tu diwar-warkan kat UTHM ni... bila yek baleh dipakai GL Online tu... dah lama, tapi macam tak de apa-apa pun...? Ari tu saje je aku bukak yang aku punya maklumat kat dalam HARMIS tu macam tak upate pun. Masih kekal dengan gelaran cik lagi.... Tapi anak dah 3.

Sambung balik cerita tadi. Aku sampai kat kecemasan Hospital Batu Pahat dalam kul 5.00 ptg dan terus ambil no pendaftaran. No giliran aku 5013 dan no sekarang yang tertera kat slip nombor tu adalah 5012. Lebih kurang dalam pukul 5.30 ptg baru no. aku naik untuk proses pendaftaran. Lepas siap daftar kat situ ye kasi satu no baru untuk urusan kat dalam. Aku masuk tunggu kat dalam lebih kurang 20 minit no aku naik. Aku pun masuk ke dalam dengan Adeeb sahaja. Masuk tu dr. tanya kenapa. Akun pun cita lah ye jatuh katil pastu dah muntah 2 kali pagi sekali, tengahari sekali dan sekarang ni ye dah demam. Dr. tanya balik ada dia pengsang tak? aku cakap tak de. Dr. tu cakap budak jatuh sekiranya dia pengsang dan lepas tu ada muntah dalam masa 24 jam tu baru bawak ke hospital. Sebab tu tandanya ada gegaran kat otak dia. Kalau tak pengsang tu tak delah. Aku jawab dalam hati je... Oooo... ada tambahan 1 syarat mesti pengsang lu lah, kalau kat PKU tadi jatuh dan muntah je. Dr. check suhu badan Adeeb terus dia terkejut sebab suhunya mencecah 40 lebih. Terus dia suruh aku pergi mandikan Adeeb dulu kat tandas. Lama jugak aku mandikan dengan air sejuk pulak tu tapi suhunya cuma turun sikit je. Nurse suruh aku mandikan lagi sampai baju aku pun dah basah jugak sebab Adeeb asyik nangis pegang aku je masa aku mandikan dia. Sampai dah biru tangan Adeeb dan menggigil-gigil baru nurse tu check turun sampai 38 lebih. Sampai aku pun tertinggal kasut Adeeb kat situ. Kesian Adeeb dah tak de kasut. Nanti kita mintak ayah beli baru ye Deeb.

Selesai tu dr bagi aku slip untuk ambil ubat. Aku keluar dari bilik tu tengok abg dengan Nadhirah dan Ainul tak de kat luar. May be dia orang keluar kat luar kut. Aku pun terus pergi cari farmasi. Yelah ni pertama kali aku datang hospital ni untuk buat rawatan. Masuk dalm farmasi tu nasib baik tak lama dah lah dalam tu sejuk ya amat. Kesian Adeeb dah lah kesejukan sebab kene mandi tadi nga tak de tualanya untuk dilap. Selesai ambil ubat aku pusing-pusing cari abang kat luar tu. Tak de jugak ...? kemana mereka pergi ni. Adeeb lak nangis sebab sejuk. Nak telefon... telefonnya dalam handbag dan handbag nya dengan abang. Macam mana ni...??? Aku masuk balik semula dekat abang menunggu tadi. Non ada... aku nak menunggu kat dalam tu takut kena marah pulak Adeeb menangis kesejukan. Last-last aku kluar tunggu abang kat depan pintu masuk utama hospital. Sekarang ni dia dah buat pintu utama dah untuk masuk hospital kalau sebelum ni ye masuk ikut tepi belah sana tempat yang ada kedai tu kan.. Lama jugak lah aku menunggu kat luar tu sambil mata melilau cari kelibat abang. Tapi hampa jugak lah sebab tak de. Mana tah perginya.

Sekali lagi aku cuba nasib masuk kat tempat abang menunggu tadi. Kali ini nasib menyebelahi aku, nampak abg ada kat situ. Terasa lah jugak nak marah... tapi salah aku jugak sebab tak menunggu kat situ bila dah siap dan salah abang jugak sebab pergi beli air kat kakak2 Adeeb ikut jalan lain tak ikut jalan luar tu. Kalau tak dah jumpa kan kita. Salah aku sebab tak pegang sendiri hanpon. Tapi kalau aku call pun abang tak bawak handpon dia macam mana dia nak jawab.

Balik tu singgah beli nasi beriani dekat Taman Soga. Biasalah kalau kat batu Pahat tu kami memang tak tau nak cari tempat makan, cuma yang tahunya itu satu je lah Nasi Beriani Power. Beli 2 bungkus satu lauk daging sebab tak ke kambing dan satu lauk ayam. Singgah sholat magrib dekat Masjid Beroleh. Ada seorang hamba Allah ni aku nengok macam pelik je. Aku tak turun kereta cuma abang sorang je yang pergi sholat budak 2 orang tu pun aku tak kasi turun. Pintu kereta memang aku kunci bila abang turun. Beringat2 takut jugakkan. Tetiba je hamba Allah tu datang kat kereta, mintak aku turunkan cermin kerata. Mintak maap lah aku tak akan turunkan. Takut aku. Dah lah semua orang tengah sholat. Buatnya dia nak buat sesuatu macam mana tu... lebih baik tak yah turunkan. pastu ye buat isyarat nak mintak duit RM2 nak nak isi minyak motor. Siap pergi kat motor angkat sit motor tunjuk kat aku minyak dah habis. Dia ingat dengan buat macam tu aku akan bukak pintu turun kereta dan pergi check betul ke minyak motor dia dah habis kut... Mintak maap lah ye aku tak berani ambil risiko. Aku duk aje kat dalam kereta tu. Aku tengok ye macam nengok aje aku dengan budak2 kat dalam kereta, lagilah aku takut. Nasib baik orang dah siap sholat selamat sikit. Abang sampai je aku terus cakap orang tu mintak Rm 2 nak isi minyak motor. Lepas abang kasi tu boleh pulak orang tu pergi start motor depan kita orang dan terus blah. Kelakar kan. Tak pe lah abang cakap niat kita nak kasi dekat dia. Dia menipu ke.. hapa ke... terpulanglah pada dia.


Khamis, Oktober 22, 2009

Audit Oleh MQA (dan kesan pada aku...)

Start dari ari selasa lepas (20 Okt. 2009) hingga jumaat ni (23 Okt. 2009) UTHM dikunjungi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Hasil dari lawatan audit ini pihak MQA akan berikan UTHM tahap keberapa yang UTHM layak bermula dari Tahap 5 paling tinggi dan tercorot Tahap 1. Dalam mesyuarat yang aku wakil hari tu. Prof Mus ada memaklumkan sekurang-kurangnya UTHM perlu memperolehi tahap 3 kalau dapat Tahap 4 atau 5 lagi bagus lah kan. Ini kerana kesan sekiranya UTHM memperolehi Tahap 2 atau 1, UTHM perlu membuat kajian semula kepada program-program yang dijalankan selama ini dan perlu menjawab dengan KPT le... Ada lah banyak kesan lagi tapi aku.......

Kesan dari Audit itu jugak lah pagi tadi sampai je belum kul 8 pagi lagi Bos PPA dah masuk bilik aku untuk bagi tugasan. Ada 4 kesemuanya tetiba tambah lagi 1 jadi 5 lak. Dari 4 tu 2 perkara nak cepat sebelum kul 10 pagi dan satu tu memang UTHM tak ada data tu dan 2 lagi tu bila-bila aje tak urgent tapi kene sediakan jugak.

Dan kesan yang menambahkan tugasan aku untuk selamanya adalah bos mintak aku sediakan satu fail data-data yang ada di PPA yang perlu aku update setiap masa dan fail ini bos akan bawak setiap kali dia keluar meeting ke bengkel ke.. dan apa-apa jelah. AKu dah ada bendanya cuma nak kemaskini lagi sikit supaya nampak elok pada pandangnan mata aku la...

Isnin, Oktober 19, 2009

Exam Lagi...

Bukan aku yang exam, tapi Nadhirah lah. Exam kat sekolah PASTI untuk akhir tahun. Untuk budak 5 tahun ye start ari ni sampai ari jumaat ni pastu cuti lak seminggu minggu depan sebab budak yang umur 6 tahun lak yang exam.

Aku lak yang risau tau... apalah Nadhirah nak jawab nanti yek..? Ye lah kalau ditengokkan gayanya dekat rumah kalau kita suruh belajar tu... Yaaa.. Ampun... tau-tau je lah malas nak menulisnya kat sini. Apa-apa pun semoga kat sekolah Nadhirah tak lah susah macam ibu suruh dekat rumah yek. Biasalah budak-budak kalau diajar dengan mak bapak dia mana naknye... cikgu dia lah yang betul.

GOOD LUCK FOR NIK NURDINI NADHIRAH BINTI NIK MOHD. ASRI.

Ibu dengan ayah doakan yang terbaik untuk anak-anak semua.

p/s : Aku rasa dah lama exam PTK aku ambil dalam bulan 4 ari tu tak silapnya. Tapi bile ntah resultnya nak kuar. Ye lah, mana tau aku dapat 4, boleh dapat anjakan gaji...hehehe berangan lak pulak.... Esok exam ari ni baru nak baca buku berangan nak dapat 4. Sudah lah.... Alah bukan ada masalah pun kan aku nak berangan.... tak kene bayar pun...

Rabu, Oktober 14, 2009

Sedikit Info Untuk Semua

Dua hari lepas aku kan pergi kursus Penerapan Nilai, Etika dan Integriti. Kursus ini buatnya kat dalam je di Dewan Jamuan 2. Penceramahnya dua orang seorang dari Institut Integriti Nasional (Pn. Roziah Harun) dan seorang lagi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasyia Johor (Pn. Norisah Chukra).

Banyak lah juga info yang aku dapat cuma ingat dengan tak ingat atau pun nak ikut dengan tak nak je... Yelah kalau diikutkan, semua yang kita sentiasa buat kat opis ni boleh dikira salahguna jugak lah kan. Contohnya telefon ke, internet, photostat, keluar minum berjam-jam, tak nak jawab telefon dan banyak lagilah. Itu berkait dengan integriti. Kalau yang berkait dengan rasuah pulak pun banyak jugak yang jadi amalan kita kat opis ni. Cuma kita sedar atau tidak je. Ada jugak yang sedar tapi buat tak tau je... Betul tak..? Contohnya yang paling senanglah pembekal kasi limau masa nak raya cina, kita ambilkan. Pembekal belanja KFC ke apa ke kita makan kan..? Pembekal bagi duit sponser pun kita ambil jugak kan. Itu lah kalau nak dikira banyak sangatlah. Rasuah ni bukan hanya memberi dan menerima je tau... Kes kita memalsukan dokumen pun dikira sebagai rasuah jugak ye. Contohnyalah kita memalsukan tuntutan perjalanan. tuntutan kerja lebih masa dan sebagainya lah. Satu lagi yang dikira rasuah aku dah lupa pulak.

Aku nak tanyalah, siapa tahu beza antara jenayah kolar putih dengan kolar biru. Kalau dekat sekolah dulu selalu cikgu mintak kita buat karangan berkaitan dengan jenayah kolar putih tak delah pulak suruh buat karangan berkaitan dengan jenayah kolar biru kan. Betul tak..? kesekolah aku je tak sekolah korang ada cikgu suruh buat. Apa-apa pun aku cuma tahu beza antara kedua-dua bentuk jenayah tu cuma masa dalam kursus itu lah. Nak kata aku sorang yang tak tau... masa penceramah tanya tu... dalah yang jawab tapi salah jugak jawapannya. Maknanya bukan aku sajalah yang tak tau. Senangkan kesimpulannya. Jenayah Kolar Putih adalah jenayah yang tidak melibatkan kekerasan atau senjata (tak kira lah senjata tajam ke, api ke, tumpul ke...) Contohnya rasuah lah. Jenayah Kolar Biru pulak jenayah yang melibatkan kekerasan, keganasan dan sudah tentu senjata. Contohnya rompakan, peperangan dan apa-apa je lah yang seangkatan dengannya.

Masa pagi semalam tu masa menunggu semua peserta datang tu.. penceramah ada bagi tengok video hukuman sebat dilakukan. Yang dia kasi tengok tu.. banduan yang dikenakan hukuman sebat 20 kali atas kesalahan sama ada dadah atau merogol. Aku dengan berani dengan tidak je nengoknya. Gerun weh... tapi sebab nak tahu macam manakan aku tengok juga walaupun masa ye nak pukul tu macam ngeri je... Aku rasalahkan kalaulah kat malaysia ni menjalankan hukuman secara terbuka panggil semua orang nengok macam mana ia dilakukan rasanya takut mereka nak buat kesalahan. Insaf kejap rasanya aku tengok video tu. Video tu memang fokus dekat punggung penjenayah je. Aku tengok masa sebat yang pertama kali ok lagi, dua ok lagi yang ketiga dah start kulitnya pecah yang keempat tambah pecah walau tempat yang lain yang kelima dan keenam tambah pecah. Banduan dah macam longlai tapi doktor check hukuman masih boleh diteruskan. Terus ikatan dekat kaki tangan dan badan banduan diketatkan lagi untuk sebatan seterusnya. Pastu untuk sebatan yang ketujuh dan seterusnya.... aku tak tengok... bukan sebab tak berani nak nengok tapi penceramah dah tutup dah nak mula ceramah. Penceramah ada bagi tahu kelajuan ayunan sebatan adalah sama dengan 80km/jam dan hentaman sebatan kat punggung adalah sama berat 2kg rasanya. Cuba bayangkan...... aduh sakitnya.... Upah orang yang membuat sebatan tu nak tau berapa dia orang akan dapat... 1 sebatan dia orang akan dapat RM10 dan untuk hukuman gantung satu kepala dia orang akan dapat RM500.

Kejadian2 Yang Mendatangkan Keinsafan...

Senang je tekan Ctri + C dari blog yang aku senaraikan tu... pastu Ctrl + V kat ruang catatan baru kat blog aku. Benda yang baik untuk dikongsi bersama tak salahkan.... Mudah-mudahan dari kejadian itu memberi kita satu kesedaran dan keinsafan kerana setiap apa yang berlaku itu adalah suatu peringatan dari Yang Maha Esa. Subhanallah...

Kisah bulan pada malam 30 Sept 2009

Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat maupun tersurat. Tak dapat kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan. Meh K.Nor cerita dari awal ya.. duk diam2 dan baca betul2.. semua ni bukan rekaan mana2 penerbit. Semuanya benar, sikit pun tak direka oleh penerbit atau pun pengarah dan tak ada kena mengena dgn yg masih hidup maupun yg dah arwah. Lebih kurang pukul 10.15 mlm sister sulong K.Nor call no rumah dan cik abg K.Nor yg angkat sbb K.Nor dah masuk bilik nak beradu. Sister K.Nor kata cuba turun bawah (kawasan parking) dan lihat bulan yg agak pelik. Seperti bulan di kelilingi pelangi. Mulanya K.Nor males dah nak turun( dlm hati kata, takkan la malam2buta ada pelangi), dah siap nak naik atas katil pun (syyhhh.. jgn pikir benda lain ya.. ) tp bila pikirkan mungkin lain kali dah tak berpeluang nak tengok, lebih baik turun. So lepas tukar pakaian yg lebih sesuai, K.Nor turun ler. Cik Abg dah turun dah, dgn gadget dia tp dia naik balik sbb kena amik tongkat utk gadget dia tu. Kalau tak pakai tongkat gambar jd blurr.


Bila turun, tengok2 sister dan anak2 dia dan 2 org anak jiran turut ada sama. Bila K.Nor mendongak ke langit.. Subhanallah… takjubnya rasa. Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu. Masa tu cik abg duk atas rumah, duk cari tripod utk kamera dia. Terkedu dan kelu bila melihat, bulan di langit dgn cahaya pelangi mengelilinginya dan sebutir bintang yg bersinar terang. Mulut tak henti mengucapkan Subahanallah… Dan dalam hati terdetik, apa yg Allah nak tunjuk di sebalik semua ni.. K.Nor call adik ipar di KL, dia pun nampak gak tp tak nampak cahaya pelangi tu. Cuma nampak cahaya bulat terang jer mengelilingi bulan.

Makin lama, cahaya pelangi makin pudar/blurr tp sempat Cik Abg snap 4 - 5 keping gambar. Ternampak awan berada di dalam bulatan pelangi tu tp tak jelas bentuknya. Bulatan pelangi tu pun nampak cam makin membesar/makin luas dan dah tak sharp lagi kaler dia. Memang jelas bentuk kaler pelangi tu, dgn kaler merah duk lingkaran sebelah dalam, kuning di tengah2 sket dan hijau kebiruan menghala keluar dr lingkaran. Subhanallah…Kemudian makin ramai anak2 jiran turun dan ada dua tiga org jiran yg dewasa pun turun. Bila K.Nor tengok balik gambar yg Cik Abg shoot, terkejut rasanya sbb awan tu membentuk kalimah Allah yg tak la sharp/jelas sgt. Bila suami dan Aisyah tengok dia org pun kata mmg betul cam kalimah Allah. K.Nor panggil sister K.Nor dan yg lain2 utk tengok sama, mmg dia org pun kata cam kalimah Allah. SUBHANALLAH…. SUBHANALLAH… SUBHANALLAH…

Ni kali ke 3 K.Nor diberi kesempatan oleh Allah utk melihat sendiri kebesaran NYA. Dulu dgn biji buah peach dan akar kayu yg juga tertera kalimah Allah. Nanti la sedikit masa lagi K.Nor akan tunjukkan, insyaallah… Ni semua betul tau, K.Nor pernah post kat forum MyR dan gambar2 tu sikit pun tak K.Nor edit. Dan biji buah peach tu masih dlm simpanan K.Nor.
Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun.. fayakun…. Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi malam ni ya.. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka.. amiiin……





Ini pun senang je copy and paste je dari blog lain.


Waktu Gempa Di Padang Indonesia

Subhanallah.
Sesungguhnya semua kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Jika kita lihat waktu terjadinya gempabumi di Padang Indonesia adalah dicatatan waktu kejadian bahawa gempa pertama terjadi pada pukul 17.16 dan gempa susulan terjadi pada pukul 17.58.
Saudara, marilah sejenak kita lihat dalam Al Qur’an Surah Al Israa’. Jam menunjukkan nama surat, dan minit menunjukkan ayat. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Waktu gempa pertama (QS. 17:16) dan waktu gempa susulan (QS. 17:58).
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

Marilah kita renungkan pesan Illahi tersebut. Mengapa Padang? kita yakin, mereka para korban baik yang meninggal maupun keluarga yang ditinggalkan adalah pihak-pihak yang dipilih Allah. Mereka adalah orang-orang yang kuat, tabah dan sabar. Allah tidak akan menimpakan cubaan melebihi kemampuan umat-Nya.
Sumber : Eramuslim


Renung-renungkan lah


Selasa, Oktober 13, 2009

Sudah Dapat Gading Bertuah...

Tak pelah bang..., dah hayat dia nak menabur bakti pada kita sampai setakat ini aje.... pasrah ajelah. Jadi kita, nak tak nak terpaksa berkorban lah yek...

Maksud di atas tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah mati yek. Saja buat ayat gempak sikit. Benarnya..., ni kisah hari khamis malam jumaat itu hari... bukan kisah apa yek... Tentang mesin basuh aku je... Ia semenjak 2 menjak dari dalam bulan puasa ari tu lagi ye dah 2 kali buat hal. Sampai demam-demam aku cuci kain dengan tangan. Alah bukan sebab cuci tangan pun demam tu... saje je... Masa pertengahan posa ari tu sekali dia buat hal, hantar kedai dalam 2-3 hari nak raya tu tokey kedai cakap dah ok. Aku pun sempat lah guna 2 atau 3 kali cuci kain sebelum balik raya tu. Lepas raya tu ia buat hal lagi. Hantar kedai lagi, dalam 2-3 hari lepas tu tokey tu cakap tak de apa2 pun boleh pakai. Jadi aku pun guna lah perkhidmatan ia seperti biasa hinggalah pada hari khamis malam jumaat tu. Aku tertidur jugak tidurkan Adeeb tiba-tiba abang kejut cakap mesin basuh dah meletup. Aku pun dalam mamai-mamai cuma dapat jawab oh...! ye ke...? ye suruh beli baru lah tu....

Ye lah nak tau mesin tu kita orang beli dalam tahun 2003 dalam bulan 9 lah gitu selepas abang dapat pindah ke sini. Regenya pun cuma yang murah aje dalam RM3++ ke hapa gitu jenama Khind. Sekarang ni dah tahun 2009 dan 6 tahun pun mesin tu kan... Dah banyak pun jasa dia pada kita. Jadilah dah puas pun aku gunakannya. nak jugak tukar selera pakai yang baru kan.. Jadinya petang jumaat tu balik kerja kami pun pergilah servey kat beberapa kedai kat pt. raja, nak pergi bp macam malas lah pulak. Lagi pun mesin tu nak guna cepat. Kalau kat bp kut-kut ye tak nak hantar terus ari tu kan. Jdi lepas servey tu tolak, campur, darab dan bahagi tu kamu pun belilah yang ini...



Ye kasi percuma ini

dan

Selamat tinggal lah yek. Terima kasih di atas perkhidmatan yang diberikan selama ini.

Nak lego kemana pun tak tau lah tu... macam menyemak lah pulak duk kat situ...

Tajuk kat atas tu... bukan maksud tak nak guna lagi tapi dah tak boleh guna...

Isnin, Oktober 12, 2009

Apa Pe'el Lah Pulak Si Adeeb Ni...

Aku perasan semalam lah. Pe'el dia yang baru, kalau sebelum ni dia nak apa-apa ke tak dapat atau kakak2 dia kacau dia dia akan merajuk dengan tiarap kat lantai dan telengkupkan mukanya kat lantai. Tapi semalam Adeeb telah memebuat aksi lain kiranya ye merajuk dengan sesiapa sahaja. Nak tau dia buat apa...??? Ye akan telentangkan badan dia ke belakang walau pun pada masa itu ye sedang duduk dan tak ada apa-apa kat belakang dia. Kan nanti terhantuk kepala dia kat lantai. Dijatuhkan badannya tu pun bukan slow-slow, main terus aje. Kalau sempat dipegang tak pe... kalau tak...., meraung leee... jawabnya...
Tu lah abang cadangkan supaya dipakaikan topi keledar kat Adeeb. Aku cakap tak yah... nanti sakit jugak kan, kita ikat aje bantal terus kat belakang dia. Kalau telentang pun atas bantal tu... Hehehe... cakap aje... mintak tak lah dia buat aksi macam tu dekat taska. Risau jugak kan.


Lambat @ Lewat...?

Aku tak lambat tapi lewat.....
Pagi tadi aku terlewat datang kerja. Bukan banyak pun cuma 1 minit je.. tu pun sebab datang opis dulu baru pergi antar anak2. Kalau hantar anak2 lu rasanya berminit-minit lewatnya.

Kisahnya macam ni.... Biasanya Adeeb bangun awal. Kadang-kadang tu kul 5.30 ke kul 6.00 ke dah bangun. paling lambat pun rasanya dalam 6.30 je. Tapi tadi pagi apa mimpi agaknya aku dah siap nak pergi lom bangun-bangun lagi siap keluar dengkur lagi tu tidur. Nyeyak betul dia tidur. Tengah siap-siap pakai tudung tu aku dah agak dah Adeeb ni kalau tidur tertonggeng macam tu.. mesti bocor kat depan tu... Mak aih... betul lak tekaan aku tu, angkat nak pergi kerja tadi pegang seluarnya basah la pulak.... . Nengok jam dah pukul 7.35 pagi, tak kan aku nak antar je gitu ke taska. Malu weh... Nak tak nak aku pun panggil abang le sama-sama mandikan Adeeb. Aku tukang pegang, abang tukang siram. Cepat sikit. Kalau sorang susah lak terkial-kial dgn dah siap bertudung kan.

Siap mandikan aku pun letak lah Adeeb kat depan tv tu nak pergi ambil pamper dgn baju dia. Lepas ambil tu pergi kat Adeeb, Ya Allah dat terkencing lah pulak kat situ. Aku dah agak dah... nengok macam nak kencing je... Aduh.... Adeeb ni... Nak tak nak angkat ke sinki basuh lah lagi. 5 minit kurang kul 8 baru siap pakaikan baju dan keluar rumah. Memang lah lewat. Tu mintak abang hantar opis lu baru pergi hantar anak-anak. Kalau tak lagi le lewat. Lepas hantar anak2 terus mintak abang hantarkan aku kat depan sebab ari ni dengan esok aku ada kursus Penerapan Nilai Etika dan Integriti dalam Perkhidmatan Awam. Ok lah juga penceramahnya, tak boring. Nantilah akan dikongsikan sedikit maklumat bila habis nanti.


Jumaat, Oktober 09, 2009

Inilah, Permulaan Kami...

Tanpa mereka siapalah kita didunia ini. Sayangi dan hormatilah mereka.Kerna budi yang ditabur bukan untuk dibalas tetapi untuk jagai dan disemai didalam jiwa supaya kita menjadi anak-anak yang boleh memberi kebahgian kepada mereka dihayat mereka dan dialam sana.


Mek

Chik

Ayah

Majlis Sambutan Hari Raya 2009 UTHM


Kami jalan ramai-ramai dari PPA nak pergi jamuan hari raya kat dewan terbuka.

Al-hamdulillah kenyang. Tak makan banyak pun kenyang minum air. Aku ambil nasi tomato lauk daging sikit pastu makan satey, kuih sikit dengan buah. Banyak makanan yang tak habis lagi masa kami balik tu. Aku nga geng opis tak makan situ pun, ambil makanan, bungkus buat balik opis. Kat situ macam susah aje nak makan sebab ramai orang.

Majlis ni ye sekalikan dengan jamuan meraikan petugas konvo UTHm pada bulan 8 ari tu. Dalam majlis ni jugak ada diadakan sesi penyerahan komputer terpakai kepada sekolah-sekolah yang berhampiran. Banyak jugak lah sekolah yang dapat. Lepas selesai penyerahan komputer tu ada bacaan sajak. Tapi tak berapa nak jelas sebab duk kat belakang. Biasalah....

Tahun ni untuk student ye buat kat khemah dan staf kat dewan terbuka tu. Makanannya sudah diasingkan. Senang sikit kalau tak macam sebelum ini berebut-rebut nak ambil makanan. Tahun ni macam banyak pulak yang lebih. Untunglah petugas boleh bungkus makanan yang masih banyak tu. Tak pelah kesian mereka yang kene bertugas bahagikan makanan.

Macam biasa jugak... tiap-tiap tahun mesti ada makanan yang nak basi. Tahun ni rendangnya macam dah basi. Agaknya dari semalam lagilah tu buatnya. Tapi aku tak makan pun yang tu...

Khamis, Oktober 08, 2009

Semua Pasal Makan-Makan

Dah habis dah sesi marhaban dekat taman aku malam tadi. Sempat lah jugak aku ikut dalam 5 buah rumah malam tadik. Nak ikut lagi tapi nengok Adeeb macam dah nak tidur asyik sangap dan ditenyeh-tenyeh matanya je... kesian pulak. Yelah kalau kebiasaannya masa tu dalam kul 10 tu dah lama dia tidur. Balik tu abang ada kat rumah tengah melayan kakaknya yang 2 orang tu. Sampai rumah masing-masing matanya segar bugar balik. Aku lak yang nak buat kerja tak boleh nak menunggukan budak-budak tidur. Abang pergi sambung marhaban balik.

Lepas budak-budak tidur tu baru lak aku pergi cuci kain, cuci bekas-bekas yang digunakan masa marhaban tadi tu dan last sekali lipat kain. Mata pun dah tak larat nak bukak tapi tahankan jugak. Tu yang pagi ni rasa macam sakit kepala. Yelah rasanya dalam minggu ni waktu tidur aku semuanya lepas pukul 12 tengah malam. Pastu dalam kul 5 atau lima lebih tu dah bangun. Tulah pagi tadi masa bangun sahur tu aku rasa aku makan pun sambil mata pejam. Rasa memang tak boleh nak bukak aje mata aku ni macam ada gam gajah je yang tumpah kat mata. Tu lah duduk kat opis ari ni macam nak lelap aje mata ni. Pantang tumpu lama sikit rasa terpejam aje mata. Waduh.... macam mana ni.. mana mungkin aku jangkit dengan orang sebelah... Ops... jangan marah ye jiran sebelah bilik ku...
Esok jamuan hari raya peringkat UTHM. Ye buat dekat dewan terbuka kat depan tu. Rasanya macam biasalah makanannya nanti nak ambil mesti berebut. Yelah amsing-masing mesti nak ambil nasi beriani dengan satay kan... Sapa cepat dia dapat lah. Kalau yang macam aku ni malas nak berebutrebut tu jawabnya boleh jugak makan, makanan yang orang lain tak nak ambil lah. Napa yek dia orang ( Orang yang menguruskan jamuan hari raya tu lah..) tak nak buat satu makanan tu memang semua staf akan dapat. Contohnyalah nasi beriani tu tempahlah untuk semua staf dapat dan makanan lain tu tempahlah sikit-sikit. Tak delah semua orang berebut-rebut nak ambil nasi beriani kan. Lagi satu, kadang-kadang dia orang ni kalau boleh semua makanan nak ambil tak pikir pun orang yang kat belakang. Janji aku dapat makan orang lain lantak lah.. Kesiankan orang-orang belakang.
Mudah-mudahan jamuan kali ni biarlah berjalan dengan lancar dan semua orang dapat makan. Kalau tahun-tahun sebelumnya tugas menyediakan makanan ye bagi kepada semua pejabat, tapi tahun ni tak de pun sonyap jo...

p/s: Bos cakap semalam kat aku balik nanti bawak makanan kat opis tu betul ke gurau-gurau ek...? Hari ni asyik perli aje sebab aku tak bawak. Bukan tak nak bawak tapi tadi terlupa nak ambil bekas keropok tu... Releks bos jangan pergi masuk batu belah batu bertangkup yek...

Rabu, Oktober 07, 2009

Marhaban Taman

Malam ni adalah malam penutup marhaban dekat Taman Wira Jaya dan lorong last itu adalah lorong rumah akulah... Ops... rumah kami.... sebab 2 nama. Marhaban kat taman ni bermula dari 01 Oktober ari tu lagi tapi aku tak pernah join pun... Bukan tak nak campur dengan orang tapi memandangkan banyak sangat kengkangannya jadi aku lupakanlah hasrat itu. Aku rasa tak salah pun lagi pun itu bukan suatu yang dituntut tapi cuma satu budaya masyarakat sini aje... Tapikan program ni bagus benarnya sebab nanti kita sama-sama marhaban dan lepas tu mendoakan tuan rumahnya... TAPI.... adakah ada keberkatannya sekiranya orang yang datang membawa bersama "satu niat yang lain.... ". Ada... jangan cakap tak ada... Malam ni Insyallah kiranya tak ada ara yang melintang patah membujur lalu aku ikulah jugak pergi rumah yang dekat-dekat dengan rumah aku tu untuk beraya.

Makannya macam tahun-tahun yang lepas jugak akan makan dirumah yang last sekali. Tahun ni rumah yang last tu sebalah sana jadi rumah aku yang awal. Kalau tahun sebelum-sebelumnya rumah belah aku yang last jadi nak nunggu tu lamanya.... tahun pertama marhaban kat taman aku tu yang lelaki makan kat rumah aku dan yang perempuan makan kat rumah jiran sebelah rumah aku sebab rumah aku yang last. Tahun kedua tu rumah aku yang last jugak tapi sebab aku masa tu masih dalam pantang bersalinkan Adeeb jadinya makan kat rumah En Lut yang disewakan kepada Rashid. Yang perempuan kekal dekat rumah jiran sebelah aku tu..

Tu lah semalam petang balik dari kerja aku ajak abang pergi Parit Kadir jalan Parit Botak sana sebab nak beli popia otak-otak tu. Reganya dah naik lah dulu 1 bungkus tu ada 30 batang regenya RM7 hinggit tapi semalam aku beli dah jadi RM 8 hinggit plak. dari segi rasanya pun dah kurang sedap dilidahku... intinya pun macam sikit aje ye letak. Jawabnya nanti tak delah aku nak pergi situ lagi semata-mata nak beli benda tu... Beli aje kat kedai Pt. Raja. Aku beli 3 bungkus untuk digoreng malam ni bagi tetamu makan. Lepas tu goreng kan keropok keping yang aku beli kat kampun ari tu dengan keropok segera sira pedas tu. Yang lain-lainnya kuih-kuih raya le... Tak makan berat sebab dak kumpul duit kan. Lagipun dia orang tak makan pun cuma minum air aje... dengan makan yang ringan-ringan aje.

Petang ni aku nak ambil 3 jam lah nak buat persiapan lah sikit. Mengemas, menyapu dan semua yang seangkatan dengannya lah. Kalau nak buat masa kul 5 balik kerja tu mana lah sempatkan dengan budak-budak lagi nak terkejar sana terkejar sini, jawabnya tak terbuatlah nanti.