Dalam 2 atau 3 hari lepas Nadhirah mengadu giginya goyang. Bila ditengok rupanya dah nampak gigi yang nak tumbuh kat dalam tu... Aku nak cabutkan memang tak berani sebab tak tahu tahap kesakitannya tu... Jadinya mintak dia goyangkan sendiri pelan2. Tapi biasalah budak mana nak buat. Asyik mintak nak pergi klinik gigi je...
Jadinya..., ari selasa aku pun calling2 lah PKU dengan Pej. Pendaftar untuk kepastian maklumat mengenai peruntukan perubatan gigi untuk staf. sebab ari tu ada keluar pekeliling baru jumlah peruntukan seorang staf telah dinaikkan dari RM100 setahun kepada RM250 setahun. Dan ia juga boleh digunakan untuk anak2. Kalau sebelum ni hanya untuk staf sahaja. Bila dah pasti maklumat tu aku pun mintak buatkan GL gigi nak pergi cabut gigi Nadhirah. Guna nama aku je sebab nak pergi yangd ekat PT. Raja. Kalau abg punya panelnya dekat Batu Pahat. Malam tu bawaklah si Nadhirah ni pergi klinik tapi tutup plak... cuba pergi klinik lain pun tutup jugak.
Petang esoknya baru bawak pergi klinik semula. Aku pergi kul 2 lebih tapi doc lak masuk kul 3. Sampai terlelap aku menunggu kat situ nak balik semula opis malas nak ulang alik. Aku ingatlah Nadhirah ni anggap cabut gigi tu tak sakit dan tak menakutkan bagi kanak2 sepertinya sama gak kalu aku pun takut gak..... Mula masuk tu ok lagi.... tapi bila ye nampak doc nak masukkan jarum dalam mulutnya terus dia tepis tangan doc tu... terus cakap tak nak. Jadinya berlakulah proses pujuk memujuk antara aku abang dengan nadhirah. tapi tak makan pujuk jugak... last2 paksa pegang je lah... kesian... nak buat macam mana... Tapi masa nak cabut tu nasib baik tak nak dia pun bagi jugak. Aku pegangkan tangannya bagi ye tak rasa takut sikit. Aku tak berani nengok doc tu keluarkan giginya... gerun..... Yang dah goyang tu senang je tapi yang sebelanya yang masih kuat tu susah sikit la.... Gigi tu doc buat sekali terus sebab dah ada gigi kat dalam gusi dia tu...
Tu gigi depan kalau yang gerahan tu takut jugak kalau dia dah serik.... Tapi semalam balik kerja tu tanya dia kenapa nangis... ye cakap takut jarum je... mintak2 untuk akan datang ye tak serik... Adik2nya nanti macam mana lah plak... aku lu banyak yang aku cabut sendiri je bila dah goyang sebab takut punya pasal. gerahan je cabut dengan doc..
