Walaupun kejap je balik tapi ok lah... dapat kumpul dengan adik2 sekali sekala kan. Aku ambik cuti dari hari rabu dengan khamis je.. kebetulan jumaat cuti hari wesak. Campur sabtu ahad dapatlah 5 hari cuti. Tolah perjalanan pergi balik 2 hari dapatlah 3 hari duk dekat kampung. Ok lah dari tak balik langsungkan.
Adik yang duk Merapoh pun balik gak. Sepatutnya ye cakap nak balik minggu depan tapi bila tahu aku balik terus ye ubah plan dia laki bini. Tapi katanya minggu depan pun ye balik jugak ada lah kerjanya tu...
Hari rabu tu dari sini dah pukul 10 pagi baru tolak. Biasalah kan kalau malam tu baru terhegeh2 nak mengemas barang nak cuci itu nak cuci ini. Tak pelah slow2 tak kan lari kampung kami tu... hehehe.. sudahnya kul 10 malam jugak kami sampai dekat rumah. Asalnya abang nak lalu ikut jalan dalam je (Jerangau Jabur) tapi ntah nape ye boleh lepas kluar tol tu terus ambik jalan bawah je.. sepatutnya ambil jalan atas. Tak pelah cuma lambat le sikit dari jalan dalam tu...
Hari Ahad tu lebih kurang kul 8 pagi kami dah kluar dari umah mek tapi bukan terus bertolak ke Johor. Pergi rumah Chik dengan Ayah lu lepas tu pergi rumah kak sah jap lepas tu singgah kat tempat mek buat kuih untuk ambik barang tertinggal. Singgah beli keropok Lily kirim kat depan kampung aku jap. Nak beli keropok gotel dah habis ramai sangat orang. Nasib baik yang aku beli tu masih cukup untuk diagih2kan kepada yang mengirim. lepas tu singgah rumah mertua adik dekat Felda selasih jap hantar kain untuk dijahit. Huh... banyak betul singahnya. Lasnya kul 11 baru kami betul2 bertolak. Kali ni lalu jalan dalam je dan lepas masuk simpang sungai tong tu aku dah tak sedarkan diri dah terus ZZZzzzzz....... macam ada gam gajah melekat dekat mata je... hehehe alasan nak tidur je.... tapi memang mengantuk betul lah. Nasib baik 3 orang tu tidur jugak.
Aku rasalah tak sah kalau perjalanan kami tu kereta tak bermandikan muntah. Masa balik hari tu Adeeb nasib baik aku tak termandi nga muntahnya kat kepala je, sempat tadah dengan kain lampin dia. Terkena lah jugak dekat baju. Terpaksalah singgah lagi dekat masjid untuk tukar baju. Perjalanan datang sini pun sama si Ainul pulak yang muntah. Dah larang tak nak main gurau2 macam tu dalam kereta tapi biasa lah budak mana nak dengar. Lastnya habis muntah atas kerusi dekat belakang tu. Dah satu kerja nak kene bersihkan. Nasib baik lap gitu je.... huh... larang tak nak dengar saja nak suruh ibu marah-marah....je..
Masa kami dah sampai dekat kuantan terima call dari jiran depan rumah tanya dekat mana.. katanya ada orang datang hantar gas depan rumah. Bila masa lah plak kami beli gas...? Tapi risau jugak takut ada agenda yang tersembunyi kan. Tak tau lah mungkin jiran depan rumah tu tolong selesaikan dengan orang yang hantar tu.
Kul 9.30 baru kami sampai rumah. Sakit satu badan rasanya tambah dengan riba Adeeb yang banyak tidur betul perjalan kali ini. samapi tu terus cuci kain. Senang besok abang cuma sidai je... sebab aku kerja anag je masih bercuti duk dekat rumah dengan anak2. Kalau boleh nak jugak cuti sebab rasa penat lagi tapi apakan daya.....
Gambar di Hentian RnR Kuantan