Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Jumaat, Mei 27, 2011

Tahi Sawan

Kesian Nurin.... minggu lepas aku terselak dekat kepadanya terkejut aku tengok berkuping-kuping atas kepalanya dengan tahi sawan. Mulanya aku ingatkan daki biasa je...Patutlah aku selalu perasan macam ye tenyeh-tenyeh dikepalanya dekat dengan dahi tu dengan belakang tangannya. Aku ingatkan habit dia rupa-rupanya... huhuhu.... terus aku letak minyak zaitun  biarkan ye terkopek lepas tu pergi shampoo. Lega hilang... tapi rupa-rupanya ada balik.... dah hari-hari aku shampoo sebab kesian ye duk menggaru je kat kepala tu... pagi ni shampoo tengok esok petang ada lagi.. tulah kerja aku pagi petang duk nelek kepala si Nurin tu.

Anak2 3 sebelum ni tak delah pulak jadi macam ni. Nurin ni dari lahir lagi rambutnya lebat sangat tu rasanya penyumbang kepada masalah ni. Kulitnya pun kesian aku tengok dah tak tahu nak buat apa dengan ruamnya banyak sangat. Tu semalam singgah farmasi belikan sabun dan shampoo sebamed. Mudah-mudahan akan menyelesaikan masalah kulit si Nurin ni....


Aku Nak Ini.....

Tapi tak nak beli, nak free je.... hehehe... Ada ke orang nak kasi tu.... ??? Aku cakap gitu sebab ada lah tu org nak kasi tapi kene menang lu lah pertandingan ni... Pertandingan ini hanya terbuka kepada orang yang beli trial set shaklee Set B dan ada lagi lah... tapi aku beli set ni je... Senang je syaratnya just isikan borang peraduan dan sertakan no rujukan pos penghataran barang je... pas tu buat slogan skit. Slogannya berbunyi macam ni..... eh...salah.... tak bunyi tapi tertulis macam ni....TRIAL PACK SHAKLEE......bla...bla..bla...(tak leh lebih 10 patah perkataan).

Aku pun rekalah slogan yang aku rasa sedap disebut oleh aku.... Trial pack shaklee membuatkan hati ibu berbunga riang melihat sicomel tersenyum riang... (9 patah je....). Ok tak....??? agak2 boleh menang tak ek...?? Hadiahnya lumayan gak tu buat ibu2 yang BF. Nak tau hadiahnya....


Tiga [3] orang pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik. Hadiah utama ialah Pam Modu yang berharga RM599. Manakala dua [2] lagi pemenang akan mendapat pam Avent yang berharga RM170.



Sekarang ni aku makan set yang kedua bagi trial set B ni. Al-hamdulillah bagi aku... aku rasa ye sesuai untuk diri aku lah. Ia bukan saja menyumbangkan kepada susu tapi paling penting untuk kesihatan tubuh badan aku sendiri. Kalau dolu-dolu masa  tengah baby ni kat opis aku selalu rasa ngantuk2 tapi sekarang ni al-hamdulillah cergas je rasa badan walaupun selalu tidur lambat dan terjaga beberapa kali untuk susukan Nurin pada waktu malam. Tabiat makan pun normal je... tak lah membuatkan aku selalu nak makan je sebab kejap-kejap je lapar. Sebabnya vitamin ini adalah penyumbangnya ye dah tolong cover sikit tenaga aku. Tolong promosi... aku tak dapat apa-apapun just bagitau....Nak beli jugak yang full set tu tapi...... tunggu lah dulu....

Khamis, Mei 26, 2011

Dah 9.... Kejapnya Berlalu

Macam mana aku boleh lupa ini hari. Dua tiga hari sebelum ini bukan main lagi ingat tarikh keramat 26 Mei ini. Tapi bila dah tiba masanya terlupa lak. Nasib baik terbaca dekat fb Kak Ima baru aku teringat yang aku pun sama date dengan dia....

Daisypath Anniversary Years Ticker



Apa-apapun semoga ikatan suci antara kami ini sentiasa dalam Rahmat Allah dan dilimpahkan dengan rasa kasih sayang didalamnya. Insyallah. Dan......Semoga kita juga sentasa menjadi pasangan yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam mengharungi setiap dugaan dalam mendidik anak2. Amin



Selasa, Mei 03, 2011

Bila Mood Rajin Datang..

Tajuknya macam hari-hari lain tu aku malas je yek...??? Taklah maksudnya rajin untuk masak selain makan sarapan pagi, makan tengahari  atau makan malam. Untuk 3 minggu lepas terasa nak selalu nak kene ada makanan je. Maklumlah nak tambahkan T**B** skit. Rasanya kalau tak de benda yang nak dimakan rasa tak sedap pulak.

Jadinya minggu pertama dari tiga minggu tu aku buat kuih tradisional. Kuih ni selalu mak aku buat jual masa aku sekolah dulu. Aku pun suka makan kuih tu.... Kuih Peria. Ni bukan kes nak tambahkan susu yek... makan peria. Resipinya aku call je mek kat kampung. Jadi tu jadik tapi macam nampak buruk sikit rupanya jadinya tak yah lah letak gambar.

Minggu kedua dari 3 minggu tu aku buat pulak kuih koci. Aku buat kuih ni sebabnya kacang yang aku rebus buat kuih peria tu masih berbaki dalam peti ais. Jadinya tak nak bazir aku kerahkan abang ambilkan daun pisang buat kuih koci. Resipinya aku hentam kromo je.... sebab lebih kurang dengan kuih peria cuma bezanya dibungkus dengan tak dibungkus je.


Minggu ketiga minggu yang abru lepas aku buat kuih moden lak. Asyik yang tradisional je kan ubah selera sikit. Aku tak pernah buat kuih ni sebab dolu-dolu asal aku buat kek je mesti ye bantak.... tak menjadi. Tak tau apa masalahnya. Jadinya rasa risau gak kut tak menjadi kali ni malu dengan abg berkobar2 aku suh ye pergi eli barang. Tapi orang kata belum cuba belum tahukan. Jadinya dengan yakin dan tawakkal aku buat le kek coklat. Al-hamdulillah bukan setakat menjadi... sedap lak tu..... (puji diri sendiri plak... sebab abang tak puji...hikhikhik.. ye malu tu nak puji kah,,,kah,,kah...). Resipinya aku ambil kat bloger almari resipi. Senang je... tu aku berani buat tu.... Jom tengok hasilnya...

sebelum dideko.... gebunye....



Rasa coklat didalam melimpah diluar.... so yummy.....


Hujung minggu ni apa pulak nak buat ek...?? Teringin nak cuba cheese cake la pulak... Em... ok gak kan... nanti lah nak google resipi yang mudah dan berkenan dihati.