*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tak larat satu tangan dua tangan Adeeb guna ibu...
Ibu jangan risau...., Adeeb boleh tumbuk lah ibu....
Hah.... tengok tu... dah ada yang lumat tu.....
Family belah keluarga aku (dari kiri atas kerusi nadhirah tengah nangis, My hubby, Mek tengah pangku Ainul, Nuar (Hubby Atie, duduk dr kanan Atie (adik no 2) Mira (adik no. 4), Noor (adik no. 5) dan aku (baru lepas pantang bersalin Ainul, tu nampak tembam skit)
Kalau biasa aku sering bercerita tentang keluarga kecik aku je kan... tapi kali ini aku nak bercerita serba sedikit keluarga dimana aku dilahirkan.
keluarga aku nak kata besar tak besar jugak tapi nak kata kecil pun tak kecil jugak. Boleh dikatakan sedang aje lah kut... Adik beradik aku... kalau dikira ikut sebelah mek (satu mak lain ayah) aku ada 8 orang adik beradik dan aku adalah anak ketiga, kalau sebelah ayah (satu ayah lain mak) aku ada 14 orang adik beradik dan aku adalah anak yang ke 9. Tapi kalau dikira (satu mak dan satu ayah) aku ada 6 orang adik beradik dan aku adalah anak sulong.
Kat sini aku nak cerita keluarga aku sebelah mek(satu mak lain ayah) je.. sebab kalau yang satu ayah lain mak lepas arwah ayah meninggal semua adik beradik membawa haluan sendiri dengan keluarga sebelah mak mereka masing. Kalau time raya pun cuma jumpa dengan Kak Yam sorang je.. tu pun sebab kak yam selalu datang beraya rumah mek. Kalau tak tak tau lah.
Kalau adik beradik belah mek, kami masih lagi rapat dan memang akan berjumpa pun setiap kali raya. Adik beradik aku belah mek semuanya ada 8 orang dan aku yang ketiga. Atas aku dua2nya lelaki Abg Umar (nama sebenarnya lain) dan Abg Yee. dan bawah aku ada 4 orang (sebenarnya 5 orang tapi yang bongsu meninggal dunia semasa berumur 18 bulan sebab sakit - Semoga Allah merahmatimu adik ku Siti Fatimah - bidadari syurga -Al-Fatihah) 3 perempuan dan sorang lelaki. Gambar dekat atas adik yang lelaki tak ada. kalau ada pun tak nak dia ambil gambar.
Atas aku of course lah abg2 aku dah kahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Abg Umar dah ada 5 orang anak dan abg yee lak nak masuk empat sorang on the way katanya. Ye takut aku pintas lah tu..hik..... Adik bawah aku lah dah kahwin juga dan sorang lagi akan menyusul dalam bulan 3 ni insyallah. Yang lain-lain tu belum lagilah. Jadi cucu mek sekarang ni 5+3+3 dah 11 orang nak masuk 12 lah yek...
Walau keluarga aku 8 oranga dik beradik yang duduk dengan mek cuma aku dan adik2 aku je... yang 2 orang lagi tu sorang duk dengan tok gi dan sorang lagi duk dengan mak sedara. Cuma bila raya atau majlis apa2 je kami kumpul tu pun kalau abang Yee dapat balik.
Arwah ayah meninggal masa aku umur 12 tahun lagi, sakit macam2. Al-Fatihah untuk arwah ayah semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan sentiasa dicucuri Rahmat. Amin. Kenangan yang aku tak dapat lupakan sampai bila-bila pun sebab aku terkilang tak ada disaat akhir ayah pergi. Aku ingat masa tu pergi pekan Jerteh beli kain untuk buat baju sekolah. Masa nak balik tu tunggu lama sangat sebab tak ada kenderaan nak balik. Sampai je kat simpang kampung orang bagi tau ayah dah takde. Memang arwah ayah pada masa tu tengah sakit tapi..... entah lah.... Ingat lagi masa ayah sakit dalam sebulan lebih tu ayah mintak Abg Mie (adik beradik belah ayah lain mak) ambik dia letak dekat rumah adiknya dekat kampung sebelah. Arwah cakap ye kalau mati tak nak mati dekat rumah tu...)Jadi aku mek dan adik2 semua ikut duduk rumah mak sedara (Mak Su). Memang betul arwah meninggal kat rumah tu jugak. Mungkin ye tak nak kami adik beradik terasa sangat dengan kehilangannya tu sebab ye tak nak meninggal kat rumah kami duduk sekarang. Tapi memang betul bila aku pergi jalan rumah mak su tu aku memang terasa sangat, terbayang arwah ayah duk terbaring kat situ. Sedih sangat.... Aku amsih ingat masa tu mek tak setitik pun menitiskan air matanya. Aku tau mek tabahkan hatinya depan kami tapi dibelakang kami siapa yang tahu...
Lepas arwah ayah meninggal tu... ada ura2 nak pisahkan kami adik beradik (5 orang tu, yang bongsu tak sebab meninggal sebelum arwah ayah meninggal tapi jaraknya tak jauh beberapa bulan je..) Sedih sangat... kenapa nak dipisahkan... Alasan mereka masa tu mek tak kerja macam mana nak pelihara kami adik beradik. Yang terlibat nak dipisahkan Atie nak diserahkan kepada sedara mara belah arwah ayah dan Mira nak dibagikan kepada Mok Chik Abang kepada arwah ayah. Walaupun duk dekat situ jugak bila dipisahkan adik beradik mek mesti terasa. Tapi mek pertahankan dan abg mie bagi jaminan untuk bantu mek dalam membesarkan kami. Aku tak kan lupa jasa abg mie pada kami adik beradik kerana tak pisahkan kami. Walupun janji itu cuma berlaku sebentar sahaja......
Ok lah aku tak nak cita lagi kisah2 itu... sebab semuanya kisah2 yang membuat aku sedih .... Yang pastinya semua yang aku lalui dari umur aku 12 tahun banyak memberi aku pengajaran, kematangan, keinsafan, kesedaran dan macam2 lagilah. Aku bersyukur kepadaNya dengan apa yang aku ada sekarang dan pengorbanan yang mek lakukan kepada aku adik beradik tak akan aku lupakan dan tak akan terbalas. Apapun kelemahan diri ini tetap ada.....