Tu bukan nak belajar mengira tapi apa yg aku maksudkan adalah handbag aku pergi kerja hari-hari. Bilalah ia akan kembali normal aku bawak dua je..... selagi lom selesai seminggu ni aku akan usung pergi dan balik kerja 3 bag itu... Tak pelah sekurang-kurangnya aku boleh buat jugak kat rumah benda alah tu....
Meh aku cite kenapa hand bag aku semakin bertambah. Hehehe... Mulanya ni je.....
Biasalah semua orang bawak handbag kan. Abaikan jenamanya yek... Dalamnya biasalah ada keperluan aku seperti handset, bag duit (tapi kengkadang tertinggal gak...) maklumlah makan pergi dgn abg jadinya paham-paham jelah. Duit mu duit ku.... duit ku pun duit mu..... (perkongsian hidup....), kad matrik n tisu je... Bedak takde kat dalam tu... Lepas tu tambah lagi satu....ni dia....
Ni jadalah untuk aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai ibu kepada Nurin. Akan aku penuhkan hak anak untuk memberikan yang terbaik untuknya. Semoga Allah memepermudahkan segala urusanku dan perjalanan ku. Insyallah
Dan lately ni tambah lagi satu secara tak rasminya.....
Berat lak tu.... huhuhu bilalah aku dapat siapkannya. Semoga setiap malam Nurin akan bagi kerjasama terbaik kat ibu dia ni untuk siapkannya sebelum misi nak ikut abang tu sampai. Kalau tak jangan harap lah bos nak lepas aku ambil cuti.... Berpinau-pinau mata aku ni nak semak satu-satu nama student ni... Risau kut tersalah tanda pelajar yang graduan je.... Ya Allah mintak jauh le.... Malam tadik kul 1.30 pagi barutidur aku duk nelek benda alah ni...
Apa-apa pun terima kasih banyak kat abg kerana banyak menolong....
Kasihnya ibu membawa ke Syurga kasihnya ayah berkorban nyawa....
