Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Selasa, Disember 22, 2009

Part 2 : Cuti-Cuti Malaysia.... Seronok ke...??

Kami keluar dari simpang taman tu terus menghala ke tol air hitam. Sampai dekat simpang trafik light tu ada sebuah lori terbalik dekat atas jalan. Mungkin laju lah tu nak keluar simpang terus terbabas. Nak masuk tol air hitam tu ada seorang pekerja tol berdiri kat tepi jalan. Kerjanya bertanyakan arah kita nak pergi. Kalau nak pergi arah KL ok tapi kalau ke arah JB tak boleh sebab dekat Machap jalan ditutup ada kemalangan. Apalah orang tu, tak penat ke dia nak bercakap untuk semua kereta yang nak masuk ke tol tu. Apalah salahnya digantungkan satu kertas tulis je dekat situ jalan menuju ke Machap ditutup untuk sementara waktu. Tak lah penat bercakap.

Lepas tu kami meneruskan perjalanan dan singgah sekejap dekat Hentian Seremban, biasa lah kalau jalan dengan budak2kan.

Apalah yang dimainkan Adeeb tu...



Untuk makan2 atas keta elak ngantuk. Tapi ngantuk jugak... Sedap lah kacang ni... nanti nak pergi beli lagi lah. Ayah suka makan kacang ni. Yang ni tak keras, ingat masa raya ari tu beli untuk ayah kerasnya bukan main lagi.

Lepas tu kami boleh keluar tol Nilai plak. Patah balik masuk semula menghala ke Putrajaya. Saje je pusing-pusing. Lepas tu singgah kejap Hentian Dengkil, Adeeb berak dan ingat nak makan tapi ramai sangat orangnya dan Adeeb lak dah mengamuk. Last2 beli roti nga air je makan dalam keta. Kat situ boleh plak jumpa dengan jiran satu taman. Sama gak nak ke Cameron Highland.

Kami teruskan perjalanan dan tak berenti2 lagi. Keta kat jalan banyak sangat. Semua hentian penuh. Cuaca lak tu hujan. Maka banyak jugak lah kemalangan yang berlaku. yang sempat aku ambik gambar aku ambil, yang tak sempat cuma nengok je lah. Kesiankan dekat dia orang semua. Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang. Setiap gambar tu kemalangan di tempat yang berlainan. Ada satu tempat tu sampai 7 buah kereta yang terlibat.



Tengoklah keta dekat jalan banyak betul. Ni gambar dari arah depan keta kami

Dari cermin sisi nengok keta di belakang keta kami.


Dan akhirnya kami sampai jugak lah kat sini. Lega lah sikit.

Seriusnya orang tu bawak keta....

Nampak tak ada air terjun dekat celah bukit tu....

Kami keluar ikut Simpang Pulai lebih kurang kul 1 petang lebih. Masa lalu dekat jalan yang berbukit tu nengok ramai betul yang jual durian. Banyak keta yang berenti makan terutamanya org cina lah. Tu lah masa kat situ Ainul plak buat hal. Muntah tak cakap... adoooiii habis. Nasib baik kat tangan aku masa tu ada kain lampin Adeeb terus je tadah pakai tu kalau tak maunya aku kat depannya terkena tempiasnya. Kebetulan masa tu ye duk dekat tengah tu... Belum tu dah pesan tu duk diam2 jalan bengkang bengkok, kalau nak muntah cakap. Nak buat macam mana terpaksalah duk menghidu muntah kat dalam keta tu. Nak basuh kat mana jalan dalam bukit tu.. Tukarkan bajunya aje pastu teruskan perjalanan.

Banyak lagi nak cita tapi tunggu lah yek next entry. Jauh benor perjalanannya sampai 3 entry tentang perjalannya aje. Memang jauh pun... sampai kul 11 malam tau perjalan kami pada hari tu... kalau sampai tempat sini baru dalam kul 2 petang gitu..... hehehe.. tunggu je lah.


Isnin, Disember 21, 2009

Part 1 : Cuti-Cuti Malaysia... Seronok ke...??

Sempena cuti 3 hari dari hari jumaat, sabtu dan ahad ujung minggu lepas kami sekeluarga telah mengambil kesempatan untuk membawa anak2 pergi bercuti. Asalnya nak ajak Atie nga Noor sekali (adik sorang duk Merapoh dan sorang duk Melaka ) pergi jalan-jalan tu tapi semua ada kengkangan masing2. Atie adik iparnya nak tunang, Noor lak ada urusan dengan tempat dia nak praktikal. Walaupun dia orang tak pergi kami tetap pergi jugak sebab dah janji nga anak2 nak pergi jalan.


Makanya pada pagi jumaat tu... pepagi lagi dalam kul 7.45 kami keluar rumah. Abang borak jap dengan jiran sebelah, pun sama pergi bercuti gak menghala ke Rompin. Maklumlah cuti sekolah ditambah dengan adanya cuti umum. Semua orang mengambil kesempatan untuk bawak anak2 berjalan. Selepas pastikan rumah dan semuanya berada dalam keadaan baik kami set dalam minda kami tujuan keluar ni nak pergi berjalan-jalan .......... makan angin ............ dekat ...... Cameron Highland.


Susah nak ambil gambar tempat ni. Ini aje yang sempat. Tak pelah untuk tunjuk aku pergi tempat tu je....


Sebenarnya kami tak pernah pergi Cameron Highland ni... nak pergi ni pun main terjah je nga takde map. Tak pe.. kan papan tanda ada... apa susah, hehehe..... Aku ada satu kisah berkaitan dengan jalan-jalan nak pergi cameron ni. Masa tu belum sampai setahun lagi kami nikah. Anak memang lah tak de lagi. Kami pun masa tu masih PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Abang duduk di Sentol sebab kerja di IKM Petaling Jaya dan aku lak menyewa dekat Pt. Hj. Abd. Kadir dekat je dengan UTHM. Pada masa tu adalah sekali kami rancang nak pergi Cameron. Memang pergi pun. Dah siap bagi tau semua adik nga kakak ipar nak pergi cameron ni. Aku pun tak tau macam mana kami ambik jalan lebuh raya Karak, sebab macam terperasan ada papan tanda yang menunjukkan arah ke Cameron Highland tu...


Nak tau.... apa yang berlaku....??? jeng...jeng....jeng.....


Sampai ke sudah kami tak jumpa papan tanda nak naik ke cameron tu.... last-last kan... nak tau kami pergi mana ........ wakakaka.......... kenangan beb tak dapat nak dilupakan.... Dah alang-alang berada di Lebuhraya Karak dan tak jumpa papan tanda ke cameron tu...... ops... kami tak patah balik tau... kami teruskan jugak pejalanan tapi menuju ke tempat yang berbeza je... hehehe ............. nak tau.... kami balik kampung je.... Masa on the way perjalan tu kak Tie call nak kirim belikan buah strobery... abang cakap buah strobery tak dapat le..... keropok adele..... Terus ye tanya kenapa.... dan kami cakap tak jadi pergi cameron kami balik kampung. Terus kami kene gelak... kahkahkah......


Seronok ke....?? , apa maknanya tu..................................


Nak tau kenapa aku tulis macam tu.... ada macam-macam nak diceritakan di situ.... tapi tunggulah ye... dalam next entry....







Khamis, Disember 17, 2009

Selamat Tahun baru Hijrah

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBACA DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN.


Pedoman Hidup - Rahsia Iblis

Ini aku dapat dari email yang di"forward"kan. Rasa bagus jugak untuk dikongsikan disini sebagai ingatan dan pedoman kepada kita yang selalu alpa dan lalai dalam menjalani kehidupan seharian.

Seorang sahabat Nabi S.A.W bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi S.A.W yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

  1. Iblis bertanya kepada Allah S.W.T: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas). "

  2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah S.W.T yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat ) dan sebagainya."

  3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak / lagu / puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

  4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah S.W.T yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

  5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

  6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

  7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

  8. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

  9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

  10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."


    SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA. RENUNG-RENUNGKAN LAH DIRI KITA ADAKAH ADA DIANTARANYA MASIH MENJADI AMALAN DAN BUDAYA KITA.


Isnin, Disember 14, 2009

Hujung Minggu Di Rumah

Biasa kalau tak ke mana -mana hujung minggu kerjanya duk kemaskan laman rumah lah. Bajakan rumput yang hidup segan mati tak mau... kasi tu.... Budak 3 orang tu biasa lah pantang grill terbuka habis terlepas. Semua benda nak main. Malas nak larang biarkan aje, dari dengar dia orang tu menangis. Tapi mulut aku biasalah bising jugak. Biasalah standard mulut ibu-ibu...

Layan je gambar-gambar ni.... Malas nak cerita panjang.





Inilah laman kami ciptaan sendiri. Main tangkap muat je tanam pokok. Asal berkenang je beli tak kiralah jenis apa.

Lupa lak apa tah nama bunga ni. Garlic apa tah. Ada terbaca kat buku Majalah Laman yang kami beli tu. Tapi betul tau bila kita ramas daunnya akan keluar satu aroma bawang putih. Bunga nya lawa warna purple. Tapi sayang mungkin faktor tanah kat rumah kami tu kut bunganya tak tahan lama. Kalau dekat rumah mek tu macam lama je tahan bunganya.

Rajin betul kan 3 orang tu. Tolong ibu dengan ayah kat laman.


Ragam Adeeb Bila Minum Susu

Masa ni tengah dahaga betul ni lepas main dekat luar. Tu minum laju je...

Lepas ambil video ambil gambar lak. Saje je... untuk simpanan. Bila besar nanti dia tau ohoo.... masa kecik lu Adeeb suka gentel kain masa minum susu.. Tak dapat tuala dia, kadang-kadang bantal pun ye tarik je ke mana-mana. Atau kekadang kain yang dia buat selimut. Tapi kalau nampak tuala terus yang lain dia buang nak tuala jugak.




Biasanya ada sikit Adeeb akan tinggalkan dekat botol. Tu kadang-kadang kalau terlepas pandang habis lantai ke... kerusi ke... di bagi susu sekali. Habis melekit. Atau kadang-kadang tu lepas minum ye kasi kita kalau lambat ambil dibuang aje ke lantai. Heh... anak sapa lah tu ek...? Pukul tangan tu... baru tau...
Nadhirah dengan Ainul pun ada jugak ragamnya. nantilah dalam post akan datang. Tak de lagi koleksi gambarnya.


Khamis, Disember 10, 2009

Hargailah Apa Yang Ada

Itulah yang kita ada hari ini hargailah ia. Belum tentu yang kita ada sekarang ni bila sudah tiada kita akan dapat balik semula atau dapat yang baru tanpa mengeluarkan apa2 atau membuat apa2 pengorbanan. Sama-sama lah kita fikirkan.

Hargailah semuanya... kesihatan, kesejahteraan, keluarga, harta benda dunia, dan semua yang menjadi milik kita....

Untuk peringatan kepada diri aku sendiri yang sering alpa di dunia ni.


KALIAN ADALAH ANUGERAH ILAHI UNTUK DISAYANGI SAN DIKASIHI SEPENUH HATI.


Macam Mana Boleh Tak Perasan....

Manusia ni biasa lah memang tak boleh larikan dalam membuat kesilapan sama ada kecil ke besar ke... serius ke.... tidak ke.... kan. Bagi aku walau kecil ke basar ke... ia tetap akan beri kesan kepada diri kita kan..? Aku bukan nak cerita orang lain buat salah. Ni kisah aku sendiri. Buat apa jaga tepi kain orang kan. Kain aku sendiri pun tak sempat nak jaga.

Ni kisah kerja yang aku sedag menanggung sekarang la.... Adus.... kak faizah, saya ada buat salah sikit la.... Bos biasalah ye tak marah pun tapi bising sikit la.. Uhuuuuu... tatutnye.... datang opis ari ni pun asal nampak aje saya terus cakap apa la.... alah... ayat biasa dia tu.... Aku dah ngaku buat salah pun, insyallah tak ulang lagi. Boleh ke gitu je ek...?

Kesalahan pertama :

Ni belum masuk mesyuarat lagi. Agenda tu tetibe je... saje je guna perkataan tetiba macam ghaib pulakkan...? perkara 5.0 aku tak tulis. Terus 5.1. Aku cakap je sebelum bos cakap aku berangan... Terus ye cakap tulah berangan... Nak berangan kan apa yek...?. Ni sempat betulkan sebelum mesyuarat.

Kesalahan kedua :

Macam mana aku boleh tak perasan , yang dulu minit yang dimasukkan dalam sistem adalah minit yang tak de draf kat atas tu... tapi aku kasi dia orang masukkan minit yang ada perkataan draf kali ini. Memang lah tak de beza dari isi kandungnya. Tapi lain toh... (orang jawa selalu cakap kat belakangnya ada toh... aku ajuk je... dah terbiasa lak..).

Dush3 kat muka sendiri. Tak de alasan nak kasi memang aku buat salah...

Bos dah bagi worning minit kene siap 3 hari. Tapi ni aku belum start buat lagi... Pagi tadi aku bagi tumpuan kepada Audit 5S. Banyak jugak teguran yang dibuat untuk penambahbaikan. Lupa aku nak pasang tape tadi nak tape aje komen yang diberikan. Bukan apa untuk diberi kepada semua staf dan unit2 berkaitan supaya buat penambahbaikan. Ye lah kalau nak harapkan unit yang pegang 5S je yang buat... rasanya tak terbuat.

Itu pun ari selasa ari tu buat gotong royong sakan bersihkan opis. Kemas lah sikit opis ni... kalau tak... tak lulus. Tulah tekak, kepala dan badan rasanya semua sakit. Semalam sebelum pergi mesyuarat pun aku rasa dah tak tahan sangat kepala berdenyut2. telan panadul alhamdulillah tahan lah sikit. Nasib baik malam tadik Adeeb tak meragam macam malam sebelumnya. Atau aku yang tak sedar...? Lepas Adeeb tidur tu... aku pun ikut tidur jugak. Dah tak tau apa yang berlaku. Kerja2 yang sepatutnya buat pun aku buat pagi tadik.
Tak sabornya nak tunggu kak faizah naik. Nak serah balik kerja2 ni. Saya tak nak lah kak pegang unit senat ni... huru hara kejap idup saya... *Tak teragak2 agak tu... huru hara...) Yelah dengan kerja sendiri lagi yang banyak.... hehehe... benornya tak delah sampai segitu...Tapi kalau diberi pilihan memang saya tak nak, kurang yakin dalam mencatat minit...

Jumaat, Disember 04, 2009

Samb : Perjalanan Pulang Ke Kampung (Raya Haji)

Sambungan Cerita Bergambar

Kesan banjir. Air dekat tepi jalan penuh. Nasib baik tak hujan hari kami balik tu kalau hujan rasanya air melintas jalan tu..



Kat sini airnya dah ada atas jalan. Jalan pun banyak yang rosak sebab tanah mendat. Asyik terjun lubang aje keretanya. Sabor jelah...



Dah petang sampai dekat Marang. Badan penat walaupun aku tak bawak kereta penat jugak tau... ribakan si Adeeb tu. Kalau dia tidur memang sah duk atas riba kalau tak tidur pun duk atas riba gak. Nga tak duduk diam lagi... Kami berenti makan dekat tepi pantai Marang, Dungun Terengganu. Jauh lagi dari sini nak sampai rumah. Alah.... tersalah lah pulak sepatutnya berenti yang dekat depan satu lagi tu... baru banyak kedai. Kat sini alahai kedainya... Makan ajelah apa yang ada. Aku makan nasi ayam. Nadhirah mula nak makan nasi lepas tu tak nak lak nak makan ayam aje. Abang makan nasi goreng. Sedap pulak nasi gorengnya. Sebab lapar sangat pun ye jugak kut... Ainul banyak lagi makan nasi. Siap mintak taruk air lada lagi makan. Biasalah anak didikan jawa ni.. Adeeb lak tak nak makan langsung. Dah nampak kucing... asyik dikejarnya kucing kat situ.




Tengok lah 2 anak dara kami ni... sorang tu tengah mengelamun tengok ombak besar tu, sorang lagi tengah betulkan urat yang tegang tu... maklumlah penat jalan jauh. Seronoknya duduk kat sini .......

Cantikkan.....? pemandanganya... Besar betul ombaknya. Angin pun kuat... maklumlah musim tengkujuh.


Lepas kami berenti makan ni berenti sekali lagi sebab Adeeb berak nga kakak2nya yang 2 orang tu nak mandi. Lepas tu kami jalan terus sebab hari dah gelap. Lebih kurang pukul 7 malan tu duk atas jambatan Sultan Zainal Abidin. Alah yang dekat Masjid Kristal tu... tak sempat nak ambil gambar. lagipun hari dah gelap. Kamera aku tak canggih sangat.
Sebalum balik tu kan ada dalam paper cakap jalan Kuala Teengganu ke Kota Bkaru dekat area Tepuh... (betul ke... nama kawasan tu...?) ditutup. Masa tu memang dah malam sampai dekat situ. Masa sampai dekat kawasan tu... banyaknye air. Air sungai dan kawasan sekitar sungai tu parasnya sama dengan level jambatan. Kalau hujan masa tu rasanya tak boleh lalu lah kami. Tapi nasib baik tak hujan ari tu.. . Lepas tu lalu satu kawasan tu memang air ada melintas jalan. nasib baik boleh lalu lah. dan lepas tu aku tak ingat lagi sebab aku ting tong... tidur dengan anak2 hehehe... yelah gelap tak nampak apa.. tidur ajelah. Lagipun dari Kuala Terengganu tu nak sampai kampung aku dalam sejam setengah lagi.
Al-hamdulillah kami selamat samapai dalam kul 9 lebih kut malam tu... Lepas mandi, borak2 sikit tidur le... sejuk betul lah udara kat kampung ni... air nak mandi pun sejuknya sampai ke tulang. Mengigil-gigil. Mek cakap air kat depan rumah dengan dapur baru aje surut petang tadi. Masa aku sampai tu dah siap basuh dah simen kat dapur tu. Mek cakap dah 2 kali air naik. Tu lah malam tadik aku call kampung mek cakap air naik lagi. Lagi banyak dari ari tu...

Khamis, Disember 03, 2009

Perjalanan Pulang Ke Kampung (Raya Haji)

Biasa lah budak2 kejap je boleh duduk diam dalam kereta. Lepas tu mulalah buat hal. Masing2 dengan ragamnya sendiri. Boleh diam la kejap kalau dipasangkan cite kartun. Kat dalam kereta cuma ada cd doremon. Asyik ulang yang tu aje... dah naik muak rasanya. Kalau dah boring tengok pun tak aksi tutup nak biar je gitu. Itulah yek kalau jalan jauh ni yek..






Bila dah sampai sini rasa macam dah nak sampai tapi pada hakikatnya jauh lagi tu... baru separuh jalan. Tapi dah rasa seronok sebab dah masuk negeri yang kita nak tuju...

Ni dekat Paka Kemaman. Area petronas tu... Saja je ambil gambar. Kalau lalu malam sini lawa nampak lampunya. Meriah.


Alah banyak kereta lah pulak nak masuk bandar Paka ni... Jalan 2 lorong nak masuk satu lorong. Pastu ada pemandu yang bersifat selfish tu buat lorong tepi satu lagi...


Baru separuh jalan kan. Sambung perjalanannya esok lak yek. Ada meeting kul 2.30 nanti.

Rabu, Disember 02, 2009

Nak Niaga.. Betul Ke.. Ni..?

Macam teringin je nak berniaga batik ke atau apa-apa kain atau tudung. Agak-agaknya kalau aku berniaga ada ke orang yang nak beli ....? Aku ni lak jenis orang yang tak pandai nak melawa orang. Tengok orang jual secara online macam bessstt.. je... agak nye boleh cuba yek..? Mana lah tau ada rezeki... Insyallah.

Aku kan tiap kali balik kampung nak pergi dekat Nor Hafiza Batik tu.. tapi....tak pernah menjadi. Bukan jauh benornya pun dari rumah Chik tu... tak sampai 10 km kut... Lalunya banyak kali tapi tak singgah-singgah gak. Aku lak jenis malu... nak cakap banyak kali dekat abang... (ceh.. wah...hehehe...). Dekat pekan jertih pun ye dah bukak kedai tapi aku pun tak tau kat mana jalan zainal abidin tu... tak sempat nak pergi cari. Macam besar benor jerteh tu... sampai tak boleh nak cari yek.. alasan je.... tak cukup masa nak pergi pekan... malas masuk pekan jerteh sebab biasa balik raya jalannya jem sangat. Itulah alasan yang boleh diterima dan tak boleh diterima. Ari tu masa lalu nak pergi rumah kak zu aku nengok dari kereta tengah berjalan je... dah besar kedainya tu... Tengok koleksinya dari cermin pun cantik-cantik je.. Dulu masa masih berdua selalu gak pergi tapi masa tu kedainya kecil aje cuma dekat rumahnya aje..

Tapi nak berniaga nak ambil stok dia pun nak kene bincang lu dengan diakan. Yelah kalau kain yang kita ambil tu ada yang tak terjual biarlah boleh pulangkan balik tukarkan dengan yang baru. Berangan lak aku ni. Tu lah nak call Atie lah suruh ye carikan kain kat Kota Bharu. Adik aku ni memang suka jalan tak macam aku... balik Kg cuma sempat duk umah mek nga chik je...kadang2 pergi Pasir Putih umah Tok Gee. Tak pelah nak buat macam mana baliknya kejap je... melayan budak2 3 orang tu ajelah kat rumah.

Nantilah akan ku usahakan jugak macam mana. Nak buat blog sekali untuk jualan aku tu... Insyallah moga Allah memudahkan segala urusan.