Semalam abang pergi ambil Buku Rekod nadhirah dekat PASTI. Sepatutnya kene ambil ari sabtu ari tu... tapi aku kene datang kerja sebab ada Ujian Penempatan BI untuk pelajar baru dan abang pulak sudah semestinya kene jaga budak-budak tu kat rumah. Masalahnye ari sabtu ari tu ye cuma buat separuh hari je.. kalau buat sampai petang sempatlah pergi jugak...
Ok lah.. result dia macam tu... dapat 2A dan yang lain semua B. Tak kan kita nak tekankan supaya ye dapat semua A dalam semua subjek yang dia ambil tu... Baru 5 tahun banyak masa lagi... tapi tak boleh alpa lah... nak kene tengok selalu. Komen cikgu kat dalam buku tu.. nadhirah ni sukar untuk beri tumpuan semasa belajar. Aku tau mesti dia nak main jee... Ye lah kat rumah pun sama, kalau kita mengajar dia kan memang betul-betul menguji kesabaran. kalau kita suruh dia tulis ikut titik-titik ke apa ke... boleh ye cakap kakak tak pandai. ibu tau lah kakak tak pandai tu yang suruh belajar tu... Kalau dia buat pun kan tak sampai siap satu ye dah berenti dan cakap tanya itu tanya ini... aduh... kakak... kakak...
Tak pelah walau pun orang lain anak mereka dari 4 tahun dah pandai menulis dan membaca... aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya anak aku pun dah boleh mengenal huruf. Budak aktif macam anak-anak aku ni dah kira ok lah tukan... tak pe... Nadhirah pun boleh jadi anak yang pandai jugak... Ibu lu tak pernah pun pergi sekolah tadika, darjah satu pun dah boleh baca. Tapi tu dulu... sekarang ni semua orang dah sekolahkan anak mereka dari 3 atau 4 tahun lagi... jadi budak-budak pun dah pandai...
Tapi kan... aku tak taulah apa puncanya kan... aku perasan kan, masa aku sekolah rendah dulu ramai kawan-kawan aku masa sekolah rendah tu.. jadi budak yang pandai tak kira lah lelaki ke perempuan. Aku cuma boleh dikategorikan dalam golongan pertengahan je... Tapikan aku perasan mereka ni bila dah naik tingkatan 1 prestasi kawan-kawan aku yang cemerlang semasa sekolah rendah di dah mula menurun.... dan menurun... dah termasuk dalam kategori k biasa je... aku lak orang kata makin meningkat dan masuk dalam peringkat atas lah. Che.. wah.. masuk bakul angkat sendiri pulak... bukan puji diri tau.... Tapi apa yang aku dapat perhatikan antara aku yang dalam golongan kecerdikan pertengahan semasa sekolah rendah dengan kawan aku yang dalam golongan tercerdik semasa sekolah rendah. Dan ia berubah semasa di sekolah menengah dan seterusnya di peringkat universiti.
Jadi pada pendapat aku lah... tak semua orang yang cerdik semasa peringkat rendah ni akan terus kekal cerdik diperingakt tinggi nanti. Semuanya adalah bergantung kepada sikap, didikan ibu bapa, persekitaran, peluang, doa, usaha dan sebagainya. Jadikan bagi aku kalau diperingkat permulaan ni kalau anak-anak kurang cemerlang tu... tak yah lah nak marah-marah... mereka budak lagi... bukan tau pun nak ubah diri mereka kan. tapi bagi mereka yang sememangnya anak-anak mereka tu dah pandai di peringkat terendah ni Al-hamdulillah. Teruslah bimbing mereka supaya kekal menjadi anak-anak yang cemerlang. Tapi jangan sampai peringkat paksaan pulak nanti memberontak budak-budak tu. Masa kanak-kanak ni bukan saja untuk kita terapkan anak-anak kita supaya menjadi anak yang pandai membaca dan menulis dengan hanya membeli buku kepada mereka tapi perlu juga belikan permainan untuk mereka supaya anak-anak bukan saja pandai tapi kreatif.
Ini sekadar pandangan aku...