Pada tarikh hari ini mengikut kalendar islam adalah 13 Rabiulawal 1431 H dan pada tarikh tersebut 39 tahun yang lalu seorang bayi lelaki dilahirkan oleh seorang ibu Nik Dah Binti Nik Lah yang dinamakan Nik Mohd. Asri Bin Nik Ismail. Merupakan cahaya mata ke-8 dari 10 orang adik beradik. Al-hamdulillah mudahan hidupnya sentiasa dalam Rahmat Allah diberikan kesihatan yang baik, diperluaskan pintu rezeki, dipanjangkan umurnya untuk beribadat kepada Yang Maha PenciptaNya dan mendapat keberkatan di Dunia mahupun Ahkirat. Amin...Amin.... Amin....INSYALLAH.
DAN......
Pada tarikh yang sama 13 Rabiulawal 1423 H iaitu 8 tahun yang lalu...telah termeterainya satu ikatan dan tanggungjawab yang besar bukan sahaja sebagai seorang anak kepada ibu yang melahirkannya dan ayah yang membesarkannya malahan kepada seorang wanita Zarani Binti Said yang bergelar isteri kepadanya. Alhamdulillah semoga ikatan yang dibina bersama ini sentiasa dijagai dan dibajakan dengan ikatan ketakwaan, kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan saling hormat menghormati di antara kita. Mudah-mudahan amanah yang diberikan kepada kita dapat dididik ke jalan yang direadahi Allah untuk bekalan kita nun jauh di sana....INSYALLAH.
