Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Rabu, Oktober 27, 2010

Berwajah Baru...

Saje je dah lama nak tukar tapi mcm tak tercari-cari. Ni kebetulan aku nak buat blog satu lagi khas untuk azam ku tu jadinaya alang2 pilih tu yang berkenang tukarkan yang ni sekali. Lagipun melayankan mata yang mengantuk jugak. Entah le time kerja matanya ni macam ada gam gajah yang melekat. Bila time rehat lak nak lelapkan mata tak terlelap plak. Kebetulan lak kerja lom banyak lagi sebab aku lom start lagi proses untuk pendaftaran pelajar baru akhir disember nanti. Ingat awal bulan sebelah ni lah baru nak mula. Tu nak kene pikirkan tempat lain tu.... tak nak wat kat dewan lagi. Maklumlah nak atasi student baru tak nak beratur lama dan tak nak panas. Bos cakap kalau tak nak beratur lama suruh je merangkak...  Entah lah aku dulu beratur lama pun tak bising. Tak tau lah kita sekarang ni terlalu memanjakan sangat studentnya.

Sesi depan pendaftaran pelajar baru beberapa hari je selepas hari raya puasa.... macam mana tu.... C.U.T.I...?? oh tidak... confirm bos tak luluskan... huhuhu.... sedihnye... macam mana nak balik kg ni..... Walaupun lambat lagi tapi dah pikir ek.... maklumlah bab cuti raya ni kene pikir tu....


Khamis, Oktober 21, 2010

Sesi Terjah Menerjah....

Hehehe.. tajuknya macam lain macam je.... Bukan terjah menerjah yang dibuat oleh Melodi tapi sesi yang dibuat oleh kami ke rumah sedara mara area Selayang. Pagi tu selepas bertolak dari rumah Abg Jit kami menuju ke KL dengan tujuan untuk pergi membeli buku library yang hilang masa raya ari tu untuk ganti. Tapi tak kesampaian jugak sebab kedai tu tutup kul 2 petang hari sabtu. Pergi jugak kedai lain area jalan TAR tapi tarak ada. Rumah pertama yang kami terjah adalah rumah Tie ( adik abang) di GreenWood (betul ke aku eja ni....??) nasib baik ada.... sorry ek tak talipon dulu....

Anak2 Tie... Maisarah dan Insyirah. Bulat betul mata Maisarah macam sport light....

 OTW sesi terjah menerjah.....

 Maisarah..... kesian asyik kene buli dengan Adeeb je... tapi bagus dia tak melawan, cool je....
 Beza berapa bulan je dengan Adeeb tapi tahun lain....









Lepas pergi rumah Tie, kami terjah rumah Kak Ma dekat Selayang. Orangnya pun ada. Last sekali terjah rumah abg din dekat selayang baru tapi orgnya tak de cuma ada anaknya je.... masuk jugaklah sekejap. Rumah Emy kami tak terjah sebab jauh nak pergi di Kuala Kubu Baru. Mintak maap yek... bukan tak nak pergi tapi masa tak mengizinkan. Tu rumah sedara mara belah abg je... sedara mara belah aku tak larat nak terjah sebab ia menghala ke Shah Alam dan Klang sana. Lagipun kami nak balik petang tu jugak ke rumah. Hari ahad adalah hari untuk berehat-rehat, mencuci pakaian dan mengemas pakaian yang dibawa...

OTW balik hanya singgah di Restoran Jejantas Ayer Keroh je untuk sholat dan makan. Lepas tu meneruskan perjalanan. Aku sedar2 dh sampai rumah je... lebih kurang kul 10.30 malam.




 Sekali lagi abang akan pergi ke Temerloh jugak dekat dengan raya haji ni... Nak kelantan pun tak dapat sebab dah ada org ambil. Takpelah satu kali jalan jugaklah dengan balik raya... Mintak2 cuti luluslah.


Trip Ke Pekan Jolokan Ikan Patin

Khamis dan jumaat lepas aku bercuti semata2 mengikut abg pergi ke pekan jolokan ikan patin. Mana lagi kalau tak Temerloh. Abang ada menyelia student kat situ jadi apa lagi tak lepas peluang lah untuk pergi ke tempat orang. Besar jugak lah bandar dia tu... Kami menginap di Hotel Sri Malaysia Temerloh untuk satu malam je. Kami sampai lebih kurang dalam pukul 3 petang. Lepas rehatkan badan dari penat dalam perjalanan, bawak anak2 mandi kolam kat situ. Sebab dah janji dengan mereka untuk mandi kolam jadinya selagi tak dibawa selagi itulah mereka akan menuntut. Tambah2 lagi kolamnya nampak dari bilik lagilah asyik duk dekat tingkap je.. Jadinya aktivitinya hanya temankan anak2 mandi kolam untuk hari itu...... (Layan gambar je lah yek...). Kolamnya dalam jugak le walaupun untuk kanak2. Airnya paras pinggang Nadhirah. Jadinya Ainul dengan Adeeb duk main tak atas tangganye je lah. Aku pun seriau jugak sebab sebelahnya kolam untuk org dewasa.


















Dah lama tak bergambar berdua....




Pagi esoknya selepas sarapan dalam kum 9 lebih tu terus menuju ke tempat student praktikal tu di Hospital Termeloh. kejap je sebab sorang student je...



Sambil menunggu ayahnya pergi jumpa student aku melayan budak2 tu main dekat taman hospital tu. Nasib baik ada tempat mainan kalau tak....




Balik dari hospital tu Ainul lak buat hal nak pergi tepi sungai. Tu yang duk lepak kat tepi sungai temerloh tu...













Dah lepak2 tu lebih kurang kul 11 kami bertolak ke rumah Abg Jit abang kepada abang ku atau dengan panggilan lain rumah abang iparku.... di Felda Sungai Tekam dekat dengan Jengka. Malam tu kami bermalam di situ......