Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Rabu, Jun 29, 2011

Satu..., Two... Sekarang Tigo

Tu bukan nak belajar mengira tapi apa yg aku maksudkan adalah handbag aku pergi kerja hari-hari. Bilalah ia akan kembali normal aku bawak dua je..... selagi lom selesai seminggu ni aku akan usung pergi dan balik kerja 3 bag itu... Tak pelah sekurang-kurangnya aku boleh buat jugak kat rumah benda alah tu....

Meh aku cite kenapa hand bag aku semakin bertambah. Hehehe... Mulanya ni je.....


Biasalah semua orang bawak handbag kan. Abaikan jenamanya yek... Dalamnya biasalah ada keperluan aku seperti handset, bag duit (tapi kengkadang tertinggal gak...) maklumlah makan pergi dgn abg jadinya paham-paham jelah. Duit mu duit ku.... duit ku pun duit mu..... (perkongsian hidup....), kad matrik n tisu je... Bedak takde kat dalam tu... Lepas tu tambah lagi satu....ni dia....



Ni jadalah untuk aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai ibu kepada Nurin. Akan aku penuhkan hak anak untuk memberikan yang terbaik untuknya. Semoga Allah memepermudahkan segala urusanku dan perjalanan ku. Insyallah

Dan lately ni tambah lagi satu secara tak rasminya.....



Berat lak tu.... huhuhu bilalah aku dapat siapkannya. Semoga setiap malam Nurin akan bagi kerjasama terbaik kat ibu dia ni untuk siapkannya sebelum misi nak ikut abang tu sampai. Kalau tak jangan harap lah bos nak lepas aku ambil cuti.... Berpinau-pinau mata aku ni nak semak satu-satu nama student ni... Risau kut tersalah tanda pelajar yang graduan je.... Ya Allah mintak jauh le.... Malam tadik kul 1.30 pagi barutidur aku duk nelek benda alah ni...

Apa-apa pun terima kasih banyak kat abg kerana banyak menolong....


Kasihnya ibu membawa ke Syurga  kasihnya ayah berkorban nyawa....

Khamis, Jun 16, 2011

Cahaya Suci

Waduh dah lama rasanya tak update sini... bukan takat update masuk pun tak... nak wat macam mana masa amat menceburuiku...hehehe... Hari ni rasa ada kelapangan skit dah banyaj kerja yang siap tapi ada beberapa hutang kerja yang masih dalam simpanan untuk diselesaikan sebelum JKP ni. Harapnya semuanya ok.... Insyallah. Ada sebab nak kene siapkan tu sebab lepas JKP cuma nak tumpu pada laporan dan minit je dan lepas tu aku ada MISI...hehehe... jadi ke bang....???

Ok tinggalkan bab kerja. Tujuan aku berada di page ini hari ni sebab aku nak update kan perkembangn si Nurin. Yap sekejap je dah 4 bulan Nurin membesar just dengan susu ibu sahaja. Al-hamdulillah lagi 2 bulan je untuk capai target pertama aku. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan paling penting aku hargai adalah sokongan dan dorongan yang diberikan oleh insan tersayang. Siapa lagi kalau bukan En. Suamiku. Ni bukan bagi dorongan  dari segi kata-kata tapi dorongan dari segi membantu aku dalam segala hal dari bab masak memasak, mencuci, mengemas dan segala mak nenek kerja rumah abang lakukan. Terima kasih bebanyak bang jasa mu ku kenang. Mudah2an pahala ibu menyusukan anaknya hingga kenyang juga mengalir untuk seorang ayah yang berkorban membantu si ibu menjayakan misi itu. Insyallah.

Nurin sekarang ni dah boleh meniarap dan ada lah juga beberapa kali dah boleh telentang balik. tapi tetentang seraca tergolek lah.... kesian..... chayo...nurin chayo... jangan give up pk sayang. Nurin start boleh tiarap masa dia 2 hari lagi nak masuk 4 bulan. Malam tu ye cuba boleh sekali lepas tu terus je nak tiarap dan tiarap. Sekarang ni pantang letak mesti tiarap terus sampaikan nak pakaikan pampers pun kene cepat2. Kejap je kan masa berlalu... Mudah2an Nurin membesar dengan sihat Insyallah. Ibu hanya akan bagi yang terbaik demi anak ibu.





Abaikan hasil seni di dinding rumah tu... Nukilan si Adeeb sepanjang aku berpantang hari tu... Padahal dinding tu baru cat masa sebelum bersalin ari tu je...