Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Selasa, Julai 17, 2012

Hanya RM0.50 Sehari... Apa Kita Boleh Beli??

Boleh beli kuih sebiji.... nasi lemak paling murah pun RM1.00... gula-gula... terpulanglah apa anda nak beli...

Percaya tak dengan hanya RM0.50 sehari kita akan dapat banyak kelebihan. Nak beli apa dengan RM0.50 tu...???. Apa lagi kalau tak Vitamin C Shaklee. Nak tahu lebih lanjut jom baca sampai habis. Ingat jangan kedekut untuk belanjakan sedikit wang kita untuk kesihatan.

Tahukah anda Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik, iaitu merupakan sejenis vitamin larut air. Ini bermakna ia tidak boleh disimpan oleh badan manusia dan perlu sentiasa diambil bagi mengekalkan fungsi tubuh pada ...tahap optimum. Vitamin C adalah vitamin yang paling tak stabil berbanding semua jenis vitamin dan sangat sensitif pada oksigen (mudah teroksida). Ini bermakna Vitamin C akan lenyap apabila didedahkan pada cahaya ataupun udara.




Tugas utama vitamin C ni adalah mengekalkan tahap kolagen dalam tubuh manusia. Macam yang kita tau kolagen ni untuk mengekalkan kulit supaya nampak anjal dan muda jelita, tapi sebenarnya bukan itu saja, fungsi utama kolagen adalah sebagai tisu penghubung dalam kulit, ligamen dan tulang. Tugas lain vitamin C adalah seperti membantu dalam penyembuhan luka, menghalang jangkitan penyakit dan membantu mengendalikan stress.

Manfaat daripada pengambilan vitamin C adalah terlalu banyak. Tahu tak bahawa Vitamin C juga sebenarnya mengambil peranan dalam pembentukan dan susunan gigi dan tulang serta melindungi dentin dan juga pulpa gigi.

Vitamin C memainkan peranan dalam penyembuhan luka dan melecur. Ini adalah kerana ia memudahkan pembentukan jaringan tisu pada bekas luka. Selain itu, ia juga membantu membentuk sel darah merah dan mencegah pendarahan. Vitamin C juga menghalang jangkitan bakteria dan membantu mengurangkan risiko alergi kepada tubuh badan. Oleh kerana itu, Vitamin C sering digunakan untuk menghalang dan mengubati jangkitan selesema.

Vitamin C juga dikatakan menurunkan kolestrol dalam darah pesakit yang mengalami arteriosclerosis. Dengan pertambahan umur, lebih banyak Vitamin C yang diperlukan kerana lebih banyak Vitamin C yang diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kalau cukup vitamin C kulit pun lambat berkedut. So tak payah gaduh nak suntik-suntik kolagen bagai.

Dalam keadaan yang tertekan pula, tahap penggunaan vitamin C akan meningkat. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan perlu diambil sentiasa bagi mereka yang sering berada dalam keadaan yang tertekan. Ini penting bagi membolehkan seseorang itu melakukan tindakan yang bertepatan dan mengikut tatasusila manusia.

credit