Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Rabu, Februari 29, 2012

Dah Macam kaki McDonald's



Minggu lepas belikan si Ainul selipar ganti yang dah putus tu. Tak pergi jauh pun... kat Parit Raja je... maklumlah lepas balik kerja nak menuju ke Batu Pahat nanti lambat pulak. nak tunggu hari minggu mau nak cipta alasan2 untuk menjawab pulak. Dahnya pergi je kedai sebelah Save n Save tu je... Dapatlah satu untuk si Ainul. 

Dan Adeeb pulak ternampak pulak kasut Ben 10 tu.... tapi berjaya pujuk la sebab kasut tu besar dan takde saiz dia pun.... tapi dari sehari ke sehari, siang malam pagi petang asyik cakap nak kasut tu je... sampai tiap pagi sampai je dekat pintu taska terus buat keras tak nak keluar kereta nak kasut Ben 10 tu....  last2nya cuba cari kat kedai lain area Pt. Raja ada jumpa kasut lain yg muat dengan dia tapi tak nak. Akhirnya pergi balik kedai dan semestinya terus ambil kasut yang dia nak tu. Tak kiralah maut ke tak janji nak beli.  Nak tak nak kami beli ajelah dari duk mengamuk tiap pagi nak kasut tu.... Adus Adeeb...Adeeb... nak tidurpun siap letak sebelah kasutnya.... dua hari sebelum tu tidur berpelukkan kereta. Huh.... anak jantan ni... macam2 hal lah....

Saiz paling kecil 35


Agak2 lah berapa tahun lagi kasut ni betul2 muat dengan kaki dia atau kasut ni dah rosak pun lom boleh pakai lagi.

Hari2 nak pergi taska pakai kasut ni .... dah macam kartun jalannya.....


Jumaat, Februari 10, 2012

Aksi Si Nurin...

Tiada cerita just nak kongsi gambar Nurin yang sudah banyak karenah. Nak main tapi satu tangan lagi mesti pegang kain ibu kut ibu lari.... Malam tadi saje je lepe dia saya bangun pergi dapur. Lepas tu dengar suara dia menuju ke dapur saya menyorok... Nangsi tak jumpa cari... kesian.... saje gurau2 pastu kuar la....



suka sangat masuk bawah meje lepas tu terkial2 nak keluar tak boleh...

ba....chak...


ibu ngemas peti air, masuk peti ais.... 

ibu nak cuci baju nak masuk dalam mesin basuh...

3 dara kami...


Hari Lahir Nurin = C'Teh...

Hari ini 10 Februari 2012 adalah hari Nurin dilahirkan mengikut tarikh org putih kalau org tua cakap. Al-hamdulillah sudah genap setahum nurin dengan susu ibu. Saya pun tak sangka jugak dah setahun dapat susukan Nurin dengan susu ibu tanpa campur dengan susu FM. dan Insyallah akan meneruskannya lagi untuk tempoh setahun lagi. Mudah2an dipermudahkan segala urusan olehNya jua....

Jika diingat kembali detik2 menyambut kelahiran Nurin dulu.... disaat dan waktu ini tengah duk menahan sakit yang pastinya bukan sedikit kerana ganjaran yang Allah berikan dari kesakitan itu sungguh besar. dan bersalinkan si Nurin ni saya bersyukur sangat kerana Abg masuk sekali untuk sama-sama merasai dan melalui detik-detik tanguisan pertama si comel ini....

Al-hamdulillah berkat menahan kesakitan dari pukul 1 pagi lagi sampai ibu tak tidur malam duk berjaga je.... (tapi tak risau sangat sebab memang dah berada dalam wad sebab kene masuk wad awal). Pagi tu cuma hanya bersarapan dengan roti kosong 2 keping dan susu yang tawa lemba @ tawa hebe... (loghat saya le...) yang semestinya tak mengenyangkan lah.... kul 11 pagi doc check jalan dah bukak 5cm. Terus doc suruh masuk. Mintak masuk lepas makan tengahari pun tak kasi. Jadi dengan perut lapar masuk jelah dalam LR untuk bersalin.

Dari pukul 11 lebih masuk sampai kul 3.45 petang baru bersalin. Peh..dengan lapar yang tak boleh nak cakap rasa memang takde tenaga langsung nak bangun. Tengah sakit2 pun saya boleh lagi cakap dekat abg nak tidur sebab tak larat sangat. Tapi bila kesakitan datang sedar balik....  Abg mintak nak keluar dulu pukul 2 untuk sholat tu saya tak risau akan terbersalin masa abg takde sbb dah tahu jalan buka 1cm 1jam jadi memang budget akan bersalin dalam kul 3 lebih je... Memang lepas baby keluar dan siap jahit luka tu terus saya tertidur kat situ. Baby pun tidur sama sampai saya kasi puting suruh hisap pun tak bangun. Mungkin penat mcm ibu dia juga tu.... Pukul 7 malm baru saya ditolak masuk wad selepas habis sebotol masukkan air. Perut ni jangan cakapla lapar yang tahap kebulur sampai nak duduk pun tak larat. Abg pergi belikan nasi dengan sup kat kedai tolong suapkan lepas tu rasa ada tenaga sikit nak bangun jalan pergi bilik air.... Nurin pun nasib baik tak menangis... Al-hamdulillah sudah setahun kenangan itu telah berlalu tapi mcm terasa baru je... dan rasa masih gerun lagi nak bersalin....

Hari ini jugak adalah hari lahir adik saya.... CIKGU ZALINA BINTI SAID yang ke...??? Semoga Allah memberikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kepada kamu berdua..... Usah berputus asa.... rezeki Allah itu tetap ada Insyallah....


"...C'teh 'n" Nurin..." Selamat Hari Lahir 10 Feb.


Inilah orgnya yang setahun hari ni....



Rabu, Februari 01, 2012

Semalam 7 Rabiu Awal 1433 H



Sudah lama menyepikan diri daripada membuat coretan dan meluahkan rasa atau berkongsi cerita... Hari ini saje mencuri kesempatan sedikit untuk mengabdikan kenangan indah yang terukir setahun yang lepas.

Al-hamdulillha semalam genaplah setahun umur Nurin berada didunia ini... Perkembangannya setakat ini dah pandai bangun sendiri dan mula nak belajar melangkah. Semalam tengok dua tiga kali cuba melangkah tapi gerak sikit je lepas tu jatuh... tak pe anakku... cuba lagi.... Insyallah...

Ibu, ayah, kakak Nadhirah ,Kakak Ainul dan abang Adeeb doakan semoga Nik Nurin Iffah diberikan Allah kesihatan, keselamatan yang baik, Membesar menjadi anak dan adik yang baik, dan sentiasa dalam lindunganNya sentiasa. Amin....

Semalam pergi checkup bulanan Nurin kat KK Pt. R***. Saya kecewa dengan statment yang diberikan oleh JM tu.... "anak akak ni.. berat badanya nya tak cantik....minum susu apa...?? Susu ibu semata... Patutlah.... bukan nak kata....susu ibu tak cukup zat.... " AllahhuAkhbar.... jadinya pada pandanngan dia susu lembu yang lebih berzat dari susu ibu.... Sedih sangat org yang sepatutnya lebih tahu tentang penyusuan susu ibu tapi cakap macam u.. sedangkan klinik tu ada gantung banner KAMI MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU....