3 jam selepas dilahirkan
Sekejapnya masa berlalu... dah sebulan atau 28 hari umur Nik Nurin Iffah. Kalau sebulan yang lepas waktu ini aku baru selamat melahirkan Nurin. Al-hamdulillah semua selamat.
Hari ke-2 dah balik rumah
7 hari dah cukur rambut. Cukur sendiri je....
Tadi pagi pun dah pergi klinik. Kesian Nurin dah kene injek. Nangis sampai teresak2. Kalau dulu.... sebulan belum kene injek lagi. Tapi sekarang ni umur sebulan dah kene injek Hep B untuk dos kedua. Berat badannya pun ok lah meningkat dari 2.7kg masa keluar dan sekarang ni dah 3.2kg.
Aku lak 21 Mac ni kene pergi klinik untuk minum air gula sekali lagi untuk tengok kencing manis yang ada masa mengandung tu kekal ada atau sebaliknya. Mintak2 tak de lah cuma pembawakan budak je...
Al-hamdulillah semua tanggungjawab kami sebagai ibu dan ayah kepada Nurin telah diselesaikan. (kecuali tanggungjawab mendidiknya menjadi anak yang solehah je belum selesai dan taka akan selesai....) Cukur rambut kami buat masa Nurin 7 hari. Bagi nama pun masa 7 hari. Bertahnik pun buat masa 7 hari jugak. Ayahnya buat sendiri je....nak cari org alim kat sini tak kenal sangat Akiqah kami buat masa umur Nurin 17 hari. Kali ni kami buat dekat Johor. Kalau sebelum ni semuanya buat kat Jerteh. Sunat pun kami dah buat jugak masa umur Nurin 35 hari kebetulan balik kg cuti sekolah (Post edit semula....) Buat sunat kat rumah bidan. Aku tak berani nak tengok kesian.... nangis2 dia..
28 Hari
30 Hari
