Saje je dah lama nak tukar tapi mcm tak tercari-cari. Ni kebetulan aku nak buat blog satu lagi khas untuk azam ku tu jadinaya alang2 pilih tu yang berkenang tukarkan yang ni sekali. Lagipun melayankan mata yang mengantuk jugak. Entah le time kerja matanya ni macam ada gam gajah yang melekat. Bila time rehat lak nak lelapkan mata tak terlelap plak. Kebetulan lak kerja lom banyak lagi sebab aku lom start lagi proses untuk pendaftaran pelajar baru akhir disember nanti. Ingat awal bulan sebelah ni lah baru nak mula. Tu nak kene pikirkan tempat lain tu.... tak nak wat kat dewan lagi. Maklumlah nak atasi student baru tak nak beratur lama dan tak nak panas. Bos cakap kalau tak nak beratur lama suruh je merangkak... Entah lah aku dulu beratur lama pun tak bising. Tak tau lah kita sekarang ni terlalu memanjakan sangat studentnya.
Sesi depan pendaftaran pelajar baru beberapa hari je selepas hari raya puasa.... macam mana tu.... C.U.T.I...?? oh tidak... confirm bos tak luluskan... huhuhu.... sedihnye... macam mana nak balik kg ni..... Walaupun lambat lagi tapi dah pikir ek.... maklumlah bab cuti raya ni kene pikir tu....
