Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Jumaat, April 22, 2011

Anakku Seorang Yang Prihatin


Terasa rindu dekat Nurin. Semalam tak sempat main dengan dia pun..... Pagi tadi lambat mandikan dia jadinya tak sempat main jugak....

Zaman sekarang ni dimana-mana aje boleh berlaku jenayah kan...?? tak kiralah kita dekat rumah ke pejabat ke dalam perjalanan ke... mana2 ajelah. Kekadang semua tu datang tak diduga dan tak diundang. Cuma yang mampu kita lakukan berhati2 dan jangan cuba untuk menarik perhatian atau memberi peluang kepada orang yang ada niat jahat tu kesempatan. Tapi kita tak dapat bacakan siapa yang berniat jahat. Jadinya tak salah kalau kita sentiasa ada rasa sangsi kepada seseorang terutama orang yang kita tak kenal. 

Kita kan selalu jugak tengok penunggang atau pembonceng motosikal contohnya. Ni kes orang perempuan lah. Selalu je kalau naik motor tu hand bag disandang je kat bahu. Dia orang ni tak takut ke atau tak serik ke dengan kes2 ragut yang selalu kita tengok kat tv tu... tahulah bagnya jenama mahalkan... sekurang2nya sembunyikanlah dari pandangan orang untuk melihatnya. Tul tak......???. Apa2 pun mudah2an mereka yang berkenaan tu terselamat dari kes2 sebegini. Amin...

Pangangkan pendahuluan cerita aku hari ni..... sebenarnya nak cerita benda lain tapi ada la juga tempias2 dengan cerita di atas tu.....  Anakku seorang yang prihatin.... tu tajuk kat atas tu... ye betul... hari ni aku pergi opis aku di bekalkan dengan benda alah ni.... nak tengok....??? jom ..... tapi kene kita kira dulu.....

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10.......



Baguskan anak aku.... sebagai satu persediaan......... Nasib baik tu pistol mainan je... kalau tak ,......??? jangan cari pasal dengan saya yek hari ni..... nantikan ada pulak yang kene tembak. Opsss..... tak leh tembak jugak pelurunya ngak ada kok.... Adeeb...Adeeb... mesti kerja dia ni....


 

Jumaat, April 15, 2011

Makan...dan Pemakanan....


Nak jugak letak gambar Nurin ni.... sebagai penguat semangat....

Gelaran baru yang aku dapat. KAT (Bunyi sebutan dalam Bahasa Inggeris yek) diberi oleh en arenawafiy. Aku pun mulanya tak tahu apa maksudnya  lepas tu ye sebut baru tahu... kihkihkih.... kurang garam...... eheh tak naklah tukar kurang sesedap rasa  punya firus.... Tak kisah lah, apa salahnya akak T**B*M sikit kan....??? Ok apa baru 46kg 3 kg je tambah. Tapi ni pun entah kekal atau tidak. Kalau sebelum ni turun balik. Maklumlah feeenaat dengan anak2.


Benornya nak cita tentang dengan pemakanan. Ya lah aku ingin menjadi Eklusif Mum BF jadinya aku tak kisah kalau berat badan tu naik sikit.  Tapi bila start kerja ni nampaknya tak lah sekerap mana aku makan seperti masa cuti hari tu.... Tapi untuk cover balik pemakanan aku yang tak teratu tu aku ambil vitamin. Baru 3 hari cuba makan Trial Pack Set B produk Shaklee. Al-hamdulillah setakat ni rasa macam serasi je dengan aku. Takdelah rasa sakit kepala ke hapa. Cuma nak kene minum air masak banyak lah. Rasa sakit yang selalu aku rasa sebelum naik kerja pun macam dah tak de. Kalau tak asal baring ke duduk ke nak bangun masyallah macam-macam rasa. Al-hamdulillah. Produk ni satu lagi dikatakan boleh menambahkan penghasilan susu jugak. Mudah2an rezeki Nurin murah dan yang paling penting vitamin ini jugak boleh bertindak sebagai penenang dan mengurangkan stress. Sebab kalau stress nanti akan memberikan kesan kepada penghasilan susu kan.

Orang kata kalau nak susu banyak makan buah peria. Seumur aku hidup ni baru nilah aku cuba makan. (Kalau kuih peria tu aku suka.... masa sekolah dulu mek buat kuih ni untuk jualan dan aku selalu makan kuih ni... sedap.... Kulitnya dibuat dari tepung pulut dan dalamnya ada inti kacang hijau atau merah.... emmmmm kecur air liuk). Ok lah rasa buah peria tu tak lah teruk mana rasanya... Nak hilangkan pahit tu aku rendam air garam dalam 20 minit. Tapi pahit nya tulah yang jadi ubat sebenarnyakan...??? Takpelah janji aku makan.


ambik dari internet.... kuih peria. Nak buatlah hari minggu ni....

Lobak putih pun makan jugak. Masa pantang hari2 sayur aku lobak putih campur sawi hijau tu ditumis dengan lada hitam. Lepas pantang pun makan jugak. Tapi dah lama tak wat ni.... nantilah hari minggu ni kita masak2 ye bang... (kenapa ajak abg yang masak.... benornya ada maknaya tu.... hikhik....)

Sebenarnya walau apapun yang kita makan tapi tak bagi susu yang kerap kepada baby dan tak buat sesi pumping yang kerap juga tak de maknanya.... Sebab bila kita kerap kosongkan B***** ia akan memberikan signal kepada otak yang kita nak susu lagi dan lagi...  Aku berharap aku berjaya untuk susukan Nurin secara eklusif selama 6 bulan dan sambung lagi untuk 2 tahun. Insyallah.

Nak Mengembalikan Mood Anak2



Aku start naik kerja anak2 anak pulak sorang-sorang start demam. Nasib baik tak semua yang kene Adeeb dengan Nurin setakat ni tak jangkit. Mudah2an tak lah. Insyallah. Ainul start demam  hari isnin, lom baik lagi Nadhirah pulak demam sampailah kehari ini baru start pergi sekolah. Tu pun nampak tak berapa ceria sangat lah lagi moodnya. Ainul semalam dah pergi sekolah tapi meragam tak nak pergi sekolah. Menangis melalak2 tak nak masuk Hari ini pun sama jugak nangis2 pagi tadi masa hantar. Mungkin mood dia orang ni masih lom stabil.



Itulah semalam tengok kawan opis tempah kek coklat dengan kawan seopis jugak. Aku pun tempah lah juga untuk anak2 manalah tahu boleh pancing skit mood dia orang ni... Mudah2an hari isnin ok lah tak meragam lagi. Nadhirah pulak hari isnin ni dah start exam untuk sekolah agama. Adus... macam mana tu... Maknanya hari minggu ini aku kene jadi cikgulah gamaknya nak mengajar dia ni. Harap2 ye tak meragam tak nak baca buku lah pulak.


Khamis, April 14, 2011

Apa Nak Buat Bila.....

Bila anak yang masih kecil yang belum boleh bercakap menangis diwaktu petang atau awal malam....??. Mesti semua yang bergelar ibu atau ayah selalu menghadapi situasi inikan. Apa perasaan kita pada masa itu...... galabah.... tak tahu nak buat apa dan boleh membawa kepada stress kan...?? lagi2 kalau waktu itu kita berseorangan je.... Kalau selalu macam ni boleh membawa kepada perasaan fobia kepada si ibu.

Aku dulu masa Adeeb baru sebulan lebih hinggalah 4 bulan tak silap, lepas asar je menangis sampai merah padam muka dan tak keluar suara. Memang masa tu aku rasa fobia sangat nak menghadapi waktu asar setiap hari. Sebabnya tu lah Adeeb akan menangis sehingga aku tak tahu nak buat apa dah. Sampai kami pergi Darul Syifat dekat Batu Pahat untuk buat kan air bagi mengubatinya dan semua tempat orang cakap kami pergi sebab kasihan tengok dia menangis macam tu. Rasanya last2 dia berenti sendiri kut.....

Masa aku mengandungkan Nurin selalu berdoa agar perkara macam tu tak berlaku. Tapi nampaknya macam ada jugak tapi tak sekerap si Adeeb la... Nurin ni plak kekadang lepas asar atau kekadang masa maghrib. Macam semalam... sebelum abang pergi masjid tu ok lagi boleh diletak duk main-main tapi tak nak ditinggalkan. Tapi lepas je abg pergi masjid dia terus start sampai lah ke isyak. Sampai teresak2 tangisnya 
dan merah mukanya. Suaranya pun dah tak terkeluar dah. Bingung aku tak tahu nak buat apa. Disapu ubat, didokong, dipasangkan mengaji semua tak jalan. Dia senyap sekejap lepas tu sambung balik. Last-lastnya bila dia diam agaknya dah kering tekak bagi susu sambil baring tertidur dengan aku sekali. Dalam kul sepuluh lebih baru aku bangun semula.

Mudah2an hari ni tak nangis lagilah ye Nurin. Kesian ibu nak masak pun tak sempat untuk makan malam. Tak kan nak makan roti je hari2. Macam mana susu ibu nak banyak kalau macam tu.... Semoga Nurin menjadi anak yang baik dan senanng dijaga yek...



Rabu, April 13, 2011

Hanya Yang Terbaik

Kene ke dengan tajuk tu.. post aku ni... tak kisah lah..

Tahukah Anda : Wanita yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih daripada 3 bulan hilang lebih banyak berat badan berbanding mereka yang tidak melakukannya. Dipetik dari fb pa&ma.


Nik Nurin Iffah 2 bulan. Berat 3.7 kg kecik je tapi gebu pipinya

Boleh buat sebagai satu kata2 motivasi ni....  Tapi ia bukanlah tujuan sebenar untuk aku memberikan sepenuhnya susu ibu kepada Nurin, Insyallah. Matlamat aku adalah untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Mengapa baru sekarang anak yang keempat baru aku bersungguh-sungguh untuk memberikan susu ibu sepenuhnya ye....??? entah aku pun tak tahu.... mungkin takde kesedaran kut.... atau takde ilmu didada. Tak pe lah walau apa alasannya semuanya sudah berlalu dan untuk kali ini aku dah berazam dan bertekad dari awal lagi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku dan mengukuhkan pengaliran susu untuk anakku. Amin.

Tapi satu je yang pastinya dari mana kesedaran aku ini  datang adalah kerana aku amat kagum dengan pemilik blog ini... http;//sufiku.blogspot.com. Orangnya kecil molek je tapi berjaya menyusukan anaknya dengan BF sampai sekarang. Dah 2 tahun kut anaknya. Terima kasih ye Kak Zila... akak idola saya. Dari kesedaan inilah aku mula mencari ilmu dan adalah beberapa blog yang aku selalu baca untuk dapatkan maklumat. Al-hamdulillah setakat ini aku rasa takde masalah. Insyallah.

EBM yang dibekukan

EBM yang disejukkan

Setakat hari ini aku dapat kumpulkan dalam 60 - 70 bekas dadih EBM untuk Nurin yang setiap satunya lebik kurang 60ml hingga 90 ml. Nurin pun tak banyak minum ok lah kut..... Separuh aku bekukan dan separuh lagi disimpan sejuk je...


EBM yang terpaksa dibuang....

Hari selasa (hari pertama kerja) aku bekalkan 6 bekas susu untuk Nurin Tapi cuma diminum 3 je.. Satu bekas terpaksa buang sebab aku tengok sukatannya lebih dari yang aku masukkan. Aku takut dah termasuk air dari ais yang cair tu sebab bekasnya terlingkup. Takpelah bukan rezeki... maklumlah bukan guna bagnya pun aku gunakan bekas macam termos yang besar tu... Hari kedua ubahsuai sikit bekas tu buat kotak2 supaya bekas tak terbalik. Aku bekalkan 4 bekas je... 2 bekas yang beku dan 2 bekas yang sejuk. Sebab kasi 4 bekas je sebab pagi pergi klinik. tapi tu pun cuma guna 2 bekas je sebab Nurin banyak tidur. Tapi yang sayangnya yang jaganya tak guna yang beku ulu dia ambil yang baru. Jadinya 2 bekas tu terpaksa lah dibuang sebab yang beku bila dah cair kene digunakan dalam tempoh 24 jam...  sayangnya.... tak de rezeki lagi..... Dah cakap dengan yang jaga tu suruh guna yang tarikh paling awal. Tapi entah le...


Untuk sementara saje... dalamnya letak susu dan masukan ais


Hari ketiga hari ni Al-hamdulillah beg dengan ice pack yang dibeli dah dapat. Aku bekalkan 4 bekas jugak lah dan siap letak memo lagi dalam tu... Harap2 yang jaganya bila setiap kali nak ambil susu akan baca memo tu... dekat bekas tu pun aku siap tulis lagi no ikut urutan tarikh. Mudah2an ok lah.



Aku pun ada ambil vitamin tambahan. Baru sampai tadi. Cuba dulu trial pack. Kalau ok boleh diteruskan.


Isnin, April 11, 2011

Habis Sudah...

Sekejapnya masa berlalu...... habis lah sudah percutianku yang ditaja oleh gomen selama 2 bulan. Seronokkan kalau macam ni selalu duk umah tapi gaji tetap jalan..... ada sesapa nak bagi aku kerja yg macam ni tak???? duk umah tapi tiap bulan dapat gaji..... Kalau abg yg nak bagi aku kerja mcm tu ok gak.... tapi gaji nak lebih sikit dari sekarang lee.... boleh tak bang???? hehehe...

Sepatutnya aku naik kerja ari ni tapi sebab si Ainul demam, aku ambil cuti sehari hari ni.... pepagi tadi sms bos nasib baik ye kasi... kalau tak susah gak. Nak pergi hantar sekolah macam kesian. Nak tumpangkan rumah akak yg jaga Nadhirah macam segan pulak kan. Tak pelah besok le aku mula fikirkan pasal kerja. Hari ni cari stamina lu... setting minda nak kerja semula dengan tugas2 yang baru.... alangkah seronoknya kalau bos kasi semula unit yang aku pegang dulu.....Dah le naik ni sebulan je lagi budak 'U' dah nak exam.... bila masa lah aku nak menjiwai tugas2 unit exam ni.... huhuhu terasa gerun jugak weh......

Hari ni pun aku dah start hantar  Nurin dengan si Adeeb dekat taska. Rindunya..... pada Nurin dan Adeeb. Maklumlah dah  bulan duk umah je dengan 2 orang ni sepanjang hari. Macam terbayang2 je si Nurin tengah bergerak... senyum2 bila diagah dan bersuara bila ajak kita berbual. Dan si Adeeb lak yang tengah terjerit2 main sorang. Bila dah boring main sorang mulalah dia kacau si Nurin. Pantang lepe mata je.... digolek2nya si Nurin. Kalau tak dipanjat2nya si ibu ni kat belakang sampai jatuh tergolek.... Adeeb.....Adeeb

Sepanjang 2 bulan kat rumah je... banyak betul si Adeeb makan rasuah.... RASUAH???? bukan rasuah apa..... ayahnya biasanya akan belikan apa2 makanan utk bagi pada Adeeb. Sebagai ganjaran atau pujukan supaya tak menangis atau tak ikut bila ayahnya balik nak ambik si Nadhirah pergi sekolah. Kalau tak ada apa2 jangan harap le.... mesti dia melalak atau terpaksa bagi ikut.

Sabor ajelah kan dengan anak2 ni.... tapi kekadang kesabaran kita akan cair jugak bila ada yang tak kene. Itulah masalahnya... Semoga kita semua di beri kesabaran dan kelembutan dalam menghadapi karenah anak2 ni....