Sempena cuti 3 hari dari hari jumaat, sabtu dan ahad ujung minggu lepas kami sekeluarga telah mengambil kesempatan untuk membawa anak2 pergi bercuti. Asalnya nak ajak Atie nga Noor sekali (adik sorang duk Merapoh dan sorang duk Melaka ) pergi jalan-jalan tu tapi semua ada kengkangan masing2. Atie adik iparnya nak tunang, Noor lak ada urusan dengan tempat dia nak praktikal. Walaupun dia orang tak pergi kami tetap pergi jugak sebab dah janji nga anak2 nak pergi jalan.
Makanya pada pagi jumaat tu... pepagi lagi dalam kul 7.45 kami keluar rumah. Abang borak jap dengan jiran sebelah, pun sama pergi bercuti gak menghala ke Rompin. Maklumlah cuti sekolah ditambah dengan adanya cuti umum. Semua orang mengambil kesempatan untuk bawak anak2 berjalan. Selepas pastikan rumah dan semuanya berada dalam keadaan baik kami set dalam minda kami tujuan keluar ni nak pergi berjalan-jalan .......... makan angin ............ dekat ...... Cameron Highland.
Sebenarnya kami tak pernah pergi Cameron Highland ni... nak pergi ni pun main terjah je nga takde map. Tak pe.. kan papan tanda ada... apa susah, hehehe..... Aku ada satu kisah berkaitan dengan jalan-jalan nak pergi cameron ni. Masa tu belum sampai setahun lagi kami nikah. Anak memang lah tak de lagi. Kami pun masa tu masih PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Abang duduk di Sentol sebab kerja di IKM Petaling Jaya dan aku lak menyewa dekat Pt. Hj. Abd. Kadir dekat je dengan UTHM. Pada masa tu adalah sekali kami rancang nak pergi Cameron. Memang pergi pun. Dah siap bagi tau semua adik nga kakak ipar nak pergi cameron ni. Aku pun tak tau macam mana kami ambik jalan lebuh raya Karak, sebab macam terperasan ada papan tanda yang menunjukkan arah ke Cameron Highland tu...
Nak tau.... apa yang berlaku....??? jeng...jeng....jeng.....
Sampai ke sudah kami tak jumpa papan tanda nak naik ke cameron tu.... last-last kan... nak tau kami pergi mana ........ wakakaka.......... kenangan beb tak dapat nak dilupakan.... Dah alang-alang berada di Lebuhraya Karak dan tak jumpa papan tanda ke cameron tu...... ops... kami tak patah balik tau... kami teruskan jugak pejalanan tapi menuju ke tempat yang berbeza je... hehehe ............. nak tau.... kami balik kampung je.... Masa on the way perjalan tu kak Tie call nak kirim belikan buah strobery... abang cakap buah strobery tak dapat le..... keropok adele..... Terus ye tanya kenapa.... dan kami cakap tak jadi pergi cameron kami balik kampung. Terus kami kene gelak... kahkahkah......
Seronok ke....?? , apa maknanya tu..................................
Nak tau kenapa aku tulis macam tu.... ada macam-macam nak diceritakan di situ.... tapi tunggulah ye... dalam next entry....
