Secara Saintifiknya, diabetes adalah sejenis penyakit metabolic di mana tubuh tidak boleh menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul. Apabila tubuh (secara khususnya pancreas) tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan maka makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Fungsi sebenar insulin adalah untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan sebagai bahan bakar. Bagaimanapun apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan ia juga akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Terdapat DUA JENIS DIABETES utama:
Jenis 1 – ‘Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus’ (bergantung pada Insulin)
- Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Peningkatan kes setiap tahun di kalangan kanak-kanak adalah sebanyak tiga peratus.
- Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin atau gejala yang bersifat semulajadi.
Jenis 2 – ‘Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus’ (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan dianggarkan kira 90-95% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
- Selalunya pada orang yang berumur, mengalami berat badan berlebihan atau yang mempunyai keturunan yang menghidap diabetes.
Mengenali Gejala Awal Diabetes
- Kerap dahaga dan bertambahnya gasaan untuk membuang air kecil.
- Sering berasa lapar.
- Penyusutan berat badan.
- Penglihatan mula menjadi kabur.
- Rasa penat yang keterlaluan.
- Mudah diserang jangkitan, demam dan selesema.
- Kesan luka atau bengkak yang lambat sembuh.
- Boleh diserang pelbagai penyakit kronik hingga berupaya menjadi koma (jika penyakit lewat dikesan dan tidak dirawat dengan suntikan insulin).
- Ada juga di antara pesakit diabetes yang akan mengalami masalah kulit seperti kegatalan.
Penyakit diabetes khususnya Jenis 1 sukar untuk didiagnosis, tetapi ia mudah terbina dalam tubuh dengan mengambil masa yang singkat. Bagi diabetes Jenis 2 pula, ia mampu terbina dalam tubuh untuk tempoh lebih dari lima tahun tetapi gejalanya sangat sukar dikesan. Jika ada pun, pesakit berkenaan tidak langsung menjangka bahawa itu adalah petanda diabetes.
Renungkan….
- Setiap 10 saat, seorang individu mati akibat penyakit diabetes atau penyakit berkaitan diabetes.
- Kira-kira 3.8 juta kematian setahun disahkan berlaku akibat penyakit diabetes. Malangnya gejala dan kesedaran tentang penyakit ini masih lagi dipandang remeh.
- Gejala diabetes kian hebat menyerang penduduk di negara membangun termasuk Malaysia.j Malah penyakit ini adalah punca utama kepada serangan sakit jantung, strok, hilang penglihatan atau menjadi buta, hilang upaya fizikal (akibat ada di antara anggota badan yang terpaksa dipotong) dan kegagalan buah pinggang.
sumber: majalah rapi
Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes
Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes

Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap

Mengukuhkan kapilari dan salur darah
Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes
Alfalfa Complex
Membantu stabilkan gula dalam darah
Membantu stabilkan gula dalam darah
Carotomax
Menghalang penglihatan kabur
GLA Complex
Vivix
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan
berat badan, anti-penuaan
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis