Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Isnin, April 26, 2010

Aktiviti Hari Minggu

Hari sabtu kami dah jalan kan.... jadinya hari ahad duk umah ajelah. Petangnya biasalah mengambil peluang masa yang ada merapikan sikit laman kami tu. Maklumlah. dah banyak rumput yang tak dikehendaki tu menonjolkan dirinya. Nak tak nak kene rajin2kan diri. Boleh jugak keluarkan peluh. Bukan peluh sebab penat buat kerja tapi berpeluh sebab cuacanya yang panas.

Anak2 biasa lah bila ibu dengan ayahnya duduk di luar... tak lepas peluang le... Aktiviti biasa...



Ibunya .... bersemangat tu.... potong rumput...


Dekat skit.....


Ayahnya.... ewah2.... jadi mando tak bergaji lak.... Ini tak adil.....tau.... penderaan isteri ni....


Abang buat le plak Ani lak nak jadi mando ganti tempat abang....


Tak aci tol..... cari tempat teduh je....tempat yang panas tak pergi pun.... Tak pe minggu depan sambung balik yek...


Serupa Tapi Tak Sama...

Betul ke tajuk aku tu ek... ??  Apa2 jelah yek... Cuma nak citenya ari sabtu lepas kami pergi Kluang. Jalan2 cari makan dan berkongsi rezeki hehehe... Biasalah kami ni bukan kaki jalan. Pernah jugak pergi Kluang tu tapi bukan masuk bandar la... Jadinya kat manalah Kluang Mall tu ek... Mula2 cari jugak sendiri tapi rasa lebih cepat kalau gunakan aje talian hayat. Heheh... jadi ambik hp call je orang Kluang senang cite. Terima kasih Nora kerana bagi petunjuk. Tapi belum sempat praktik dah nampak lah plak Kluang Mall tu. Apa2 pun terima kasih yek.

Tujuan utamanya bukan nak pergi Kluang Mall tu. Tapi bila dah sampai tu kami  mengambil kesempatan untuk beli apa yang patut di Kluang Mall tu. Tujuannya yang sebenarnya adalah aku menuntut janji abang ku itu yang nak belanja kami benda alah ni... hehehe...


Sedap...boleh belanja lagi ye... tiap2 bulan pun tak pe...hehehe melampau tak??. Kami order 3 set yang biasa je... tapi tu pun ayah dengan ibunya aje yang habiskan. Anak2.....??? makan sikit lepas tu... tinggal je... Tu je nak cakap serupa tapi tak sama dengan KFC. Kat malaysia ni baru ada 5 tempat je restorannya,  3 di Kedah, satu di Melaka dan satu lagi di Kluang Johor. Ok layan gambar lah yek....









Tak Nak Cita... Tengok Sendiri..

Ini lah hasilnya baru 2  @ 3 hari digunakan selepas entry yang aku buat hari tu. Tengoklah.... macam manalah agaknya dalam perut kita kalau minum air yang tak di ditapis. Mudah2an Allah memelihara kami sekeluarga dari bala penyakit dari bawakan air. Amin.




Jumaat, April 23, 2010

Kan Ku Sahut Cabaran Itu...

Cabaran positif tak pe boleh disahut. Tapi apa tu...???? Cabaran dengan tawaran untuk jawatan N44 ke...??? tak demaknenya... macam tak ada kekuatan lagi dalm diri ini untuk menyahut cabaran itu... huhuhu.. buakn takut... tapi entah... tiada jawapan.

Habis cabaran apa lak ni....? Bukan cabaran sebenarnya... tapi satu galakan atau lebih kepada kempen. Kempen la plak.... Dah suami ku tulis kat situ kempen... jadi adalah lebih baik aku guna perkataan kempen je lah.

Nak tau kempen apa...??? Kempen satu buku sekurang2nya bagi satu bulan. Bukan satu buku satu bulan beli... tapi satu buku perlu baca dan habiskan dalam satu bulan dengan Moto "Kearah Mmembentuk Insan Intelek". Ok bang Ani setuju dengan kempen itu.



 Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada cik abe ku itu kerana telah menghadiahkan sebuah buku untuk ku... Lain kali beli lagi ek... buku cerita lagi suka.... tu tak sampai satu bulan pun dah habis tu... hehehe.. Bacanya pun tak menguap. Kalau buku ilmiah ni uwuah... uwuah... je... biasalah syaitan banyak sangat goda tak kasi baca. Tapi apa-apa pun akan diusahakan. Benda yang baik harus dipupuk kan dan dapat juga melatih anak2 untuk suka membaca. Insyallah

Oh.... ada pesanan didalamnya... tak perasan semalam. Insyallah semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini dalam perjalanan untuk menjadi seorang isteri, anak dan ibu yang baik. Ku mengharapkan doa, dorongan, sokongan dan tunjuk ajar dari semua yang ada disekililingku.

Memetik kata-kata penulis buku yang abang dah beli;

" Ilmu itu ibarat lantera yang bisa menyuluh pencarian manusia tentang agama mereka.Maka, jadilah "penagih ilmu" agar denai yang kita lalui sepanjang usia di dunia ini selamanya diterangi lantera ilmu. Itulah usaha yang wajar, agar katih hidup tidak tersandung dalam kezulmatan yang bisa membuat kita tersungkur di lembah kesesatan."


Gambar Koleksi Adeeb






Gambar ni macam dah ada yang dimasukkan... tak pelah malas nak tengok balik entry lepas utk buang balik. Layan je... Gambar lain ada dekat kamera. Lain kali lah yang tu...

Gambar Koleksi Nadhirah




Mengamuk ari tu nak beli cermin mata. Sebabnye masa pergi hantar Chik ari tu dia tengok Alia sepupunya tu pakai cermin mata. Cermin mata betul. Jadi balik tu nak pakai cermin mata jugak. Jadi kami pun belilah  jugak cermin mata mainan yang regenya RM 2 sahaja. Jadilah tu. Kejap je lepas tu dah diletakkanya dimana2. Biasa lah budak2.

Gambar Koleksi Ainul







Ok gak kan bila tengok Ainul ni berambut pendek. Kalau panjang tu serabai je nampak. Dah le tak nak diikat. Kadang2 mandi pagi time mood tak baik mengamuk tak nak basahkan rambut. Jadi lebih baik berambut pendek dari berambut panjang. Bukan panjang mana pun.... tapi nampak merimaskan jugak lah.


Rabu, April 21, 2010

@iR oh @1R



Catuan air kat kawasan aku ni bermula dari 29 Mac lalu lagi. Kawasan rumah aku catuannya bermula dari jam 10.00 malam sampailah kul 10 pagi esoknya tak de air. Jadinya petang bila balik kerja tu kalau nak basuh kain ke, masak ke, apa2 jelah nak kene cepat2 sebelum air ditutup semula pukul 10 malam tu.

Tapi minggu lepas macam dah tak dicatu, ada je sepanjang masa. Adakah catuan itu sudah berakhir...?? disebabkan hujan setiap hari diwaktu petang...?? Rupanya tidak... catuan itu bermula semula pada minggu ini. Nasib baik hari ahad malam isnin tu aku dah siap basuh kain. Kalau tak jawabnya tak terbasuh lah sebab ingat airnya sudah tidak dicatu. Macam diberi harapan tapi ....??? huhuhu...

Petang semalam balik rumah tu bukak air dekat sinki... terus tak terkata. Bukan sebab tak de air.... ada airnya tapi sama macam tak de air. Bukan sebab airnya keluar kecil aje.... tapi kualiti airnya tak sanggup nak guna rasanya. Bukan setakat kuning macam teh o tapi dah macam kopi  o dah airnya. Baik tak de kan dari ada kalau macam tu. yelah kalau ada tapi kualiti macam tu ye akan mencemarkan air simpanan kami  dalam tangki tu. kalau tak de air, air yang tak berkualiti tu tak masuk situ kan.. Aku malas nak ambil gambar air tu semalam sebagai bukti sebab semua orang kat sini dah tau macam mana keadaan air itu kan.

Ainul masa nak cuci tangan dia lepas makan siap cakap lagi tak nak pakai air tu sebab kotor. Kalau budak pun tau cakap macam tu... kita yang dah dewasa ni lagilah yek...! Jadi tak pasal2 aku tak cuci kain semalam sebab kualiti airnya yang tak elok. Nak cuci pagi dah tak dapat sebab air dah ditutup.

Bukannya tak bersyukur dengan apa yang diberikan tapi biarlah berpada-pada kan. Ni kalau yang diberi pun tak boleh nak digunakan baik tak yah bagikan.


Selasa, April 20, 2010

Alahai Kancil Lagi...

Mula-mula orang langgar belakang. Claim insurans sendiri sebab motor yang langgar. Kali kedua orang langgar cermin sisi. Bikin sendiri, beli cermin kat kedai. Yang ni plak.., huh.... tengoklah sendiri.....




Tak kan nak ketuk dan cat sendiri yek...? Kejadian berlaku pada hari Jumaat lepas sholat Jumaat. Lokasi di Masjid depan Sekolah Pintas Puding. Kes langgar dan tinggal sebelum orang nampak. Nasih lah yek...

Dan yang kat bawah ni plak tetang citra lah plak. Lupa nak bercerita ari tu. Kejadian berlaku pada hari kami on the way dari KL nak balik Pt. Raja. Lokasi di Jalan Pagoh menuju ke Seri Bengkal. Tetibe aje kereta dari jalan sebelah sana melintas dan terpecik satu batu kat cermin. Ada bunyi dan ternampak satu tanda kat depan sebelah penumpang. Sabor ajelah. Mintak2 tak retak seribulah cermin tu... kalau tak.... mana nak cekau weh.... insurans untuk cermin taun ni tak ambik tu...