Macam tajuk cerpen lak kan... dah lama tak update tetiba update keluar tajuk macan tajuk cerpen. Hehehe saje je tu wak gempak.
Apa motif aku letak tajuk Perjalanan Yang Panjang tu.... siap Berliku lagi tuh..... Kalau cerpen kronologi ceritanya macam kisah sedih je kan...??? Tapi ini cerita tarak sedih punye... tapi lepas cerita tu... ada kisah sedih sebenarnya... sampai setiap kali aku baca catatan tu... hati ini macam disiak....tapi biarlah aku pendam je tanpa siapa yang tahu. Bak kata Siti Nurhaliza Biarlah Rahsia...
Ok, kembali kepada cerita Perjalanan Yang Panjang tu.... sebenarnya ini kisah aku mengekor abang pergi menyelia students LI ++ balik kampung. Bak kata orang sambil menyelam minum air lah. Kenapa sambil menyelam minum air plak. Sebab ditaja perjalanan dan penginapan kan.... hehehe.. tapi separuh jelah sebab menyelianya area Kemaman je... Area Besut ada juga studentnya tapi orang lain yang ambil. Kalau tak boleh lelama sikit duk kat kampung.
Aku kata perjalanan panjang tu sebab nilah perjalanan yang paling lama sampai memakan masa 17 jam dari Pt. Raja ke Jerteh. Lamakan duk kat dalam kereta. Ada lah jugak berenti untuk makan dan sholat tu... Kami bertolak dari sini pukul 5 pagi dan sampai di Kemaman dalam kul 11.30 pagi. Lepas rehat2 dan sholat abang mulakan tugasnya menyelia pelajar di syarikat apa tah kat Kemaman tu. Aku nga anak2 tunggu dalam kereta je... sempat terlelap tu... tunggu sebab lama sangat dekat sejam baru habis. Lepas tu pergi TATI lak. Macam seronok je duk situ... tepi pantai dan tepi bukit. Kalau ada peluang kerja situ boleh mohon ni... dekat sikit nak balik kampung. Tapi tu kerajaan negeri punye... Tak pelah berangan je.... tapi kalau ada peluang apa salahnya kan....
Habis kerja situ dalam pukul 4 petang kami pun memulakan perjalanan untuk balik kampung. Singgah di Marang dalam kul 6 lebih untuk makan sotong goreng tepung dan nasi goreng sambil menikmati deruman ombak yang menghempas pantai. Teringatkan si Nurin takut jugak dah nak maghrib masih duk situ. Maklumlah pertukarang sing ke malam. Ustaz cakap masa ni lah benda2 halus tu berkeliaran baru bangun dari tidur. Tu kita tak galakkan untuk berada diluar rumah pada masa tu.
Al-hamdulillah selamat sampai dalam kul 10 malam lebih. Tu pun dah terlajak dari nak masuk simpang rumah aku. Macam mana tah boleh tak perasan. Mawsa tu aku tengah nengok msg dan abg lak biasalah dah penat kan sehari suntuk bawak kereta. Tapi pusing balik untuk singgah kejap memandangkan mek dengan adik yang menunggu di rumah nak jumpa dengan cucu-cucunya. Tak sedap pulakkan orang dah tunggu kita tak singgah. smpai rumah check dengan ayah dalam kul 11 lebih tuntang-tuntang dekat kul 2 pagi baru tidur Nurin nangis. Penat lah kut lagipun ye tak berapa sihat sebab sehari sebelum balik tu ye demam. Kesian Nurin......
Layan sedikit gambar anak2
alamak ibu tertidur lak mengantuk sangat ni...
suka sangat tengok gambr ni...
apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Adeeb ni...
Banyak lagi gambar malas lak nak upload.




